Firman yang Memberikan Hidup
1:1 Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah. 2 Sejak permulaan, Firman itu bersama-sama Allah. 3 Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia. Tiada sesuatu pun di alam semesta ini yang dijadikan tanpa Dia. 4 Firman itu sumber hidup, dan hidup itu memberikan cahaya kepada manusia. 5 Cahaya ini bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak dapat memadamkannya. 6 Seorang bernama Yohanes diutus oleh Allah. 7 Yohanes datang untuk memberitahu orang tentang cahaya itu, supaya semua orang mendengar dan percaya kepada perkhabarannya. 8 Dia sendiri bukan cahaya itu; dia datang untuk mengkhabarkan cahaya itu. 9 Inilah cahaya sejati, yang datang ke dunia untuk menerangi umat manusia. 10 Firman itu ada di dunia. Walaupun Allah menjadikan dunia ini melalui Dia, orang di dunia ini tidak mengenal Dia. 11 Dia datang ke negeri-Nya sendiri, tetapi bangsa-Nya tidak menyambut Dia. 12 Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah. 13 Mereka menjadi anak Allah bukan dengan jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi Allah sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya. 14 Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterima-Nya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita. 15 Yohanes memberikan kesaksian tentang Dia. Yohanes berseru, "Inilah Dia yang aku katakan akan datang kemudian daripadaku, tetapi Dia lebih besar daripadaku, kerana Dia sudah ada sebelum aku dilahirkan." 16 Dia penuh kasih; Dia terus-menerus memberkati kita semua. 17 Allah memberikan Taurat melalui Musa, tetapi melalui Yesus Kristus, Allah menyatakan kasih-Nya dan kesetiaan-Nya kepada kita. 18 Tidak seotang pun pernah melihat Allah. Anak tunggal Bapa yang sama dengan Bapa dan di sisi Bapa, sudah menunjukkan Allah kepada kita.
Kesaksian Yohanes Pembaptis
19 Para penguasa orang Yahudi di Yerusalem mengutus imam-imam dan beberapa orang Lewi kepada Yohanes untuk bertanya kepadanya, "Siapakah kamu?" 20 Yohanes mengaku dengan terus terang, "Aku bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah." 21 "Jika demikian, siapakah kamu?" tanya mereka. "Adakah kamu Elia?" "Bukan," jawab Yohanes. "Adakah kamu Nabi itu?" tanya mereka lagi. "Bukan," jawabnya. 22 "Katakanlah siapa kamu ini," kata mereka, "kerana kami mesti memberikan jawapan kepada mereka yang mengutus kami. Apa katamu tentang dirimu sendiri?" 23 Yohanes menjawab dengan memetik ayat daripada Kitab Nabi Yesaya, "Aku ini: 'Seorang yang berseru di padang gurun: Luruskanlah jalan bagi Tuhan!' " 24 Mereka yang diutus oleh orang Farisi, 25 kemudian bertanya kepada Yohanes, "Jika kamu bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah, atau Elia, atau Nabi ltu, mengapa kamu membaptis orang?" 26 Yohanes menjawab, "Aku membaptis dengan air. Tetapi Dia yang tidak kamu kenal ada di kalangan kamu. 27 Dia datang kemudian daripadaku, tetapi aku tidak layak mengurai tali kasut-Nya pun." 28 Semua ini berlaku di Betania, di sebelah timur Sungai Yordan tempat Yohanes membaptis orang.
Anak Domba Allah
29 Keesokan harinya Yohanes nampak Yesus datang kepadanya. Lalu Yohanes berkata, "Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapus dosa dunia! 30 Dialah yang aku katakan akan datang kemudian daripada aku, tetapi yang lebih besar daripadaku kerana Dia sudah ada sebelum aku dilahirkan. 31 Dahulu aku tidak tahu siapa Dia itu. Tetapi aku datang membaptis orang dengan air supaya bangsa Israel mengenal Dia." 32-33 Yohanes memberikan kesaksian ini, "Dahulu aku belum mengetahui siapa Dia itu. Tetapi Allah yang menyuruh aku membaptis orang dengan air berfirman kepadaku, 'Engkau akan nampak Roh Allah turun lalu tinggal di atas seseorang. Dialah yang akan membaptis orang dengan Roh Allah.' Aku nampak Roh Allah turun seperti burung merpati dari langit lalu tinggal di atas-Nya. 34 Aku sudah nampak kejadian ini," kata Yohanes, "dan aku memberitahu kamu bahawa Dialah Anak Allah."
Pengikut-Pengikut Yesus yang Mula-Mula
35 Keesokan harinya Yohanes di tempat itu lagi dengan dua orang pengikutnya. 36 Ketika dia nampak Yesus lalu di situ, dia berkata, "Lihatlah Anak Domba Allah!" 37 Kedua-dua orang pengikut itu mendengar kata-kata Yohanes lalu mengikuti Yesus. 38 Yesus berpaling dan nampak mereka sedang mengikuti Dia. Lalu Yesus bertanya, "Apa yang kamu cari?" Mereka menjawab, "Rabbi, di manakah rabbi tinggal?" (Dalam bahasa Ibrani 'rabbi' bermakna 'guru.') 39 "Marilah lihat," kata Yesus. (Masa itu kira-kira pukul empat petang.) Mereka pun mengikut Dia dan melihat tempat Yesus tinggal. Lalu mereka tinggal bersama-sama Dia pada hari itu. 40 Seorang daripada dua orang yang mendengar kata-kata Yohanes lalu pergi mengikut Yesus, ialah Andreas saudara Simon Petrus. 41 Dengan segera Andreas mencari Simon, saudaranya dan berkata kepadanya, "Kami sudah berjumpa dengan Mesias!" ('Mesias' sama dengan 'Kristus'). 42 Kemudian Andreas membawa Simon kepada Yesus. Yesus memandang dia lalu berkata, "Kamu Simon anak Yohanes, tetapi kamu akan disebut Kefas." (Kefas sama dengan Petrus dan bermakna: bukit batu.)
Yesus Memanggil Pilipus dan Natanael
43 Keesokan harinya Yesus mengambil keputusan untuk pergi ke Galilea. Dia berjumpa dengan Filipus, lalu berkata kepadanya, "Ikutlah Aku!" (44 Filipus berasal dari Betsaida, kota tempat Andreas dan Petrus tinggal.) 45 Kemudian Filipus mencari Natanael dan berkata kepadanya, "Kami sudah berjumpa dengan orang yang disebut oleh Musa di dalam Taurat, dan yang dituliskan oleh nabi-nabi. Dia Yesus anak Yusuf dari Nasaret." 46 Tetapi Natanael berkata, "Bolehkah sesuatu yang baik datang dari Nasaret?" "Marilah lihat," jawab Filipus. 47 Apabila Yesus nampak Natanael datang kepada-Nya, Dia berkata tentang Natanael, "Inilah orang Israel sejati; tiada kepalsuan padanya!" 48 Natanael bertanya kepada Yesus, "Bagaimana tuan mengenal saya?" Yesus menjawab, "Sebelum Filipus memanggil kamu, Aku telah nampak kamu di bawah pokok ara itu." 49 Natanael berkata, "Guru, Guru Anak Allah! Guru Raja bangsa Israel!" 50 Yesus berkata pula, "Adakah kamu percaya kerana Aku berkata Aku nampak kamu di bawah pokok ara itu? Kamu akan melihat perkara-perkara yang jauh lebih besar daripada hal ini!" 51 Lalu Yesus berkata kepada mereka, "Percayalah, kamu akan melihat langit terbuka, dan malaikat-malaikat Allah naik turun pada Anak Manusia."
Majlis Perkahwinan di Kana
2:1 Dua hari kemudian, ada majlis perkahwinan di kota Kana di negeri Galilea. Ibu Yesus di sana. 2 Yesus dan pengikut-pengikut-Nya juga dijemput ke majlis tersebut. 3 Apabila wain sudah habis, ibu Yesus berkata kepada Yesus, "Mereka kehabisan wain." 4 Yesus menjawab, "Puan, janganlah suruh Aku. Saat-Ku belum tiba." 5 Kemudian ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan di situ, "Lakukan apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada kamu." 6 Orang Yahudi mempunyai adat pembasuhan. Di situ ada enam buah tempayan untuk keperluan itu dan setiap tempayan isinya kira-kira seratus liter air. 7 Yesus berkata kepada pelayan-pelayan itu, "Isilah tempayan-tempayan ini dengan air." Mereka mengisi semua tempayan itu sehingga penuh. 8 Lalu Yesus berkata kepada mereka, "Sekarang ambillah sedikit air itu dan hidangkannya kepada ketua majlis." Mereka membawa air itu kepada ketua majlis. 9 Ketua majlis itu mengecap air yang sudah berubah menjadi wain. Dia tidak tahu dari mana datangnya wain itu. (Hanya pelayan-pelayan yang menuang air itu yang mengetahuinya.) Oleh itu ketua majlis memanggil pengantin lelaki, 10 lalu berkata kepadanya, "Biasanya orang menghidangkan wain terbaik terlebih dahulu, lalu apabila para tetamu sudah puas minum barulah wain biasa dihidangkan. Tetapi kamu menyimpan wain terbaik sehingga sekarang!" 11 Itulah mukjizat,i pertama yang dilakukan oleh Yesus di Kana di negeri Galilea. Dia menyatakan kemuliaan-Nya dan pengikut-pengikut-Nya percaya kepada-Nya. 12 Selepas itu Yesus, ibu-Nya, saudara-saudara-Nya, dan pengikut-pengikut-Nya pergi ke Kapernaum. Mereka tinggal di sana selama beberapa hari.
Yesus Masuk ke Rumah Tuhan
13 Apabila sudah hampir Perayaan Paska orang Yahudi, Yesus pergi ke Yerusalem. 14 Di dalam Rumah Tuhan, Dia menjumpai orang menjual lembu, domba, dan burung merpati; penukar wang pun berniaga di situ. 15 Yesus membuat cemeti daripada tali, lalu mengusir semua orang dan binatang itu keluar dari Rumah Tuhan, baik domba mahupun lembu. Dia menunggangbalikkan meja penukar wang sehingga wang mereka berhamburan. 16 Dia berkata kepada penjual burung merpati, "Angkat semuanya dari sini. Jangan jadikan rumah Bapa-Ku tempat berniaga!" 17 Pengikut-pengikut-Nya lalu teringat akan ayat Alkitab yang mengatakan, "Kasih-Ku terhadap rumah-Mu, ya Allah, berkobar-kobar seperti api!" 18 Para penguasa Yahudi bertanya kepada Yesus, "Mukjizat apakah yang dapat kamu lakukan untuk membuktikan bahawa kamu berhak bertindak seperti ini?" 19 Yesus menjawab, "Runtuhkanlah Rumah Tuhan ini, lalu dalam tiga hari Aku akan membinanya lagi." 20 "Engkau mahu membinanya lagi dalam tiga hari?" tanya mereka. "Empat puluh enam tahun sudah diperlukan untuk membina Rumah Tuhan ini!" 21 Sebenarnya Rumah Tuhan yang dimaksudkan oleh Yesus itu tubuh-Nya sendiri. 22 Oleh itu ketika Yesus dibang-kitkan daripada kematian, pengikut-pengikut-Nya teringat bahawa Dia pernah mengatakan demikian. Lalu percayalah mereka kepada apa yang tertulis di dalam Alkitab dan kepada apa yang dikatakan oleh Yesus.
Yesus Mengetahui Hati Manusia
23 Sementara Yesus di Yerusalem pada masa Perayaan Paska, banyak orang percaya kepada-Nya kerana mukjizat-mukjizat yang dilakukan-Nya. 24 Tetapi Yesus tidak mempercayakan diri-Nya kepada mereka, kerana Dia mengetahui hati manusia. 25 Tidak perlu orang memberitahu Dia tentang sesiapa pun, kerana Dia mengetahui isi hati manusia.
Yesus dan Nikodemus
3:1 Ada seorang pemimpin Yahudi bernama Nikodemus; dia daripada golongan Farisi. 2 Pada suatu malam dia datang kepada Yesus lalu berkata kepada-Nya, "Guru, kami tahu bahawa guru diutus oleh Allah untuk mengajar kami. Tidak seorang pun dapat melakukan mukjizat seperti yang guru lakukan, kecuali Allah menyertai dia." 3 Yesus menjawab, "Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati Pemerintahan Allah kecuali dia dilahirkan semula." 4 Nikodemus bertanya, "Bagaimanakah seorang dewasa dapat dilahirkan semula? Tidak mungkin dia masuk semula ke rahim lbunya lalu dilahirkan untukkalikedua!" 5 Yesus menjawab, "Apa yang Aku katakan ini benar: Tidak mungkin seorang pun menikmati Pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan daripada air dan daripada Roh Allah. 6 Secara jasmani manusia dilahirkan oleh manusia, tetapi secara rohani manusia dilahirkan oleh Roh Allah. 7 Janganlah hairan kerana Aku berkata kepadamu bahawa kamu semua mesti dilahirkan semula! 8 Angin bertiup ke mana sahaja angin mahu; kita mendengar bunyinya, tetapi tidak tahu dari mana datangnya dan ke mana perginya angin itu. Begitu juga halnya dengan setiap orang yang dilahirkan oleh Roh Allah." 9 Nikodemus bertanya, "Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?" 10 Yesus menjawab, "Kamu guru terkenal di Israel. Adakah kamu tidak mengetahui perkara ini? 11 Apa yang Aku katakan kepadamu benar: Kami mengatakan apa yang kami ketahui dan memberitahukan apa yang kami lihat, tetapi kamu tidak mahu menerimanya. 12 Aku memberitahu kamu perkara-perkara dunia ini, tetapi kamu tidak percaya; bagaimana kamu boleh percaya apabila Aku memberitahu kamu perkara-perkara syurga? 13 Tidak seorang pun pernah naik ke syurga, kecuali Anak Manusia yang turun dari syurga. 14 Sebagaimana ular gangsa ditinggikan oleh Musa pada sebatang kayu di padang gurun, begitu jugalah Anak Manusia harus ditinggikan, 15 supaya semua orang yang percaya kepada Anak Manusia beroleh hidup sejati dan kekal. 16 Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. 17 Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya. 18 Sesiapa yang percaya kepada Anak itu tidak dihukum, tetapi sesiapa yang tidak petcaya sudah dihukum kerana dia tidak percaya kepada Anak Allah yang tunggal. 19 Penghakiman itu berdasarkan hal ini: Cahaya itu sudah datang ke dunia, tetapi manusia lebih menyukai kegelapan daripada cahaya kerana perbuatan mereka jahat. 20 Sesiapa yang melakukan kejahatan membenci cahaya, dan tidak mahu datang kepada cahaya, supaya perbuatannya yang jahat tidak kelihatan. 21 Tetapi sesiapa yang melakukan kehendak Allah datang kepada cahaya, supaya nyata bahawa perbuatan yang dilakukannya menurut kehendak Allah."
Yesus dan Yohanes Pembaptis
22 Setelah itu Yesus dan pengikut-pengikut-Nya pergi ke wilayah Yudea. Dia tinggal di situ dengan mereka untuk sementara waktu, dan Dia membaptis orang. 23-24 Pada masa itu Yohanes belum dipenjarakan. Di Ainon, tempat yang tidak berapa jauh dari Salim, Yohanes membaptis orang kerana di situ terdapat banyak air. Orang datang kepadanya dan dia membaptis mereka. 25 Beberapa orang pengikut Yohanes mula bertengkar dengan seorang Yahudi tentang adat pembasuhan. 26 Kemudian mereka pergi kepada Yohanes dan berkata, "Adakah guru masih ingat akan orang yang bersama-sama guru di seberang Sungai Yordan itu, orang yang guru tunjukkan kepada kami dahulu? Lihatlah, sekarang dia membaptis orang dan semua orang pergi kepadanya!" 27 Yohanes menjawab, "Seseorang tidak dapat menerima sesuatu, jika Allah tidak memberikannya. 28 Kamu sendiri menjadi saksiku bahawa aku pernah berkata, 'Aku bukan Penyelamat yang diutus oleh Allah, tetapi aku diutus terlebih dahulu daripada-Nya.' 29 Pengantin perempuan kepunyaan pengantin lelaki. Sahabat pengantin lelaki hanya menunggu dan mendengar, serta bersukacita apabila dia mendengar suara pengantin lelaki. Begitulah halnya dengan aku. Sekarang kegembiraanku sempurna. 30 Dia mesti menjadi semakin penting dan aku semakin kurang penting."
Dia yang Datang dari Syurga
31 Dia yang datang dari syurga paling utama daripada semua orang. Orang yang datang dari dunia tergolong orang dunia, dan dia bercakap tentang perkara-perkara dunia ini. Tetapi Dia yang datang dari syurga, Dialah yang paling utama! 32 Dia memberitahukan apa yang dilihat-Nya dan didengar-Nya, tetapi tidak seorang pun menerima kesaksian-Nya. 33 Tetapi orang yang menerima kesaksian-Nya mengakui bahawa apa yang dihrmankan oleh Allah benar. 34 Orang yang diutus oleh Allah menyampaikan firman Allah, kerana Allah mengurniakan Roh-Nya kepada Dia dengan sepenuhnya. 35 Bapa mengasihi Anak-Nya dan sudah menyerahkan segala sesuatu di bawah kuasa-Nya. 36 Sesiapa yang percaya kepada Anak itu beroleh hidup sejati dan kekal, tetapi sesiapa yang tidak taat kepada Anak itu tidak akan beroleh hidup itu. Dia akan dihukum oleh Allah selama-lamanya.
