Pendahuluan
1:1 Tuan Teofilus yang terhormat, Banyak orang telah berusaha membuat laporan tentang peristiwa yang berlaku di kalangan kami. 2 Mereka menulis sesuai dengan apa yang diceritakan kepada kami oleh mereka yang menyaksikan peristiwa itu dari permulaan dan kemudian mengisytihar berita itu. 3 Tetapi sekarang, Tuan Teofilus yang terhormat, saya sendiri telah menyelidiki semua peristiwa itu dari permulaannya, maka ada baiknya saya juga menulis satu laporan yang teratur untuk tuan. 4 Saya berbuat demikian supaya tuan dapat tahu dengan selengkapnya bahawa apa yang telah diajarkan kepada tuan memang benar.
Kelahiran Yohanes Pembaptis Diumumkan
5 Ketika Herodes menjadi raja negeri Yudea, ada seorang imam bernama Zakharia. Dia termasuk golongan imam Abia. Isterinya bernama Elisabet dan dia juga keturunan imam. 6 Kehidupan suami isteri itu menyenangkan hati Allah. Mereka mentaati semua hukum dan perintah Tuhan. 7 Mereka tidak mempunyai anak kerana Elisabet mandul dan keduaduanya sudah lanjut usia. 8 Pada suatu hari, Zakharia dan rakan-rakan segolongannya mendapat giliran untuk bertugas di Rumah Tuhan. 9 Seperti biasa para imam membuang undi dan Zakharia terpilih untuk masuk ke dalam Rumah Tuhan dan membakar kemenyan di atas mazbah. 10 Sementara upacara pembakaran kemenyan berlangsung, orang ramai berdoa di luar. 11 Pada waktu itu malaikat Tuhan menampakkan diri kepada Zakharia. Malaikat itu berdiri di sebelah kanan mazbah tempat membakar kemenyan. 12 Ketika Zakharia nampak malaikat itu, dia cemas dan takut. 13 Tetapi malaikat itu berkata kepadanya, "Janganlah takut, Zakharia! Allah sudah mendengar doamu. Isterimu Elisabet akan melahirkan seorang anak lelaki. Hendaklah engkau menamakan dia Yohanes. 14 Engkau akan sangat bersukacita dan bergembira, dan banyak orang akan bersukacita apabila dia dilahirkan! 15 Dia akan menjadi orang besar di sisi Tuhan. Dia tidak boleh minum wain atau minuman keras. Sejak di dalam rahim ibunya dia akan dikuasai oleh Roh Allah. 16 Dia akan memimpin banyak orang Israel kembali kepada Tuhan, Allah mereka. 17 Dia akan menjadi utusan Tuhan yang kuat dan berkuasa seperti Elia. Dia akan mendamaikan bapa dengan anak, serta memimpin orang yang tidak taat kembali ke jalan fikiran yang benar. Dia juga akan mempersiapkan suatu umat untuk Tuhan." 18 Zakharia berkata kepada malaikat itu, "Bagaimana aku boleh tahu bahawa perkara ini akan berlaku? Aku sudah tua dan isteriku pun sudah tua." 19 Malaikat itu menjawab, "Aku ini Gabriel yang sentiasa siap melakukan suruhan Allah. Dia sendiri mengutus aku kepadamu supaya menyampaikan berita baik ini. 20 Apa yang aku katakan akan berlaku pada waktunya. Tetapi kerana engkau tidak percaya, engkau akan menjadi bisu sehingga apa yang aku katakan berlaku." 21 Sementara itu, orang ramai sedang menantikan Zakharia. Mereka hairan kerana dia begitu lama di dalam Rumah Tuhan. 22 Ketika Zakharia keluar, dia tidak dapat bercakap kepada mereka. Dia memberikan isyarat dengan tangan kerana dia bisu. Lalu orang di situ tahu bahawa Zakhana sudah nampak satu penglihatan di dalam Rumah Tuhan. 23 Setelah habis masa Zakharia bertugas di Rumah Tuhan, dia pulang ke rumah. 24 Tidak lama kemudian Elisabet, isterinya mengandung, dan dia tidak keluar dari rumah selama lima bulan. 25 Elisabet berkata, "Akhirnya Tuhan menolong aku. Dia telah menghapus keaibanku."
Kelahiran Yesus Diumumkan
26 Setelah Elisabet mengandung enam bulan, Allah mengutus malaikat Gabriel ke Nasaret, sebuah kota di negeri Galilea. 27 Gabriel membawa berita untuk seorang gadis bernama Maria. Dia telah bertunang dengan seorang lelaki bernama Yusuf, keturunan Raja Daud. 28 Malaikat itu datang kepada Maria dan berkata, "Salam sejahtera, hai engkau yang sangat diberkati oleh Tuhan! Tuhan menyertaiengkau!" 29 Maria gelisah mendengar kata-kata malaikat itu dan dia tertanya-tanya tentang makna salam itu. 30 Malaikat itu berkata kepadanya, "Janganlah takut, Maria, kerana Allah berkenan kepada engkau. 31 Engkau akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hendaklah engkau menamakan Dia Yesus. 32 Dia akan menjadi agung dan akan disebut Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan Allah akan menjadikan Dia raja seperti Daud, nenek moyang-Nya. 33 Dia akan memerintah sebagai raja keturunan Yakub untuk selama-lamanya. Kerajaan-Nya tidak akan berakhir." 34 Maria berkata kepada malaikat itu, "Aku masih dara. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?" 35 Malaikat itu menjawab, "Roh Allah akan datang kepadamu, dan kuasa Allah akan menaungi engkau. Itulah sebabnya Anak yang akan lahir itu disebut Suci, Anak Allah. 36 Ketahuilah, sanakmu Elisabet yang dikatakan mandul, sudah mengandung enam bulan, walaupun umurnya sudah lanjut. 37 Bagi Allah tiada perkara yang mustahil." 38 Maria berkata, "Aku hamba Tuhan; biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan." Lalu malaikat itu meninggalkan Maria.
