Malay

PERTOLONGAN DARI ATAS

"Pertolongan Dari Atas" mengandungi petikan ayat-ayat yang berhubungan dari
dalam Alkitab mengenai beberapa tajuk. Sudah tentu ulasan Alkitab yang
sebaik-baiknya ialah Alkitab itu sendiri.

Firman Tuhan datangnya "dari atas." Oleh itu ianya sangat bermenefaat bagi
hati yang lapar serta dahaga akan kesucian. Manakala seseorang bertaubat,
meninggalkan dosanya, menjemput Yesus Kristus Tuhan itu ke dalam hatinya, dan
percaya dengan segenap jiwanya bahawa Yesus Kristus itu Juruselamat, Tuhan pun
akan menyatakan dirinya kepada orang itu serta menerbitkan kebahagiaan dan
sentosa di dalam hatinya. Saya mengalami hal ini pada tahun 1937. Semenjak itu
belum pernah saya menceraikan persekutuan saya dengan Tuhan. Saya merayu
kepada anda, serahkanlah diri anda kepada Tuhan selaku Juruselamat SEKARANG
juga, jika anda belum lagi berbuat demikian. Watson Goodman

KASIH TUHAN

Tetapi Allah telah menunjukkan kepada kita betapa dia mengasihi kita, dalam
hai Kristus mati kerana kita bila kita masih adalah orang-orang berdosa!  Rum
5:8

Sampailah sekarang satu hari sebelum Hari Raya Paskah, dan Yesus pun tahu
bahawa saatnya telah sampai bagi dia meninggalkan dunia ini dan kembali kepada
Bapanya. Dia telah tetap mengasihi orang-orangnya di dalam dunia, malah dia
mengasihi mereka sampai kepada akhirnya.  Yahya 13:1

"Tiada seorang yang mempunyai kasih yang lebih besar daripada dia mengorbankan
nyawanya bagi sahabat-sahabatnya." Yahya 15:13

Dan dari Yesus Kristus, saksi yang setia itu, anak sulung yang dibangkitkan
dari kematian, yang juga menjadi pemerintah raja-raja dunia. Yesus mengasihi
kita, dan oleh kematiannya dia telah membebaskan kita dari dosa-dosa kita.
Wahyu 1:5

Kerana demikianlah Allah mengasihi dunia ini sehingga diberikannya Anaknya
yang tunggal, supaya tiap-tiap manusia yang percaya akan Anak itu tidak binasa
tetapi beroleh kehidupan yang kekal. Yahya 3:16

Aku hampiri mereka dari jauh.  Hai umat Israel, aku sentiasa mengasihi kamu.
Oleh itu aku terus mencurahkan kasihku ke atas kamu. Yeremia 31:3

KEILAHIAN YESUS KRISTUS

Tidak seorang pun dapat menyangkal betapa besarnya rahsia ugama kita. Yesus
Kristus tampil dengan rupa manusia, dinyatakan benar oleh Roh Allah, dan
dilihat oleh malaikat-malaikat. Dia diisytiharkan di antara bangsa-bangsa,
dipercayai dalam dunia, dan telah diangkat ke syurga.  1 Timotius 3:16

Sebelum dunia ini diciptakan, Firman itu telah ada. Firman itu ada
bersama-sama dengan Allah, bahkan Firman itu ialah Allah juga. . .. Firman itu
telah menjelma menjadi manusia, dan tinggal bersama-sama kita. .. , Allah
telah menyatakan dirinya kepada kita dan kasihnya untuk kita dengan
sepenuh-penuhnya.  Yahya 1:1,14

Semuanya ini berlaku supaya terjadilah firman Tuhan yang disampaikan oleh
nabi, katanya, "Perawan itu akan mengandung, dan melahirkan seorang anak
laki-laki, dan dia akan dinamakan Immanuel." (Dalam bahasa Ibrani, Immanuel
bererti, "Allah herserta kita"). Matius 1:22,23

"Bapa itu dan aku satu adanya." Yahya 10:30

Tetapi Yesus menjawab, "Telah sekian lama aku berada dengan kamu semua,
masihkah belum engkau kenal aku, Filipus? Barangsiapa yang telah melihat aku,
orang itu telah melihat Bapa. Bagaimanakah katamu: 'Tunjukkanlah Bapa itu
kepada kami?' Tidakkah engkau percaya, hai Filipus, bahawa aku bersatu dengan
Bapa, dan Bapa bersatu dengan aku?" Yahya 14:9, lOa

YESUS SELAKU ANAK ALLAH

Barangsiapa mengaku bahawa Yesus itu Anak Allah, Allah hidup bersatu dengan
orang itu, dan dia pun hidup bersatu dengan Allah. 1 Yahya 4:15

Malaikat itu menjawab, "Roh Allah akan menyertai engkau, dan kuasa Allah akan
menaungi engkau. Itulah sebabnya anak yang kudus itu akan disebut Anak Allah."
Lukas 1:35

Seorang budak telah dilahirkan bagi kita! Seorang anak lelaki telah diberikan
kepada kita! Dialah yang akan menjadi pemimpin kita. Dia akan disebut orang
"Penasihat Ajaib," "Allah Mahakuasa," "Bapa yang Kekal," "Raja Damai." Yesaya
9:6

Sedang Petrus berkata-kata, sebuah awan yang bersinar-sinar meliputi mereka,
dan suara dari awan itu berkata, "Inilah Anakku sendiri yang kukasihi. Aku
berkenan kepadanya. Dengarlah dia!" Matius 17:5

Yesus berkata kepadanya, "Engkau telah nampak dia [Anak Allah]: dialah yang
bertutur dengan engkau sekarang ini." Yahya 9:37

Sebab di dalam Kristuslah, di dalam kemanusiaannya, terdapat keilahian Allah
dengan sepenuh-penuhnya. Kolose 2:9

YESUS MEMBERITAHU SIAPA DIA

Yesus berkata, "Kamu datang dari sini, dari bawah; tetapi aku datang dari
atas. Kamu berasal dari dunia; aku bukan berasal dari dunia." Yesus menjawab,
"Dengan sebenarnya aku berkata kepadamu sebelum Ibrahim dilahirkan, 'Aku sudah
pun ada'." Yahya 8:23,58

Perempuan itu berkata kepada Yesus, "Saya tahu bahawa Juruselamat yang
dijanjikan oleh Allah, yang digelar Kristus, akan datang. Bila dia datang dia
akan menerangkan kepada kita segala-galanya." Yesus menjawab, "Akulah dia; aku
yang bertutur dengan engkau ini." Yahya 4:25,26

"Akulah roti yang memberi kehidupan," kata Yesus kepada mereka.  "Barangsiapa
yang datang kepadaku, tidak sekali-kali akan lapar, dan barangsiapa yang
percaya akan daku tidaklah sekali-kali akan dahaga." Yahya 6:35

"Selama aku berada di dalam dunia ini, akulah cahaya dunia." Yahya 9:5

Oleh sebab itu, Yesus berkata sekali lagi, "Dengan sesungguhnya aku berkata
kepadamu: Akulah pintu bagi domba-domba itu." Yahya 10:7

Yesus berkata kepada Marta: "Akulah yang membangkitkan orang. Akulah yang
memberi mereka kehidupan. Barangsiapa percaya kepada aku, meskipun orang itu
telah mati, dia akan hidup semula." Yahya 11:25

Kamu memanggil aku Guru dan Rabbi. Benarlah panggilanmu itu; sebab aku memang
Guru dan Rabbi." Yahya 13:13

YESUS MENGADAKAN MUKJIZAT

Kemudian dia memerintahkan orangramai itu duduk di atas rumput. Yesus memegang
lima ketui roti dan dua ekor ikan itu.  Dia menengadah ke langit dan mengucap
syukur kepada Allah.  Lain dipecah-pecahkannya roti itu dan memberikannya
kepada pengikut-pengikutnya supaya dibahagi-bahagikan kepada orang-ramai itu.
Tiap-tiap orang makan dengan secukupnya. Selepas itu pengikut-pengikutnya
mengumpulkan sebanyak dua belas bakul sisa-sisa daripada roti dan ikan itu
tadi. Bilangan orang-orang lelaki yang makan roti itu ada kira-kira lima ribu,
tidak termasuk orang-orang perempuan dan kanak-kanak. Matius 14:19-21

"Tuan," jawab Simun, "kami telah berdaya sepanjang malam dan tidak mendapat
apa-apa pun!  Tetapi jika tuan suruh, baiklah, aku iabuhkan jala." Mereka
melabuhkan jala, lalu mendapat sedemikian banyak ikan sehingga jala itu hampir
koyak. Lukas 5:5,6

Dua orang buta yang duduk di pinggir jalan dengar bahawa Yesus lalu. Mereka
mulai berteriak, "Ya Anak Daud, ya tuan, kasihanilah kami!"... [Yesus berkata]
"Apakah yang kamu hendak aku berbuat bagimu?" Mereka menjawab, "Tuan,
celikkanlah mata kami!" Yesus kasihani mereka. Dia menjamah mata mereka, dan
dengan tiba-tiba mereka dapat melihat. Lalu mereka mengikut Yesus. Matius
20:30,32b-34

YESUS SELAKU KHALIK DAN TUHAN

Sebab olehnyalah Allah menciptakan segala sesuatu di syurga dan di atas bumi,
barang-barang yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, termasuk juga segala
penguasa yang tidak kelihatan oleh mata. Allah menciptakan segenap alam dengan
perantaraan Kristus dan untuk Kristus.  Kolose 1:16

Dan olehnya jugalah Allah menjadikan segala sesuatu. Tidak satu apa pun di
semesta alam ini yang dijadikan tanpa dia.  Yahya 1:3

... Tetapi pada hari-hari yang terakhir ini dia [Allah] telah berfirman kepada
kita dengan perantaraan Anaknya. Dengan perantaraan Anaknya inilah Allah
menciptakan alam dunia, Anak yang dipilihnya untuk memiliki segala sesuatu
pada akhirnya. Ibrani 1:2

"Oleh sebab itu, hai sekalian orang-orang Israel, ketahuilah olehmu dengan
pasti, bahawa Yesus ini, yang kamu salibkan itu, dialah yang Allah telah
menjadikan Rabbi dan Juruselamat!" Kisah Rasul-Rasul 2:36