Yesus dan Wanita Samaria
4:1 Orang Farisi mendengar bahawa Yesus mendapat dan membaptis lebih ramai pengikut daripada Yohanes. (2 Sebenarnya Yesus tidak membaptis sesiapa pun melainkan para pengikut-Nya yang melakukan hal itu.) 3 Apabila Yesus tahu bahawa orang Farisi sudah mendengar hal itu, Dia meninggalkan Yudea lalu kembali ke Galilea. 4 DaIam perjalanan-Nya ke sana Yesus harus melalui Samaria. 5 Di Samaria Yesus tiba di sebuah bandar bernama Sikhar, yang tidak jauh dari sebidang tanah yang dahulu diberikan oleh Yakub kepada Yusuf anaknya. 6-8 Di situ ada sebuah perigi yang dahulunya milik Yakub. Yesus yang penat kerana perjalanan-Nya, duduk di pinggir perigi itu. Masa ltu kira-kira pukul dua belas tengah hari dan pengikut-pengikut Yesus telah pergi ke bandar untuk membeli makanan. Kemudian seorang wanita Samaria datang untuk menimba air. Yesus berkata kepadanya, "Berilah Aku minum." 9 Wanita Samaria itu menjawab, "Tuan orang Yahudi sedangkan saya orang Samaria. Mengapa tuan meminta minum daripada saya?" (Orang Yahudi tidak mahu menggunakan cawan dan mangkuk yang pernah digunakan oleh orang Samaria.) 10 Yesus menjawab, "Jika kamu tahu akan pemberian Allah, dan siapa yang meminta minum daripadamu, tentu kamu akan meminta minum daripada-Nya, lalu Dia akan mengurniakan air yang memberikan hidup kepadamu." 11 "Tuan," kata wanita itu, "tuan tidak mempunyai timba, lagi pun perigi ini sangat dalam. Dari mana tuan boleh mendapat air yang memberikan hidup? 12 Nenek moyang kami, Yakub, memberikan perigi ini kepada kami. Dia, anak-anaknya, dan ternakannya minum dari perigi ini. Adakah tuan menyangka bahawa tuan lebih besar daripada Yakub?" 13 Yesus berkata, "Sesiapa yang minum air ini akan dahaga lagi; 14 tetapi sesiapa minum air yang akan Aku berikan kepadanya, dia tidak akan dahaga selama-lamanya. Air yang akan Aku berikan itu menjadi suatu mata air yang memancar di dalam dirinya, dan memberi dia hidup sejati dan kekal." 15 Wanita itu berkata, "Tuan, berilah saya air itu, supaya saya tidak dahaga lagi dan tidak usah kembali ke sini untuk menimba air." 16 Yesus menjawab, "Pergilah panggil suamimu lalu kembalilah ke sini." 17 Wanita itu menjawab, "Saya tidak bersuami." Lalu Yesus berkata, "Betul katamu bahawa kamu tidakbersuami. 18 Kamu sudah berkahwin lima kali, dan lelaki yang tinggal denganmu sekarang ini bukan suamimu. Memang benar katamu." 19 Wanita itu berkata, "Sekarang saya tahu bahawa tuan seorang nabi. 20 Nenek moyang kami menyembah Allah di gunung ini, tetapi bangsa tuan berkata bahawa hanya di Yerusalem orang dapat menyembah Allah." 21 Yesus berkata kepadanya, "Percayalah, akan tiba masanya orang tidak lagi menyembah Bapa di gunung ini ataupun di Yerusalem. 22 Kamu orang Samaria sebenarnya tidak mengenal yang kamu sembah; tetapi kami orang Yahudi mengenal yang kami sembah, kerana penyelamatan datang daripada orang Yahudi. 23 Masanya akan tiba, malahan sudah tiba, apabila dengan kuasa Roh Allah orang akan menyembah Bapa sebagai Allah yang benar seperti yang dikehendaki oleh Bapa 24 Allah itu Roh, dan hanya dengan kuasa Roh Allah orang dapat menyembah Bapa sebagai Allah yang benar." 25 Wanita itu berkata kepada Yesus, "Saya tahu Penyelamat yang diutus oleh Allah, yang disebut Kristus, akan datang. Apabila Dia datang Dia akan memberitahu kita segala-galanya." 26 Yesus menjawab, "Akulah Dia; Aku yang sekarang sedang bercakap dengan kamu." 27 Pada waktu itu, pengikut-pengikut Yesus kembali. Mereka hairan melihat Yesus bercakap dengan seorang wanita. Tetapi tidak seorang pun daripada mereka bertanya kepada wanita itu, "Mahuapa?" atau bertanya kepada Yesus, "Mengapa Guru bercakap dengan wanita ini?" 28 Kemudian wanita itu meninggalkan buyung airnya lalu balik ke bandar dan memberitahu orang di bandar. 29 Dia berkata, "Marilah lihat orang yang memberitahu saya segala sesuatu yang pernah saya lakukan. Mungkinkah dia Penyelamat yang diutus oleh Allah?" 30 Oleh itu penduduk di situ meninggalkan bandar lalu pergi kepada Yesus. 31 Sementara itu pengikut-pengikut-Nya mengajak Yesus makan, "Guru, silalah makan!" 32 Tetapi Yesus menjawab, "Aku mempunyai makanan yang tidak kamu ketahui." 33 Pengikut-pengikut-Nya mula bertanya sesama sendiri, "Adakah orang sudah membawa makanan untuk-Nya?" 34 Yesus berkata, "Makanan-Ku itu melakukan kehendak Dia yang mengutus Aku, dan menyelesaikan pekerjaan yang diserahkan-Nya kepada-Ku. 35 Kamu berkata, 'Masih empat bulan lagi sebelum musim menuai.' Tetapi Aku berkata kepada kamu, pandanglah ladang yang sudah menguning, siap untuk dituai! 36 Orang yang menuai tuaian menerima upah serta mengumpulkan hasil untuk hidup sejati dan kekal. Oleh ltu orang yang menabur benih dan orang yang menuai tuaian boleh bergembira bersama-sama. 37 Benarlah pepatah ini: 'Yang seorang menanam, yang lain menuai.' 38 Aku menyuruh kamu menuai tuaian di ladang yang tidak kamu usahakan; orang lain sudah bekerja di sana, dan sekarang kamu mendapat hasil pekerjaan mereka." 39 Banyak orang Samaria di bandar itu percaya kepada Yesus kerana wanita itu berkata, "Dia memberitahu saya segala sesuatu yang pernah saya lakukan." 40 Oleh itu, apabila semua orang Samaria ini berjumpa dengan Yesus, mereka memohon supaya Yesus tinggal bersama-sama mereka. Lalu Yesus tinggal di situ selama duahari. 41 Lebih banyak lagi orang percaya kepada Yesus kerana ajaran-Nya. 42 Mereka berkata kepada wanita itu, "Kami sekarang percaya, bukan kerana apa yang kamu katakan kepada kami, tetapi kerana kami sendiri sudah mendengar Dia dan kami tahu bahawa Dia Penyelamat dunia."
Yesus Menyembuhkan Anak Lelaki Pegawai Kerajaan
43 Setelah Yesus tinggal di sana selama dua hari, Dia pergi ke Galilea. 44 Yesus berkata, "Seorang nabi tidak dihormati di negerinya sendiri." 45 Apabila Dia tiba di Galilea, orang di sana menyambut Dia. Mereka telah melihat segala yang dilakukan-Nya di Yerusalem pada Perayaan Paska. 46 Kemudian Yesus kembali ke Kana di Galilea, tempat Dia pernah mengubah air menjadi wain. Di situ ada seorang pegawai kerajaan; anak lelakinya sedang sakit di Kapernaum. 47 Apabila dia mendengar bahawa Yesus telah datang ke Galilea dan Yudea, dia pergi menjumpai Yesus. Dia meminta Yesus pergi ke Kapernaum dan menyembuhkan anaknya yang hampir meninggal. 48 Tetapi Yesus berkata kepadanya, "Jika kamu semua tidak melihat mukjizat dan perkara yang luar biasa, kamu tidak percaya." 49 Pegawai itu menjawab, "Tuan, marilah pergi dengan saya sekarang, sebelum anak saya meninggal." 50 Lalu Yesus berkata, "Pergilah, anakmu akan sembuh." Orang itu percaya kepada kata-kata Yesus lalu pergi. 51 Dalam perjalanannya ke rumah, hamba-hamba orang itu menjumpai dia, dan berkata bahawa anak lelakinya sudah sembuh. 52 Lalu pegawai itu bertanya pukul berapa anaknya mula sembuh. Mereka menjawab, "Kelmarin pada pukul satu petang demamnya hilang." 53 Bapa anak ltu teringat bahawa pada masa itu Yesus berkata kepadanya, "Anakmu akan sembuh." Lalu dia dan keluarganya percaya kepada Yesus. 54 Inilah mukjizat kedua yang dilakukan oleh Yesus di Galilea setelah Dia datangdari Yudea.
Penyembuhan di Kolam Betesda
5:1 Selepas itu ada satu perayaan Yahudi dan Yesus pergi ke Yerusalem. 2 Di Yerusalem dekat Pintu Domba ada sebuah kolam yang dalam bahasa Ibrani dinamakan Betesda. Kolam ini dikelilingi lima buah serambi. 3 Banyak orang sakit berbaring di serambi-serambi itu - yang buta, yang tempang, dan yang lumpuh. [Mereka semua menunggu air di kolam itu berkocak, 4 kerana ada kalanya malaikat Tuhan turun ke dalam kolam itu dan mengocakkan airnya, lalu orang sakit yang pertama masuk ke dalam kolam itu semasa air berkocak akan sembuh daripada penyakit apa pun yang dihidapnya.] 5 Di situ terdapat seorang lelaki yang sudah sakit selama tiga puluh lapan tahun. 6 Yesus nampak dia terbaring di situ, dan Dia tahu bahawa orang itu sudah lama sekali sakit. Oleh itu Yesus bertanya kepadanya, "Mahukah kamu sembuh?" 7 Orang sakit itu menjawab, "Tuan, tiada sesiapa pun di sini yang dapat memasukkan saya ke dalam kolam apabila air berkocak. Sementara saya mencuba masuk ke dalam kolam, orang lain telah mendahului saya." 8 Yesus berkata kepadanya, "Bangunlah, angkatlah tikarmu, dan berjalanlah." 9 Pada saat itu juga orang itu sembuh. Dia mengangkat tikarnya lalu berjalan. Hal ini berlaku pada hari Sabat. 10 Oleh itu para penguasa Yahudi berkata kepada orang yang baru disembuhkan itu, "Hari ini hari Sabat; kamu melanggar Taurat kita kerana mengangkat tikar." 11 Tetapi orang itu menjawab, "Orang yang menyembuhkan saya tadi menyuruh saya mengangkat tikar dan berjalan." 12 Mereka bertanya, "Siapakah orang yang menyuruh kamu mengangkat tikar dan berjalan?" 13 Orang yang baru disembuhkan itu tidak tahu siapa orang itu, kerana Yesus sudah menghilang antara orang ramai di tempat itu. 14 Tidak lama kemudian, Yesus berjumpa dengan dia di dalam Rumah Tuhan dan berkata kepadanya, "Sekarang kamu sudah sembuh. Janganlah berdosa lagi, supaya kamu tidak ditimpa perkara yang lebih dahsyat." 15 Kemudian orang itu pergi dan memberitahu para penguasa Yahudi bahawa Yesuslah yang menyembuhkan dia. 16 Oleh itu, mereka mula memusuhi Yesus, kerana Dia menyembuhkan orang pada hari Sabat. 17 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Bapa-Ku sentiasa bekerja; Aku pun harus bekerja." 18 Kata-kata-Nya ini membuat para penguasa Yahudi semakin bertekad untuk membunuh Dia. Bukan sahaja Dia telah melanggar hukum hari Sabat, tetapi Dia berkata bahawa Allah itu Bapa-Nya. Hal ini bererti Dia menyamakan diri dengan Allah.
Kekuasaan Anak
19 Yesus menjawab mereka, "Percayalah, Anak tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia hanya melakukan apa yang dilihat-Nya dilakukan oleh Bapa-Nya. Apa yang dilakukan oleh Bapa, perkara itu juga yang dilakukan oleh Anak. 20 Bapa mengasihi Anak dan menunjukkan segala yang dilakukan-Nya kepada-Nya. Dia akan menyatakan perkara-perkara yang lebih besar lagi kepada Anak sehingga kamu semua hairan. 21 Sebagaimana Bapa membangkitkan orang mati dan menyebabkan mereka hidup, begitu juga Anak memberikan hidup kepada orang yang dikehendaki-Nya. 22 Bapa tidak menghakimi sesiapa pun. Dia sudah menyerahkan segala kekuasaan untuk menghakimi orang kepada Anak-Nya. 23 Oleh itu semua orang menghormati Anak sebagaimana mereka menghormati Bapa. Orang yang tidak menghormati Anak, juga tidak menghormati Bapa yang mengutus Anak. 24 Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, beroleh hidup sejati dan kekal. Dia tidak akan dihukum, melainkan sudah terlepas daripada kematian dan mulai benar-benar nidup. 25 Percayalah: Akan tiba masanya, malah sudah tiba, apabila orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan orang yang mendengarkan apa yang dikatakan-Nya akan hidup. 26 Sebagaimana Bapa sendiri sumber hidup, Dia menjadikan Anak-Nya sumber hidup juga. 27 Dia sudah memberikan kuasa kepada Anak untuk menghakimi, kerana Anak itu Anak Manusia. 28 Janganlah kamu hairan mendengar hal ini, kerana akan tiba masanya apabila semua orang mati akan mendengar suara-Nya, 29 lalu keluar dari kubur. Orang yang berbuat baik akan bangkit dan hidup, tetapi orang yang berbuat jahat akan bangkit dan dihukum."
Kesaksian tentang Yesus
30 "Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendak-Ku sendiri. Aku menghakimi orang menurut apa yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu keputusan-Ku adil, kerana Aku tidak mengikut kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku. 31 Jika Aku memberikan kesaksian tentang diri-Ku sendiri, kesaksian itu tidak dapat diterima sebagai bukti yang benar. 32 Tetapi Bapa memberikan kesaksian tentang diri-Ku, dan Aku tahu kesaksian-Nya benar. 33 Kamu mengirim utusan kepada Yohanes, dan Yohanes sudah memberikan kesaksian yang benar tentang diri-Ku. 34 Sebenarnya Aku tidak memerlukan kesaksian daripada manusia, tetapi Aku berkata demikian supaya kamu boleh diselamatkan. 35 Yohanes bagaikan pelita yang menyala dan bersinar. Untuk sementara waktu kamu menikmati cahayanya dan kamu bersukacita. 36 Tetapi kesaksian daripada perbuatan-Ku lebih penting daripada kesaksian Yohanes. Aku melakukan apa yang ditugaskan oleh Bapa-Ku, dan semua itu membuktikan bahawa Bapa sudah mengutus Aku. 37 Bapa yang mengutus Aku pun memberikan kesaksian tentang diri-Ku. Kamu belum pernah mendengar suara-Nya atau melihat muka-Nya. 38 Kamu tidak percaya kepada firman-Nya, kerana kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus-Nya. 39 Kamu menyelidiki Alkitab kerana menyangka bahawa dengan cara itu kamu akan beroleh hidup sejati dan kekal. Sebenarnya Alkitab memberikan kesaksian tentang Aku. 40 Tetapi kamu tidak mahu datang kepada-Ku supaya beroleh hidup sej ati. 41 Aku tidak mengharapkan pujian daripada manusia. 42 Aku kenal akan kamu. Aku tahu bahawa kamu sebenarnya tidak mengasihi Allah. 43 Aku datang dengan kuasa Bapa-Ku, tetapi kamu tidak menyambut Aku. Tetapi manakala seorang lain datang dengan kuasanya sendiri, kamu menyambut dia. 44 Bagaimanakah kamu boleh percaya kepada-Ku, jika kamu mencari pujian daripada sesama kamu sendiri? Kamu tidak berusaha untuk mencari pujian daripada Allah yang Esa. 45 Janganlah sangka bahawa Aku akan menuduh kamu di hadapan Bapa. Musa yang kamu harapkan itu, yang akan menuduh kamu. 46 Jika kamu benar-benar percaya kepada Musa, tentu kamu akan percaya kepada-Ku, kerana Musa menulis tentang Aku. 47 Kamu tidak percaya kepada apa yang ditulis oleh Musa, bagaimanakah kamu dapat percaya kepada apa yang Aku katakan?"
Yesus Memberikan Makanan kepada Lima Ribu Orang
6:1 Selepas itu Yesus pergi ke seberang Tasik Galilea, yang juga disebut Tasik Tiberias. 2 Banyak orang mengikuti-Nya, kerana mereka telah melihat mukjizat yang dilakukan-Nya ketika Dia menyembuhkan orang sakit. 3 Kemudian Yesus naik ke atas bukit lalu duduk di situ dengan pengikut-pengikut-Nya. 4 Pada waktu itu sudah hampir Perayaan Paska orang Yahudi. 5 Yesus melihat di sekeliling-Nya dan Dia nampak orang berduyun-duyun datang kepada-Nya. Oleh itu Yesus berkata kepada Filipus, "Di manakah kita boleh membeli makanan yang cukup untuk semua orang ini?" (6 Yesus mengetahui apa yang akan dilakukan-Nya, tetapi Dia berkata demikian kerana Dia hendak menguji Filipus.) 7 Filipus menjawab, "Roti seharga dua ratus keping wang perak pun tidak cukup untuk semua orang ini, meskipun setiap orang mendapat sedikit sahaja." 8 Pengikut-Nya yang lain, iaitu Andreas, saudara Simon Petrus berkata, 9 "Seorang anak lelaki di sini mempunyai lima ketul roti barli dan dua ekor ikan. Tetapi apa gunanya untuk orang sebanyak ini?" 10 Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Suruhlah mereka duduk." (Di situ terdapat banyak rumput.) Orang ramai pun duduk; semuanya berjumlah kira-kira lima ribu orang lelaki. 11 Yesus mengambil roti itu, lalu Dia mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagi-bahagikan roti itu kepada orang ramai yang duduk di situ. Selepas itu Dia membahagi-bahagikan ikan itu, lalu semua orang makan sepuas-puasnya. 12 Setelah semua orang makan sampai kenyang, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Kumpulkanlah lebihan makanan, jangan sampai ada yang terbuang." 13 Mereka mengumpulkan dua belas buah bakul lebihan makanan daripada lima ketul roti barli yang dimakan oleh orang ramai. 14 Apabila orang ramai melihat mukjizat yang dilakukan oleh Yesus, mereka berkata, "Sesungguhnya Dia Nabi' yang diharapkan datang ke dunia!" 15 Yesus tahu bahawa mereka akan datang dan memaksa Dia menjadi raja. Oleh itu Yesus pergi seorang diri ke daerah berbukit.
Yesus Berjalan di atas Air
16 ApabiIa hari sudah senja, pengikut-pengikut Yesus turun ke tasik, 17 lalu menyeberangi tasik itu dengan perahu ke Kapernaum. Hari sudah gelap tetapi Yesus masih belum datang kepada mereka. 18 Sementara itu angin kencang bertiup dan air tasik mula bergelora. 19 Pengikut-pengikut-Nya sudah berkayuh kira-kira lima atau enam kilometer, ketika mereka nampak Yesus menghampiri perahu dengan berjalan di atas air. Mereka sangat takut. 20 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Janganlah takut, Aku Yesus!" 21 Lalu dengan senang hati mereka menyambut Dia naik ke perahu dan pada ketika itu juga sampailah perahu itu di tempat yang ditujui.
Orang Ramai Mencari Yesus
22 Keesokan harinya orang ramai yang bermalam di seberang tasik, sedar bahawa hanya ada sebuah perahu di sana. Mereka tahu bahawa para pengikut Yesus telah bertolak dengan perahu itu tanpa Dia. 23 Kemudian beberapa buah perahu yang datang dari Tiberias berlabuh dekat tempat orang ramai makan roti setelah Tuhan mengucap syukur. 24 Tetapi apabila mereka tidak nampak Yesus mahupun pengikut-pengikut-Nya di situ, mereka pun menaiki perahu-perahu itu lalu pergi ke Kapernaum untuk mencari Yesus.