Maria Melawat Elisabet
39 Tidak lama kemudian, Maria segera berangkat ke sebuah kota di Yudea, di kawasan pergunungan. 40 Dia pergi ke rumah Zakharia lalu memberikan salam kepada Elisabet. 41 Ketika Elisabet mendengar salam Maria, anak dalam kandungannya bergerak. Elisabet dikuasai oleh Roh Allah, 42 lalu dia berseru, "Berbahagialah kamu antara semua wanita! Berbahagialah anak yang akan kamu lahirkan itu! 43 Mengapakah penghormatan yang sebesar ini diberikan kepadaku, sehingga ibu Tuhanku datang melawat aku? 44 Sebaik sahaja aku mendengar salammu, anak dalam kandunganku bergerak kerana bersukacita. 45 Alangkah bahagianya kamu kerana percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Tuhan kepadamu akan berlaku!"
Ucapan Syukur Maria
46 Maria berkata, "Hatiku menyanjung Tuhan; 47 jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku, 48 Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina! Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia, 49 kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku. Sucilah nama-Nya. 50 Dia merahmati orang yang menghormati-Nya, keturunan demi keturunan. 51 Dengan tangan-Nya yang berkuasa Dia menceraiberaikan mereka yang sombong, dan mengacaukan rancangan mereka. 52 Dia menurunkan raja dari takhta lalu meninggikan orang hina. 53 Dia memuaskan orang lapar dengan segala yang baik, tetapi orang kaya diusir-Nya sehingga pergi dengan berhampa tangan. 54 Dia menepati janji-Nya kepada nenek moyang kita; Dia datang untuk menyelamatkan Israel hamba-Nya. 55 Dia tidak lupa merahmati Abraham dan keturunannya selama-lamanya!" 56 Maria tinggal dengan Elisabet kira-kira tiga bulan lamanya, lalu pulang ke rumah.
Kelahiran Yohanes Pembaptis
57 Apabila tiba masanya Elisabet bersalin, dia melahirkan seorang anak lelaki. 58 Semua jiran dan sanak saudaranya mendengar betapa baiknya Tuhan terhadap Elisabet, dan mereka ikut bersukacita dengan dia. 59 Setelah bayi itu berumur lapan hari, mereka datang untuk menyunat dia. Mereka hendak menamakan bayi itu Zakharia menurut nama bapanya. 60 Tetapi ibunya berkata, "Jangan! Dia harus dinamakan Yohanes." 61 Mereka berkata kepadanya, "Tetapi tidak seorang pun antara sanak saudaramu bernama begitu." 62 Lalu dengan isyarat, mereka bertanya kepada bapa bayi itu nama yang hendak diberikan kepada anaknya. 63 Zakharia meminta sebuah papan tulis lalu menulis, "Namanya Yohanes." Mereka semua hairan. 64 Pada masa itu juga Zakharia dapat bercakap semula lalu mula memuji-muji Allah. 65 Semua jirannya ketakutan dan berita ini tersebar ke seluruh pergunungan Yudea. 66 Semua orang yang mendengar perkara itu berkata dalam hati, "Anak ini tentu akan menjadi orang besar." Mereka berkata demikian kerana nyata sekali kuasa Tuhan menyertainya.
Nubuat Zakharia
67 Zakharia, bapa Yohanes, dikuasai oleh Roh Allah, lalu menyampaikan berita daripada Allah. Dia berkata, 68 "Marilah kita memuji Tuhan, Allah bangsa Israel! Dia sudah datang untuk menyelamatkan umat-Nya dan membebaskan mereka. 69 Dia mengurniai kita Penyelamat yang berkuasa, seorang keturunan Daud, hamba-Nya. 70 Dahulu kala melalui nabi-nabi yang dipilih-Nya, Tuhan telah berjanji 71 akan menyelamatkan kita daripada musuh, dan daripada kuasa orang yang membenci kita. 72 Dia berjanji akan merahmati nenek moyang kita, serta ingat akan janji-Nya yang suci itu. 73-74 Dia bersumpah kepada nenek moyang kita Abraham, dan berjanji akan menyelamatkan kita daripada musuh, serta membolehkan kita mengabdikan diri kepada-Nya tanpa takut, 75 supaya kita menjadi suci dan menyenangkan hati-Nya sepanjang hidup kita. 76 Engkau, hai anakku, akan disebut nabi Allah Yang Maha Tinggi. Engkau diutus terlebih dahulu daripada Tuhan supaya merintis jalan untuk-Nya, 77 supaya memberitahu umat-Nya bahawa mereka akan diselamatkan, apabila Allah mengampunkan dosa mereka. 78-79 Allah kita pengasih dan penyayang. Bagi menyelamatkan kita Dia akan datang bagaikan lajar terang yang menyinari semua orang yang hidup dalam kegelapan dan di bawah bayang maut. Dia akan memimpin kita ke jalan yang menuju kedamaian." 80 Anak Zakharia membesar dan semakin kuat kerohaniannya. Dia tinggal di padang gurun sehingga tiba masanya dia menampilkan diri kepada umat Israel.