Kristus mati dan hidup semula supaya dia menjadi Rabbi bagi orang-orang yang
hidup dan juga orang-orang yang telah mati.  Rum 14:9

Allah itu boleh dipercayai, iaitu Allah yang telah memanggil kamu untuk
menikmati persekutuan dengan Anaknya Yesus Kristus Rabbi kita. 1 Korintus 1:9

YESUS HAKIM MANUSIA

Kamu, mengapakah kamu menyalahkan saudaramu? Atau kamu itu, mengapakah kamu
menghinakan saudaramu? Kita semua akan berdiri di hadapan Allah, supaya
diadili olehnya. Rum 14:10

Kristus Yesus akan datang lagi sebagai Hakim orang-orang yang hidup dan yang
telah mati. Dia akan mendirikan Pemerintahannya. Oleh sebab itu aku minta
kepadamu dengan sungguh-sungguh. 2 Timotius 4:1

"Bila Dia Yang Diutus Allah itu datang sebagai Raja dengan segala
malaikat-malaikat, dia akan duduk di atas takhta pemerintahannya, dan sekalian
manusia di bumi ini akan dikumpulkan di hadapannya." Matins 25:31,32

"Bapa itu tidak menghakimkan sesiapa pun. Dia telah memberikan kuasa kehakiman
dengan sepenuhnya kepada Anaknya." Yahya 5:22

Demikianlah, menurut Berita Baik yang aku khabarkan, akan terjadi pada hari
itu, bila Allah akan menghakimkan segala rahsia hati dan fikiran manusia
dengan perantaraan Yesus Kristus.  Rum 2:16

"Dia memerintah supaya kami mengkhabarkan Berita Baik itu kepada semua kaum
itu, dan menyaksikan bahawa dialah yang telah diutus Allah menjadi Hakim
orang-orang yang masih hidup dan yang telah mati." Kisah Rasul-Rasul 10:42

KESELAMATAN DEMI YESUS SEMATA-MATA

Yesus menjawab, "Akulah yang memimpin manusia kepada Allah, dan yang
menyatakan siapa dan apa Allah itu, serta memberikan kehidupan kepada manusia.
Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali dengan perantaraan aku."
Yahya 14:6

"Akulah pintu. Barangsiapa yang masuk melalui aku akan selamat. Dia akan
keluar masuk serta mendapat makanan." Yahya 10:9

"Itulah sebabnya aku berkata kepada kamu, bahawa kamu akan mati di dalam
dosa-dosamu. Sudah tentu kamu akan mati dalam dosa-dosamu, jika kamu tidak
percaya bahawa 'Akulah dia'." Yahya 8:24

Itulah sebabnya bila dia telah disempurnakan, dia menjadi sumber keselamatan
kekal bagi semua orang yang taat kepadanya.  Ibrani 5:9

Oleh rahmat Allah yang diberi dengan percuma, manusia diperdamaikan dengannya
dengan perantaraan Yesus Kristus yang membebaskan mereka. Rum 3:24

Dari itu dia dapat, sekarang ataupun bila-bila, menyelamatkan orang-orang yang
datang kepada Allah dengan perantaraan dia, sebab dia hidup selama-lamanya
untuk memohonkan kepada Allah bagi orang-orang itu.  Ibrani 7:25

"Keselamatan datang daripadanya sahaja, sebab tiada lagi di seluruh dunia ini
nama yang dikurniakan Allah kepada manusia, yang dengannya kita diselamatkan."
Kisah Rasul-Rasul 4:12

KESELAMATAN DEMI YESUS SEMATA-MATA

Tetapi Allah telah membolehkan kamu menikmati persekutuan dengan Kristus
Yesus, dan Allah telah menentukan Kristus untuk menjadi kebijaksanaan kita.
Oleh Kristus kita diperdamaikan dengan Allah; olehnya juga kita menjadi umat
Allah yang kudus. Kita telah dibebaskan!  1 Korintus 1:30

Dia telah memberikan dirinya bagi kita; untuk menyelamatkan kita dari segala
kejahatan, dan menjadikan kita miliknya sendiri, satu umat yang suci, yang
asyik berbuat baik. Titus 2:14

Bersyukurlah dengan sukacita kepada Bapa yang telah menjadikan kamu layak
mendapat bahagian kamu di dalam apa yang Allah telah sediakan bagi umatnya di
dalam kerajaan yang penuh dengan cahaya. Allah telah menyelamatkan kita dari
kuasa kegelapan, serta membawa kita selamat ke bawab pemeriutahan Anaknya yang
kekasih, yang olehnya kita dibebaskan dan dosa-dosa kita diampunkan.  Kolose
1:12-14

"Kerana Dia Yang Diutus Allah itu datang untuk mencari dan menyelamatkan
orang-orang yang sesat." Lukas 19:10

Mereka menyanyikan lagu yang baharu: "Engkaulah yang layak mengambil gulungan
itu serta memecahkan dan membuka meterai-meterainya. Sebab engkau telah
dibunuh, dan oleh kematianmu engkau menyelamatkan manusia dari segala puak,
bahasa, kerajaan dan bangsa untuk Allah." Wahyu5:9

TEBUSAN DEMI DARAH KRISTUS

Dengan kematian Kristus, kita sekarang telah diperdamaikan dengan Allah.  Oleh
yang demikian, lebih yakin lagi kita bahawa kita akan diselamalkan oleh
Kristus daripada murka Allah. Rum 5:9

Sebab, oleh kematian Kristus kita telah dibebaskan, iaitu dosa-dosa kita telah
diampunkan. Alangkah besarnya rahmat Allah!  Efesus 1:7

"Sebab inilah darahku yang mensahkan perjanjian Allah, iaitu darahku yang
dicurahkan bagi banyak orang untuk pengampunan dosa." Matius 26:28

Kamu tahu apa bayaran itu yang membebaskan kamu dari kehidupan sia-sia yang
kamu terima dari nenek-moyang kamu. Bayarannya bukanlah sesuatu yang nilainya
boleh berkurang, seperti perak atau emas. Kamu ini dibebaskan dengan korban
yang mahal sekali, iaitu korban nyawa Kristus selaku domba yang tidak bercacat
dan tidak bernoda.  1 Petrus 1:18,19

Jika hal ini benar, betapa pula lagi hasil yang dicapai oleh darah Kristus!
Dengan Roh yang kekal, Kristus mempersembahkan dirinya sendiri kepada Allah
sebagai korban yang sempurna. Darahnya membersihkan hati nurani kita dari
pekerjaan-pekerjaan yang sia-sia, supaya kita boleh melayani Allah yang Maha
Hidup.  Ibrani 9:14

Tetapi jika kita hidup di tengah-tengah cahaya, sebagaimana dia berada di
tengah-tengah cahaya, baharulah kita bersekutu satu sama lain, dan darah
Yesus, Anaknya, membersihkan kita dari segala dosa. 1 Yahya 1:7

KESELAMATAN DEMI IMAN AKAN YESUS

Sebab, dengan rahmat Allahlah maka kamu telah diselamatkan, iaitu oleh iman.
Ini bukannya perbuatan kamu sendiri. Ini adalah kurnia Allah. Tidak ada sebab
apa pun kamu boleh memegah-megahkan diri, kerana ini bukanlah hasil usaha kamu
sendiri. Efesus 2:8,9

Sekarang kerana kita telah diperdamaikan dengan Allah sebab iman, kita
mengalami kesejahteraan dengan Allah dengan perantaraan Yesus Kristus Rabbi
kita.  Rum 5:1

Sebab bila kita bersatu dengan Kristus Yesus, bersunat atau tidak bersunat
tidaklah menjadi soal. Yang perlu ialah iman, yang menunjukkan gayanya demi
kasih. Galatia 5:6

"Percayalah kepada Rabbi Yesus!" jawab mereka; "maka engkau akan selamatengkau
dan seluruh keluargamu!" Kisah Rasul-Rasul 16:31

Sebab tiap-tiap anak Allah dapat mengalahkan dunia. Dengan jalan inilah kita
mengalahkan dunia: iaitu dengan iman kita.  1 Yahya 5:4

Mereka bertanya kepadanya, "Apakah perkara-perkara yang harus kami berbuat
untuk melakukan pekerjaan Allah?" Yesus berkata, "Inilah perkara yang Allah
hendak kamu berbuat: iaitu percayalah kepada dia yang telah disuruh oleh
Allah." Yahya 6:28,29

Seberapa yang tercatit di dalam kitab ini adalah supaya kamu percaya bahawa
Yesuslah Juruselamat yang dijanjikan, iaitu Anak Allah; supaya dengan
kepercayaan kamu kepadanya, kamu beroleh kehidupan demi namanya.  Yahya 20:31

Tidak lagi aku mempunyai kebenaran diriku sendiri, kebenaran yang diperoleh
dengan jalan taat kepada Taurat. Aku sekarang heroleh kebenaran yang diberikan
kerana iman akan Kristus, kebenaran yang datang daripada Allah dan yang
berdasarkan iman.  Filipi 3:9

RAHMAT TUHAN

Setinggi langit dari bumi, setinggi itu jugalah kasihnya terhadap orang yang
takut kepadanya.  ... Tetapi kasih Tuhan terhadap mereka yang menghormati dia
kekal selama-lamanya, dan kebaikannya hingga turun-temurun.  Mazmur 103:11,17

Marilah kita bersyukur kepada Allah,... iaitu Bapa yang maha penyayang, dan
Allah sumber segala pertolongan.  2 Korintus 1:3

Ya Tuhan, tiada lagi ilah lain seperti engkau. Engkau mengampuni dosa-dosa
umatmu yang telah luput. Engkau tidak selamanya murka, sebaliknya engkau suka
menunjukkan kasihmu yang setia itu. Mikha 7:18

Kasihmu yang berkekalan itu lebih tinggi daripada langit, dan kesetiaanmu itu
setinggi awan.  Mazmur 108:4

Dia menyelamatkan kita. Bukannya kerana sesuatu perbuatan balk yang kita
sendiri telah lakukan, tetapi oleh sebab rahmatnya sendiri Allah menyelamatkan
kita dengan satu pembasuhan yang olehnya Rohnya memberikan kita kelahiran dan
kehidupan yang baharu. Titus 3:5