Yesus, Roti yang Memberikan Hidup
25 Apabila mereka berjumpa dengan Yesus di seberang tasik, mereka bertanya kepada-Nya, "Guru, bilakah guru sampai di sini?" 26 Yesus menjawab, "Apa yang Aku katakan ini benar: Kamu mencari Aku bukan kerana kamu memahami maksud mukjizat yang Aku lakukan, tetapi kerana kamu sudah makan sehingga kenyang. 27 Janganlah berusaha untuk mendapat makanan yang boleh menjadi basi, tetapi berusahalah untuk mendapat makanan yang boleh memberikan hidup sejati dan kekal. Itulah makanan yang akan diberikan oleh Anak Manusia kepada kamu, kerana Dia sudah dilantik oleh Allah Bapa." 28 Mereka bertanya kepada-Nya, "Apakah yang harus kami lakukan untuk melakukan kehendak Allah?" 29 Yesus berkata, "Inilah perkara yang dikehendaki oleh Allah: Percayalah kepada Dia yang diutus oleh Allah." 30 Mereka bertanya kepada-Nya, "Mukjizat apakah yang dapat guru lakukan supaya kami boleh melihat dan percaya kepada guru? Apakah yang akan guru lakukan? 31 Nenek moyang kami makan manna di padang gurun, seperti yang tertulis di dalam Alkitab: 'Dia memberikan roti dari syurga sebagai makanan mereka.' " 32 Yesus berkata, "Apa yang Aku katakan ini benar: Apa yang diberikan oleh Musa kepada kamu bukan' roti dari syurga; Bapa-Ku itulah yang memberi kamu roti sebenar dari syurga. 33 Roti yang diberikan oleh Allah adalah Dia yang turun dari syurga dan yang memberikan hidup sejati kepada orang di dunia." 34 "Guru," kata mereka, "berilah kami roti itu selalu." 35 "Akulah roti yang memberikan hidup," kata Yesus kepada mereka. "Orang yang datang kepada-Ku tidak akan lapar dan orang yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga selama-lamanya. 36 Aku telah memberitahu kamu bahawa kamu sudah melihat Aku, namun kamu tidak percaya kepada-Ku. 37 Semua orang yang diserahkan oleh Bapa kepada-Ku akan datang kepada-Ku. Aku tidak akan menolak sesiapa pun yang datang kepada-Ku, 38 kerana Aku sudah turun dari syurga bukan untuk melakukan kehendak-Ku sendiri, tetapi kehendak Dia yang mengutus Aku. 39 Inilah kehendak Dia yang mengutus Aku: Daripada semua orang yang diserahkan kepada-Ku, tidak seorang pun hilang, tetapi Aku harus membangkitkan mereka semua pada Hari Kiamat. 40 Memang inilah kehendak Bapa-Ku: Semua orang yang melihat Anak lalu percaya kepada-Nya akan beroleh hidup sejati dan kekal, dan Aku akan membangkitkan mereka pada Hari Kiamat." 41 Orang Yahudi di situ mula bersungut-sungut terhadap Yesus, kerana Dia berkata, "Aku roti yang turun dari syurga." 42 Mereka berkata, "Bukankah dia ini Yesus, anak Yusuf? Kami mengenal ibu bapanya. Bagaimanakah dia dapat berkata bahawa dia turun dari syurga?" 43 Yesus berkata kepada mereka, "Janganlah bersungut-sungut sesama sendiri. 44 Tidak seorang pun dapat datang kepada-Ku, kecuali Bapa yang mengutus Aku, memimpin dia datang kepada-Ku lalu Aku akan membangkitkan dia pada Hari Kiamat. 45 Di dalam Kitab Nabi-Nabi tertulis, 'Semua orang akan diajar oleh Allah.' Oleh itu sesiapa yang mendengar Bapa dan belajar daripada-Nya, datang kepada-Ku. 46 Hal ini tidak bererti bahawa orang sudah melihat Bapa. Hanya Dia yang datang daripada Allah sudah melihat Bapa. 47 Apa yang Aku katakan ini benar: Orang yang percaya kepada-Ku mempunyai hidup sejati dan kekal. 48 Akulah roti yang memberikan hidup. 49 Nenek moyang kamu makan manna di padang gurun, dan mereka mati juga. 50 Tetapi tidak demikian halnya dengan roti yang turun dari syurga; orang yang makan roti itu tidak akan mati. 51 Akulah roti yang memberikan hidup, roti yang turun dari syurga. Orang yang makan roti ini akan hidup selama-lamanya. Roti yang akan Aku berikan itu tubuh-Ku. Aku memberikannya supaya orang di dunia ini boleh hidup." 52 Mendengar kata-kata ini, orang Yahudi mula bertengkar sesama sendiri. "Bagaimanakah orang ini boleh memberikan tubuhnya kepada kita untuk dimakan?" kata mereka. 53 Yesus berkata kepada mereka, "Apa yang Aku katakan ini benar: Jika kamu tidak makan tubuh Anak Manusia dan minum darah-Nya, kamu tidak akan benar-benar hidup. 54 Sesiapa yang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku mempunyai hidup sejati dan kekal, lalu Aku akan membangkitkan dia pada Hari Kiamat. 55 Tubuh-Ku ini makanan sebenar dan darah-Ku ini minuman sebenar. 56 Sesiapa yang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku, hidup bersatu dengan Aku dan Aku dengan dia. 57 Bapa yang hidup mengutus Aku; dan Aku hidup, kerana Dia hidup. Begitu juga orang yang makan tubuh-Ku akan hidup kerana Aku. 58 Inilah roti yang turun dari syurga; roti ini bukan seperti roti yang dimakan nenek moyang kamu, kerana setelah memakannya mereka mati juga. Tetapi orang yang makan roti ini akan hidup selama-lamanya." 59 Semuanya ini dikatakan oleh Yesus semasa Dia mengajar di rumah ibadat di Kapernaum.
Kata-Kata yang Memberikan Hidup Sejati dan Kekal
60 Banyak pengikut-Nya mendengar kata-kata-Nya lalu berkata, "Ajaran ini terlalu sukar. Siapakah dapat menerimanya?" 61 Tanpa diberitahu, Yesus tahu bahawa pengikut-pengikut-Nya bersungut- sungut tentang hal itu. Oleh itu Dia berkata kepada mereka, "Adakah hal itu menyebabkan kamu tidak mahu percaya lagi? 62 Bagaimanakah jika kamu melihat Anak Manusia naik semula ke tempat asal-Nya? 63 Yang menyebabkan manusia hidup ialah Roh Allah. Dengan kekuatan sendiri, manusia tidak dapat melakukannya. Kata-kata yang Aku katakan kepada kamu datangnya daripada Roh Allah yang memberikan hidup. 64 Namun ada beberapa orang antara kamu yang tidak percaya." (Yesus tahu dari mulanya siapa-siapa yang tidak mahu percaya, dan orang yang akan mengkhianati Dia.) 65 Dia berkata lagi, "Itulah sebabnya Aku berkata kepada kamu bahawa tidak seorang pun boleh datang kepada-Ku, kecuali Bapa memperkenankannya." 66 Sejak itu banyak pengikut Yesus meninggalkan Dia dan tidak mahu mengikut Dia lagi. 67 Oleh itu Yesus bertanya kepada dua belas orang pengikut-Nya, "Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?" 68 Simon Petrus berkata kepada-Nya, "Ya Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal. 69 Sekarang kami percaya dan yakin bahawa Tuhan utusan suci daripada Allah." 70 Yesus menjawab, "Bukankah Aku memilih kamu dua belas orang ini, namun seorang daripada kamu ini syaitan?" 71 Yesus berkata-kata tentang Yudas anak Simon Iskanot. Walaupun Yudas seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus, dia akan mengkhianati Yesus.
Yesus dan Saudara-Saudara-Nya
7:1 Setelah itu Yesus pergi dari satu tempat ke tempat lain di Galilea. Dia tidak mahu pergi ke daerah Yudea kerana para penguasa Yahudi di sana hendak membunuh Dia. 2 Pada masa itu hampir Perayaan Pondok Daun. 3 Oleh itu, saudara-saudara Yesus berkata kepada-Nya, "TinggalkanIah tempat ini dan pergilah ke Yudea, supaya pengikut-pengikutmu dapat melihat perbuatanmu. 4 Tidak seorang pun menyembunyikan perbuatannya, jika dia ingin menjadi terkenal. Kamu sudah melakukan perkara-perkara seperti itu, biarlah seluruh dunia tahu akan kamu!" (5 Saudara-saudara-Nya sendiri pun tidak percaya kepada-Nya.) 6 Yesus berkata kepada mereka, "Saat-Ku belum tiba. Saat kamu bila-bila sahaja. 7 Dunia ini tidak mempunyai alasan untuk membenci kamu. Tetapi dunia ini membenci Aku, kerana Aku sentiasa berkata kepada dunia bahawa perbuatannya jahat. 8 Pergilah ke perayaan itu. Aku tidak pergi kerana saat-Ku belum tiba." 9 Demikianlah kata Yesus, lalu Dia tinggal di Galilea.
Yesus Menghadiri Perayaan Pondok Daun
10 Setelah saudara-saudara-Nya pergi ke perayaan itu, Yesus pun pergi. Tetapi Dia tidak pergi secara terang-terangan, melainkan secara diam-diam. 11 Para penguasa Yahudi mencari Dia semasa perayaan itu. "Di manakah dia?" tanya mereka. 12 Orang ramai berbisik-bisik tentang Dia. Beberapa orang berkata, "Dia orang baik." Yang lain berkata, "Tidak! Dia menyesatkan orang!" 13 Tetapi tidak seorang pun berani bercakap secara terang-terangan tentang Yesus, kerana mereka takut akan para penguasa Yahudi. 14 Pada pertengahan masa perayaan itu, Yesus masuk ke dalam Rumah Tuhan, lalu mula mengajar. 15 Para penguasa Yahudi hairan sekali lalu berkata, "Bagaimanakah orang ini dapat mengetahui sebanyak ini, padahal dia tidak pernah dilatih untuk menjadi guru Taurat?" 16 Yesus menjawab, "Yang Aku ajarkan ini bukan ajaran-Ku, melainkan ajaran Dia yang mengutus Aku. 17 Orang yang mahu melakukan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran-Ku datangnya daripada Allah atau daripada Aku sendiri. 18 Seorang yang mengajarkan ajarannya sendiri, mencari kehormatan bagi dirinya sendiri. Tetapi seorang yang menghendaki kehormatan untuk orang yang mengutusnya, orang itu jujur dan tidak ada kepalsuan padanya. 19 Bukankah Musa yang memberikan Taurat kepada kamu? Tetapi tidak seorang pun antara kamu yang mentaati Taurat itu. Mengapakah kamu mahu membunuh Aku?" 20 Orang ramai itu menjawab, "Kamu dirasuk syaitan! Siapa mahu membunuh kamu?" 21 Yesus berkata kepada mereka, "Aku melakukan suatu mukjizat, lalu kamu semua hairan. 22 Musa memberikan peraturan bersunat. Oleh itu pada hari Sabat pun kamu mahu menyunat anak lelaki kamu. (Sebenarnya peraturan bersunat bukan berasal daripada Musa tetapi danpada nenek moyang kamu sebelum Musa.) 23 Jika seorang anak lelaki boleh disunat pada hari Sabat supaya tidak melanggar Taurat Musa, mengapakah kamu marah terhadap Aku kerana Aku menyembuhkan seseorang dengan sepenuhnya pada hari Sabat? 24 Janganlah hakimi orang berdasarkan apa yang kelihatan, tetapi berdasarkan keadilan."
Benarkah Yesus Penyelamat yang Diutus oleh AHah?
25 Beberapa orang penduduk Yerusalem berkata, "Bukankah dia ini yang dicari-cari oleh penguasa kita untuk dibunuh? 26 Lihatlah, dia berkata-kata di hadapan umum, tetapi penguasa kita tidak berkata apa-apa kepadanya. Mungkinkah mereka sudah tahu bahawa dia Penyelamat yang diutus oleh Allah? 27 Tetapi apabila Penyelamat yang diutus oleh Allah itu datang, tidak seorang pun akan mengetahui tempat asal-Nya. Tetapi kita mengetahui tempat asal orang ini." 28 Sementara Yesus mengajar di Rumah Tuhan, Dia bertanya dengan suara lantang, "Benar-benarkah kamu mengetahui siapa Aku ini dan tempat asal-Ku? Aku tidak datang dengan kehendak-Ku sendiri. Dia yang mengutus Aku dapat dipercaya, tetapi kamu tidak mengenal Dia. 29 Aku mengenal Dia, kerana Dialah yang mengutus Aku dan Aku datang daripada-Nya." 30 Kemudian para penguasa Yahudi cuba menangkap Dia, tetapi tiada seorang pun berani memegang Yesus kerana saat-Nya belum tiba. 31 Tetapi banyak antara orang ramai percaya kepada-Nya. Mereka berkata, "Apabila Penyelamat yang diutus oleh Allah datang, dapatkah Dia melakukan lebih banyak mukjizat daripada orang ini?"
Usaha Menangkap Yesus
32 Orang Earisi mendengar orang ramai berbisik-bisik tentang Yesus. Oleh itu, mereka dan ketua-ketua imam me-nyuruh beberapa orang pengawal Rumah Tuhan menangkap Yesus. 33 Tetapi Yesus berkata, "Aku akan bersama-sama kamu sebentar sahaja. Kemudian Aku akan kembali kepada Dia yang mengutus Aku. 34 Kamu akan mencari Aku, tetapi tidak dapat menjumpai Aku, kerana kamu tidak boleh pergi ke tempat Aku berada." 35 Para penguasa Yahudi berkata sesama senditi, "Ke manakah dia mahu pergi sehingga kita tidak dapat menjumpai dia? Adakah dia mahu pergi kepada orang Yahudi yang tinggal di luar negeri antara orang bukan Yahudi, lalu mengajar mereka? 36 Apakah yang dimaksudkan-Nya apabila Dia berkata bahawa kita akan mencari dia, tetapi tidak dapat menjumpainya, dan bahawa kita tidak boleh pergi ke tempat dia berada?"
Mata Air yang Memberikan Hidup
37 Pada hari terakhir perayaan itu, dan juga hari yang paling penting, Yesus berdiri lalu berkata dengan suara lantang, "Sesiapa yang dahaga hendaklah datang kepada-Ku untuk minum. 38 Seperti yang tertulis di dalam Alkitab, 'Sesiapa yang percaya kepada-Ku, dari daIam hatinya akan memancar mata air yang memberikan hidup.' " (39 Yesus berkata-kata tentang Roh Allah, yang akan diterima oleh orang yang percaya kepada-Nya. Pada masa itu, Roh Allah belum diberikan, kerana Yesus belum dipermuliakan melalui kematian dan kebangkitan-Nya.)
Orang Berpihak-pihak
40 Beberapa orang yang mendengar kata-kata Yesus berkata, "Orang ini pasti Nabiitu!'" 41 Yang lain berkata, "Dia Penyelamat yang diutus oleh Allah!" Tetapi yang lain pula berkata, "Penyelamat yang diutus oleh Allah tidak datang dari Galilea! 42 Di dalam Alkitab tertulis bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Raja Daud dan akan dilahirkan di kota Betlehem tempat asal Raja Daud." 43 Akhirnya orang berpihak-pihak kerana Yesus. 44 Beberapa orang hendak menangkap Dia, tetapi tidak seorang pun memegang-Nya.
Para Penguasa Yahudi Tidak Percaya
45 Apabila pengawal-pengawal Rumah Tuhan yang disuruh pergi untuk menangkap Yesus datang kembali, ketua-ketua imam dan orang Farisi bertanya, "Mengapakah kamu tidak membawa dia ke mari?" 46 Para pengawal itu menjawab, "Belum pernah seseorang berkata-kata seperti dia!" 47 Orang Farisi di situ berkata, "Adakah dia menyesatkan kamu pula? 48 Pernahkah kamu dengar seorang daripada penguasa kita atau orang Farisi yang percaya kepadanya? 49 Orang ramai ini tidak mengenal Taurat Musa. Oleh itu terkutuklah mereka!" 50 Salah seorang Farisi di situ ialah Nikodemus. Dia pernah datang kepada Yesus. Nikodemus berkata kepada mereka, 51 "Menurut Taurat, kita tidak boleh menghukum seseorang sebelum perkaranya didengar dan perbuatannya disiasat." 52 Mereka berkata, "Adakah kamu juga berasal dari Galilea? Kajilah Alkitab dan kamu akan tahu bahawa tidak ada nabi yang berasalĀ» dari Galilea?"
Wanita yang Didapati Berzina
8:1 Kemudian semua orang pulang ke rumah, tetapi Yesus pergi ke Bukit Zaitun. 2 Keesokan harinya, pagi-pagi sekali Dia pergi ke Rumah Tuhan dan semua orang di situ datang kepada-Nya. Dia duduk lalu mula mengajar mereka. 3 Sementara itu guru Taurat dan orang Farisi membawa seorang wanita kepada Yesus. Wanita itu didapati berzina. Mereka menyuruh wanita itu berdiri di hadapan semua orang, 4 lalu berkata kepada Yesus, "Guru, wanita ini tertangkap basah ketika berzina. 5 Di dalam kitab Taurat, Musa memerintahkan agar wanita seperti ini direjam sehingga mati. Tetapi apakah pendapat guru?" 6 Mereka bertanya demikian kerana hendak memerangkap Yesus, supaya mereka boleh menuduh Dia. Tetapi Yesus menunduk dan menulis di tanah dengan jari-Nya. 7 Mereka terus-menerus bertanya kepadanya. Oleh itu Yesus meluruskan badan-Nya dan berkata kepada mereka, "Sesiapa di kalangan kamu yang tidak berdosa boleh melemparkan batu pertama untuk merejam dia." 8 Setelah itu Yesus menunduk semula dan menulis lagi di atas tanah. 9 Apabila mereka mendengar Yesus berkata demikian, seorang demi seorang, mulai daripada yang tertua, meninggalkan tempat itu. Akhirnya hanya Yesus dan wamta yang masih berdiri itu ada di sana. 10 Yesus meluruskan badan-Nya lalu berkata kepada wanita itu, "Di manakah mereka? Tidak adakah orang yang menghukum kamu?" 11 "Tidakada, tuan," jawabnya. "Baiklah," kata Yesus, "Aku pun tidak menghukum kamu. Pergilah dan janganlah berdosa lagi."