Kelahiran Yesus
2:1 Pada masa itu Kaisar Agustus menitahkan semua penduduk Empayar Roma mendaftarkan diri untuk dibanci. 2 Pembancian yang pertama dijalankan sewaktu Kirenius menjadi gabenor negeri Siria. 3 Semua orang pergi ke kota masing-masing untuk mendaftarkan diri. 4 Yusuf berangkat dari Nasaret di Galilea, lalu pergi ke Betlehem di Yudea, tempat lahir Raja Daud. Yusuf pergi ke sana kerana dia keturunan Raja Daud. 5 Dia mendartarkan diri bersama-sama Maria, tunangannya yang sedang mengandung. 6 Ketika mereka di Betlehem, tibalah masanya bagi Maria untuk bersalin. 7 Dia melahirkan seorang anak lelaki, anaknya yang sulung. Anak itu dibedungnya lalu diletakkan di dalam palung, kerana mereka tidak mendapat tempat untuk menumpang.
Gembala dan Malaikat
8 Pada malam itu, beberapa orang gembala sedang menjaga domba di padang. 9 Tiba-tiba malaikat Tuhan menampakkan diri kepada mereka dan cahaya kemuliaan Tuhan menerangi mereka sehingga mereka ketakutan. 10 Tetapi malaikat itu berkata, "Janganlah takut! Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu, berita yang akan menggembirakan semua orang. 11 Pada hari im di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan. 12 Inilah tandanya: Kamu akan menemui seorang bayi yang dibedung dengan kain dan berbaring di dalam palung." 13 Tiba-tiba malaikat itu disertai oleh sepasukan besar malaikat syurga, yang memuji-muji Allah, 14 "Termulialah Allah di langit yang tertinggi! Dan di atas bumi, sejahteralah manusia yang menyenangkan hati-Nya!" 15 Setelah para malaikat itu meninggalkan mereka dan kembali ke syurga, gembala-gembala itu bercakap sesama mereka, "Marilah kita pergi ke Betlehem dan melihat perkara yang berlaku itu, yang sudah diberitahukan oleh Tuhan kepada kita." 16 Mereka segera pergi, lalu menjumpai Maria, Yusuf, dan bayi yang sedang berbaring di dalam palung. 17 Apabila para gembala melihat bayi itu, mereka memberitahu semua orang di situ apa yang dikatakan oleh malaikat tentang bayi itu. 18 Semua orang yang mendengarnya hairan akan apa yang dikatakan oleh para gembala itu. 19 Tetapi Maria menyimpan semua perkara itu di dalam hati dan merenungkannya. 20 Semua gembala itu kembali ke padang sambil memuji-muji Allah bagi segala yang sudah didengar dan dilihat oleh mereka, kerana semuanya tepat seperti yang dikatakan oleh malaikat.
Yesus Diberi Nama
21 Sesudah berumur lapan hari, tibalah masanya anak itu disunat. Dia dinamakan Yesus, nama yang diberikan oleh malaikat kepada-Nya sebelum Dia dikandung oleh ibu-Nya.
Yesus Dibawa ke Rumah Tuhan
22 Tibalah masanya Yusuf dan Maria menjalankan upacara penyucian menurut Taurat Musa. Oleh itu, mereka membawa anak itu ke Yerusalem untuk diserahkan kepada Tuhan. 23 Di dalam hukum Tuhan tertulis, "Tiap-tiap anak lelaki sulung harus diserahkan kepada Tuhan." 24 Mereka juga mempersembahkan korban menurut hukum Tuhan, iaitu sepasang burung dara atau dua ekor burung merpati muda. 25 Pada masa itu di Yerusalem ada seorang lelaki bernama Simeon. Dia seorang yang baik dan takut akan Allah. Dia menantikan masanya Allah menyelamatkan Israel. Roh Allah menyertai Simeon 26 dan memberitahu dia bahawa dia tidak akan meninggal sebelum melihat Penyelamat yang dijanjikan oleh Tuhan. 27 Dengan pimpinan Roh Allah Simeon masuk ke Rumah Tuhan. Pada waktu itu Yusuf dan Maria membawa Yesus yang masih kecil itu ke Rumah Tuhan untuk melakukan apa yang diperintahkan Taurat bagi-Nya. 28 Simeon mengambil anak itu lalu mendukung-Nya sambil memu ji Allah, 29 "Sekarang, ya Tuhan, Engkau telah menepati janji-Mu. Biarlah hamba-Mu meninggal dengan tenteram. 30 Dengan mataku sendiri aku sudah melihat Penyelamat yang datang daripada-Mu. 31 Penyelamat yang telah Engkau sediakan di hadapan semua bangsa; 32 bagaikan cahaya yang menunjukkan kehendak-Mu bagi bangsa-bangsa lain dan cahaya yang mendatangkan kemuliaan bagi umat-Mu Israel." 33 Ibu bapa anak ltu hairan mendengar apa yang dikatakan oleh Simeon tentang anak itu. 34 Simeon memberkati mereka dan berkata kepada Maria, ibu anak itu, "Anak ini sudah dipilih oleh Allah untuk membinasakan dan menyelamatkan banyak orang Israel. Dia akan menjadi tanda daripada Allah, yang akan dilawan oleh banyak orang, 35 dan dengan demikian terdedahlah rahsia fikiran mereka. Seperti pedang yang tajam, kesedihan akan menikamhatimu." 36 Ada pula seorang nabi wanita bernama Hana anak Fanuel, daripada suku Asyer. Dia balu dan umurnya sudah lanjut. Dia berkahwin selama tujuh tahun, 37 dan sekarang umurnya lapan puluh empat tahun/ Dia tidak pernah meninggalkan Rumah Tuhan. Siang malam dia beribadat kepada Allah dengan berdoa dan berpuasa. 38 Tepat pada waktu itu dia datang, lalu bersyukur kepada Allah. Dia bercakap tentang anak itu kepada semua orang yang menantikan masanya Allah membebaskan Yerusalem.