Anugerah dan kasih Tuhan tidak putus-putus dicurahkan; Kasihnya sesegar embun
di pagi hari, rahmatnya sepasti terbitan mata hari. Ratapan 3:22-23

TUHAN MEMANGGIL KITA

Sabda Tuhan, "Marilah kita selesaikan masalah ini. Walaupun kamu sekarang
hitam legam kerana dosa kamu, aku akan mencuci kamu sehingga putih melepak.
Walaupun kamu sekarang najis dan kotor, kamu akan menjadi putih bersih."
Yesaya 1:18

Roh Allah dan Pengantin Perempuan berkata, "Marilah!" Tiap-tiap orang yang
mendengar ini juga mesti berkata, "Marilah!" Marilah, siapa sahaja yang
dahaga! Terimalah dengan percuma air yang memberi kehidupan, siapa sahaja yang
kehendakinya!  Wahyu 22:17

Demikianlah firman Tuhan, "Marilah, setiap orang yang dahaga, minumlah air!
Marilah, kamu yang tidak mempunyai wang, ambillah makanan! Mari! Minumlah wain
dan susu, tanpa bayaran!" Yesaya 55:1

Bila Yesus nampak hal ini, panas hatinya lalu dia berkata kepada
pengikut-pengikutnya: "Biarkanlah kanak-kanak itu datang kepadaku! Jangan
melarang mereka, kerana orang-orang yang semacam inilah menikmati kebahagiaan
Pemerintahan Allah." Markus 10:14

Pada hari yang terakhir dari perayaan itu, iaitu hari yang paling mustahak,
Yesus berdiri lalu berkata dengan suara yang lantang: "Barangsiapa yang
dahaga, hendaklah dia datang kepadaku lalu minum." Yahya 7:37

"Marilah kepadaku hai kamu sekalian yang lelah kerana memikul beban yang
berat; aku akan memberikan kamu rehat." Matius 11:28

BUKAN SEMUANYA ANAK-ANAK TUHAN

Inilah perbezaannya di antara anak-anak Allah dengan anak-anak Iblis: siapa
sahaja yang tidak melakukan apa yang benar, atau tidak mengasihi saudaranya,
bukanlah anak Allah.  1 Yahya 3:10

Orang-orang yang dipimpin oleh Roh Allah, adalah anak-anak Allah. Sebab Roh
yang diberikan oleh Allah kepada kamu tidak menjadikan kamu hamba-hamba,
sehingga kamu hidup di dalam ketakutan. Sebaliknya Roh Allah itu menjadikan
kamu anak-anak Allah. Dan dengan kuasa Roh Allah jugalah kita memanggil Allah
itu "Bapa! Bapaku!" Rum 8:14,15

Supaya kamu benar dan murni selaku anak-anak Allah yang sempurna, yang hidup
di dalam dunia orang-orang jahat dan berdosa.  Bila kamu menyampaikan kepada
mereka perkhabaran kehidupan itu, hendaklah kamu bersinar di antara mereka
seperti bintang-bintang yang menerangi langit.  Filipi 2:15

Begitu juga sabda Tuhan: "Hendaklah kamu meninggalkan mereka, serta
mengasingkan diri kamu daripada mereka. Janganlah mempunyai perhubungan apa
pun dengan apa yang najis, maka aku akan menyambut kamu. Aku akan menjadi
Bapamu, dan kamu akan menjadi anak-anakku lelaki dan perempuan, demikianlah
sabda Tuhan yang Maha Kuasa." 2 Korintus 6:17,18

Tetapi kepada mereka yang menyambut dan percaya kepadanya, diberikannya hak
menjadi anak-anak Allah. Yahya 1:12

FIRMAN TUHAN MENGENAI ARAK

Perbuatan hawanafsu manusia itu nyata dalam perbuatan-perbuatan yang cabul,
kotor, dan yang tidak senonoh; penyembahan berhala, dan ilmu sihir. Orang
menjadi bermusuh-musuhan, berkelahi, bercemburuan, pemarah, dan mencari nama.
Mereka berpihak-pihak dan berlawan-lawan, mereka menjadi dengki, pemabuk,
berlazat-lazat, dan sebagainya.  Aku memperingatkan kamu sekarang sebagaimana
aku telah memperingatkan kamu dahulu: orang-orang yang melakukan
perbuatan-perbuatan ini tidak akan menikmati kebahagian Pemerintahan Allah.
Galatia 5:19-21

Biarlah kita mengendalikan diri kita dengan sopan sebagai orang yang hidup di
waktu siang hari; janganlah beria-ria melampaui batas, atau mabuk, janganlah
berkhalwat, atau berkelakuan tidak senonoh, janganlah berkelahi, ataupun
cemburu. Tetapi biarlah Rabbi Yesus Kristus, yang menentukan apa yang orang
Kristen mesti berbuat. Dan janganlah lagi memanjakan tabiat kamu yang berdosa
untuk memuaskan hawanafsu. Rum 13:13,14

Celakalah kamu! Kamu bangun pagi-pagi dan mulai meminum minuman keras. Lalu
kamu mabuk sehingga larut malam.  Yesaya 5:11

Janganlah membiarkan wain menggodai kamu, sekalipun warnanya merah tua, dan
ianya berkilau di dalam cawan, sedap ditelan.  Esok pagi kamu merasa seperti
telah dipagut ular bisa.  Bidalan 23:31,32

KETULUSAN HATI TIDAK MENCUKUPI

Yesus menjawab, " 'Hendaklah engkau mengasihi Allah Tuhanmu dengan segenap
hatimu, dan dengan segenap jiwamu, dan dengan segenap fikiranmu.' Inilah
perintah yang terutama dan yang terpenting! Perintah terpenting yang kedua
sama dengannya: 'Hendaklah engkau mengasihi sesamamu manusia seperti dirimu
sendiri.' " Matius 22:37-39

... "Guru yang baik, apakah harus aku berbuat supaya beroleh kehidupan yang
kekal?" "Mengapakah engkau menyebut aku baik?" tanya Yesus. "Tidak seorang pun
baik kecuali Allah sahaja. Engkau tahu hukum-hukum Allah: 'Janganlah engkau
membunuh; janganlah engkau berzina; janganlah engkau mencuri; janganlah engkau
berdusta; janganlah engkau menipu, hormatkanlah ibubapa kamu.' " "Guru," kata
orang itu, "semenjak aku masih muda aku telah menurut segala hukum-hukum ini."
Dengan kasihan Yesus memandang orang itu lalu berkata: "Tinggal satu perkara
sahaja yang engkau perlukan. Pergilah menjual segala apa yang kamu ada;
berikan wangnya kepada orang-orang miskin, dan kamu akan beroleh harta di
syurga. Kemudian marilah, ikutlah aku." Bila orang itu mendengar perkataan
Yesus, mukanya pun muram, dan dia terus meninggalkan tempat itu dengan susah
hati kerana dia terlalu kaya. Markus 10:17-22

Jalan yang disangka baik itu mungkin menuju ke arah maut.  Bidalan 16:25

JANGANLAH KAMU TERTIPU

Janganlah menipu dirimu sendiri. Tidak seorang pun yang dapat memperbodohkan
Allah. Seseorang akan menuai tepat apa yang dia telah tabur. Galatia 6:7

Janganlah seorang pun menipu kamu, hai anak-anak! Barangsiapa berbuat benar,
dia itu benar, sama seperti Kristus pun benar.  Barangsiapa terus berdosa, dia
milik Iblis, sebab Iblis berdosa semenjak permulaan sekali.  1 Yahya 3:7,8a

Tentu kamu insaf bahawa orang-orang yang jahat tidak akan menikmati kebahagian
pemerintahan Allah. Janganlah memperdayakan dirimu sendiri.  Orang-orang yang
berkelakuan buruk, atau yang menyembah berhala, atau berzina, atau memburit,
orang-orang yang merampas atau yang tamak, atau yang selalu mabuk, atau
memburukkan nama orang lain, ataupun yang mencuri-sekaliannya ini tidak akan
menikmati kebahagiaan Pemerintahan Allah.  1 Korintus 6:9,10

Janganlah kamu bodoh mendengarkan firmannya sahaja. Sebaliknya, lakukanlah apa
yang diajarkan oleh firman itu.  Yakub 1:22

Janganlah membiarkan sesiapa pun menipu kamu dengan perkataan-perkataan yang
bodoh. Oleh sebab hal-hal inilah maka murka Allah akan menimpa mereka yang
tidak taat kepadanya. Efesus 5:6

Jika seseorang menyangka dirinya ternama, pada halnya dia tidak, orang itu
tertipu oleh dirinya sendiri. Galatia 6:3

DOSA MENDATANGKAN MAUT

Dosa masuk ke dunia dengan perantaraan satu orang, dan dosa orang itu telah
membawa maut.  Akibatnya maut menjangkit seluruh umat manusia sebab setiap
orang telah berdosa. Rum 5:12

Hawanafsunya itu bila telah menjadi-jadi mengakibatkan dosa; dan dosa bila
telah berat mengakibatkan maut. Yakub 1:15

Jika fikiran kamu dikuasai oleh tabiat manusia, akibatnya kematian. Tetapi
jika fikiran kamu dikuasai oleh Roh Allah, akibatnya ialah hidup dan
kesejahteraan.  Orang yang fikirannya dikuasai oleh tabiat manusia bermusuhan
dengan Allah, kerana orang itu tidak menurut hukum Allah. Sebenarnya tidak
mungkin orang itu menurut hukum Allah.  Rum 8:6,7

Orang yang berdosalah yang akan mati. Seorang anak tidak usah menderita kerana
dosa bapanya. Demikian juga seorang bapa tidak usah menderita kerana dosa
anaknya. Seorang yang baik akan menerima pahala kerana kebaikannya, dan
seorang yang jahat akan menderita kerana kehatannya. Yehezkiel 18:20

" 'Patut kita mengadakan perjamuan dan bersukaria, sebab adikmu telah mati,
tetapi sekarang hidup pula; dia telah sesat, tetapi sekarang telah kembali.' "
Lukas 15:32

Siapa sahaja yang bertekad hendak melakukan yang benar akan hidup, tetapi
siapa yang berkeras hendak melakukan kejahatan akan mati. Bidalan 11:19