Yesus, Cahaya bagi Dunia
12 Yesus berkata lagi kepada orang Farisi, "Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup." 13 Orang Parisi di situ berkata kepada-Nya, "Sekarang kamu memberikan kesaksian tentangdirimu sendiri, tetapi kesaksian kamu tidak dapat meyakinkan orang." 14 Yesus menjawab, "Meskipun Aku memberikan kesaksian tentang diri-Ku sendiri, kesaksian-Ku benar, kerana Aku tahu dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi. Kamu tidak tahu dari mana Aku datang atau ke mana Aku pergi. 15 Kamu menghakimi orang menurut cara manusia; Aku tidak menghakimi sesiapa pun. 16 Tetapi seandainya Aku menghakimi orang, keputusan-Ku adil, kerana Aku tidak melakukannya seorang diri; Bapa yang mengutus Aku bersama-sama Aku. 17 Di dalam Taurat kamu tertulis: Apabila dua orang saksi memberikan kesaksian yang sama, maka kesaksian mereka benar. 18 Aku memberikan kesaksian tentang diri-Ku sendiri, dan Bapa yang mengutus Aku pun memberikan kesaksian tentang diri-Ku." 19 "Bapamu itu di mana?" tanya mereka. Yesus menjawab, "Kamu tidak mengenal Aku ataupun Bapa-Ku. Jika kamu mengenal Aku, kamu pasti mengenal Bapa-Ku juga." 20 Yesus mengatakan semua ini semasa Dia mengajar di Rumah Tuhan, dekat peti wang persembahan. Tetapi tidak seorang pun menangkap Dia, kerana saat-Nya belum tiba.
Ke Tempat Aku Pergi, Kamu Tidak Boleh Pergi
21 Yesus berkata lagi kepada mereka, "Aku akan pergi dan kamu akan mencari Aku, tetapi kamu akan mati dalam dosa kamu. Kamu tidak boleh pergi ke tempat Aku pergi." 22 Para penguasa Yahudi berkata, "Barangkali dia mahu membunuh diri, kerana dia berkata, 'Kamu tidak boleh pergi ke tempat Aku pergi.' " 23 Yesus berkata, "Kamu datang dari bawah, tetapi Aku datang dari atas. Kamu berasal dari dunia; Aku tidak berasal dari dunia. 24 Itulah sebabnya Aku berkata kepada kamu, bahawa kamu akan mati dalam dosa kamu. Memang kamu akan mati dalam dosa kamu, jika kamu tidak percaya bahawa 'Akulah Dia yang menyebut diri-Nya AKU.' " 25 "Kamu siapa sebenarnya?" tanya mereka. Yesus menjawab, "Untuk apa berkata-kata lagi dengan kamu.'' 26 Masih banyak perkara tentang kamu yang perlu Aku katakan dan adili. Tetapi Dia yang mengutus Aku dapat dipercayai. Lagi pun Aku memberitahu dunia apa yang Aku dengar daripada Dia." 27 Mereka tidak mengerti bahawa Yesus sedang berkata-kata kepada mereka tentang Bapa. 28 Oleh itu Yesus berkata kepada mereka, "Apabila kamu meninggikan Anak Manusia pada kayu salib, barulah kamu tahu bahawa 'Akulah Dia yang menyebut diri-Nya AKU'. Kemudian kamu akan tahu bahawa tiada sesuatu pun yang Aku lakukan menurut kehendak-Ku sendiri. Aku hanya mengatakan apa yang diarahkan oleh Bapa kepada-Ku. 29 Dia yang mengutus Aku ada bersama-sama Aku. Dia tidak pernah membiarkan Aku sendirian, kerana Aku sentiasa melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya." 30 Pada masa Yesus berkata-kata demikian, banyak orang percaya kepada-Nya.
Orang Bebas dan Hamba
31 Kemudian Yesus berkata kepada orang Yahudi yang percaya kepada-Nya, "Jika kamu taat kepada ajaran-Ku, kamu benar-benar pengikut-Ku. 32 Kamu akan mengenal Allah. Oleh itu kamu akan dibebaskan."' 33 Mereka berkata, "Kami keturunan Abraham. Kami belum pernah menjadi hamba sesiapa pun. Apakah maksud guru berkata, 'Kamu akan bebas?' " 34 Yesus berkata kepada mereka, "Apa yang Aku katakan ini benar: Setiap orang yang berbuat dosa adalah hamba dosa. 35 Seorang hamba tidak selalunya menjadi anggota tetap sebuah keluarga, tetapi seorang anak selama-lamanya menjadi anggota sebuah keluarga. 36 Oleh itu, jika Anak membebaskan kamu, kamu benar-benar bebas. 37 Aku tahu kamu keturunan Abraham. Namun kamu berusaha untuk membunuh Aku, kerana kamu tidak mahu menerima ajaran-Ku. 38 Aku mengatakan apa yang ditunjukkan oleh Bapa-Ku kepada-Ku, sedangkan kamu melakukan apa yang diajarkan oleh bapa kamu." 39 Mereka menjawab, "Bapa kami Abraham." Tetapi Yesus berkata, "Jika kamu benar-benar anak-anak Abraham, tentu kamu akan melakukan'' apa yang dilakukan oleh Abraham. 40 Yang Aku lakukan hanyalah memberitahu kamu kata-kata benar yang diberitahukan oleh Allah kepada-Ku. Namun kamu mahu membunuh Aku. Abraham tidak pernah berbuat demikian! 41 Kamu melakukan apa yang dilakukan oleh bapa kamu." Mereka menjawab, "Kami bukan anak haram. Bapa kami hanya satu, iaitu Allah sendiri." 42 Yesus berkata kepada mereka, "Seandainya Allah benar-benar Bapa kamu, tentu kamu akan mengasihi Aku, kerana Aku datang daripada Allah. Aku tidak datang dengan kehendak-Ku sendiri, tetapi Dialah yang mengutus Aku. 43 Mengapa kamu tidak memahami apa yang Aku katakan? Hal itu demikian kerana kamu tidak tahan mendengar ajaran-Ku. 44 Bapa kamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih suka menurut kehendak bapa kamu. Sejak permulaan, Iblis itu pembunuh. Dia tidak pernah memihak kebenaran, kerana tidak ada kebenaran padanya. Apabila Iblis berdusta, hal itu memang sudah sewajarnya, kerana dia pendusta dan asal segala dusta. 45 Tetapi Aku mengatakan apa yang benar. Itulah sebabnya kamu tidak percaya kepada-Ku. 46 Siapakah antara kamu dapat membuktikan bahawa Aku berdosa? Jika Aku mengatakan apa yang benar, mengapa kamu tidak percaya kepada-Ku? 47 Orang yang berasal danpada Allah mendengar Brman Allah. Tetapi kamu bukan daripada Allah, itulah sebabnya kamu tidak mahu mendengar firman-Nya."
Yesus dan Abraham
48 Orang Yahudi di situ berkata, "Memang betul apa yang kami katakan; kamu orang Samaria yang dirasuk syaitan." 49 Yesus berkata, "Aku tidak dirasuk syaitan. Aku menghormati Bapa-Ku, tetapi kamu menghina Aku. 50 Aku tidak mencari kehormatan bagi diri-Ku sendiri. Tetapi ada satu yang menghendaki supaya Aku dihormati dan Dia akan menghakimi dengan adil. 51 Apa yang Aku katakan ini benar: Orang yang taat kepada ajaran-Ku tidak akan mati." 52 Orang Yahudi di situ berkata kepada Yesus, "Sekarang kami tahu bahawa kamu benar-benar dirasuk syaitan! Abraham sudah mati; begitu juga semua nabi. Tetapi kamu berkata, 'Orang yang taat kepada ajaran-Ku tidak akan mati.' 53 Abraham bapa kami sudah mati. Adakah kamu lebih besar daripada Abraham? Begitu juga semua nabi sudah mati. Pada sangkamu siapakah kamu ini?" 54 Yesus menjawab, "Jika Aku mencari kehormatan untuk diri-Ku sendiri, kehormatan itu tidak berguna. Yang menghormati Aku ialah Bapa-Ku yang kamu anggap sebagai Allah kamu. 55 Kamu tidak mengenal Dia, tetapi Aku mengenal Dia. Jika Aku berkata Aku tidak mengenal Dia, Aku pendusta seperti kamu. Aku mengenal Dia dan Aku mentaati firman-Nya. 56 Bapa kamu Abraham bersukacita kerana akan melihat masa kedatangan-Ku. Dia sudah melihatnya dan dia bergembira." 57 Mereka berkata kepada Yesus, "Umurmu belum lagi lima puluh tahun dan kamu sudah melihat Abraham?"' 58 Yesus menjawab, "Apa yang Aku katakan ini benat: Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada." 59 Kemudian semua orang Yahudi di situ memungut batu untuk merejam Yesus, tetapi Yesus menyembunyikan diri lalu meninggalkan Rumah Tuhan.
Yesus Mencelikkan Mata Seorang Buta
9:1 Semasa Yesus berjalan, Dia melihat seorang yang buta sejak lahir. 2 Pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya, "Guru, siapakah yang berdosa sehingga orang ini dilahirkan buta? Diakah atau ibu bapanya?" 3 Yesus menjawab, "Orang ini buta bukan kerana dosanya sendiri ataupun dosa ibu bapanya, tetapi supaya kuasa Allah boleh dinyatakan dalam hidupnya. 4 Selama hari masih terang, kita harus melakukan tugas yang diberikan oleh Dia yang mengutus Aku. Malam akan tiba dan tidak seorang pun dapat melakukan apa-apa. 5 Selama Aku di dunia ini, Akulah cahaya bagi dunia." 6 Setelah Yesus betkata demikian, Dia meludah ke tanah dan meliat tanah dengan ludah-Nya. Kemudian Dia menyapukan tanah itu pada mata orang ltu. 7 Lalu Yesus berkata kepadanya, "Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam." (Dalam bahasa Ibrani kata "Siloam" bererti "Diutus".) Oleh itu, orangitu pergi membasuh muka dan ketika dia kembali, dia dapat melihat. 8 Jiran-jirannya dan semua orang yang selalu melihat dia meminta sedekah, bertanya, "Bukankah orang ini yang selalu duduk meminta sedekah?" 9 Beberapa orang berkata, "Memang dia," tetapi yang lain berkata, "Bukan, orang ini hanya mirip dengan dia." Tetapi orang itu sendiri berkata, "Sayalah dia." 10 Mereka bertanya kepadanya, "Bagaimanakah kamu dapat melihat sekarang?" 11 Dia menjawab, "Orang yang bernama Yesus meliat sedikit tanah, lalu menyapukannya pada mata saya dan berkata, 'Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam.' Saya pun pergi, lalu sebaik sahaja saya membasuh muka, saya dapat melihat." 12 Mereka bertanya, "Di manakah orangitu?" Dia menjawab, "Saya tidak tahu."
Orang Farisi Menyelidik Peristiw a Penyembuhan itu
13-14 Yesus meliat tanah dan mencelikkan mata seorang buta pada hari Sabat. Oleh itu, orangyang tadinya buta dibawa kepada beberapa orang Farisi. 15 Kemudian mereka bertanya kepadanya bagaimana dia dapat melihat. Dia berkata, "Orang itu menyapukan tanah liat pada mata saya, lalu saya membasuh muka dan saya dapat melihat." 16 Beberapa orang Farisi itu berkata, "Orang yang melakukan hal ini tidak mungkin berasal daripada Allah, kerana Dia tidak mentaati peraturan hari Sabat." Yang lain berkata, "Bagaimanakah seorang berdosa dapat melakukan mukjizat-mukjizat seperti ini?" Lalu timbullah pertentangan pendapat di kalangan mereka. 17 Oleh itu orang Farisi di situ bertanya lagi kepadanya, "Kamu berkata dia mencelikkan matamu. Baiklah, apakah pendapatmu tentang dia?" "Dia nabi," jawabnya. 18 Para penguasa Yahudi tidak mahu percaya bahawa dahulu dia buta tetapi sekarang dapat melihat. Oleh itu mereka memanggil ibu bapanya, 19 lalu bertanya kepada mereka, "Benarkah dia ini anak kamu yang menurut kata kamu dilahirkan buta? Bagaimanakah sekarang dia dapat melihat?" 20 Ibu bapanya menjawab, "Memang dia anak kami dan dia memang buta sejak lahir. 21 Tetapi kami tidak tahu bagaimana sekarang dia dapat melihat, dan siapa yang mencelikkan matanya. Dia sudah dewasa. Tanyalah dia, dia dapat menjawab sendiri." 22 Ibu bapanya berkata demikian kerana mereka takut akan para penguasa Yahudi. Para penguasa itu sudah bersepakat bahawa sesiapa mengakui Yesus sebagai Penyelamat yang diutus oleh Allah, akan tidak dibenarkan masuk ke rumah ibadat. 23 Itulah sebabnya ibu bapanya berkata, "Dia sudah dewasa; tanyalah dia." 24 Sekali lagi mereka memanggil orang yang dahulunya buta dan berkata kepadanya, "Mengakulah di hadapan Allah! Kami tahu bahawa orang yang menyembuhkan kamu itu orang berdosa." 25 Orang itu menjawab, "Sama ada dia berdosa atau tidak, saya tidak tahu. Tetapi satu perkara saya tahu; dahulu saya buta, sekarang saya dapat melihat." 26 Mereka bertanya lagi, "Apa yang dilakukannya kepadamu? Bagaimanakah dia mencelikkan matamu?" 27 Orang itu menjawab, "Hal itu sudah saya jelaskan kepada tuan-tuan, tetapi tuan-tuan tidak mahu mendengarnya. Mengapakah tuan-tuan mahu mendengarnya lagi? Adakah tuan-tuan pun mahu menjadi pengikutnya?" 28 Mereka mencaci dia dan berkata, "Kamu pengikut dia; kami pengikut Musa. 29 Kami tahu bahawa Allah berhrman kepada Musa, tetapi tentang orang itu kami tidak tahu dari mana asalnya." 30 Orang itu berkata, "Sungguh menghairankan! Tuan-tuan tidak mengetahui asalnya, namun dia sudah mencelikkan mata saya! 31 Kita tahu bahawa Allah tidak mendengarkan permintaan orang berdosa. Allah hanya mendengarkan permintaan orang yang menghormati Dia dan melakukan kehendak-Nya. 32 Sejak permulaan dunia, orang belum pernah mendengar berita tentang seorang yang dapat mencelikkan mata orang yang buta sejak lahir. 33 Jika orang ini tidak berasal daripada Allah, dia tidak akan dapat melakukan apa-apa." 34 Mereka berkata kepadanya, "Kamu orang berdosa sejak kamu dilahirkan. Adakah kamu cuba mengajar kami?" Lalu mereka melarang dia masuk ke rumah ibadat.
Orang yang Buta Secara Rohani
35 Yesus mendengar bahawa mereka telah melarang orang itu masuk ke rumah ibadat. Apabila Yesus menjumpai dia, Yesus berkata kepadanya, "Adakah kamu percaya kepada Anak Manusia?" 36 Orang itu menjawab, "Tuan, siapakah Dia? Tolong beritahu supaya saya boleh percaya kepada-Nya." 37 Yesus berkata kepadanya, "Kamu sudah melihat Dia. Dialah yang bercakap dengan kamu sekarang ini." 38 Orang itu menjawab, "Ya Tuhan, saya percaya." Lalu dia sujud di hadapan Yesus. 39 Yesus berkata, "Aku datang ke dunia ini untuk menghakimi orang supaya orang yang buta dapat melihat, tetapi orangyang dapat melihat menjadi buta." 40 Beberapa orang Farisi di situ mendengar kata-kata Yesus, lalu bertanya kepada-Nya, "Maksudmu kami ini buta juga?" 41 Yesus menjawab, "Jika kamu buta, kamu tidak berdosa. Tetapi kerana kamu berkata bahawa kamu melihat, maka kamu masih berdosa."
Perumpamaan tentang Seorang Gembala dan Kawanan Dombanya
10:1 Yesus berkata, "Apa yang Aku katakan ini benar: Seorang yang masuk ke kandang domba dengan memanjat tembok dan tidak melalui pintu, orang itu pencuri dan perompak. 2 Seorang yang masuk melalui pintu, dialah gembala kawanan domba. 3 Penjaga kandang membuka pintu baginya, dan kawanan domba mendengar suara gembala yang memanggil nama setiap ekor domba. Lalu gembala itu memimpin kawanan domba ke luar. 4 Setelah dia membawa kawanan domba itu ke luar, dia berjalan di hadapan dan domba-domba itu mengikuti dia kerana mengenal suaranya. 5 Kawanan domba itu tidak akan mengikuti orang lain, bahkan akan lari daripadanya kerana tidak mengenal suara orang itu." 6 Yesus menceritakan perumpamaan ini, tetapi mereka tidak memahami apa yang dimaksudkan-Nya.
Yesus, Gembala yang Baik
7 Oleh itu, Yesus berkata lagi, "Apa yang Aku katakan ini benar: Akulah pintu bagi kawanan domba. 8 Semua yang datang sebelum Aku adalah pencuri dan perompak, tetapi kawanan domba tidak mendengarkan suara mereka. 9 Akulah pintu. Sesiapa yang masuk melalui Aku akan diselamatkan. Dia boleh keluar masuk dan menjumpai padang rumput. 10 Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh, dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan. 11 Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya. 12 Seorang upahan yang bukan gembala dan bukan pemilik domba, akan lari meninggalkan kawanan domba manakala dia melihat serigala datang. Oleh itu kawanan domba akan diterkam dan diceraiberaikan oleh serigala. 13 Orang upahan itu lari kerana dia bekerja untuk mendapat upah. Dia tidak mempedulikan domba-domba ltu. 14-15 Akulah gembala yang baik. Sebagaimana Bapa mengenal Aku dan Aku mengenal Bapa, begitu juga Aku mengenal domba-domba-Ku dan mereka pun mengenal Aku. Aku mengorbankan nyawa untuk mereka. 16 Masih ada domba-domba lain yang juga milik-Ku, tetapi tidak termasuk dalam kawanan ini. Aku juga harus memimpin mereka dan mereka akan mendengarkan suara-Ku. Mereka semuanya akan menjadi satu kawanan dengan satu gembala. 17 Bapa mengasihi Aku kerana Aku bersedia menyerahkan nyawa-Ku, supaya Aku boleh menerimanya kembali. 18 Tidak seorang pun dapat mengambil nyawa-Ku daripada-Ku. Aku menyerahkannya dengan rela. Aku berhak menyerahkannya dan Aku berhak mendapatnya kembali. Inilah tugas yang Aku terima daripada Bapa-Ku." 19 Kata-kata Yesus menyebabkan orang Yahudi mula bertengkar lagi. 20 Ramai di kalangan mereka yang berkata, "Dia dirasuk syaitan! Dia gila! Mengapakah kamu mendengarkan dia?" 21 Tetapi yang lain berkata, "Seorang yang dirasuk syaitan tidak mungkin berkata-kata demikian! Bagaimanakah syaitan dapat mencelikkan mata orang buta?"