Kembali ke Nasaret
39 Setelah Yusuf dan Maria melakukan segala yang diwajibkan oleh hukum Tuhan, mereka kembali ke kampung mereka di Nasaret, di daerah Galilea. 40 Demikianlah anak itu bertambah besar dan kuat. Dia sangat bijaksana dan Allah berkenan kepada-Nya.
Yesus di Rumah Tuhan
41 Tiap-tiap tahun ibu bapa Yesus pergi ke Yerusalem untuk merayakan Perayaan Paska. 42 Ketika Yesus berumur dua belas tahun, mereka pergi ke perayaan itu seperti biasa. 43 Sehabis perayaan itu mereka pulang, tetapi Yesus, anak itu, masih di Yerusalem. Ibu bapa-Nya tidak tahu. 44 Mereka menyangka Dia bersama-sama rombongan itu. Setelah mereka berjalan sejauh sehari, barulah mereka mencari Dia antara sanak saudara dan kawan mereka. 45 Tetapi mereka tidak menjumpai Yesus. Lalu mereka kembali ke Yerusalem untuk mencari Dia. 46 Pada hari ketiga mereka mendapati Yesus di dalam Rumah Tuhan. Dia sedang duduk mendengarkan guru-guru agama Yahudi dan mengajukan soalan. 47 Semua orang yang mendengar Yesus hairan kerana jawapan-Nya bijak. 48 Ibu bapa-Nya pun hairan melihat Dia. Ibu-Nya berkata kepada Dia, "Nak, mengapa berbuat seperti ini terhadap ayah dan emak? Cemas hati ayah dan emak mencari-Mu!" 49 Yesus menjawab, "Mengapa mencari Aku? Tidakkah Aku harus di rumah Bapa-Ku?" 50 Tetapi mereka tidak memahami jawapan Yesus. 51 Setelah itu Yesus pulang bersama-sama mereka ke Nasaret dan taat kepada mereka. Ibu-Nya menyimpan semua perkara ini di dalam hati. 52 Yesus bertambah besar dan bijaksana, dan Dia menyenangkan hati Allah mahupun manusia.
Perkhabaran Yohanes Pembaptis
3:1 Pada tahun kelima belas pemerintahan Kaisar Tiberius, Pontius Pilatus ialah gabenor negeri Yudea dan Herodes memerintah negeri Galilea. Filipus, saudara Herodes, menguasai kawasan Iturea dan Trakhonitis; dan Lisanias memerintah di Abilene. 2 Pada masa itu, Hanas dan Kayafas menjabat kedudukan Imam Agung. Itulah masanya Allah berfirman kepada Yohanes anak Zakharia di padang gurun. 3 Lalu Yohanes menjelajah seluruh kawasan Sungai Yordan dan mengisytiharkan berita daripada Allah. Yohanes berseru, "Bertaubatlah daripada dosa kamu dan hendaklah kamu dibaptis, supaya Allah mengampunkan dosa kamu." 4 Seperti yang tertulis di dalam kitab Nabi Yesaya, "Seorang berseru di padang gurun, 'Sediakanlah jalan untuk Tuhan, luruskanlah jalan bagi-Nya! 5 Tiap-tiap lembah hendaklah ditimbus, tiap-tiap gunung dan bukit diratakan. Jalan yang berliku-liku hendaklah diluruskan, dan jalan yang lekak-lekuk diratakan. 6 Lalu setiap orang akan melihat Allah menyelamatkan manusia!' " 7 Banyak orang datang kepada Yohanes supaya dibaptis olehnya. "Kamu orang jahat!" kata Yohanes kepada mereka. "Siapakah yang memberitahu kamu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah yang akan datang? 8 Lakukanlah perkara-perkara yang menunjukkan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa! Janganlah mula berkata sesama sendiri, Abraham nenek moyang kami.' Ketahuilah, Allah dapat membuat batu-batu ini menjadi keturunan untuk Abraham! 9 Lihatlah, kapak sudah tersedia untuk menebang pokok sehingga ke akarnya. Tiap-tiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang lalu dibuang ke dalam api." 10 Orang ramai bertanya kepada Yohanes, "Apakah yang harus kami lakukan?" 11 Yohanes menjawab, "Sesiapa yang mempunyai dua helai baju, harus memberikan sehelai kepada orang yang tidak mempunyai baju; dan sesiapa yang mempunyai makanan, harus berkongsi makanan dengan yang berkekurangan." 12 Beberapa orang pemungut cukai datang dan minta dibaptis. Mereka bertanya kepada Yohanes, "Guru, apakah yang harus kami lakukan?" 13 Yohanes berkata, "Janganlah minta lebih daripada apa yang telah ditetapkan." 14 Askar-askar juga bertanya kepadanya, "Bagaimana dengan kami? Apakah yang harus kami lakukan?" Yohanes menjawab, "Janganlah peras duit daripada sesiapa pun, dan jangan rampas wang dengan mengajukan tuduhan palsu. Berpuas hatilah dengan gaji kamu!" 15 Harapan orang ramai mula timbul. Mereka tertanya-tanya sama ada Yohanes itu Penyelamat yang diutus oleh Allah. 16 Yohanes berkata kepada mereka, "Aku membaptis kamu dengan air, tetapi Dia yang lebih besar daripadaku akan datang. Aku pun tidak layak mengurai tali kasut-Nya. Dia akan membaptis kamu dengan Roh Allah dan api. 17 Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang, tetapi Dia akan membakar sekam di dalam api yang tidak dapat padam!" 18 Demikianlah Yohanes menasihati orang dengan berbagai-bagai cara, pada waktu dia mengisytiharkan Berita Baik. 19 Tetapi Yohanes menegur Gabenor Herodes tentang perkahwinannya dengan Herodias, isteri saudaranya, dan tentang semua kejahatan lain yang telah dilakukannya. 20 Kemudian Herodes melakukan perbuatan yang lebih jahat lagi; dia memenjarakan Yohanes.