KRISTUS TELAH MENGALAHKAN MAUT

Tetapi dalam hal keilahiannya, dengan kuasa yang besar dia telah dinyatakan
sebagai Anak Allah dengan jalan dia dibangkitkan dari kematian. Rum 1:4

Setelah Yesus berkata demikian, dia berseru, "Lazarus, marilah keluar!" Orang
yang telah mati itu pun keluar dengan tangan dan kakinya berbalut dengan kain
kapan, dan mukanya berbalut dengan sapu tangan. Yesus berkata kepada
orang-orang di situ, "Lepaskanlah dia, dan biarkanlah dia pergi." Yahya
11:43,44

Setelah itu dia menghampiri dan menjamah usungan itu, dan orang-orang yang
sedang mengusung itupun berhenti. Yesus berkata, "Hai pemuda, aku berkata,
bangunlah!" Mayat pemuda itu bangun dan mulai bercakap.  Lukas 7:14,15a

"Bapa itu mangasihi aku sebab aku bersedia menyerahkan nyawaku, supaya aku
boleh menerimanya kembali. Tiada seorang pun yang dapat merampas nyawaku
daripadaku. Aku menyerahkannya dengan rela. Aku berhak menyerahkannya, dan aku
berhak menerimanya kembali. Inilah yang Bapaku perintahkan aku." Yahya
10:17,18

"Akulah dia yang hidup! Aku telah mati, tetapi lihatlah, aku hidup
selama-lamanya. Aku berkuasa atas kematian, dan atas alam barzakh." Wahyu 1:18

"Sebagaimana Bapa itu membangkitkan orang-orang yang telah mati dan memberikan
mereka kehidupan, begitu juga Anak itu memberikan kehidupan kepada barangsiapa
sahaja yang diperkenankannya." Yahya 5:21

PERINTAH-PERINTAH TUHAN

Janganlah menyembah berhala; sembahlah aku sahaja.

Janganlah membuat bagi diri kamu sendiri patung daripada apa pun, di langit
atau di bumi, atau pun di dalam air di bawah tanah. Janganlah bersujud kepada
berhala apa juga, ataupun menyembahnya....

Janganlah menggunakan namaku untuk maksiid yang jahat, sebab aku Allah
Tuhanmu, akan menghukum siapa sahaja yang menyalahgunakan namaku.

Perhatikanlah hari Sabtu, dan kuduskanlah hari itu, sebagaimana yang telah
diperintahkan olehku Allah Tuhanmu. Lakukanlah pekerjaan kamu selama enam
hari....

Hormatilah ibu-bapa kamu, sebagaimana aku Allah Tuhanmu perintahkan kamu. ...

Janganlah membunuh.

Janganlah berzina.

Janganlah mencuri.

Janganlah menuduh sesiapa pun secara palsu.

Janganlah mengingini isteri orang lain. Janganlah mengingini rumahnya,
tanahnya, hambanya, lembunya, keldainya, atau apa pun miliknya. Ulangan 5:7-21

TIADA SIAPA BOLEH BERSEMBUNYI DARI HADIRAT TUHAN

Dia memperhatikan setiap langkah manusia. Tiada kegelapan yang cukup gelap
untuk menyembunyikan orang yang bersalah daripada hadirat Tuhan.  Ayub
34:21,22

Tiada siapa pun dapat bersembunyi dari hadiratku. Tidakkah kamu tahu aku hadir
di mana-mana: di syurga dan di bumi?  Yeremia 23:24

Jika aku naik ke syurga, engkau berada di sana; jika aku tinggal di alam
barzakh, engkau juga berada di sana... . Bagimu kegelapan itu tidak gelap, dan
malam pun cerah seperti siang. Kegelapan dan cahaya sama sahaja bagimu. Mazmur
139:8,12

Tuhan nampak apa yang berlaku di mana-mana; dia memperhatikan kita, samada
kita berbuat baik atau jahat.  Bidalan 15:3

Tiada satu apa pun yang dapat disembunyikan daripada Allah.  Segala sesuatu di
dalam alam dunia ini terbuka dan terbentang di hadapan matanya. Kepada
Allahlah kita semua bertanggungjawab atas perbuatan-perbuatan kita sendiri.
Ibrani 4:13

HUKUMAN KEKAL BAGI ORANG ZALIM

"Dia Yang Diutus Allah akan menyuruh malaikat-malaikatnya mengumpulkan dari
Pemerintahan Allah segala orang yang menggoda manusia supaya berdosa, dan
segala orang-orang lain yang melakukan kejahatan. Mereka semua akan dibuang ke
dalam dapur yang berapi; di situlah mereka akan menangis dan menggertak gigi."
Matius 13:41,42

Nasib semua orang zalim ialah maut, semua orang yang menolak Tuhan. Mazmur
9:17

Tetapi langit dan bumi yang ada sekarang ini, dipelihara oleh firman Allah itu
juga, supaya dimusnahkan kelak dengan api.  Ianya dipelihara sehingga hari
orang-orang derhaka dihukum dan dibinasakan. 2 Petrus 3:7

Orang-orang itu akan mengalami kebinasaan kekal sebagai hukuman Allah.  Mereka
akan terpisah dari hadirat Rabbi dan kuasanya yang mulia.  2 Tesalonika 1:9

"Jika tanganmu atau kakimu menyesatkan engkau, keratkan ia dan buangkan ia.
Lebih baik engkau hidup dengan Allah tanpa sebelah tangan atau sebelah kakimu
itu, daripada engkau mempertahankan kedua-dua tangan atau kakimu lalu dibuang
ke dalam api neraka." Matius 18:8

"Demikianlah orang-orang ini akan menderita hukuman yang kekal, sedangkan
orang-orang yang melakukan kehendak Allah akan menikmati kebahagiaan hidup
kekal.'' Matius 25:46

PENGADILAN DI AKHIRAT

"Sebab dia telah tentukan satu hari bila dia akan menghukum seluruh dunia ini
dengan adil oleh satu orang yang telah dipilihnya.  Ini telah dibuktikan Allah
kepada tiap-tiap manusia dengan jalan membangkitkan orang itu dari kematian!"
Kisah Rasul-Rasul 17:31

Demikianlah Rabbi tahu bagaimana menyelamatkan orang yang beriman dari
ujian-ujian mereka, dan juga menahan orang-orang yang jahat di bawah hukuman
sehingga Hari Pengadilan.  2 Petrus 2:9

Tujuan daripada kasih disempurnakan dalam diri kita ialah supaya kita beroleh
keberanian pada Hari Pengadilan kelak; dan kita tentu berolehnya sebab
kehidupan kita dalam dunia sama dengan kehidupan Kristus.  1 Yahya 4:17

Tiap-tiap manusia mesti mati satu kali, dan setelah itu dihakimkan oleh Allah.
Ibrani 9:27

Orang-orang yang telah mati diadili menurut perbuatannya, menurut apa yang
tertulis di dalam kitab-kitab itu.  Wahyu 20:12b

Sebab tidak dapat tidak kita semua akan dihadapkan ke muka kursi pengadilan
Kristus, dan masing-masing akan dibalas menurut perbuatannya sendiri, . .  .
yang telah dilakukan di dalam kehidupannya di dunia ini.  2 Korintus 5:10

Demikianlah kita masing-masing mesti mempertanggungjawabkan diri kita di
hadapan Allah. Rum 14:12

ANUGERAH YESUS KRISTUS

Tetapi di mana dosa bertambah, di situ juga rahmat Allah makin bertambah.
Maka sebagaimana dosa memerintah dengan jalan kematian, demikian juga rahmat
Allah memerintah dengan jalan kebenaran, memimpin kita kepada hidup yang kekal
melalui Yesus Kristus Rabbi kita.  Rum 5:20b, 21

"Tetapi kedua-duanya ini tidak sama, sebab anugerah Allah itu jauh bezanya
daripada dosa Adam. Memang banyak orang mati akibat dosa orang yang satu itu.
Tetapi rahmat Allah lebih besar lagi. Demikianlah pemberian Allah kepada
sedemikian banyak manusia melalui rahmat seorang lagi, iaitu Yesus Kris tus."
Rum 5:15

Dari itu, keputusannya tidaklah bergantung kepada kehendak atau perbuatan
manusia, tetapi hanya atas rahmat Allah.  Rum 9:16

Kamu telah tahu anugerah Yesus Kristus Rabbi kita, bahawa meskipun dia kaya,
bagi kebaikan kamu dia menjadikan dirinya miskin, supaya dengan kemiskinannya
itu, dia menjadikan kamu kaya. 2 Korintus 8:9

... "Allah menentang orang yang sombong, tetapi dia memberikan rahmat kepada
orang yang rendah hati." 1 Petrus 5:5b

Biarlah kita bersyukur kepada Allah bagi pemberiannya yang tidak terhingga
itu. 2 Korintus 9:15

Dengan kuasa yang besar rasul-rasul itu bersaksi tentang kebangkitkan Yesus,
dan Allah mencurahkan kekayaan berkatnya ke atas mereka sekalian.  Kisah
Rasul-Rasul 4:33

PERTAUBATAN

"Masa kejahilan kita dahulu Allah tidak pedulikan, tetapi sekarang dia
perintah supaya manusia seluruhnya berpaling dari kejahatan." Kisah
Rasul-Rasul 17:30

Petrus menjawab, "Berpalinglah dari dosa-dosamu, dan hendaklah kamu
masing-masing dibaptiskan demi kuasa nama Yesus Kristus, supaya dosa-dosamu
diampuni, dan kamu akan menerima Roh Allah, pemberian Allah itu." ... "Oleh
sebab itu, berpalinglah dari dosa kepada Allah, supaya dia menghapuskan
dosa-dosamu." Kisah Rasul-Rasul 2:38; 3:19

Tidak! Aku berkata kepada kamu, kecuali kamu berpaling daripada dosa-dosa
kamu, kamu semua akan mati sama seperti mereka. Lukas 13:3

"Berpalinglah daripada dosa-dosa kamu," katanya, "kerana tidak lama lagi Allah
akan mendirikan Pemerintahannya!" Matius 3:2

Tinggalkanlah semua kejahatan yang telah kamu buat itu, dan baharuilah fikiran
dan hati kamu.  Yehezkiel 18:31a