Orang Yahudi Tidak Mahu Menerima Yesus
22 Di Yerusalem orang sedang merayakan Perayaan Pentahbisan Rumah Tuhan. Masa itu musim sejuk. 23 Yesus sedang berjalan di Serambi Salomo di dalam Rumah Tuhan. 24 Oleh itu orang Yahudi datang berkumpul di sekeliling Yesus. Mereka bertanya, "Berapa lamakah guru mahu membiarkan kami ragu-ragu? Katakanlah dengan terus terang. Adakah guru Penyelamat yang diutus oleh Allah?" 25 Yesus menjawab, "Aku sudah memberitahu kamu, tetapi kamu tidak mahu percaya. Perbuatan yang Aku lakukan dengan kuasa Bapa-Ku memberikan kesaksian tentang Aku. 26 Kamu tidak mahu percaya kerana kamu bukan domba-domba-Ku. 27 Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku. 28 Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. 29 Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa. 30 Bapa dan Aku satu." 31 Kemudian orang Yahudi di situ memungut batu lagi untuk merejam Yesus. 32 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Banyak perbuatan baik sudah Aku lakukan untuk kamu dengan kuasa Bapa-Ku. Perbuatan manakah yang menyebabkan kamu mahu merejam Aku?" 33 Orang Yahudi di situ menjawab, "Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Allah! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Allah!" 34 Yesus berkata kepada mereka, "Tidakkah tertulis di dalam Taurat kamu: Allah berhrman, 'Kamu ilahi'? 35 Kita tahu bahawa apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku untuk selama-lamanya. Allah menyebut orang yang menerima firman-Nya sebagai ilahi. 36 Aku ini dipilih dan diutus oleh Bapa ke dunia. Dapatkah kamu katakan Aku mengkufuri Allah kerana Aku mengaku sebagai Anak Allah? 37 Jika Aku tidak melakukan apa yang dikehendaki oleh Bapa, janganlah percaya kepada-Ku. 38 Tetapi jika Aku melakukannya, percayalah kepada apa yang Aku lakukan itu, meskipun kamu tidak percaya kepada-Ku. Dengan demikian kamu tahu dan mengerti bahawa Bapa bersatu dengan Aku, dan Aku bersatu dengan Bapa." 39 Sekali lagi mereka berusaha menangkap Yesus, tetapi Yesus dapat melepaskan diri. 40Yesus kembali ke seberang Sungai Yordan lalu tinggal di sana. Dahulu Yohanes membaptis orang di situ. 41 Banyak orang datang kepada-Nya. Mereka berkata, "Yohanes tidak melakukan mukjizat, tetapi segala yang dikatakan-nya tentang orang ini benar." 42 Banyak orang di situ percaya kepada Yesus.
Kematian Lazarus
1-4 Seorang lelaki bernama Lazarus sakit. Dia tinggal di Betania bersama-sama dua orang saudaranya yang bernama Maria dan Marta. (2 Marialah yang menuangi kaki Tuhan dengan minyak wangi, lalu menyapunya dengan rambutnya. Lazarus yang sakit itu saudaranya.) 3 Kedua-dua orang saudara ini mengirim khabar kepada Yesus, "Tuhan, sahabat yang Tuhan kasihi itu sakit." 4 Apabila Yesus mendengar khabar itu, Dia berkata, "Penyakit ini tidak akan menyebabkan kematian Lazarus; hal ini berlaku untuk memuliakan Allah. Melalui hal ini Anak Allah akan dimuliakan." 5 Yesus mengasihi Marta, Maria, dan Lazarus. 6 Tetapi ketika Yesus menerima khabar bahawa Lazarus sakit, Dia sengaja tinggal di tempat ltu dua hari lagi. 7 Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Marilah kita balik ke Yudea." 8 Pengikut-pengikut-Nya menjawab, "Guru, baru sahaja orang Yahudi di situ hendak merejam Guru, dan sekarang Guru mahu balik lagi ke sana?" 9 Yesus berkata, "Bukankah siang hari lamanya dua belas jam? Sesiapa yang berjalan pada siang hari, tidak akan tersandung, kerana dia melihat cahaya bagi dunia ini. 10 Tetapi jika orang itu berjalan pada malam hari, dia tersandung kerana tiada cahaya padanya." 11 Setelah berkata demikian, Yesus melanjutkan pula, "Sahabat kita Lazarus sudah tidur, tetapi Aku akan pergi membangunkan dia." 12 Pengikut-pengikut Yesus berkata, "Guru, jika Lazarus tidur, dia akan sembuh." 13 Sebenarnya inilah yang dimaksudkan Yesus: Lazarus sudah meninggal. Tetapi mereka menyangka bahawa Yesus berkata Lazarus benar-benar tidur. 14 Oleh itu Yesus berkata kepada mereka dengan terus terang, "Lazarus sudah meninggal. 15 Tetapi demi kebaikan kamu, Aku bersyukur kerana Aku tidak bersama-sama dia, supaya kamu boleh percaya kepada-Ku. Marilah kita pergi kepada Lazarus." 16 Tomas yang disebut Si Kembar berkata kepada sesama pengikut Yesus, "Marilah kita pergi dengan Guru, supaya kita mati bersama-sama-Nya!"
Yang Membangkitkan Orang Mati dan Yang Memberikan Hidup
17 Apabila Yesus tiba di tempat ltu, Dia mendapati Lazarus sudah dikubur selama empat hari. 18 Betania letaknya kira-kira tiga kilometer dari Yerusalem. 19 Oleh itu banyak orang Yahudi datang melawat Maria dan Marta untuk menghibur mereka kerana kematian Lazarus. 20 Apabila Marta mendengar seseorang berkata bahawa Yesus datang, dia pun keluar untuk menjumpai Yesus, tetapi Maria tinggal di rumah. 21 Marta berkata kepada Yesus, "Ya Tuhan, jika Tuhan di sini pada masa itu, tentu saudaraku masih hidup! 22 Sungguhpun demikian, aku tahu bahawa Allah akan mengabulkan apa sahaja yangTuhan minta." 23 Yesus berkata kepada Marta, "Saudaramu akan hidup kembali." 24 Marta menjawab, "Aku tahu bahawa Lazarus akan hidup semula apabila orang mati dibangkitkan pada Hari Kiamat." 25 Yesus berkata kepada Marta, "Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. 26 Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Adakah kamu percaya akan hal mi?" 27 "Ya Tuhan," jawab Marta, "aku percaya bahawa Tuhan Anak Allah, Penyelamat yang diutus oleh Allah, dan yang dijanjikan untuk datang ke dunia ini."
Yesus Menangis
28 Setelah Marta berkata demikian dia pun pergi memanggil Maria, saudaranya lalu berbisik kepadanya, "Guru di sini dan Dia memanggil kamu." 29 Mendengar hal itu, Maria cepat-cepat bangun lalu pergi menjumpai Yesus. (30 Ketika itu, Yesus belum masuk ke kampung itu. Dia masih di tempat Marta menjumpai-Nya.) 31 Orang Yahudi yang sedang menghibur Maria di rumah, mengikuti Maria ketika mereka melihat Maria bangun dengan cepat lalu keluar. Mereka menyangka dia hendak pergi ke kubur Lazarus untuk menangis di sana. 32 Apabila Maria sampai ke tempat Yesus dan melihat Dia, Maria berlutut pada kaki Yesus dan berkata, "Tuhan, jika Tuhan di sini pada masa itu, tentu saudaraku masih hidup!" 33 Apabila Yesus melihat Maria menangis dan semua orang Yahudi yang datang bersama-sama Maria juga menangis, Yesus sedih hati dan terharu. 34 Dia bertanya kepada mereka, "Di manakah kamu menguburdia?" Mereka menjawab, "Mari lihat. Tuhan." 35 Yesus menangis. 36 Semua orang Yahudi di situ berkata, "Lihatlah! Dia sangat mengasihi Lazarus." 37 Tetapi beberapa orang antara mereka berkata, "Dia dapat membuat orang buta melihat. Mengapa dia tidak dapat mencegah kematian Lazarus?"
Lazarus Dihidupkan Semula
38 Yesus sangat terharu lagi, lalu Dia pergi ke kubur. Kubur itu sebuah gua yang ditutup dengan sebuah batu besar. 39 Lalu Yesus berkata, "Tepikan batu ini." Tetapi Marta, saudara orang yang meninggal itu menjawab, "Tuhan, sudah empat hari dia dikuburkan. Tentu busuk baunya!" 40 Yesus berkata kepada Marta, "Tidakkah Aku berkata kepadamu: Jika kamu percaya, kamu boleh melihat betapa besarnya kuasa Allah?" 41 Mereka mengetepikan batu itu, lalu Yesus menengadah ke langit dan berkata, "Aku bersyukur kepadaMu, ya Bapa, kerana Engkau mendengar permintaan-Ku. 42 Aku tahu bahawa Engkau sentiasa mendengar permintaan-Ku. Aku berkata demikian untuk kebaikan semua orang di sini, supaya mereka percaya bahawa Engkaulah yang mengutus Aku." 43 Setelah Yesus berkata demikian, Dia berseru dengan suara kuat, "Lazarus, keluar!" 44 Lazarus pun keluar. Tangan dan kakinya masih terbalut dengan kain kafan dan mukanya tertutup dengan kain penutup muka. Yesus berkata kepada orang ramai di situ, "Tanggalkan kain yang membalutnya dan biarlah dia pergi."
Muslihat terhadap Yesus
45 Banyak orang Yahudi yang datang melawat Maria, melihat apa yang dilakukan oleh Yesus, lalu mereka percaya kepada Yesus. 46 Tetapi beberapa orang antara mereka balik kepada orang Earisi, lalu melaporkan apa yang telah dilakukan oleh Yesus. 47 Oleh itu, orang Farisi dan ketua-ketua lmam mengadakan mesyuarat dengan Majlis Agama. Mereka berkata, "Apakah yang harus kita lakukan? Lihatlah, orang ini melakukan banyak mukjizat! 48 Jika kita biarkan Dia terus berbuat demikian, semua orang akan percaya kepada-Nya. Akhirnya penguasa Roma akan datang lalu menghancurkan Rumah Tuhan dan bangsa kita!" 49 Seorang daripada mereka bernama Kayafas, Imam Agung pada tahun itu. Dia berkata, "Kamu tidak tahu apa-apa. 50 Tidakkah kamu sedarbahawa lebih baik satu orang mati bagi umat kita danpada seluruh bangsa kita dibinasakan?" 51 Sebenarnya dia tidak mengatakan hal ini menurut hkirannya sendiri. Tetapi sebagai Imam Agung tahun itu, dia bernubuat bahawa Yesus akan mati untuk orang Yahudi. 52 Yesus mati bukan untuk orang Yahudi sahaja, tetapi juga untuk mengumpulkan dan menyatukan umat Allah yang tercerai-cerai. 53 Sejak hari itu para penguasa Yahudi berkomplot untuk membunuh Yesus. 54 Yesus tidak lagi berpergian secara terang-terangan di Yudea, tetapi Dia pergi ke bandar bernama Efraim dekat padang gurun. Dia dan pengikut-pengikut-Nya tinggal di sana. 55 Pada masa itu sudah hampir Perayaan Paska orang Yahudi. Banyak orang dari kampung pergi ke Yerusalem untuk menjalankan upacara penyucian diri sebelum perayaan itu. 56 Mereka mencari Yesus dan semasa di Rumah Tuhan, mereka bertanya sesama sendiri, "Apa pendapatmu? Dia barangkali tidak akan menghadiri perayaan ini." 57 Ketua-ketua imam dan orang Farisi sudah mengeluarkan perintah bahawa orang yang mengetahui tempat Yesus berada harus melaporkannya, supaya Dia dapat ditangkap.
Yesussus Dituangi Minyak Wangi di Betania
12:1 Enam hari sebelum Perayaan Paska, Yesus pergi ke Betania, tempat tinggal Lazarus yang sudah dibangkitkan-Nya daripada kematian. 2 Di sana Dia dijamu oleh mereka. Marta menghidangkan makanan, sementara Lazarus dan tetamu lain makan bersama-sama Yesus. 3 Kemudian Maria datang dan membawa kira-kira setengah liter minyak wangi yang mahal harganya. Minyak itu dibuat daripada akar wangi. Dia menuang minyak itu pada kaki Yesus, lalu menyapu kaki Yesus dengan rambutnya. Oleh itu keharuman minyak itu memenuhi seluruh rumah. 4 Yudas Iskariot, salah seorang pengikut Yesus, yang kelak mengkhianati Dia, berkata, 5 "Mengapakah minyak wangi ini tidak dijual dengan harga tiga ratus keping wang perak, lalu wangnya diberikan kepada orang miskin?" 6 Yudas berkata demikian bukan kerana dia mengambil berat terhadap orang miskin, tetapi kerana dia pencuri. Dia menyimpan beg wang bagi mereka dan dia biasa mengambil sedikit wang untuk keperluannya sendiri. 7 Tetapi Yesus berkata, "Janganlah ganggu wanita ini! Biarlah dia lakukan perkara ini untuk hari penguburan-Ku! 8 Orang miskin sentiasa ada antara kamu, tetapi Aku tidak selalu bersama-sama kamu."
Pakatan terhadap Lazarus
9 Banyak orang Yahudi mendengar bahawa Yesus di Betania. Mereka pergi ke sana, bukan sahaja kerana apa yang sudah dilakukan oleh Yesus, tetapi juga kerana mereka mahu melihat Lazarus yang sudah dibangkitkan oleh Yesus daripada kematian. 10 Oleh itu ketua-ketua imam bercadang hendak membunuh Lazarus juga, 11 kerana banyak orang Yahudi meninggalkan mereka, lalu percaya kepada Yesus.
Yesus Masuk ke Yerusalem
12 Keesokan harinya orang ramai yang sudah datang untuk merayakan Paska, mendengar khabar bahawa Yesus sedang dalam perjalanan ke Yerusalem. 13 Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus sambil berseru, "Pujilah Allah! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan! Diberkatilah Raja Israel!" 14 Yesus mendapati seekor keldai muda lalu menungganginya. Dengan demikian berlakulah yang tertulis di dalam Alkitab, 15 "Janganlah takut, hai penduduk Sion! Lihatlah Raja kamu datang menunggang seekor keldai muda!" 16 Pada masa itu pengikut-pengikut Yesus tidak memahami semuanya. Tetapi setelah Yesus dimuliakan melalui kematian dan kebangkitan-Nya, barulah mereka teringat bahawa apa yang dilakukan oleh orang ramai bagi-Nya sudah tertulis di dalam Alkitab. 17 Orang ramai yang hadir ketika Yesus memanggil Lazarus keluar dari kubur dan membangkitkannya daripada kematian, sudah memberitahukan kejadian itu. 18 Itulah sebabnya orang ramai menjumpai Yesus, kerana mereka mendengar bahawa Dia sudah melakukan mukjizat itu. 19 Orang Farisi berkata sesama sendiri, "Lihatlah, seluruh dunia sudah mengikut dia. Usaha kita sia-sia belaka!"
Beberapa Orang Yunani Mencari Yesus
20 Beberapa orang Yunani ada antara orang ramai yang pergi ke Yerusalem untuk beribadat pada masa perayaan itu. 21-22 Mereka datang kepada Filipus, lalu berkata, "Tuan, kami hendak berjumpa denganYesus." (Filipus berasal dari Betsaida di Galilea.) Dia memberitahu Andreas, lalu kedua-duanya pergi memberitahu Yesus. 23 Yesus berkata kepada mereka, "Sudah tiba masanya Anak Manusia dimuliakan. 24 Sungguh benar apa yang Aku katakan ini: Jika sebiji benih gandum tidak ditanam di tanah lalu mati, benih gandum itu tetap sebiji benih sahaja. Tetapi jika benih itu ditanam lalu mati, maka benih itu akan tumbuh dan menghasilkan banyak gandum. 25 Sesiapa yang mengasihi hidupnya sendiri akan kehilangan hidup itu. Tetapi sesiapa yang tidak mengasihi hidupnya di dunia ini akan memilikinya untuk hidup sejati dan kekal. 26 Sesiapa yang mahu mengabdikan diri kepada-Ku harus mengikut Aku, supaya dia boleh bersama-sama Aku di tempat Aku berada. Bapa-Ku akan menghormati orang yang mengabdikan dirikepada-Ku."
Yesus Berkata-kata tentang Kematian-Nya
27 "Hati-Ku gelisah. Apa yang akan Aku katakan? Haruskah Aku berkata, 'Bapa, jauhkanlah Aku daripada saat penderitaan ini'? Tidak. Aku datang justeru untuk mengalami saat penderitaan ini. 28 Ya Bapa, tunjukkanlah kemuliaan-Mu!" Kemudian terdengar suara dari langit berkata, "Aku sudah menunjukkan kemuliaan-Ku dan Aku akan menunjukkannya lagi." 29 Orang ramai di situ mendengar suara itu. Mereka berkata, "Guruh!" Tetapi ada juga yang berkata, "Bukan! Malaikat berkata-kata kepada-Nya!" 30 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Suara itu terdengar bukan untuk kepentingan-Ku, tetapi untuk kepentingan kamu. 31 Tibalah saatnya dunia dihakimi; sekarang penguasa dunia ini akan digulingkan. 32 Apabila Aku ditinggikan di atas bumi, Aku akan memimpin semua orang kepada-Ku." 33 Dengan kata-kata-Nya ini, Yesus menunjukkan cara Dia akan mati. 34 Orang ramai berkata kepada-Nya, "Taurat kami mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah akan hidup selama-lamanya. Bagaimana kamu dapat berkata bahawa Anak Manusia harus ditinggikan di atas bumi? Siapakah Anak Manusia itu?" 35 Yesus menjawab, "Cahaya itu akan bersama-sama kamu sebentar sahaja. Teruskanlah perjalanan selama cahaya itu masih ada, supaya kamu tidak ditimpa kegelapan. Seorang yang berjalan dalam kegelapan, tidak tahu ke mana dia pergi. 36 PercayaIah kepada cahaya itu selama cahaya itu bersama-sama kamu, supaya kamu menjadi anak-anak cahaya itu."
Orang Yahudi Tidak Percaya
Setelah Yesus berkata demikian, Dia pergi dari sana lalu menyembunyikan diri daripada mereka. 37 Meskipun Dia sudah melakukan semua mukjizat itu di hadapan mereka, mereka tidak percaya kepada-Nya. 38 Oleh itu berlakulah nubuat Nabi Yesaya, "Ya Tuhan, siapakah yang percaya akan perkhabaran kami? Kepada siapakah kuasa Tuhan ditunjukkan?" 39 Itulah sebabnya mereka tidak dapat percaya, kerana Yesaya juga berkata, 40 "Allah berfirman, 'Aku sudah membutakan mata mereka, dan menjadikan mereka keras kepala, supaya mata mereka tidak dapat melihat, dan hkiran mereka tidak dapat mengerti, sehingga mereka tidak kembali kepada-Ku untuk Aku sembuhkan.'" 41 Yesaya berkata demikian kerana dia sudah melihat kemuliaan Yesus lalu berkata-kata tentang Dia. 42 Walaupun demikian, banyak juga penguasa Yahudi yang percaya kepada Yesus. Tetapi kerana mereka takut dilarang masuk ke rumah ibadat oleh orang Farisi, mereka tidak berani mengakui Yesus secara terang-terangan. 43 Mereka lebih suka dipuji oleh manusia daripada dipuji oleh Allah.