Yesus Dibaptis
21 Setelah semua orang itu dibaptis, Yesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit terbuka, 22 dan Roh Allah berwujud burung merpati turun ke atas-Nya. Lalu terdengar suara dari syurga mengatakan, "Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku."
Senarai Nenek Moyang Yesus
23 Ketika Yesus memulakan pelayanan-Nya, Dia berumur kira-kira tiga puluh tahun. Menurut pendapat orang, Dia anak Yusuf anak Eli, 24 anak Matat, anak Lewi, anak Malkhi, anak Yanai, anak Yusuf, 25 anak Matica, anak Amos, anak Nahum, anak Hesli, anak Nagai, 26 anak Maat, anak Matica, anak Simei, anak Yosekh, anak Yoda, 27 anak Yohanan, anak Resa, anak Zerubabel, anak Sealtiel, anak Neri, 28 anak Malkhi, anak Adi, anak Kosam, anak Elmadam, anak Er, 29 anak Yosua, anak Eliezer, anak Yorim, anak Matat, anak Lewi, 30 anak Simeon, anak Yehuda, anak Yusuf, anak Yonam, anak Eliakim, 31 anak Melea, anak Mina, anak Matata, anak Natan, anak Daud, 32 anak Isai, anak Obed, anak Boas, anak Salmon, anak Nahason, 33 anak Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron, anak Peres, anak Yehuda, Manak Yakub, anak Ishak, anak Abraham, anak Terah, anak Nahor, 35 anak Serug, anak Rehu, anak Peleg, anak Eber, anak Selah, 36 anak Kenan, anak Arpakhsad, anak Sem, anak Nuh, anak Lamekh, 37 anak Metuselah, anak Henokh, anak Yared, anak Mahalaleel, anak Kenan, 38 anak Enos, anak Set, anak Adam, anak AUah.
Yesus Dicubai oleh Iblis
4:1 Yesus yang dikuasai oleh Roh Allah, kembali dari kawasan Sungai Yordan. Yesus dipimpin oleh Roh Allah ke padang gurun. 2 Di situ Dia dicubai oleh Iblis selama empat puluh hari. Sepanjang masa itu, Yesus tidak makan apa-apa, sehingga Dia lapar. 3 Iblis berkata kepada-Nya, "Jika Engkau Anak Allah, perintahlah batu ini menjadi roti." 4 Yesus menjawab, "Di dalam Alkitab tertulis, 'Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja.' " 5 Lalu Iblis membawa Yesus ke tempat yang tinggi, dan dalam sekelip mata Iblis menunjukkan segala kerajaan di dunia kepada-Nya. 6 "Aku akan memberikan segala kekuasaan dan kekayaan ini kepada-Mu," kata Iblis kepada Yesus. "Semuanya ini telah diberikan kepadaku, dan aku berhak memberikannya kepada sesiapa sahaja yang aku suka. 7 Semua ini akan menjadi milik-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku. " 8 Yesus menjawab, "Di dalam Alkitab tertulis, 'Sembahlah Tuhan Allahmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!' " 9 Lalu Iblis membawa Yesus ke Yerusalem dan menaruh Dia di puncak Rumah Tuhan dan berkata kepada-Nya, "Jika Engkau Anak Allah, terjunlah ke bawah, 10 kerana di dalam Alkitab tertulis, 'Allah akan memerintah para malaikat-Nya menjaga Engkau baik-baik.' 11 Juga tertulis, 'Malaikat akan menyambut Engkau dengan tangan, supaya kaki-Mu tidak terhantuk pada batu.' " 12 Yesus menjawab, "Di dalam Alkitab tertulis, 'Janganlah cubai Tuhan Allahmu.' " 13 Apabila Iblis selesai mencubai Yesus dengan segala upaya, dia meninggalkan Yesus untuk sementara waktu.
Yesus Memulakan Pelayanan-Nya di Galilea
14 Yesus kembali ke Galilea dan kuasa Roh Allah menyertai Dia. Berita tentang Yesus tersebar ke seluruh daerah itu.15 Yesus mengajar di rumah ibadat dan Dia dipuji oleh semua orang.