Kita tidak akan berjaya jika kita menyembunyikan dosa kita.  Mengakulah, dan
bertobatlah, lalu Allah akan mengasihani kita.  Bidalan 28:13

Kerana kedukaan yang telah digunakan oleh Allah itu telah menyebabkan
pertukaran hati yang membawa keselamatan.  Tidak ada penyesalan dalam hal itu!
Sebaliknya, kedukaan yang didatangkan oleh dunia, itulah yang dapat membawa
kematian.  2 Korintus 7:10

KEAMPUNAN DOSA

"Jika seorang jahat bertobat lalu taat kepada hukumku, dan melakukan yang
benar dan baik, dia tidak akan mati. Dia pasti akan hidup." Yehezkiel 18:21

Biarlah orang zalim meninggalkan cara kehidupan mereka yang jahat itu, dan
mengubah cara fikiran mereka yang sesat itu. Hendaklah mereka berpaling kepada
Tuhan, Allah kita, kerana Tuhan itu Maha Kasih, dan sentiasa sedia mengampuni.
Yesaya 55:7

"Sebab jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadap kamu, Bapamu yang di
syurga pun akan mengampuni kesalahan kamu." Matius 6:14

Yesus tahu berapa besar iman mereka. Dia berkata kepada orang lumpuh itu,
"Anakku, dosa-dosamu telah diampuni." Markus 2:5

... dengan perantaraan Yesuslah perkhabaran tentang keampunan dosa telah
diberitakan kepada kamu.... Orang inilah Allah menaikkan ke tempat berkuasa di
sehelah kanannya supa ya menjadi Pemimpin dan Juruselamat; supaya memberi
bangsa Israel kesempatan berpaling daripada dosa-dosa mereka dan beroleh
keampunan bagi dosa-dosanya.  Kisah Rasul-Rasul 13:38b; 5:31

"Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk. Jika seseorang mendengar
suaraku dan membuka pintu, aku akan masuk ke dalam rumahnya dan makan
bersama-sama dia, dan dia makan bersama-sama aku." Wahyu 3:20

PERPISAHAN DENGAN KEDUNIAWIAN

Janganlah mengasihi nafsu dunia ini, ataupun apa sahaja yang menjadi milik
dunia ini. Jika kamu mengasihi dunia ini, kamu tidak mempunyai pada diri kamu
kasih untuh Bapa. Segala sesuatu yang menjadi milik dunia ini yang diinginkan
oleh nafsu diri yang berdosa, yang dilihat dan dikehendaki orang, segala
sesuatu di dalam dunia ini yang dibangga-banggakan oleh manusiatidak ada satu
pun yang berasal dari Bapa. Segala-galanya berasal dari dunia. 1 Yahya 2:15,16

Sebab Allah telah menunjukkan rahmatnya untuk keselamatan sekalian manusia.
Rahmatnya itu mengajar kita meninggalkan penghidupan kufur dan harta dunia;
supaya kita hidup di dalam dunia ini dengan menahan diri, dan jujur, serta
menghormatkan Allah. Titus 2:11,12

Pusatkanlah fikiran kamu atas perkara-perkara di situ, bukan atas
perkara-perkara yang di dunia. Kolose 3:2

Jangan campur tangan dalam perkara-perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh
orang: perkara-perkara yang biasa dibuat dalam kegelapan. Sebaliknya,
nyatakanlah perkara-perkara itu di tempat yang terang. Efesus 5:11

Hai orang-orang yang tidak setia! Tidakkah kamu tahu bahawa bila kamu menjadi
sahabat-sahabat dunia, kamu menjadi musuh-musuh Allah? Barangsiapa hendak
menjadi sahabat dunia, dia menjadikan dirinya sendiri musuh Allah.  Yakub 4:4
         
Bersihkanlah diri kamu. Hentikanlah segala kejahatan yang di depan mataku ini.
Sesungguhnya janganlah berbuat kejahatan lagi.  Yesaya 1:16

Sebab segala rahmat Allah kepada kita, hai saudara-saudaraku, maka aku memohon
kepada kamu semua: persembahkanlah dirimu sebagai korban hidup kepada Allah,
terserah untuk melayani dia dan juga berkenan kepadanya.  Inilah ibadat yang
sebenarnya yang harus kamu sembahkan.  Janganlah menurut teladan dunia ini,
tetapi biarlah batin kamu diperbaharui oleh Allah dan fikiran kamu diubahkan.
Baharulah kamu dapat mengetahui kehendak Allahiaitu apa yang baik, dan
berkenan kepadanya, serta sempurna. Rum 12:1,2

KELAHIRAN BARU

"Aku akan memberi kamu hati dan fikiran yang baharu. Aku akan menukar hati
kamu yang keras, dan memberi kamu hati yang taat." Yehezkiel 36:26

Kamu tahu bahawa Kristus itu benar. Sebab itu kamu harus tahu bahawa tiap-tiap
orang yang melakukan apa yang benar ialah anak Allah.... Kita tahu bahawa
anak-anak Tuhan tidak ada yang terus-menerus berdosa, sebab Anak Allah itu
memeliharakan dia dengan selamat, dan Iblis tidak dapat menyakiti dia.  1
Yahya 2:29; 5:18

Manakala seorang telah bersatu dengan Kristus, orang itu menjadi satu kejadian
yang baharu: apa yang lama itu telah lenyap, yang baharu telah terbit.  2
Korintus 5:17

Yesus menjawab, "Sebenarnya aku berkata kepadamu: Tidak seorang pun dapat
mengalami kebahagiaan Pemerentahan Allah kecuali orang itu diperanakkan
semula." Yahya 3:3

Tetapi sekarang kamu telah dibersihkan daripada dosa. Kamu telah
dipersembahkan kepada Allah. Kamu telah diperdamaikan dengan Allah demi kuasa
Rabbi, Yesus Kristus dan Roh Allah kita. 1 Korintus 6:11b

Sebab dengan firman Allah, yang menghidupkan dan yang ke-.  kal itu, kamu
telah diperanakkan semula sebagai anak-anak bapa yang abadi bukan fana.  1
Petrus 1:23

"Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh, dan membinasakan. Tetapi aku
datang supaya mereka yang dengarkan suaraku beroleh kehidupan: kehidupandalam
erti yang sedalam-dalamnya." Yahya 10:10

MATI TERHADAP DOSABANGKIT DEMI KRISTUS

Pada masa yang lampau, secara rohani kamu ini mati sebab keingkaran dan
dosa-dosamu.... Dalam hal kita bersekutu dengan Kristus Yesus, Allah
membangkitkan kita bersama-sama dia supaya kita memerintah bersama-sama
Kristus di dalam dunia yang akan datang. Efesus 2:1,6

Kristus sendiri telah menanggung dosa-dosa kita pada tubuhnya di atas salib
itu, supaya kita ini dapat hidup sebagai orang-orang yang telah mati terhadap
dosa, lalu hidup untuk kebenaran.  Demi dia diluka-lukai, kamu telah
disembuhkan. 1 Petrus 2:24

Kamu juga sudah dibangkitkan bersama-sama Kristus. Sebab itu curahkanlah hati
kamu kepada perkara-perkara yang di syurga, di mana Kristus duduk di atas
takhtanya di tempat berkuasa bersama-sama Allah. Pusatkanlah fikiran kamu atas
perkara-perkara di situ, bukan atas perkara-perkara yang di dunia.  Sebab kamu
telah mati, dan kehidupan kamu sekarang tersembunyi di dalam Allah
bersama-sama Kristus. Kolose 3:1-3

Demikianlah orang-orang yang menjadi milik Kristus Yesus telah mematikan
tabiat manusia dan segala hawanafsu dan keinginannya. Roh Allah telah
memberikan kita kehidupan baharu; oleh sebab itu, dia jugalah yang harus
menguasai kehidupan kita.  Galatia 5:24,25

Tentu tidak! Kita telah mati terhadap dosa; bagaimanakah dapat kita meneruskan
kehidupan yang berdosa lagi! ... Haruslah kamu juga menganggap dirimu mati
terhadap dosa, lalu hiduplah bagi Allah dengan perantaraan Kristus Yesus. Rum
6:2,11

KEHIDUPAN ABADI

Jika dia menabur menurut hawanafsunya sendiri, daripada hawanafsunya juga dia
akan menuai kematian. Tetapi jika dia menabur menurut pimpinan Roh Allah,
daripada Roh Allah juga dia akan menuai kehidupan yang kekal.  Galatia 6:8

Sebagaimana Musa meninggikan ular tembaga pada sebatang kayu di padang pasir,
begitu jugalah Dia Yang Diutus Allah harus ditinggikan, supaya tiap-tiap orang
yang percaya kepadanya beroleh kehidupan yang kekal.  Yahya 3:14,15

Inilah kehidupan yang kekal: iaitu supaya orang mengenal engkau, satu-satunya
Allah yang benar, dan Yesus Kristus yang engkau telah utuskan. Yahya 17:3

Barangsiapa percaya kepada Anak itu beroleh kehidupan yang kekal. Tetapi
barangsiapa yang menderhaka terhadap Anak itu tidak akan beroleh kehidupan,
dan murka Allah akan menimpai dia selama-lamanya. Yahya 3:36

Sebab upab dosa itu ialah maut, tetapi kurnia Allah ialah kehidupan yang kekal
dengan perantaraan Kristus Yesus Rabbi kita.  Rum 6:23

"Dengan sesungguhnya aku berkata kepadamu: barangsiapa yang mendengar
perkataanku dan percaya kepada dia yang menyuruhkan aku, dia beroleh kehidupan
yang kekal. Dia tidak akan dihukum, melainkan sudah pun lepas daripada
kematian kepada kehidupan." Yahya 5:24

JAMINAN KESELAMATAN

Roh Allah bersatu dengan roh kita supaya menyaksikan bahawa kita ini adalah
anak-anak Allah.  Rum 8:16

Barangsiapa mempunyai Anak itu, mempunyai kehidupan ini; dan barangsiapa tidak
mempunyai Anak Allah, tidak mempunyai kehidupan.... Aku menulis ini kepada
kamu supaya kamu tahu bahawa kamu mempunyai kehidupan yang kekal, iaitu kamu
yang percaya kepada Anak Allah.  1 Yahya 5:12,13