Kata-Kata Yesus akan Menghakimi
44 Lalu Yesus berseru, "Sesiapa yang percaya kepada-Ku, bukan sahaja percaya kepada-Ku, tetapi juga kepada Dia yang mengutus Aku. 45 Sesiapa yang melihat Aku, juga melihat Dia yang mengutus Aku. 46 Aku datang ke dunia ini sebagai cahaya, supaya tiap-tiap orang yang percaya kepada-Ku tidak tinggal dalam kegelapan. 47 Jika seseorang mendengar ajaran-Ku tetapi tidak mentaatinya, Aku tidak akan menghukum dia. Aku datang, bukan untuk menghukum dunia ini tetapi untuk menyelamatkannya. 48 Sesiapa yang menolak Aku dan tidak menerima perkhabaran-Ku, sudah ada yang akan menghakiminya. Perkhabaran yang Aku sampaikan ini akan menghakiminya pada Hari Kiamat! 49 Aku tidak berkata-kata menurut kemahuan-Ku sendiri, kerana Bapa yang mengutus Aku memerintahkan Aku mengatakan apa yang harus disampaikan. 50 Aku tahu bahawa perintah-Nya itu memberikan hidup sejati dan kekal. Oleh itu Aku menyampaikan perkhabaran seperti yang diberitahukan oleh Bapa kepada-Ku."
Yesus Membasuh Kaki Pengikut-Pengikut-Nya
13:1 Sehari sebelum Perayaan Paska, Yesus tahu bahawa tiba masanya Dia meninggalkan dunia ini dan kembali kepada Bapa. Yesus mengasihi semua pengikut-Nya di dunia, dan Dia tetap mengasihi mereka sampai akhir. 2 Yesus dan pengikut-pengikut-Nya sedang makan malam. Iblis sudah menimbulkan hasrat dalam hati Yudas anak Simon Iskariot untuk mengkhianati Yesus. 3 Yesus tahu bahawa Bapa sudah menyerahkan segala kekuasaan kepada-Nya. Yesus juga tahu bahawa Dia datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. 4 Oleh itu Yesus berdiri, menanggalkan jubah-Nya lalu mengikat sehelai tuala pada pinggang-Nya. 5 Dia menuang air ke dalam sebuah besen lalu mula membasuh kaki pengikut-pengikut-Nya dan mengeringkannya dengan tuala yang terikat pada pinggang-Nya. 6 Apabila Yesus sampai kepada Simon Petrus, Petrus berkata, "Adakah Tuhan akan membasuh kakiku?" 7 Yesus menjawab, "Sekarang kamu tidak memahami apa yang sedang Aku lakukan, tetapi pada kemudian hari kamu akan laham." 8 Petrus berkata kepada Yesus, "Jangan Tuhan! Tuhan tidak boleh membasuh kakiku!" Tetapi Yesus menjawab, "Jika Aku tidak membasuh kakimu, kamu bukan lagi pengikut-Ku." 9 Simon Petrus berkata, "Ya Tuhan, jika demikian jangan basuh kakiku sahaja, basuhlah tangan dan kepalaku juga!" 10 Yesus berkata kepadanya, "Sesiapa sudah mandi, seluruh badannya bersih; dia perlu membasuh kaki sahaja. Kamu semuanya bersih, kecuali seorang." (11 Yesus mengetahui siapa yang akan mengkhianati Dia. Itulah sebabnya Yesus berkata, "Kamu semuanya bersih, kecuali seorang.") 12 Setelah Yesus membasuh kaki mereka, Dia mengenakan jubah-Nya kembali lalu duduk semula. Dia berkata kepada mereka, "Adakah kamu memahami apa yang baru sahaja Aku lakukan untuk kamu? 13 Kamu memanggil Aku Guru dan Tuhan. Benarlah panggilan kamu itu, kerana Aku memang Guru dan Tuhan. 14 Jika Aku sebagai Tuhan dan Guru kamu, sudah membasuh kaki kamu, maka kamu wajib saling membasuh kaki. 15 Aku sudah memberikan teladan kepada kamu semua, supaya kamu juga melakukan apa yang sudah Aku lakukan untuk kamu. 16 Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Seorang hamba tidak lebih penting daripada tuannya. Seorang utusan tidak lebih penting daripada orang yang mengutusnya. 17 Jika kamu mengetahui hal ini, berbaha-gialah kamu jika kamu melakukannya. 18 Apa yang Aku katakan itu bukanlah tentang kamu semua. Aku mengenal siapa-siapa yang sudah Aku pilih. Tetapi apa yang tertulis di dalam Alkitab harus berlaku, 'Orang yang makan dengan Aku akan melawan Aku.' 19 Aku memberita-hu kamu perkara ini sekarang, sebelum semuanya berlaku. Apabila perkara itu berlaku kelak, kamu akan percaya baha-wa Akulah Dia yang menyebut diri-Nya AKU. 20 Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Sesiapa yangmenyambut orangyang Aku utus, menyambut Aku; sesiapa yang menyambut Aku, juga menyambut Dia yang mengutus Aku."
Yesus Bernubuat Tentang Pengkhianatan terhadap Diri-Nya
21 Setelah Yesus berkata demikian, hati-Nya gelisah. Lalu Dia berkata dengan terus terang, "Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Salah seorang daripada kamu akan mengkhianati Aku." 22 Pengikut-pengikut Yesus saling memandang, kerana mereka tidak mengetahui orang yang dimaksudkan oleh-Nya. 23 Pengikut yang dikasihi oleh Yesus duduk di sebelah Yesus. 24 Oleh itu Simon Petrus memberikan isyarat kepadanya, "Tanyalah Guru, siapa yang dimaksudkan-Nya itu." 25 Pengikut itu mendekati Yesus lalu bertanya, "Siapakah dia, ya Tuhan?" 26 Yesus menjawab, "Orang yang Aku berikan roti yang Aku celup ke dalam mangkuk, dialah orang itu." Oleh itu Yesus mengambil sedikit roti, mencelupnya ke dalam mangkuk, lalu memberikan roti itu kepada Yudas anak Simon Iskariot. 27 Sebaik sahaja Yudas menerima roti itu, Iblis masuk ke dalam hatinya. Lalu Yesus berkata kepadanya, "Segeralah lakukan apa yang mahu kamu lakukan!" 28 Tidak seorang pun yang makan di situ memahami kata-kata Yesus kepada Yudas. 29 Kerana Yudas memegang beg wang mereka, beberapa orang pengikut menyangka Yesus menyuruh dia membeli bekalan yang diperlukan bagi perayaan itu, atau memberikan sedekah kepada orang miskin. 30 Yudas menerima roti itu, lalu segera keluar. Hari sudah malam.
Perintah yang Baru
31 Setelah Yudas meninggalkan tempat itu, Yesus berkata, "Sekarang Anak Manusia dimuliakan, dan Allah pun dimuliakan melalui Dia. 32 Jika Allah dimuliakan melalui Anak Manusia, Dia pun dimuliakan oleh Allah sendiri, dan Allah akan segera memuliakan Dia. 33 Anak-anak-Ku, Aku tidak akan tinggal lama lagi dengan kamu. Kamu akan mencari Aku, tetapi seperti yang sudah Aku katakan kepada para penguasa Yahudi, Aku katakan juga kepada kamu, 'Kamu tidak dapat pergi ke tempat Aku pergi.' 34 Sekarang Aku memberikan perintah baru kepada kamu: Hendaklah kamu saling mengasihi. Sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu, hendaklah kamu saling mengasihi. 35 Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikut-Ku."
Nubuat bahaw a Petrus akan Menyangkal Yesus
36 Simon Petrus bertanya kepada Yesus, "Ke manakah Tuhan mahu pergi?" Yesus menjawab, "Ke tempat Aku pergi, engkau tidak dapat ikut sekarang, tetapi engkau akan mengikut Aku kelak." 37 Petrus bertanya lagi, "Tuhan, mengapa aku tidak dapat mengikut Tuhan sekarang? Aku sanggup mati untuk Tuhan!" 38 Yesus menjawab, "Betulkah engkau sanggup mati untuk-Ku? Ketahuilah, sebelum ayam berkokok, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku!"
Yesus Jalan kepada Bapa
14:1 Yesus berkata kepada mereka, "Janganlah kamu risau. Percayalah kepada Allah dan percayalah kepada-Ku juga. 2 Di dalam rumah Bapa-Ku terdapat banyak tempat kediaman, dan Aku akan pergi menyediakan tempat untuk kamu. Aku tidak akan berkata demikian kepada kamu, sekiranya hal itu tidak begitu. 3 Setelah Aku pergi menyediakan tempat untuk kamu, Aku akan kembali lalu membawa kamu ke tempat-Ku, supaya kamu tinggal di tempat Aku tinggal. 4 Kamu mengetahui jalan ke tempat Aku pergi itu." 5 Tomas berkata kepada-Nya, "Tuhan, kami tidak tahu ke mana Tuhan pergi, bagaimanakah kami dapat mengetahui jalan itu?" 6 Yesus menjawab, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku. 7 Kerana kamu mengenal Aku, kamu akan mengenal Bapa-Ku juga. Mulai sekarang kamu mengenal Dia dan sudah melihat Dia." 8 Filipus berkata kepada Yesus, "Ya Tuhan, tunjukkanlah Bapa kepada kami, supaya kami puas." 9 Tetapi Yesus menjawab, "Sudah lama Aku bersama-sama kamu semua, dan kamu belum mengenal Aku juga, Filipus? Orang yang sudah melihat Aku, sudah melihat Bapa. Mengapa kamu berkata, 'Tunjukkanlah Bapa kepada kami'? 10 Filipus, tidakkah kamu percaya bahawa Aku bersatu dengan Bapa, dan Bapa bersatu dengan Aku? Apa yang Aku katakan kepada kamu semua, tidak datang daripada Aku sendiri. Bapa, yang tetap bersatu dengan Aku melakukan semua itu. 11 Percayalah kepada-Ku, bahawa Aku bersatu dengan Bapa, dan Bapa bersatu dengan Aku. Jika kamu tidak percaya kepada apa yang Aku katakan, percayalah kepada-Ku kerana perkara-perkara yang sudah Aku lakukan. 12 Sungguh benar kata-kata-Ku ini: Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan melakukan apa yang Aku lakukan, bahkan dia akan melakukan hal-hal yang lebih besar lagi, kerana Aku pergi kepada Bapa. 13 Aku akan melakukan apa sahaja yang kamu minta demi nama-Ku, supaya kemuliaan Bapa akan dinyatakan melalui Anak-Nya. 14 Apa sahaja yang kamu minta daripada-Ku' demi nama-Ku, Aku akan melakukannya."
Yesus Menjanjikan Roh Allah
15 "Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku. 16 Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya. 17 Dia Roh Allah, yang menunjukkan apa yang benar tentang Allah. Dunia tidak dapat menerima Dia, kerana dunia tidak dapat melihat Dia ataupun mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, kerana Dia tinggal dengan kamu dan bersatu dengan kamu. 18 Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian seperti yatim piatu; Aku akan kembali kepada kamu. 19 Tidak lama lagi, dunia tidak akan melihat Aku lagi, tetapi kamu akan melihat Aku. Kerana Aku hidup, kamu pun akan hidup. 20 Apabila hari itu tiba, barulah kamu tahu bahawa Aku bersatu dengan Bapa, kamu bersatu dengan Aku, dan Aku pun bersatu dengan kamu. 21 Sesiapa yang menerima dan melakukan perintah-perintah-Ku, mengasihi Aku. Bapa-Ku akan mengasihi sesiapa yang mengasihi Aku. Aku pun akan mengasihi orang itu dan menunjukkan diri kepadanya." 22 Yudas (bukan Yudas Iskariot) berkata kepada Yesus, "Tuhan, mengapa Tuhan menunjukkan diri kepada kami dan bukan kepada dunia?" 23 Yesus menjawab, "Sesiapa mengasihi Aku akan mentaati ajaran-Ku. Bapa-Ku akan mengasihi dia. Bapa-Ku dan Aku akan datang kepada orang ltu dan tinggal dengan dia. 24 Sesiapa yang tidak mengasihi Aku, tidak mentaati ajaran-Ku. Ajaran yang kamu dengar ini bukan daripada Aku, tetapi daripada Bapa yang mengutus Aku. 25 Aku memberitahu kamu semua ini semasa Aku masih bersama-sama kamu. 26 Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi nama-Ku, akan mengajar kamu segala-galanya dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan kepada kamu. 27 Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut. 28 Kamu sudah mendengar Aku berkata, 'Aku akan pergi, tetapi Aku akan kembali kepada kamu.' Jika kamu mengasihi Aku, kamu akan bersukacita kerana Aku pergi kepada Bapa, oleh sebab Bapa lebih besar daripada Aku. 29 Demikianlah Aku memberitahukan semua ini kepada kamu sekarang, sebelum semuanya berlaku, supaya apabila berlaku kelak, kamu akan percaya kepada-Ku. 30 Aku tidak boleh berkata-kata lebih lama lagi dengan kamu, kerana sudah tiba masanya penguasa dunia ini datang. Dia tidak berkuasa atas diri-Ku. 31 Tetapi Aku melakukan segala yang diperintahkan oleh Bapa, supaya dunia tahu bahawa Aku mengasihi Bapa. Marilah kita pergi dari sini."
Yesus Pokok Anggur yang Sejati
15:1 Yesus berkata lagi, "Aku pokok anggur yang sejati, dan Bapa-Ku peladang anggur. 2 Setiap carang-Ku yang tidak berbuah dikerat oleh-Nya, dan setiap carang yang berbuah dipangkas oleh-Nya supaya bersih dan berbuah lebih lebat. 3 Kamu sudah dibersihkan oleh ajaran yang Aku ajarkan kepada kamu. 4 Tetaplah bersatu dengan Aku dan Aku pun akan tetap bersatu dengan kamu. Carang sendiri tidak dapat berbuah, kecuali tetap pada pokoknya. Demikian juga kamu; kamu hanya dapat berbuah, jika kamu tetap bersatu dengan Aku. 5 Akulah pokok anggur dan kamu carang-carangnya. Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia, akan berbuah lebat; kerana tanpa Aku, kamu tidak dapat berbuat apa-apa. 6 Sesiapa yang tidak tetap bersatu dengan Aku, akan dikerat seperti carang lalu menjadi kering. Carang-carang seperti itu akan dikumpulkan lalu dibuang ke dalam api dan dibakar. 7 Jika kamu tetap bersatu dengan Aku, dan ajaran-Ku kamu simpan di dalam hati, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki daripada Bapa, dan permintaan kamu itu akan dipenuhi. 8 Kemuliaan Bapa-Ku dinyatakan apabila kamu berbuah lebat, dan dengan demikian kamu betul-betul pengikut-Ku. 9 Aku mengasihi kamu seperti Bapa mengasihi Aku. Hendaklah kamu tetap hidup sebagai orang yang Aku kasihi. 10 Jika kamu mentaati perintah-Ku, Aku akan tetap mengasihi kamu, seperti Bapa tetap mengasihi Aku kerana Aku mentaati perintah-Nya. 11 Semua ini Aku katakan kepada kamu supaya kegembiraan-Ku ada di dalam hati kamu dan kegembiraan kamu menjadi sempurna. 12 Inilah perintah-Ku: Hendaklah kamu saling mengasihi, seperti Aku mengasihi kamu. 13 Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka. 14 Kamu sahabat-sahabat-Ku, jika kamu melakukan apa yang Aku perintahkan. 15 Aku tidak lagi memanggil kamu hamba, kerana hamba tidak mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh tuannya. Aku memanggil kamu sahabat-sahabat-Ku, kerana Aku sudah memberitahu kamu segala yang telah Aku dengar daripada Bapa-Ku. 16 Kamu tidak memilih Aku. Akulah yang memilih kamu dan menugaskan kamu supaya pergi dan berbuah lebat, buah yang akan tahan. Dengan demikian Bapa akan mengabulkan apa sahaja yang kamu minta daripada-Nya demi nama-Ku. 17 Inilah perintah-Ku kepada kamu: Hendaklah kamu saling mengasihi."
Dunia Membenci Kamu
18 "Jika dunia membenci kamu, ingatlah bahawa dunia sudah membenci Aku lebih dahulu. 19 Jika kamu milik dunia, dunia akan mengasihi kamu seolah-olah kamu anak-anaknya sendiri. Tetapi Aku sudah memilih kamu supaya tidak menjadi milik dunia, dan kamu sekarang bukan lagi milik dunia. Itulah sebabnya dunia membenci kamu. 20 Ingatlah akan apa yang sudah Aku katakan kepada kamu, 'Seorang hamba tidak lebih penting daripada tuannya.' Jika mereka menganiaya Aku, mereka akan menganiaya kamu juga. Jika mereka mentaati ajaran-Ku, mereka akan mentaati ajaran kamu juga. 21 Mereka akan menganiaya kamu, kerana kamu pengikut-pengikut-Ku dan kerana mereka tidak mengenal Dia yang mengutus Aku. 22 Mereka tidak berdosa jika Aku tidak datang dan mengatakan semua itu kepada mereka. Tetapi sekarang mereka tidak dapat berkata, 'Kami tidak tahu bahawa perbuatan kami jahat.' 23 Sesiapa yang membenci Aku, membenci Bapa-Ku juga. 24 Mereka tidak berdosa jika Aku tidak melakukan perkara-perkara yang belum pernah dilakukan orang di kalangan mereka. Tetapi sekarang mereka sudah melihat apa yang Aku lakukan, lalu mereka membenci Aku mahupun Bapa-Ku. 25 Memang sudah seharusnya demikian, supaya berlakulah apa yang tertulis di dalam Taurat mereka, 'Mereka membenci Aku tanpa alasan.' 26 Aku akan mengutus Penolongyang berasal daripada Bapa kepada kamu. Dia Roh yang akan menunjukkan apa yang benar tentang Allah. Apabila Dia datang, Dia akan memberikan kesaksian tentang Aku. 27 Kamu pun akan memberikan kesaksian tentang Aku, kerana kamu semua bersama-sama Aku sejak permulaan.
16:1 Aku sudah memberitahu kamu semua ini supaya kamu tidak kecewa sehingga tidak lagi percaya kepada-Ku. 2 Mereka akan melarang kamu masuk ke rumah ibadat. Akan tiba masanya sesiapa yang membunuh kamu menyangka bahawa dengan perbuatan itu dia mengabdi kepada Allah. 3 Mereka akan melakukan perkara-perkara ini terhadap kamu, kerana mereka belum mengenal Bapa ataupun Aku. 4 Tetapi sekarang Aku sudah mengatakan semua ini kepada kamu, supaya apabila hal itu berlaku kelak, kamu akan mgat bahawa Aku sudah memberitahu kamu."