Yesus Tidak Diterima di Nasaret
16 Kemudian Yesus pergi ke Nasaret, tempat Dia dibesarkan. Pada hari Sabat, seperti biasa Yesus pergi ke rumah ibadat. Dia berdiri untuk membaca Alkitab, 17 lalu Dia diberikan gulungan naskhah yang berisi perkhabaran daripada Nabi Yesaya. Yesus membuka gulungan naskhah itu, lalu mendapatkan bahagian yang tertulis, 18 "Roh Tuhan ada pada-Ku. Dia telah melantik Aku supaya mengkhabarkan Berita Baik kepada orang miskin. Dia mengutus Aku supaya mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, kesembuhan bagi orang buta; dan kemerdekaan bagi orang yang tertindas, 19 serta mengisytiharkan masanya Tuhan menyelamatkan umat-Nya." 20 Yesus menggulung gulungan naskhah itu semula dan mengembalikannya kepada petugas, lalu duduk. Mata semua orang di dalam rumah ibadat itu tertumpu kepada Yesus. 21 Yesus mula berkata kepada mereka, "Pada hari ini ayat-ayat Alkitab ini sudah berlaku pada masa kamu mendengarnya." 22 Kata-kata yang diucapkan oleh Yesus baik sekali sehingga para pendengar-Nya kagum. Mereka berkata, "Bukankah dia anak Yusuf?" 23 Tetapi Yesus berkata, "Tentu kamu akan menyebut peribahasa ini kepada-Ku, 'Hai doktor, sembuhkanlah dirimu sendiri.' Kamu juga akan berkata, 'Kami mendengar tentang semua perkara yang sudah berlaku di Kapernaum, lakukanlah semuanya di kampunghalamanmu juga.' " 24 Yesus berkata lagi, "Ketahuilah, seorang nabi tidak pernah dihormati di kampung halamannya sendiri. 25 Dengarkan kata-kata-Ku; Memang ada banyak balu di Israel pada zaman Nabi Elia. Pada masa itu musim kemarau berlanjutan, kerana hujan tidak turun selama tiga tahun setengah sehingga bencana kebuluran yang dahsyat berlaku di negeri itu. 26 Tetapi Allah tidak menyuruh Elia pergi kepada salah seorang balu itu. Dia disuruh pergi kepada seorang balu yang tinggal di Saralat di daerah Sidon. 27 Demikian juga ada banyak orang berpenyakit kulit yang mengerikan di Israel pada zaman Nabi Elisa. Tetapi tidak seorang pun daripada mereka disembuhkan, kecuali Naaman orang Siria itu." 28 Semua orang di rumah ibadat itu sangat marah apabila mereka mendengar hal itu. 29 Mereka bangkit lalu menyeret Yesus ke luar bandar dan membawa-Nya ke puncak bukit tempat kota mereka dibina. Mereka bermaksud menolak Yesus ke dalam jurang. 30 Tetapi Yesus terus berjalan antara orang ramai lalu pergi dari situ.
Orang yang Dirasuk Roh Jahat
31 Lalu Yesus pergi ke Kapernaum, sebuah kota di Galilea. Di situ Dia mengajar orang pada hari Sabat. 32 Orang kagum melihat cara Yesus mengajar, kerana Dia berkata-kata dengan wibawa. 33 Di rumah ibadat itu ada seorang yang dirasuk roh jahat. Orang itu memekik dengan suara kuat, 34 "Engkau mahu berbuat apa dengan kami, hai Yesus, orang Nasaret? Adakah Engkau mahu membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau: Engkau utusan suci daripada Allah!" 35 Yesus memerintah roh itu, "Diam, dan keluarlah daripada orang ini!" Kemudian roh jahat itu membanting orang itu di hadapan mereka, lalu keluar daripada orang itu tanpa menyakitinya. 36 Semua orang hairan dan bercakap sesama sendiri, "Alangkah hebat kata-kata- nya. Dengan wibawa dan kuasa, dia memerintah roh-roh jahat keluar lalu roh-roh itu pun keluar!" 37 Laporan tentang Yesus tersebardi seluruh kawasan itu.
Yesus Menyembuhkan Banyak Orang
38 Yesus meninggalkan rumah ibadat itu, lalu pergi ke rumah Simon. Ibu mentua Simon sakit; dia demam. Orangdi situ memberitahukan hal itu kepada Yesus. 39 Yesus mendekati katil ibu itu, Ialu mengusir demamnya. Demam ibu mentua Simon hilang, lalu dia segera bangun untuk melayani mereka. 40 Ketika matahari terbenam, semua orang yang mempunyai kawan yang menderita berbagai-bagai penyakit membawa mereka kepada Yesus. Yesus meletakkan tangan-Nya ke atas tiap-tiap orang dan menyembuhkan mereka semua. 41 Roh-roh jahat pun keluar daripada banyak orang, sambil berseru, "Engkau Anak Allah!" Yesus menengking roh-roh itu dan berkata, "Diam!" Dia berkata demikian kerana roh-roh itu tahu bahawa Dia Penyelamat yang diutus oleh Allah.
Yesus Berkhutbah di Rumah Ibadat
42 ApabiIa fajar menyingsing, Yesus meninggalkan kota itu lalu pergi ke tempat yang sunyi. Orang ramai mula mencari Dia. Apabila mereka menjumpai Dia, mereka cuba menghalang Dia meninggalkan kota itu. 43 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Berita Baik tentang bagaimana Allah memerintah harus Aku khabarkan juga di kota-kota lain, kerana Allah mengutus Aku untuk melakukan tugasitu." 44 Demikianlah Dia menyampaikan Berita Baik itu di rumah ibadat di seluruh Yudea.
Yesus Memanggil Pengikut-Nya yang Mula-Mula
5:1 Pada suatu waktu, sedang Yesus berdiri di pantai Tasik Genesaret, orang ramai berasak-asak hendak mendengar berita daripada Allah. 2 Yesus nampak dua buah perahu di pantai itu, tetapi nelayan sudah meninggalkan perahu dan sedang mencuci jala. 3 Yesus menaiki salah sebuah perahu itu, iaitu perahu Simon. Lalu Dia menyuruh Simon menolak perahu itu sedikit jauh dari pantai. Yesus duduk di perahu itu, lalu mengajar orang ramai. 4 Setelah selesai mengajar, Dia berkata kepada Simon, "Dayunglah perahu ke tempat yang dalam lalu tebarkanlah jala untuk menangkap ikan." 5 "Guru," jawab Simon, "sepanjang malam kami berjerih tetapi tidak menangkap apa-apa pun! Tetapi kerana guru yang menyuruh, baiklah, saya akan menebarkan jala." 6 Mereka menebarkan jala, lalu mendapat sedemikian banyak ikan sehingga jala itu hampir koyak. 7 Oleh itu mereka minta pertolongan rakan-rakan di perahu lain. Mereka memenuhi kedua-dua buah perahu itu dengan ikan sehingga perahu hampir tenggelam. 8 Apabila Simon nampak apa yang telah berlaku, dia berlutut di hadapan Yesus sambil berkata, "Tinggalkanlah aku, ya Tuhan! Aku orangberdosa!" 9 Simon dan semua orang yang bersama-sama dia kagum melihat banyaknya ikan yang dijala oleh mereka. 10 Demikian juga halnya dengan rakan Simon yang lain, iaitu Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus. Yesus berkata kepada Simon, "Jangan takut! Mulai sekarang kamu akan menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku." 11 Mereka menarik perahu-perahu itu ke pantai dan meninggalkan segala-galanya, lalu mengikut Yesus.