"Barangsiapa yang menerima dan menurut perentah-perentahku, orang itulah yang
mengasihi aku. Bapaku akan mengasihi orang yang mengasihi aku, dan aku pun
akan mengasihinya dan menyatakan diriku kepadanya." Yahya 14:21

Dan oleh kerana tiap-tiap orang akan berlaku adil, negeri itu akan menjadi
aman dan tenteram.  Yesaya 32:17

Untuk membuktikan bahawa kamu adalah anak-anak Allah, Allah menyuruh Roh
Anaknya ke dalam hati kita, iaitu Roh yang berseru, "Bapa, ya Bapaku." Galatia
4:6

Caranya kita pasti bahawa kita hidup bersatu dengan Allah dan Allah hidup
bersatu dengan kita, iaitu dia telah memberikan kita Rohnya. 1 Yahya 4:13

Jika kita taat kepada perintah-perintah Allah, baharulah kita pasti bahawa
kita kenal dia.  1 Yahya 2:3

KEHADIRAN KRISTUS MENDATANGKAN KEBAHAGIAAN

Aku datang sekarang kepadamu. Dan aku katakan perkara-perkara ini di dunia
supaya mereka boleh merasai kesukaanku dengan segenap-genapnya.  Yahya 17:13

"Sekarang kamu berdukacita, tetapi aku akan berjumpa lagi dengan kamu; dan
hatimu akan dipenuhi dengan sukacita-sukacita yang tidak dapat dirampas oleh
sesiapa pun.'' Yahya 16:22b

Sebab pemerintahan Allah dalam kehidupan seseorang bukanlah berkenaan dengan
soal makanan atau minuman, tetapi dengan kebenaran, dengan kesejahteraan, dan
dengan kegembiraan yang dikurniakan oleh Roh Allah.  Rum 14:17

"Sebagaimana air jernih mendatangkan sukacita kepada yang dahaga, demikian
jugalah umat Allah bersukacita manakala mereka diselamatkan." Yesaya 12:3

Yang hidup sekarang ini bukanlah aku, tetapi Kristus yang hidup dalam diriku.
Kehidupanku sekarang ini ialah semata-mata oleh iman akan Anak Allah yang
mengasihi aku dan yang telah mengorbankan nyawanya bagiku.  Galatia 2:20

"Demikianlah aku katakan kepada kamu supaya kamu semua merasai kesukaanku; dan
supaya kesukaan kamu juga sempurna.  Yahya 15:11

Engkau akan menunjukkan kepadaku jalan yang menuju kepada kehidupan; hadiratmu
menggembirakan aku, dan pertolonganmu selamanya membawa nikmat. Mazmur 16:11

TAAT KEPADA TUHAN ITU MUSTAHAK

Tetapi jika kamu tidak perhatikan firman Tuhan, jika kamu tidak taat kepada
perintah-perintahnya, dia akan menentang kamu dan raja kamu.  1 Samuel 12:15

Serta melegakan kamu yang menderita, dan kami juga. Allah akan melakukan ini
bila Rabbi Yesus tampil dari langit dengan malaikat-malaikatnya yang berkuasa
dan dengan api yang bernyala-nyala, untuk menghukum orang-orang yang tidak
mengenal Allah dan orang-orang yang tidak menurut Berita Baik itu tentang
Yesus Rabbi kita. Orang-orang itu akan mengalami kebinasaan kekal sebagai
hukuman Allah.  Mereka akan terpisah dari hadirat Rabbi dan kuasanya yang
mulia. 2 Tesalonika 1:7-9

Tentu kamu tahu bahawa bila kamu menyerahkan diri kamu kepada seseorang
sebagai hamba untuk menjalankan perintahnya, maka kamu menjadi hamba orang itu
yang perintahnya kamu jalankan, samada hamba dosa, yang mengakibatkan
kematian, ataupun hamba kepatuhan kepada Yesus Kristus, yang akibatnya ialah
kamu diperdamaikan dengan Allah. Rum 6:16

Pada hari ini aku memberi kamu peluang untuk memilih di antara berkat dan
kutuk-berkat, jika kamu taat kepada perintah-perintah Allah Tuhanmu yang aku
berikan kepada kamu pada hari ini; atau kutuk, jika kamu tidak taat kepada
perintah-perintah itu. Ulangan 11:26-28a

PENGAKUAN AKAN KRISTUS ITU MUSTAHAK

Dan sekaliannya akan mengaku dengan terang-terang bahawa Yesus Kristuslah
Rabbi, untuk kemuliaan Allah Bapa. Filipi 2:11

"Barangsiapa mengaku di hadapan umum bahawa dia milik aku, aku pun akan
mengaku dia pada hadirat Bapaku di syurga.  Tetapi barangsiapa menyangkal di
hadapan umum bahawa dia milik aku, aku pun akan menyangkal dia pada hadirat
Bapaku di syurga." Matius 10:32,33

Jika kamu mengaku dengan bibirmu bahawa "Yesus itu Rabbi," dan kamu percaya di
dalam hatimu bahawa Allah telah membangkitkan Yesus dari kematian, kamu akan
selamat. Kita percaya di dalam hati kita, maka kita diperdamaikan dengan
Allah.  Kita mengaku dengan bibir kita, maka kita diselamatkan.  Rum 10:9,10

"Jika seseorang malu mengaku aku dan pengajaranku di hadapan orang, Dia Yang
Diutus Allah juga akan main mengaku orang itu, bila dia datang kelak dengan
kemuliaannya, dan dengan kemuliaan Bapa, dan kemuliaan malaikat-malaikat yang
suci!" Lukas 9:26

Sebab barangsiapa menolak Anak itu, dia menolak Bapa itu juga, dan barangsiapa
mengaku Anak itu, dia menyambut Bapa itu juga. 1 Yahya 2:23

Inilah jalannya bagaimana kamu boleh mengetahui samada roh itu Roh Allah:
barangsiapa mengisytiharkan bahawa Yesus Kristus telah sungguh-sungguh
menjelma menjadi seorang manusia, orang itu mempunyai Roh yang datang dari
Allah. 1 Yahya 4:2

SETAN MUSUH UTAMA

Bersiumanlah, dan berwaspadalah! Musuh kamu, Iblis, bermundar-mandir seperti
singa yang mengaum-aum mencari mangsanya. 1 Petrus 5:8

Si Jahat itu akan datang dengan kuasa Iblis. Dia akan mengadakan segala macam
mukjizat, dan tanda-tanda palsu, dan keajaiban-keajaiban. 2 Tesalonika 2:9

" 'Engkau akan mencelikkan mata mereka dan memimpin mereka berpaling daripada
kegelapan kepada cahaya, dan daripada pengaruh Iblis kepada Allah, supaya oleh
iman mereka akan daku, dosa-dosa mereka akan diampuni dan mereka menjadi umat
Allah yang terpilih.' " Kisah Rasul-Rasul 26:18

Kemudian Yesus dibawa oleh Roh Allah ke padang pasir supaya digoda oleh
Iblis.. .. Yesus menjawab, "Nyahlah engkau, hai Iblis! Nas Alkitab berkata,
'Hendaklah engkau menyembah Allah dan melayani dia sahaja!' " Baharulah Iblis
meninggalkan Yesus, dan malaikat-malaikat pun datang menolong dia.  Matius
4:1,10,11

Akhirnya, binalah kekuatan kamu demi persekutuan kamu dengan Rabbi Yesus
Kristus, dan oleh kuasanya yang besar. Pakailah selengkapnya baju zirah yang
Allah berikan kepada kamu, supaya kamu berdiri melawan muslihat-muslihat Iblis
yang jahat.  Efesus 6:10,11

KEMENANGAN ATAS SETAN

Sebab itu, serahkanlah diri kamu kepada Allah. Lawanlah Iblis; Iblis akan lari
daripada kamu.  Hampirilah Allah, dan Allah pun akan menghampiri kamu.  Yakub
4:7,8a

Oleh sebab mereka yang disebut anak-anak itu ialah manusia yang mempunyai
daging dan darah, Yesus sendiri menjelma menjadi sama seperti mereka dengan
segala perikemanusiaan mereka. Dia berbuat demikian, supaya dengan kematiannya
dia, dapat memusnahkan Iblis yang berkuasa atas kematian.  Ibrani 2:14

Barangsiapa terus berdosa, dia milik Iblis, sebab Iblis berdosa semenjak
permulaan sekali. Justeru untuk inilah Anak Allah tampak, untuk membinasakan
pekerjaan Iblis. 1 Yahya 3:8

Siapakah boleh menceraikan kita daripada kasih Kristus? Bolehkah kesusahan,
atau kesukaran, atau penganiayaan, atau kelaparan, atau kemiskinan, atau
bahaya, ataupun kematian? Tidak! Di dalam segala perkara ini kita beroleh
kemenangan yang sempurna oleh dia yang telah mengasihi kita!  Rum 8:35,37

Baharulah si Jahat itu akan tampil, dan Rabbi Yesus akan membunuh dia dengan
nafas mulutnya, serta membinasakan dia dengan kedatangannya yang mulia bila
dia datang kelak. Si Jahat itu akan datang dengan kuasa Iblis. Dia akan
mengadakan segala macam mukjizat, dan tanda-tanda palsu, dan
keajaiban-keajaiban. 2 Tesalonika 2:8,9

BUKTI SEORANG KRISTEN IALAH KASIH

Meskipun aku dapat bertutur dengan bahasa-bahasa manusia, bahkan di dalam
bahasa malaikat sekalipun, tetapi aku tidak mempunyai kasih, maka perkataanku
itu tidak lebih daripada bunyi gong yang bising, atau bunyi loceng yang
gemerencang.  1 Korintus 13:1

Sebaliknya, hasil pimpinan Roh Allah ialah kasih, sukacita, kesejahteraan,
kesabaran, budi, kebaikan, kesetiaan, kerendahan hati, dan pengawalan diri.
Galatia 5:22,23a

Kedua kali Yesus bertanya kepadanya, "Simun bin Yahya, "Adakah engkau
mengasihi aku?" Petrus menjawab, "Ya Rabbi, Rabbi tabu bahawa aku mengasihi
Rabbi." Yesus berkata kepadanya, "Peliharakanlah domba-dombaku." Yahya 21:16