Pekerjaan Roh Allah
"Aku tidak memberitahu kamu hal ini dari permulaan, kerana Aku masih bersama-sama kamu. 5 Tetapi sekarang Aku akan pergi kepada Dia yang mengutus Aku, tetapi tidak seorang pun daripada kamu bertanya, 'Ke mana Guru mahu pergi?' 6 Sekarang kamu sedih, kerana Aku sudah memberitahu kamu hal ini. 7 Tetapi apa yang Aku katakan kepada kamu benar: Untuk kebaikan kamu, lebih baik Aku pergi. Jika Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepada kamu. Tetapi jika Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepada kamu. 8 Apabila Dia datang kelak, Dia akan membuktikan kepada orang dunia bahawa pendapat mereka tentang dosa, tentang apa yang benar, dan tentang hukuman Allah, semuanya salah. 9 Pendapat mereka tentang dosa salah, kerana mereka tidak percaya kepada-Ku. 10 Pendapat mereka tentang apa yang benar itu salah, kerana Aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak akan melihat Aku lagi. 11 Pendapat mereka tentang hukuman Allah pun salah, kerana penguasa dunia ini sudah dihukum. 12 Banyak lagi yang hendak Aku katakan kepada kamu, tetapi sekarang ini kamu belum sanggup menerimanya. 13 Tetapi apabila Roh yang menunjukkan apa yang benar tentang Allah' itu datang. Roh akan membimbing kamu supaya mengetahui segala kebenaran itu. Roh tidak akan mengatakan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia akan mengatakan apa yang didengar-Nya dan memberitahu kamu perkara-perkara yang akan berlaku. 14 Roh akan memuliakan Aku, kerana apa yang dinyatakan oleh Roh kepada kamu, diterima daripada Aku.15 Semua milik Bapa-Ku milik-Ku juga. Itulah sebabnya Aku berkata bahawa apa yang disampaikan oleh Roh kepada kamu, diterima daripada Aku."
Kesedihan dan Kegembiraan
16 Yesus berkata, "Tidak lama lagi kamu tidak akan melihat Aku, lalu tidak lama kemudian kamu akan melihat Aku." 17 Beberapa orang pengikut Yesus bertanya sesama sendiri, "Apakah maksud Dia berkata, 'Tidak lama lagi kamu tidak akan melihat Aku, lalu tidak lama kemudian kamu akan melihat Aku'? Dia juga berkata, 'Aku akan pergi kepada Bapa.' 18 Apakah erti 'tidak lama lagi' itu? Kita tidak memahami apa yang dikatakan-Nya!" 19 Yesus tahu bahawa mereka hendak bertanya kepada-Nya. Oleh itu Dia berkata kepada mereka, "Tadi Aku berkata, 'Tidak lama lagi kamu tidak akan melihat Aku, lalu tidak lama kemudian kamu akan melihat Aku.' Adakah kamu mempersoalkan hal itu? 20 Percayalah, kamu akan menangis dan meratap, tetapi dunia akan bersukacita. Kamu akan bersedih hati, tetapi kesedihan kamu itu akan berubah menjadi kegembiraan. 21 Apabila seorang perempuan hendak melahirkan anak, hatinya susah kerana masa penderitaannya sudah tiba. Tetapi ketika anak itu lahir, dia lupa akan penderitaannya. Dia bersukacita, kerana seorang anak sudah dilahirkan ke dunia. 22 Demikianlah halnya dengan kamu: Sekarang kamu susah hati, tetapi Aku akan berjumpa lagi dengan kamu. Hati kamu akan dipenuhi kegembiraan yang tidak dapat diambil oleh sesiapa pun. 23 Pada hari itu, kamu tidak akan bertanya apa-apa lagi kepada-Ku. Percayalah, Bapa akan mengurniai kamu apa sahaja yang kamu minta daripada Bapa demi nama-Ku. 24 Hingga saat ini kamu belum pernah minta apa-apa demi nama-Ku. Mintalah, lalu kamu akan menerimanya, supaya kegembiraan kamu sempurna."
Yesus Mengalahkan Dunia
25 "Aku sudah mengatakan segala perkara ini kepada kamu dengan perumpamaan. Tetapi akan tiba masanya Aku tidak lagi berkata-kata kepada kamu dengan perumpamaan, melainkan Aku akan berkata-kata dengan terus terang kepada kamu tentang Bapa. 26 Pada masa itu, kamu akan meminta kepada Bapa demi nama-Ku. Aku tidak berkata bahawa Aku akan meminta kepada-Nya bagi pihak kamu, 27 kerana Bapa sendiri mengasihi kamu. Dia mengasihi kamu kerana kamu mengasihi Aku dan percaya bahawa Aku datang daripada Allah. 28 Aku memang berasal daripada Bapa, dan Aku sudah darang ke dunia. Tetapi sekarang Aku meninggalkan dunia ini lalu kembali kepada Bapa." 29 Lalu pengikut-pengikut-Nya berkata kepada Dia, "Sekarang barulah Guru berkata dengan terus terang, tanpa menggunakan perumpamaan. 30 Sekarang kami tahu bahawa Guru mengetahui semuanya. Tidak perlu sesiapa pun bertanya apa-apa kepada Guru. Oleh itu kami percaya bahawa Guru berasal daripada Allah." 31 Yesus berkata kepada mereka, "Adakah kamu percaya sekarang? 32 Saatnya akan datang, malah sudah tiba, apabila kamu akan diceraiberaikan. Kamu akan pulang ke rumah masing-masing dan meninggalkan Aku seorang diri. Meskipun demikian, Aku tidak sendirian, kerana Bapa bersama-sama Aku. 33 Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!"
Yesus Berdoa bagi Pengikut-Pengikut-Nya
17:1 Setelah berkata demikian, Yesus menengadah ke langit lalu berkata, "Ya Bapa, sekarang tibalah saatnya. Muliakanlah Anak-Mu, supaya Anak pun boleh memuliakan Bapa. 2 Engkau sudah memberikan kuasa atas umat manusia kepada Anak-Mu, supaya Anak-Mu memberikan hidup sejati dan kekal kepada semua orang yang Engkau serahkan kepada-Nya. 3 Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal. 4 Aku sudah memuliakan Engkau di atas bumi dengan menyelesaikan tugas yang Engkau berikan kepada-Ku. 5 Ya Bapa, muliakanlah Aku sekarang dengan kemuliaan yang Aku miliki bersama-sama-Mu sebelum dunia ini dijadikan. 6 Aku sudah menunjukkan Engkau kepada semua orang dari dunia ini yang Engkau serahkan kepada-Ku. Mereka milik-Mu, dan Engkau menyerahkan mereka kepada-Ku. Mereka mentaati firmanMu, 7 dan sekarang mereka tahu bahawa semua yang Engkau berikan kepadaKu datangnya daripada-Mu. 8 Perkhabaran yang Engkau berikan kepada-Ku sudah Aku sampaikan kepada mereka, dan mereka menerimanya. Mereka tahu bahawa Aku betul-betul datang daripada Engkau dan mereka percaya bahawa Engkau mengutus Aku. 9 Aku berdoa untuk mereka. Aku tidak berdoa untuk dunia, melainkan untuk semua orang yang sudah Engkau serahkan kepada-Ku, kerana mereka milik-Mu. 10 Semua milik-Ku, milik-Mu juga; dan semua milik-Mu, milik-Ku juga. Kemuliaan-Ku dinyatakan melalui mereka. 11 Sekarang Aku datang kepada-Mu. Aku tidak tinggal lagi di dunia, tetapi mereka masih di dunia. Ya Bapa yang suci, jagalah mereka dengan kekuasaan nama-Mu, nama yang sudah Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu, seperti Engkau dan Aku juga satu. 12 Semasa Aku bersama-sama mereka, Aku menjaga mereka dengan kekuasaan nama-Mu; nama yang Engkau berikan kepada-Ku. Aku melindungi mereka dan tidak seorang pun daripada mereka sesat, kecuali orang yang memang seharusnya sesat, supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku. 13 Sekarang Aku datang kepada-Mu. Perkara-perkara ini Aku katakan sementara Aku masih di dunia, supaya mereka boleh merasakan kegembiraan-Ku dengan sepenuhnya. 14 Aku menyampaikan firman-Mu kepada mereka, lalu dunia membenci mereka kerana mereka bukan milik dunia, sebagaimana Aku pun bukan milik dunia. 15 Aku tidak meminta Engkau mengeluarkan mereka dari dunia, tetapi Aku meminta Engkau menjaga mereka daripada Si Jahat. 16 Sebagaimana Aku bukan milik dunia, mereka pun bukan milik dunia. 17 Jadikanlah mereka milik-Mu yang khas melalui firman-Mu yang benar; firman-Mu selalu benar.' 18 Aku mengutus mereka ke dunia sebagaimana Engkau mengutus Aku ke dunia. 19 Bagi kepentingan mereka, Aku mengabdikan diri kepadaMu, supaya mereka pun mengabdikan diri kepada-Mu. 20 Aku berdoa bukan untuk mereka sahaja, tetapi juga untuk semua orang yang percaya kepada-Ku melalui perkhabaran mereka. 21 Ya Bapa, Aku berdoa supaya mereka semua menjadi satu, sebagaimana Engkau bersatu dengan-Ku, dan Aku dengan-Mu. Semoga mereka menjadi satu dengan Kita supaya dunia percaya bahawa Engkau mengutus Aku. 22 Aku memberi mereka kemuliaan yang Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu, seperti Engkau dan Aku satu juga; 23 Aku bersatu dengan mereka dan Engkau bersatu dengan Aku, supaya mereka benar-benar menjadi satu. Lalu dunia akan tahu bahawa Engkau mengutus Aku dan bahawa Engkau mengasihi mereka sebagaimana Engkau mengasihi Aku. 24 Ya Bapa, Aku ingin supaya mereka yang sudah Engkau serahkan kepada-Ku bersama-sama Aku di tempat Aku ada, supaya mereka boleh melihat kemuliaan yang Engkau berikan kepada-Ku, kerana Engkau mengasihi Aku sebelum dunia ini dijadikan. 25 Ya Bapa yang adil! Dunia tidak mengenal Engkau, tetapi Aku mengenal Engkau, dan semua orang ini tahu bahawa Engkau mengutus Aku. 26 Aku sudah menunjukkan Engkau kepada mereka; Aku akan terus berbuat demikian, supaya kasih-Mu kepada-Ku tetap di dalam hati mereka dan supaya Aku bersatu dengan mereka."
Yesus Ditangkap
18:1 Setelah Yesus berdoa demikian, Dia pergi dengan pengikut-pengikut-Nya ke seberang Sungai Kidron. Di situ Yesus dan pengikut-pengikut-Nya masuk ke sebuah taman. 2 Yudas, pengkhianat itu, mengetahui tempat itu, kerana telah banyak kali Yesus berkumpul dengan pengikut-pengikut-Nya di situ. 3 Oleh itu Yudas pergi ke tempat itu sambil membawa sepasukan askar Roma dan beberapa orang pengawal Rumah Tuhan yang disuruh oleh ketua-ketua imam dan orang Farisi. Mereka membawa senjata, lentera, dan suluh. 4 Yesus mengetahui semua yang akan berlaku terhadap diri-Nya. Oleh itu Dia menghampiri mereka lalu bertanya, "Siapakah yang kamu cari?" 5 Mereka menjawab, "Yesus, orang dari Nasaret." Yesus berkata kepada mereka, "Akulah Dia." Yudas, pengkhianat itu, berdiri dengan mereka di situ. 6 Apabila Yesus berkata kepada mereka, "Akulah Dia," mereka semua undur lalu rebah ke tanah. 7 Sekali lagi Yesus bertanya kepada mereka, "Siapakah yang kamu cari?" Mereka menjawab, "Yesus, orang dari Nasaret." 8 Yesus berkata, "Bukankah sudah Aku katakan bahawa Akulah Dia? Jika Aku yang kamu cari, biarkan pengikut-pengikut-Ku ini pergi." (9 Dia berkata demikian, supaya berlakulah apa yang dikatakan-Nya dahulu, "Ya Bapa, tidak seorang pun yang Engkau serahkan kepada-Ku akan sesat.") 10 Simon Petrus yang mempunyai sebilah pedang, menghunusnya lalu mengerat telinga kanan hamba Imam Agung. Nama hamba itu Malkhus. 11 Lalu Yesus berkata kepada Petrus, "Sarungkanlah pedangmu kembali! Aku harus minum cawan penderitaan yang diberikan oleh Bapa kepada-Ku."
Yesus Dibawa Menghadap Hanas
12 Kemudian askar-askar Roma dengan komandan mereka dan pengawal-pengawal Yahudi menangkap dan mengikat Yesus. 13 Mula-mula mereka membawa Yesus menghadap Hanas, bapa mentua Kayalas. Kayalas bertugas sebagai Imam Agung pada tahun itu. 14 Dialah yang menasihati para penguasa Yahudi bahawa lebih baik satu orang mati untuk seluruh umat.
Petrus Menyangkal Yesus
15 Simon Petrus dan seorang pengikut lain mengikuti Yesus. Pengikut lain ini dikenal oleh Imam Agung. Oleh itu pengikut itu masuk bersama-sama Yesus ke halaman rumah Imam Agung, 16 sedangkan Petrus menunggu di luar, di hadapan pintu. Kemudian pengikut lain itu, keluar lagi. Dia bercakap dengan hamba perempuan yang menjaga pintu, lalu membawa Petrus masuk ke dalam. 17 Hamba perempuan yang menjaga pintu ltu berkata kepada Petrus, "Bukankah kamu salah seorang pengikut orang itu?" Petrusmenjawab, "Bukan." 18 Pada waktu itu udara sejuk. Para hamba dan pengawal di situ sudah menyalakan api arang dan sedang berdiang. Petrus menghampiri mereka dan berdiri berdiang dengan mereka.
Imam Agung Menyoal Yesus
19 Imam Agung itu menyoal Yesus tentang pengikut-pengikut-Nya dan ajaran-Nya. 20 Yesus menjawab, "Aku sentiasa berkata-kata dengan terus terang di hadapan umum. Aku selalu mengajar di rumah ibadat dan di Rumah Tuhan, tempat semua orang Yahudi berkumpul. Tidak pernah Aku berkata apa-apa dengan sembunyi-sembunyi. 21 Mengapakah kamu menyoal Aku? Tanyalah mereka yang pernah mendengar Aku mengajar. Mereka mengetahui apa yang Aku katakan." 22 Ketika Yesus berkata demikian, salah seorang pengawal di situ menampar Dia sambil berkata, "Berani sungguh kamu berkata demikian kepada Imam Agung!" 23 Yesus berkata kepadanya, "Jika Aku sudah berkata apa-apa yang salah, katakanlah kepada semua orang di sini apa kesalahan itu. Tetapi jika kata-kata-Ku benar, mengapa kamu menampar Aku?" 24 Kemudian Hanas menyuruh orang membawa Yesus, yang masih terikat itu, kepada Imam Agung Kayalas.
Petrus Menyangkal Yesus Lagi
25 Simon Petrus masih juga berdiri berdiang di situ. Semua orang lain di situ bertanya kepadanya, "Bukankah kamu salah seorang pengikut orangitu?" Petrus menjawab, "Bukan!" 26 Seorang daripada hamba-hamba Imam Agung ada di situ. Dia saudara kepada orang yang telinganya dikerat oleh Petrus. Dia berkata kepada Petrus, "Bukankah kamu yang aku lihat di taman itu bersama-sama dia?" 27 Petrus berkata lagi, "Bukan." Tepat pada waktu itu ayam berkokok.
Yesus Dibawa Menghadap Pilatus
28 Pagi-pagi sekali, mereka membawa Yesus dari rumah Kayalas ke istana gabenor. Para penguasa Yahudi tidak masuk ke dalam istana, supaya mereka tidak menjadi najis dari segi agama, kerana mereka mahu makan Perjamuan Paska. 29 Oleh itu Pilatus keluar untuk menjumpai mereka. Dia bertanya, "Apakah tuduhan kamu terhadap orang ini?" 30 Mereka menjawab, "Kami tidak akan membawa dia menghadap tuan jika dia tidak bersalah." 31 Pilatus berkata kepada mereka, "Ambillah dia dan adililah dia menurut hukum kamu sendiri." Tetapi mereka menjawab, "Kami tidak dibenarkan menghukum mati sesiapa pun." (32 Hal ini berlaku supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Yesus tentang cara Dia akan mati.) 33 Pilatus masuk kembali ke istana lalu memanggil Yesus. Dia bertanya kepada-Nya, "Adakah kamu raja orang Yahudi?" 34 Yesus menjawab, "Adakah pertanyaan ini daripadamu atau orang lain sudah memberitahu kamu tentang diri-Ku?" 35 Pilatus menjawab, "Adakah aku ini orang Yahudi? Bangsamu sendiri dan ketua-ketua imam sudah menyerahkan kamu kepadaku. Apakah yang sudah kamu lakukan?" 36 Yesus berkata, "Pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini. Jika pemerintahan-Ku dari dunia ini, semua orang-Ku akan melawan supaya Aku tidak diserahkan kepada para penguasa Yahudi. Tidak, pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini!" 37 Oleh itu Pilatus bertanya kepada-Nya, "Jika demikian, adakah kamu ini raja?" Yesus menjawab, "Kamu yang berkata bahawa Aku raja. Aku dilahirkan dan datang ke dunia untuk satu maksud sahaja; Aku datang untuk berkata tentang apa yang benar. Sesiapa yang menerima apa yang benar, mendengarkan Aku." 38 Pilatus bertanya kepada-Nya, "Apakah yang benar itu?"
Yesus Dihukum Mati
Kemudian Pilatus keluar lagi dari istana dan berkata kepada semua orang Yahudi di situ, "Aku tidak mendapat alasan apa pun untuk menghukum dia. 39 Tetapi menurut kebiasaan kamu, aku selalu membebaskan seorang tahanan pada Perayaan Paska. Adakah kamu mahu aku melepaskan raja orang Yahudi ini?" 40 Mereka menjawab sambil berseru, "Tidak! Bukan dia! Bebaskan Barabas!" (Barabas seorang perompak.)