Yesus Menyembuhkan Seorang Berpenyakit Kulit yang Mengerikan
12 Pada suatu hari, Yesus berada di sebuah kota. Di situ ada seorang lelaki berpenyakit kulit yang mengerikan. Ketika dia nampak Yesus, dia bersujud di hadapan Yesus dan memohon, "Tuan, jika tuan mahu, tuan boleh menyembuhkan saya!" 13 Yesus menghulurkan tangan-Nya lalu menjamah dia. "Aku mahu," kata-Nya, "sembuhlah!" Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi. 14 Yesus memerintah dia, "Jangan beritahukan hal ini kepada sesiapa pun. Pergilah temui imam supaya dia mengesahkan kesembuhanmu. Lalu persembahkanlah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Musa, sebagai bukti kepada semua orang bahawa kamu sudah sembuh." 15 Tetapi berita tentang Yesus semakin tersebar luas. Banyak orang datang untuk mendengar Dia dan untuk disembuhkan daripada penyakit mereka. 16 Tetapi Yesus pergi ke tempat yang sunyi dan berdoa.
Yesus Menyembuhkan Seorang Lumpuh
17 Pada suatu hari ketika Yesus sedang mengajar, beberapa orang Fansi dan guru Taurat duduk di situ. Mereka datang dari Yerusalem, dari semua kota di Galilea dan Yudea. Kuasa Tuhan ada pada Yesus untuk menyembuhkan orang sakit. 18 Pada waktu itu, beberapa orang datang membawa seorang lumpuh yang berbaringdi atas tikar. Mereka cuba membawa dia ke dalam rumah supaya dapat meletakkannya di hadapan Yesus. 19 Tetapi kerana orang di situ terlalu banyak, mereka tidak dapat membawa dia masuk. Oleh itu mereka membawa dia ke atas bumbung rumah. Kemudian mereka membuka bumbung rumah itu dan menurunkan dia dengan tikarnya di hadapan Yesus di tengah-tengah orang ramai itu. 20 Apabila Yesus melihat betapa besarnya iman mereka, Dia berkata kepada orang itu, "Hai kawan, dosamu sudah diampunkan." 21 Semua guru Taurat dan orang Farisi di situ mula bercakap sesama sendiri, "Siapakah orang ini? Dia mengkufuri Allah! Tidak seorang pun dapat mengampunkan dosa, kecuali Allah!" 22 Yesus mengetahui apa yang dihkirkan mereka, lalu Dia berkata, "Mengapa kamu berhkir demikian? 23 Manakah yang lebih mudah, mengatakan, 'Dosamu sudah diampunkan' atau 'Bangunlah dan berjalan'? 24 Tetapi kepada kamu Aku akan membuktikan bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa untuk mengampunkan dosa." Lalu Yesus berkata kepada orang lumpuh itu, "Aku berkata kepadamu, bangunlah, angkatlah tikarmu, dan pulanglah!" 25 Dengan segera orang itu bangun di hadapan mereka semua, lalu mengangkat tikarnya dan pulang sambil memuji Allah. 26 Orang ramai kehairanan Ialu memuji Allah. Dengan perasaan takut mereka berkata, "Sungguh menghairankan perkara yang kita saksikan hari ini!"
Yesus Memanggil Lewi
27 Setelah itu Yesus keluar dan nampak seorang pemungut cukai bernama Lewi sedang duduk di tempat memungut cukai. Yesus berkata kepadanya, "Ikutlah Aku." 28 Lewi berdiri, meninggalkan semuanya, lalu mengikut Yesus. 29 Kemudian Lewi mengadakan jamuan besar di rumahnya untuk Yesus. Banyak pemungut cukai dan orang lain makan bersama-sama mereka. 30 Beberapa orang Farisi dan guru Taurat bersungut-sungut kepada pengikut-pengikut Yesus. Mereka bertanya, "Mengapa kamu makan dan minum bersama-sama pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat?" 31Yesus menjawab, "Orang sihat tidak memerlukan doktor, hanya orang sakit. 32 Aku datang bukan untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik, tetapi orang yang berdosa supaya mereka bertaubat daripada dosa."
Pertanyaan tentang Puasa
33 Beberapa orang berkata kepada Yesus, "Pengikut Yohanes dan pengikut orang Farisi kerap kali berpuasa dan berdoa. Tetapi pengikut-Mu makan dan minum." 34 Yesus menjawab, "Dapatkah kamu menyuruh tetamu di jamuan perkahwinan berpuasa selama pengantin lelaki bersama-sama mereka? Tentu tidak! 35 Tetapi akan tiba masanya pengantin lelaki itu akan diambil daripada mereka. Pada masa itulah mereka akan berpuasa." 36 Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka, "Tidak ada orang yang menampal pakaian lama dengan secebis kain daripada pakaian baru. Jika dia berbuat demikian, dia akan merosakkan pakaian baru itu; lagi pula kain penampal yang baru itu tidak berpadan dengan pakaian lama. 37 Demikian juga tiada seorang pun menuang wain baru ke dalam kirbat kulit lama. Jika dia berbuat demikian, wain baru itu akan memecahkan kirbat itu. Wain itu terbuang dan kirbat itu pun rosak. 38 Wain baru mesti dituang ke dalam kirbat kulit baru! 39 Tidak seorang pun mahu minum wain baru setelah minum wain tua. 'Wain tua lebih baik,' katanya."