"Jika kamu mengasihi aku, turutlah perintah-perintahku." Yahya 14:15

Jika seorang berkata, "Aku mengasihi Allah," tetapi dia membenci saudaranya,
dia itu pendusta. Sebab tidak mungkin seorang mengasihi Allah yang tidak
pernah dilihatnya, jika dia tidak mengasihi saudaranya yang telah pun
dilihatnya. 1 Yahya 4:20

"Jika kamu mengasihi sesama kamu sendiri, maka segala orang akan mengetahui
bahawa kamulah pengikut-pengikut aku." Yahya 13:35

Kita tabu bahawa kita telah meninggalkan maut dan bahawa kita sekarang hidup.
Kita tahu ini sebab kita mengasihi saudara-saudara kita. Barangsiapa tidak
mengasihi, dia itu masih di bawah kuasa maut. 1 Yahya 3:14

KEBANGKITAN YESUS KRISTUS

Kami inilah saksi-saksi bagi segala yang dilakukannya di negeri orang Yahudi
dan di Yerusalem.  Mereka menyalibkan dia dan membunuh dia. Tetapi pada hari
yang ketiga Allah membangkitkan dia dari kematian, dan memperlihatkan dia.
Dia tidak dilihat oleh semua orang; hanya oleh kami yang telah dipilih Allah
menjadi saksi-saksinya. Kami makan dan minum bersama-sama dia setelah Allah
membangkitkan dia dari kematian.  Kisah Rasul-Rasul 10:39-41

Setelah Yesus bangkit dari kematian pagi-pagi pada hari Ahad, dia menampakkan
dirinya pertama kepada Maria Magdalena, yang dari dalamnya dia pernah mengusir
tujuh setan.  Markus 16:9

Seminggu kemudian, pengikut-pengikut Yesus berada lagi di bilik itu, dan Tomas
ada bersama-sama mereka. Pintu semua terkunci. Tetapi Yesus datang dan berdiri
di tengah-tengah mereka serta berkata, "Sejahteralah kamu!" Lalu Yesus berkata
kepada Tomas, "Letakkanlah jarimu di sini, dan lihatlah tanganku. Hulurkanlah
tanganmu dan letakkanlah ke dalam rusukku. Janganlah ragu-ragu lagi.
Percayalah!" Tomas berkata kepada Yesus, "Ya Rabbiku! Ya Allahku!" Yahya
20:26-28

Yesus diserahkan supaya mati kerana dosa-dosa kita; dia dibangkitkan untuk
memperdamaikan kita dengan Allah. Rum 4:25

KEBANGKITAN, HARAPAN AGUNG UMAT KRISTEN

"Dengan sesungguhnya aku berkata kepadamu: masanya akan datang, malah sudah
pun sampai, bila orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan barangsiapa
yang mendengarnya akan hidup. Janganlah kamu hairan mendengar ini: sebab akan
datang masanya bila sekalian orang mati yang di dalam kubur akan mendengar
suaranya, dan keluar dari dalam kubur. Dan barangsiapa yang telah berbuat baik
akan dibangkitkan supaya hidup; tetapi mereka yang telah berbuat jahat akan
dibangkitkan supaya dihukum." Yahya 5:25,28, 29

Tiadakah kamu ketahui bahawa bila kita dibaptiskan, kita dipersatukan dengan
Yesus Kristus?  Ini bererti kita dipersatukan dengan kematiannya. Dengan
baptisan itu, kita ditanam bersama-sama Kristus dalam kematiannya, supaya
sebagaimana Kristus dibangkitkan dari kematian oleh kemuliaan kuasa Bapa itu,
kita pun boleh hidup dengan kehidupan yang baharu. Kerana jika kita telah
dipersatukan dengan Kristus di dalam hal kematiannya, begitu juga kita akan
dipersatukan dengan dia dalam hal kita dibangkitkan seperti dia.  Rum 6:3-5

Tetapi jika Kristus hidup di dalam dirimu, . . . namun Roh Allah telah
memberikan kamu kehidupan sebab kamu telah diperdamaikan dengan Allah.  Jika
Roh Allah yang membangkitkan Kristus dari kematian hidup di dalam dirimu, maka
dia yang membangkitkan Kristus dari kematian itu juga akan memberikan
kehidupan kepada tubuh kamu yang fana ini, dengan Rohnya yang ada di dalam
kamu.  Rum 8:10,11

SUCI DI HADAPAN TUHAN

Kamu telah dipilih menurut kehendak Allah Bapa, dan dijadikan umatnya yang
suci oleh Rohnya, supaya kamu taat kepada Yesus Kristus dan dibersihkan oleh
darahnya. 1 Petrus 1:2a

"Dia bersumpah hendak menyelamatkan kita dari musuh kita, dan membolehkan kita
melayani dia tanpa ketakutan, supaya kita menjadi orang-orang yang suci dan
benar di hadapannya, sepanjang kehidupan kita." Lukas 1:74,75

Segala perjanjian ini diuntukkan bagi kita, hai sahabat-sahabatku! Oleh sebab
itu marilah kita membersihkan diri kita daripada segala yang menajiskan tubuh
dan batin kita. Biarlah kita takut akan Allah dan melakukan penghidupan yang
berkenan kepada Allah. 2 Korintus 7:1

"Aku membaptiskan kamu dengan air untuk menyatakan bahawa kamu telah berpaling
daripada dosa-dosa kamu; tetapi dia yang akan datang kemudian daripadaku itu
akan membaptiskan kamu dengan Roh Allah dan api. Dia lebih besar daripada aku:
bahkan untuk menjinjing kasutnya pun aku tidak layak." Matius 3:11

Jika seseorang membersihkan dirinya daripada segala kejahatan ini, dia akan
digunakan untuk maksud-maksud yang mulia, sebab dia telah menyerahkan dirinya,
dan berguna kepada Tuannya. Dia telah siap digunakan untuk segala pekerjaan
yang biak.  2 Timotius 2:21

SUCI DI HADAPAN TUHAN

Itulah sebabnya Yesus juga mati di luar pintu gerbang kota, untuk membersihkan
umatnya dari dosa dengan darahnya sendiri.  Ibrani 13:12

Sebelum dunia ini dicipta, Allah telah memilih kita, supaya kita menjadi
umatnya yang bersekutu dengan Kristus, supaya kita menjadi suci dan tidak
bersalah di hadiratnya. Pakailah keperibadianmu yang baharu, yang dicipta
menurut rupa Allah, dan yang menyatakan dirinya dengan kehidupan yang benar,
lurus dan suci.  Efesus 1:4; 4:24

Akan ada kelak satu jalan-raya, yang disebut "Jalan Kudus." Orang berdosa
tiada satu pun terdapat padanya, dan mereka yang mengikut jalan itu tidak
dapat disesatkan oleh sesiapa pun.  Yesaya 35:8

Sebaliknya, biarlah segenap kehidupan kamu suci, sebagaimana Allah yang
memanggil kamu itu pun suci. 1 Petrus 1:15

Tetapi jika kita mengaku dosa-dosa kita kepada Allah, dia akan memenuhkan
janjinya dan melakukan apa yang benar. Dia akan mengampuni dosa-dosa kita dan
membersihkan kita dari segala kesalahan kita. 1 Yahya 1:9

Adapun segalanya ini akan dibinasakan dengan jalan ini, bagaimanakah hendaknya
kehidupan kamu? Kehidupan kamu hendaklah suci serta berserah kepada Allah. 2
Petrus 3:11

Cubalah berdamai dengan semua orang, dan cubalah hidup dengan kesucian, sebab
tanpa ini tidak seorang pun akan melihat Rabbi. Ibrani 12:14

KEHIDUPAN YANG DIPENUHI ROH ALLAH

"Sejahat-jahat kamu, kamu tahu memberikan barang-barang yang baik kepada
anak-anak kamu, betapakah pula Bapa yang di syurga itu akan memberikan Rohnya
kepada mereka yang meminta padanya!" Lukas 11:13

Setelah mereka habis berdoa, tempat mereka berkumpul itu bergentar, dan mereka
sekalian dikuatkan oleh Roh Allah, dan mulai mengatakan perkhabaran Allah
dengan keberanian.  Kisah Rasul-Rasul 4:31

Aku akan membuat rohku mendiami diri kamu agar kamu menurut hukumku dan
melaksanakan semua perintah yang telah kuberikan kepada kamu. Yehezkiel 36:27

Tetapi kamu ini tidak lagi hidup menurut tabiat kemanusiaanmu. Kamu hidup
menurut kehendak Roh-iaitu jika Roh Allah sungguh mendiami kamu. Barangsiapa
yang tidak mempunyai Roh Kristus di dalam hidupnya, orang itu bukanlah milik
Kristus.  Rum 8:9

Tetapi kamu akan dilengkapi dengan kuasa apabila Roh Allah datang dan
menguasaimu, dan kamu akan menjadi saksi-saksi bagiku. Kisah Rasul-Rasul 1:8a

Barnabas adalah seorang yang baik, penuh dengan Roh Allah dan iman.   Kisah
Rasul-Rasul 11:24a

Tetapi pengikut-pengikut di Antiokia sangat bersukacita dan penuh dengan Roh
Allah.  Kisah Rasul-Rasul 13:52

JANJI-JANJI KEPADA UMAT KRISTIAN

Tuhan berdampingan dengan mereka yang tawar hati; dia menyelamatkan mereka
yang putus asa. Mazmur 34:18

Aku sendiri yang menciptakan seluruh alam ini! Aku berkenan dengan orang yang
rendah hati dan bertaubat, yang takut akan daku dan taat kepadaku.  Yesaya
66:2

Hai sahabat-sahabatku yang kekasih, janganlah hairan akan pengujian berat yang
kamu derita, seolah-olah perkara yang luarbiasa telah terjadi kepada kamu.
Sebaliknya, bersyukurlah sebab kamu menderita sebahagian dari penderitaan
Kristus, supaya kamu bersukacita bila kemuliaan Kristus dinyatakan kelak.  1
Petrus 4:12,13

"Dia akan menghapus segala airmata dari mata mereka. Dan tidaklah lagi
terdapat kematian, atau dukacita, atau tangisan, ataupun kesakitan.
Perkara-perkara yang lama telah lenyap." Wahyu 21:4