19:1 Kemudian Pilatus menyuruh orang mencambuk Yesus. 2 Askar-askar membuat sebuah mahkota daripada ranting-ranting berduri, lalu mengenakannya pada kepala Yesus. Mereka mengenakan jubah ungu pada-Nya, 3 lalu berulang kali datang kepada-Nya sambil berkata, "Daulat, raja orang Yahudi!" Setelah itu mereka menampar Dia. 4 Pilatus keluar sekali lagi dan berkata kepada orang ramai di situ, "Lihatlah, aku membawa dia ke luar, supaya kamu tahu bahawa aku tidak mendapat alasan apa pun untuk menghukum dia." 5 Demikianlah Yesus keluar dengan memakai mahkota duri dan jubah ungu. Pilatus berkata kepada mereka, "Lihatlah orang ini!" 6 Ketika ketua-ketua imam dan para pengawal Rumah Tuhan melihat Yesus, mereka berseru, "Salibkan dia! Salibkan dia!" Pilatus berkata kepada mereka, "Ambillah dia! Kamu sendiri salibkan dia, kerana aku tidak mendapat alasan apa pun untuk menghukum dia." 7 Semua orang Yahudi di situ menjawab, "Menurut hukum kami dia harus dihukum mati kerana dia mengaku dirinya Anak Allah." 8 Apabila Pilatus mendengar kata-kata mereka, dia lebih takut lagi. 9 Lalu dia masuk kembali ke istana dan bertanya kepada Yesus, "Kamu berasal dari mana?" Tetapi Yesus tidak menjawab. 10 Pilatus berkata kepada-Nya, "Tidakkah kamu mahu berkata apa-apa kepadaku? Ketahuilah bahawa aku berkuasa membebaskan kamu ataupun menyalibkan kamu!" 11 Yesus menjawab, "Kamu sama sekali tidak berkuasa atas diri-Ku kecuali Allah memberikan kuasa itu kepadamu. Oleh itu orang yang menyerahkan Aku kepadamu, dosanya lebih besar daripada dosamu." 12 Apabila Pilatus mendengar kata-kata ini, dia berusaha untuk membebaskan Yesus. Tetapi semua orang Yahudi di situ berseru, "Jika tuan membebaskan dia, tuan bukan sahabat Kaisar. Sesiapa yang mengaku dirinya raja, melawan Kaisar!" 13 Apabila Pilatus mendengar kata-kata itu, dia membawa Yesus ke luar lalu duduk di kerusi pengadilan di tempat yang bernama "Lantai Batu." (Dalam bahasa Ibrani namanya "Gabata".) 14 Masa itu hampir pukul dua belas tengah hari, dan esok Perayaan Paska. Pilatus berkata kepada semua orang di situ, "Inilah raja kamu!" 15 Mereka berseru, "Bunuh dia! Bunuh dia! Salibkandia!" "Kamu mahu aku menyalib raja kamu?" tanya Pilatus. Ketua-ketua imam menjawab, "Kaisar satu-satunya raja kami!" 16 Kemudian Pilatus menyerahkan Yesus kepada mereka untuk disalibkan. Mereka mengambil Yesus dan membawa Dia pergi.
Yesus Disalibkan
17 Sambil memikul salib-Nya, Yesus pergi ke luar bandar ke tempat yang bernama "Tempat Tengkorak." (Dalam bahasa Ibrani tempat itu disebut "Golgota".) 18 Di situ Dia disalibkan. Dua orang lain juga disalibkan bersama-sama Yesus, seorang di sebelah kiri, seorang di sebelah kanan dan Yesus di tengah. 19 Pilatus menyuruh orang memasang papan kenyataan pada kayu salib Yesus. Papan kenyataan itu bertulis: "Yesus dari Nasaret, Raja Orang Yahudi". 20 Banyak orang Yahudi membacanya kerana tempat Yesus disalibkan itu tidak jauh dari bandar. Tulisan itu dalam bahasa Ibrani, Latin, dan Yunani. 21 Ketua-ketua imam berkata kepada Pilatus, "Janganlah tulis, 'Raja Orang Yahudi', melainkan tulislah: 'Orang ini berkata, Aku Raja Orang Yahudi.' " 22 Tetapi Pilatus menjawab, "Apa yang sudah aku tulis tidak boleh diubah!" 23 Setelah askar-askar itu menyalibkan Yesus, mereka mengambil pakaian-Nya lalu membahaginya menjadi empat bahagian; dan masing-masing mendapat sebahagian. Mereka juga mengambil jubah-Nya yang dibuat daripada sehelai kain yang ditenun dari atas sampai ke bawah tanpa jahitan. 24 Askar-askar bercakap sesama sendiri, "Janganlah koyak jubah ini. Marilah kita buang undi untuk menentukan orang yang boleh mendapatnya." Hal ini berlaku supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab terjadi, "Mereka membahagi-bahagi pakaian-Ku, dan membuang undi bagi jubah-Ku." Demikianlah yang dilakukan oleh askar-askar itu. 25 Ibu Yesus, saudara perempuan ibunya, Maria isteri Klopas, dan Maria Magdalena berdiri dekat salib itu. 26 Yesus nampak ibu-Nya dan pengikut yang dikasihi-Nya berdiri di situ. Oleh itu Yesus berkata kepada ibu-Nya, "Puan, dia anak puan." 27 Kemudian Yesus berkata kepada pengikut itu, "Dia ibumu." Sejak itu, ibu Yesus tinggal di rumah pengikut itu.
Kematian Yesus
28 Yesus tahu bahawa sekarang semuanya sudah selesai, dan supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku, Dia berkata, "Aku dahaga." 29 Di situ ada sebuah mangkuk yang penuh dengan wain murah. Sebuah bunga karang dicelupkan ke dalam wain itu, lalu dicucukkan pada hujung batang hisop, dan kemudian dihulurkan ke mulut Yesus. 30 Yesus mengecapnya lalu berkata, "Sudah selesai!" Setelah itu Dia menundukkan kepala dan meninggal.
Yesus Ditikam
31 Hari itu sehari sebelum hari Sabat. Para penguasa Yahudi tidak mahu mayat orang yang disalibkan masih di kayu salib pada hari Sabat, apalagi hari Sabat kali ini hari perayaan yang khas. Oleh itu mereka meminta kebenaran Pilatus untuk mematahkan kaki orang yang disalibkan dan menurunkan mayat-mayat itu dari kayu salib. 32 Oleh itu askar-askar pergi mematahkan kaki kedua-dua orang yang disalibkan bersama-sama Yesus. 33 Tetapi apabila mereka sampai kepada Yesus, mereka melihat bahawa Dia sudah meninggal. Oleh itu mereka tidak mematahkan kaki-Nya. 34 Tetapi salah seorang askar menusuk rusuk Yesus dengan tombak, dan pada ketika itu juga keluarlah darah dan air. (35 Demikianlah orang yang telah melihat kejadian ini memberikan kesaksiannya, supaya kamu pun percaya Kesaksiannya benar dan dia tahu bahawa apa yang dikatakannya benar.) 36 Hal ini berlaku supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab terjadi, "Tidak satu pun daripada tulang-Nya akan dipatahkan." 37 Di dalam Alkitab juga tertulis, "Orang akan memandang Dia yang telah ditikam oleh mereka."
Penguburan Yesus
38 Setelah itu Yusuf yang berasal dari bandar Arimatea, meminta kebenaran Pilatus untuk mengambil jenazah Yesus. (Yusuf pengikut Yesus tetapi Yusuf tidak memberitahu orang hal itu, kerana dia takut akan penguasa Yahudi.) Pilatus meluluskan permintaannya, lalu Yusuf pergi mengambil jenazah Yesus. 39 Nikodemus yang dahulu pernah datang kepada Yesus pada waktu malam pun pergi dengan Yusuk Nikodemus membawa ramuan mur dan gaharu sebanyak kira-kira tiga puluh kilogram. 40 Kedua-dua orang ini mengambil jenazah Yesus lalu membalutnya dengan kain linen dan ramuan menurut adat penguburan orang Yahudi. 41 Di tempat Yesus disalibkan ada sebuah taman. Di dalam taman itu terdapat sebuah kubur baru yang belum pernah digunakan. 42 Kerana kubur ini dekat dan hari Sabat sudah hampir bermula, mereka meletakkan jenazah Yesus di situ.
Kubur yang Kosong
20:1 Pada pagi hari Minggu, semasa masih gelap, Maria Magdalena pergi ke kubur. Dia melihat batu penutup sudah digulingkan dari lubang kubur itu. 2 Oleh itu, dia lari mencari Simon Petrus dan pengikut lain yang dikasihi oleh Yesus, lalu berkata kepada mereka, "Jenazah Tuhan telah diambil dari kubur dan kami tidak mengetahui tempat Dia diletakkan!" 3 Lalu Petrus dan pengikut lain itu pergi ke kubur. 4 Kedua-duanya berlari, tetapi pengikut lain itu mendahului Petrus dan tiba lebih awal di kubur. 5 Dia menjenguk ke dalam dan nampak kain linen di situ, tetapi dia tidak masuk ke dalam kubur. 6 Simon Pettus menyusul dari belakang; dia terus masuk ke dalam kubur itu. Dia nampak kain linen terletak di situ, 7 dan juga kain yang diikatkan pada kepala Yesus. Tetapi kain pengikat kepala itu tergulung tersendiri. 8 Kemudian pengikut lain itu yang lebih dahulu tiba di kubur, juga masuk. Dia melihat semuanya dan percaya. (9 Meskipun demikian mereka masih belum memahami apa yang tertulis di dalam Alkitab bahawa Dia harus bangkit daripada kematian.) 10 Kemudian pengikut-pengikut Yesus itu pulang.
Yesus Menampakkan Diri kepada Maria Magdalena
11 Maria berdiri sambil menangis di hadapan kubur. Sambil menangis dia menjenguk ke dalam kubur itu. 12 Dia melihat dua malaikat berpakaian putih, duduk di tempat jenazah Yesus dibaringkan dahulu, satu malaikat pada sebelah kepala dan satu lagi pada sebelah kaki. 13 Malaikat-malaikat ini bertanya kepadanya, "Puan, mengapa menangis?" Maria menjawab, "Jenazah Tuhan saya telah diambil dan saya tidak mengetahui tempat Dia diletakkan!" 14 Setelah berkata demikian, Maria berpaling dan nampak Yesus berdiri di situ. Tetapi Maria tidak tahu bahawa Dia Yesus. 15 Yesus bertanya kepadanya, "Puan, mengapa menangis? Siapakah yang puan cari?" Maria menyangka Dia itu tukang kebun. Oleh itu Maria berkata, "Tuan, jika tuan sudah memindahkan jenazah Yesus, beritahulah saya tempat tuan meletakkan jenazah-Nya, supaya saya boleh pergi mengambil jenazah-Nya." 16 Yesus berkata kepadanya, "Maria!" Maria berpaling kepada Yesus lalu berkata dalam bahasa Ibrani, "Rabbuni!" (yangbererti "guru"). 17 Tetapi Yesus berkata kepadanya, "Jangan pegang Aku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada pengikut-pengikut-Ku dan beritahu mereka bahawa sekarang Aku sedang kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Allah-Ku dan AlIahmu." 18 Oleh itu, Maria pergi memberitahu pengikut-pengikut Yesus bahawa dia sudah melihat Tuhan dan bahawa Tuhan berkata demikian kepadanya.
Yesus Menampakkan Diri kepada Pengikut-Pengikut-Nya
19 Pada hari Minggu itu juga, apabila hari sudah petang, pengikut-pengikut Yesus berkumpul di sebuah rumah dengan pintu yang terkunci, kerana mereka takut akan para penguasa Yahudi. Kemudian Yesus datang berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata, "Salam sejahtera!" 20 Setelah berkata demikian, Dia menunjukkan tangan dan rusuk-Nya kepada mereka. Barulah mereka bersukacita melihat Tuhan. 21 Yesus berkata kepada mereka lagi, "Salam sejahtera! Sebagaimana Bapa mengutus Aku, demikian juga Aku mengutus kamu." 22 Kemudian Yesus menghembuskan nafas-Nya kepada mereka dan berkata, "Terimalah Roh Allah. 23 Sesiapa yang dosanya kamu ampunkan, orang itu diampuni oleh Allah. Sesiapa yang dosanya tidak kamu ampunkan, orang itu tidak diampuni oleh Allah."
Yesus dan Tomas
24 Tomas (yang disebut Si Kembar), seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus, tidak bersama-sama mereka ketika Yesus datang. 25 Oleh itu, pengikut-pengikut lain memberitahu Tomas, "Kami sudah melihat Tuhan!" Tetapi Tomas menjawab, "Kecuali aku melihat bekas paku pada tangan-Nya dan meletakkan jariku pada bekas luka itu, serta meletakkan tanganku pada rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya." 26 Seminggu kemudian, pengikut-pengikut Yesus berkumpul lagi di tempat itu dan Tomas hadir juga. Semua pintu terkunci, tetapi Yesus datang dan berdiri di tengah-tengah mereka lalu berkata, "Salam sejahtera!" 27 Kemudian Yesus berkata kepada Tomas, "Letakkanlah jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku. Hulurkanlah tanganmu dan letakkanlah pada rusuk-Ku. Janganlah ragu-ragu lagi, tetapi percayalah!" 28 Tomas berkata kepada Yesus, "Ya Tuhanku! Ya Allahku!" 29 Yesus berkata kepadanya, "Adakah kamu percaya kerana kamu sudah melihat Aku? Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat Aku!"
Tujuan Kitab Ini
30 Banyak lagi mukjizat lain yang dilakukan oleh Yesus di hadapan pengikut-pengikut-Nya, tetapi tidak ditulis di dalam kitab ini. 31 Tetapi semua ini ditulis supaya kamu percaya bahawa Yesus Anak Allah, Penyelamat yang diutus oleh Allah, dan kerana kamu percaya kepada-Nya, kamu beroleh hidup sejati.
Yesus Menampakkan Diri kepada Tujuh Orang Pengikut-Nya
21:1 Setelah itu Yesus menampakkan diri sekali lagi kepada pengikut-pengikut-Nya di Tasik Tiberias. Beginilah peristiwa itu berlaku: 2 Simon Petrus, Tomas (yang disebut Si Kembar), Natanael (yang berasal dari Kana di Galilea), anak-anak Zebedeus, dan dua orang pengikut Yesus yang lain, sedang berkumpul. 3 Simon Petrus berkata kepada mereka, "Aku hendak pergi menjala ikan." Mereka berkata kepadanya "Kami ikut." Oleh itu mereka menaiki perahu lalu bertolak. Tetapi sepanjang malam itu mereka tidak mendapat seekor ikan pun. 4 Apabila matahari terbit, Yesus berdiri di pantai, tetapi mereka tidak tahu bahawa Dia Yesus. 5 Kemudian Yesus bertanya kepada mereka, "Hai kawan-kawan, adakah kamu mendapat ikan?" "Tidak! Seekor pun tidak," jawab mereka. 6 Yesus berkata kepada mereka, "Labuhkanlah jala ke sebelah kanan perahu, Ialu kamu akan mendapat ikan." Mereka melabuhkan jala, tetapi mereka tidak terdaya menariknya kembali kerana terlalu banyak ikan yang tertangkap. 7 Pengikut yang dikasihi oleh Yesus berkata kepada Petrus, "Dia Tuhan!" Apabila Simon Petrus mendengar bahawa Dia itu Tuhan, Petrus memakai bajunya (yang ditanggalkannya semasa bekerja) lalu terjun ke dalam air. 8 Pengikut-pengikut lam mendarat dengan perahu itu, sambil menarik jala yang penuh dengan ikan. Mereka tidak berapa jauh dari darat, kira-kira seratus meter sahaja. 9 Apabila mereka tiba di pantai, mereka melihat ikan dibakar di atas bara api dan roti pun ada di situ. 10 Kemudian Yesus berkata kepada mereka, "Bawalah beberapa ekor ikan yang baru kamu tangkap ke mari." 11 Simon Petrus pergi ke perahu lalu menyeret jala ke darat. Jala itu sarat dengan ikan yang besar-besar; semuanya berjumlah 153 ekor. Meskipun ikan sebanyak itu tertangkap, jala itu tidak koyak. 12 Yesus berkata kepada mereka, "Marilah makan." Tidak seorang pun daripada pengikut-Nya berani bertanya, "Siapakah tuan?" kerana mereka tahu bahawa Dia Tuhan. 13 Oleh itu, Yesus menghampiri mereka, mengambil roti, lalu memberikan roti itu kepada mereka. Dia berbuat demikian juga dengan ikan itu. 14 Inilah kali ketiga Yesus menampakkan diri kepada pengikut-pengikut-Nya setelah Dia dibangkitkan daripada kematian.
Yesus dan Petrus
15 Setelah mereka makan, Yesus bertanya kepada Simon Petrus, "Simon anak Yohanes, adakah kamu lebih mengasihi Aku daripada semua orang ini mengasihi Aku?" Petrus menjawab, "Ya Tuhan, Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan." Yesus berkata kepadanya, "Peliharalah anak-anak domba-Ku." 16 Untuk kali kedua Yesus bertanya kepadanya, "Simon anak Yohanes, adakah kamu mengasihi Aku?" Petrus menjawab, "Ya Tuhan. Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan." Yesus berkata kepadanya, "Pehharalah domba-domba-Ku." 17 Untuk kali ketiga Yesus bertanya kepadanya, "Simon anak Yohanes, adakah kamu mengasihi Aku?" Petrus sedih kerana Yesus bertanya tiga kali kepadanya, "Adakah kamu mengasihi Aku?" Oleh itu Pettus menjawab, "Ya Tuhan, Tuhan mengetahui semuanya. Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan!" Yesus berkata kepadanya, "Peliharalah domba-domba-Ku. 18 Apa yang Aku katakan ini benar: Semasa kamu masih muda, kamu mengikat tali pinggang lalu pergi ke mana sahaja kamu mahu. Tetapi semasa kamu tua, kamu akan menghulurkan tangan lalu seorang lain akan mengikat kamu dan membawa kamu ke tempat yang kamu tidak mahu pergi." 19 (Dengan kata-kata ini Yesus menunjukkan bagaimana Petrus akan mati kelak untuk memuliakan Allah.) Lalu Yesus berkata kepada Petrus, "Ikutlah Aku!"
Yesus dan Pengikut yang Dikasihi-Nya
20 Petrus berpaling dan melihat pengikut yang dikasihi oleh Yesus sedang mengikuti mereka. Dialah pengikut yang duduk dekat Yesus pada waktu makan dan bertanya kepada-Nya, "Ya Tuhan, siapakah yang akan mengkhianati Tuhan?" 21 Ketika Petrus melihat dia, Petrus bertanya kepada Yesus, "Tuhan, bagaimana dengan orang ini?" 22 Yesus menjawab, "Jika Aku mahu dia hidup sehingga Aku kembali, apa kena-mengenanya dengan kamu? Tetapi kamu, ikutlah Aku!" 23 Oleh itu tersebarlah berita di kalangan pengikut Yesus bahawa pengikut itu tidak akan mati. Tetapi Yesus tidak berkata bahawa pengikut itu tidak akan mati, melainkan Yesus berkata, "Jika Aku mahu dia hidup sehingga Aku kembali, apa kena-mengenanya dengan kamu?" 24 Dialah pengikut yang memberikan kesaksian tentang perkara-perkara ini. Dia juga sudah menulis semua itu. Kita tahu bahawa apa yang dikatakannya benar.
Kata Terakhir
25 Masih banyak lagi perkara lain yang dilakukan oleh Yesus. Jika semuanya ditulis satu per satu, pada hematku seluruh duma ini pun tidak cukup untuk memuat semua kitab yang akan ditulis itu.