Yakinlah pada Tuhan dan buatlah perkara yang baik; tinggallah di negeri ini
dan kamu akan selamat. Mazmur 37:3

"Aku dapat," jawab Yesus, "asal sahaja engkau sanggup percaya! Tiada satu
perkara pun mustahil jika seorang mempunyai iman!" Markus 9:23

JANJI-JANJI KEPADA YANG TERGODA

Dan sekarang dia dapat menolong orang-orang yang tergoda, sebab dia sendiri
pernah digoda dan diseksa! Ibrani 2:18

Dan Allah sumber kesejahteraan kita, akan segera menewaskan Iblis di bawah
kaki kamu.  Rum 16:20a

Orang yang baik mengalami banyak kesusahan, tetapi Tuhan menyelamatkan dia
dari semuanya. Mazmur 34:19

Manakala kamu menyeberang laut yang dalam, aku akan menyertai kamu; manakala
kamu menyeberang sungai kamu tidak akan tenggelam. Manakala kamu menembusi
api, kamu tidak akan terbakar; kamu tidak akan dicederakan oleh bencana apa
pun.  Yesaya 43:2

Tiap-tiap penggodaan yang datang kepadamu itu ialah penggodaan yang biasa
dihadapi orang.  Tetapi Allah setia pada janjinya itu. Dia tidak akan
membiarkan kamu digoda lebih daripada yang kamu boleh lawan. Bila kamu ditimpa
oleh godaan, dia akan memberi kamu kekuatan supaya bertahan, dan membuka jalan
supaya kamu terhindar daripadanya.  1 Korintus 10:13

Kita tahu bahawa di dalam segala perkara, Allah mengerjakan kebaikan bagi
mereka yang mengasihi dia, yang dipanggil olehnya menurut kehendaknya.  Rum
8:28

Imam agung kita ini bukanlah seorang yang tidak dapat bersimpati dengan
kelemahan-kelemahan kita. Sebaliknya, kita mempunyai imam agung yang pernah
digoda dalam segala hal, seperti kita sendiri; hanya dia tidak berdosa! Ibrani
4:15

JANJI-JANJI KEPADA YANG MENANG

"Barangsiapa menang akan menerima ini daripadaku: Aku akan menjadi Allahnya,
dan dia akan menjadi anakku." Wahyu 21:7

"Orang yang menang aku akan menjadikan dia tiang dalam bait suci Allahku, dan
dia tidak akan meninggalkan tempat itu lagi.  Aku akan menulis di atas dirinya
nama Allahku, dan nama kota Allahku, Yerusalem baharu, yang akan turun dari
syurga, dari Allahku. Aku juga akan menulis di atas dirinya namaku yang
baharu." Wahyu 3:12

"Mereka yang menang akan dipakaikan pakaian putih seperti ini, dan aku
sekali-kali tidak akan menghapuskan nama mereka dari kitab orang-orang yang
hidup. Di hadapan Bapaku dan malaikat-malaikatnya aku akan mengaku
terang-terang bahawa mereka adalah milikku." Wahyu 3:5

"Jika kamu bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada
jemaah-jemaah! Kepada mereka yang telah menang, aku akan memberikan hak untuk
makan buah dari pokok sumber kehidupan yang tumbuh di dalam Taman Allah."
Wahyu 2:7

FIRMAN TUHAN MENGENAI PERCERAIAN

Bagi orang-orang yang telah menikah, aku perintahkan begini.  Sebenarnya
bukanlah aku yang memerintah, tetapi Tuhan. Seorang perempuan yang telah
menikah janganlah meninggalkan suaminya. Jika ditinggalkannya, hendaklah dia
membujang, atau kembali semula kepada suaminya.  Dan seorang suami janganlah
menceraikan isterinya.  1 Korintus 7:10,11

"Barangsiapa menceraikan isterinya lalu menikah dengan perempuan lain, orang
itu berzina. Demikian juga lelaki yang menikah dengan perempuan yang telah
diceraikan itu pun berzina." Lukas 16:18

Seorang wanita yang bersuami, umpamanya, terikat kepada suaminya oleh
undang-undang hanya selama suaminya hidup. Tetapi jika suaminya mati, isteri
itu bebas dari undang-undang yang mengikatnya kepada suaminya. Jika wanita itu
hidup dengan lelaki yang lain selama suaminya masih hidup, wanita itu
dikatakan perempuan berzina. Tetapi jika suaminya meninggal, menurut
undang-undang wanita tersebut bebas.... Rum 7:2,3

"Tetapi sekarang aku berkata kepadamu: barangsiapa menceraikan isterinya
kecuali atas dasar zina, membuat isterinya berzina, dan orang yang menikah
dengan perempuan itu, juga berzina." Matius 5:32

KEDATANGAN KRISTUS KEDUA KALI

"Setelah aku pergi menyediakan tempat bagi kamu, aku akan kembali lagi dan
menerima kamu, supaya di mana aku berada di situ juga kamu akan berada." Yahya
14:3

"Aku segera datang! Peliharakanlah baik-baik apa yang ada pada kamu, supaya
jangan ada orang merampas hadiah kemenangan kamu." Wahyu 3:11

"Jika seorang malu mengaku aku dan pengajaranku pada zaman yang derhaka dan
jahat ini, Dia Yang Diutus Allah juga akan malu mengaku orang itu, bila dia
datang kelak dengan kemuliaan Bapanya, dan kemuliaan malaikat-malaikatnya yang
suci." Markus 8:38

Kamu juga mesti bersabar. Teguhkanlah harapan kamu, sebab hari kedatangan
Rabbi sudah dekat. Yakub 5:8

"Sebab Dia Yang Diutus Allah akan datang seperti kilat mengkilap di seluruh
langit dari timur ke barat." Matius 24:27

"Baharulah tanda Dia Yang Diutus Allah itu akan terlihat di langit; baharulah
suku-suku bangsa di bumi ini akan menangis, dan mereka akan nampak Dia Yang
Diutus Allah itu datang di awan langit dengan kuasa dan kemuliaan yang besar."
Matius 24:30

"Bila Dia Yang Diutus Allah itu datang sebagai Raja dengan segala
malaikat-malaikat, dia akan duduk di atas takhta pemerintahannya." Matius
25:31

Demikian juga Kristus dipersembahkan sebagai korban satu kali sahaja untuk
menanggung dosa banyak orang. Dia akan tampil sekali lagi, bukan untuk
menanggung dosa, tetapi untuk menyelamatkan orang-orang yang menantikan dia.
Ibrani 9:28

KEDATANGAN KRISTUS KEDUA KALI

"Hai orang-orang Galilea," kata mereka, "mengapakah kamu tengadah ke langit?
Yesus ini yang kamu nampak terangkat ke syurga, akan kembali seperti kamu
nampak dia naik ke syurga." Kisah Rasul-Rasul 1:11

Baharulah Dia Yang Diutus Allah akan kelihatan, datang di awan langit dengan
kuasa yang besar dan kemuliaan. Lukas 21:27

Hai sahabat-sahabatku yang kekasih, kita sekarang ialah anak-anak Allah,
tetapi belum jelas lagi apa kejadian kita kelak. Tetapi kita tabu bahawa bila
Kristus tampak, kita akan menjadi seperti dia, sebab kita akan melihat dia
dalam keadaannya yang sebenarnya. Tiap-tiap orang yang mempunyai harapan ini
terhadap Kristus, menjaga supaya dirinya suci, sebagaimana Kristus pun suci.
1 Yahya 3:2,3

"Dengarlah! Aku datang seperti pencuri! Berbahagialah orang yang berjaga-jaga
serta memperhatikan pakaiannya; orang itu tidak akan didapati berjalan
bertelanjang dan dipermalukan di depan orangramai!" Wahyu 16:15

"Sebab Dia Yang Diutus Allah itu sudah hampir hendak datang dengan kemuliaan
Bapanya dan bersama-sama malaikat-malaikatnya. Pada masa itu dia akan membalas
tiap-tiap orang menurut perbuatannya. Matius 16:27

"Kamu pun haruslah sentiasa bersedia, sebab Dia Yacg Diutus Allah itu akan
datang pada saat yang kamu tidak sangka." Lukas 12:40

Tidak perlu kami menulis kepada kamu, hai saudara-saudara tentang masa atau
ketika bila perkara-perkara ini akan terjadi. Sebab kamu sendiri tahu dengan
jelas bahawa Hari Rabbi itu akan datang seperti pencuri datang pada malam
hari. 1 Tesalonika 5:1,2

FIRMAN TUHAN

"Langit dan bumi akan lenyap, tetapi perkataanku akan kekal selama-lamanya."
Lukas 21:33

Sebab tidak ada perkhabaran nabi yang datang semata-mata dengan kehendak
manusia, melainkan manusia itu diilhami oleh Roh Allah pada masa mereka
menyampaikan perkhabaran yang datang daripada Allah.  2 Petrus 1:21

Seluruh Alkitab itu diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang
benar, menegur apa yang salah, membetulkan apa yang keliru, dan memberi
petunjuk-petunjuk untuk kehidupan yang menurut kehendak Allah.  2 Timotius
3:16

Firmanmu itu bagaikan pelita yang memimpin aku, dan cahaya yang menerangi
jalanku.  Mazmur 119:105

BERDOALAH DAN AMPUNILAH

"Sepatutnya kamu berdoa begini: 'Ya Bapa kami yang di syurga, Hendaklah
manusia menghormati engkau. Binalah Pemerintahanmu di bumi. Biarlah manusia
taat kepadamu sebagaimana engkau ditaati di syurga. Berilah kami pada hari ini
makanan kami yang seperlunya.  Ampunilah kesalahan-kesalahan kami, seperti
kami mengampuni orang yang bersalah terhadap kami. Janganlah membiarkan kami
digoda oleh Iblis, tetapi selamatkanlah kami daripada kuasanya. Engkaulah
Raja, dan engkaulah yang mempunyai kuasa dan kemuliaan selama-lamanya, Amin.'
Sebab jika kamu mangampuni orang yang bersalah terhadap kamu, Bapamu yang di
syurga pun akan mengampuni kesalahan kamu.  Tetapi jika kamu tidak mengampuni
kesalahan orang lain, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampuni
kesalahan kamu." Matius 6:9-15