Pertanyaan tentang Hari Sabat
6:1 Pada suatu hari Sabat, ketika Yesus sedang melewati ladang gandum, pengikut-pengikut-Nya memetik bulir gandum. Mereka menggosoknya dengan tangan, lalu memakannya. 2 Beberapa orang Farisi berkata, "Mengapa kamu melakukan apa yang dilarang oleh Taurat kita pada hari Sabat?" 3 Yesus menjawab, "Belum pernahkah kamu baca apa yang dilakukan oleh Daud ketika dia dan anak buahnya lapar? 4 Dia masuk ke dalam Khemah Allah dan mengambil roti yang telah dipersembahkan kepada Allah, lalu memakannya. Kemudian dia juga memberikan roti itu kepada anak buahnya. Tetapi menurut Taurat kita, tidak sesiapa pun boleh makan roti itu kecuali para imam." 5 Lalu Yesus berkata, "Anak Manusia berkuasa atas hari Sabat!"
Orang yang Tangannya Lumpuh Sebelah
6 Pada hari Sabat yang Iain, Yesus pergi mengajar di rumah ibadat. Di situ ada seorang yang tangannya lumpuh sebelah. 7 Beberapa orang guru Taurat dan orang Farisi sedang mencan kesalahan Yesus supaya mereka dapat mengajukan tuduhan terhadap Dia. Oleh itu mereka mengawasi Dia baik-baik sama ada Dia akan menyembuhkan orang pada hari Sabat. 8 Yesus mengetahui apa yang dihkirkan mereka. Dia berkata kepada orang yang tangannya lumpuh sebelah, "Berdirilah dan marilah ke depan." Orang itu bangun lalu berdiri di situ. 9 Lalu Yesus berkata kepada mereka, "Aku hendak bertanya: Menurut Taurat apakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat? Berbuat baik atau berbuat jahat? Menyelamatkan otang atau membinasakannya?" 10 Yesus memandang mereka semua, lalu berkata kepada orang itu, "Hulurkanlah tanganmu." Orang itu menghulurkan tangannya, lalu tangannya pun sembuh. 11 Tetapi mereka sangat marah dan mula berunding sesama sendiri tentang apa yang boleh dilakukan oleh mereka terhadap Yesus.
Yesus Memilih Dua Belas Orang Rasul
12 Pada masa itu Yesus naik ke sebuah bukit untuk berdoa. Di situ Dia berdoa kepada Allah semalam-malaman.13 Apabila hari sudah terang, Dia memanggil pengikut-pengikut-Nya lalu memilih dua belas orang daripada mereka. Yesus menamakan dua belas orang itu rasul. Mereka terdiri daripada 14 Simon (yang juga disebut-Nya Petrus) dan adiknya Andreas; Yakobus dan Yohanes, Filipus dan Bartolomeus, 15 Matius dan Tomas, Yakobus anak Alfeus dan Simon (yang disebut Patriot), 16 Yudas anak Yakobus dan Yudas Iskariot yang kelak menjadi pengkhianat.
Yesus Mengajar dan Menyembuhkan Orang
17 Apabila Yesus turun dari bukit bersama-sama rasul-rasul itu, Dia berdiri di tempat yang rata dengan sebilangan besar pengikut-Nya. Di situ juga ada orang ramai yang datang dari seluruh Yudea, Yerusalem, kota Tirus dan Sidon yang di tepi laut. 18 Mereka datang untuk mendengar Yesus dan untuk disembuhkan daripada penyakit mereka. Orang yang dirasuk roh jahat juga datang dan disembuhkan. 19 Semua orang cuba menyentuh Yesus, kerana kuasa keluar daripada-Nya dan menyembuhkan mereka semua.
Kegembiraan dan Kedukaan
20 Yesus memandang semua pengikut-Nya lalu berkata, "Berbahagialah kamu yang miskin; kerana kamu menikmati Pemerintahan Allah! 21 Berbahagialah kamu yang lapar sekarang; kamu akan dikenyangkan! Berbahagialah kamu yang menangis sekarang; kamu akan tertawa! 22 Berbahagialah kamu apabila orang membenci, menolak, dan menghina kamu, serta memburukkan nama kamu kerana Anak Manusia! 23 Demikian jugalah nenek moyang mereka memperlakukan nabi-nabi. Bersukacitalah apabila hal itu berlaku, dan menarilah dengan gembira, kerana pahala yang besar tersedia untuk kamu di syurga. 24 Tetapi malanglah kamu yang kaya sekarang ini, kerana kamu telah mengalami kenikmatan hidup! 25 Malanglah kamu yang kenyang sekarang ini, kerana kamu akan kelaparan! Malanglah kamu yang tertawa sekarang ini, kerana kamu akan berdukacita dan menangis! 26 Malanglah kamu jika semua orang memuji kamu, kerana demikian juga nenek moyang mereka memuji nabi-nabi palsu."
Kasih terhadap Musuh
27 "Tetapi Aku berkata kepada kamu yang mendengarkan Aku: Kasihilah musuh kamu dan berbuatlah baik kepada mereka yang membenci kamu. 28 Berkatilah mereka yang mengutuk kamu, dan berdoalah untuk mereka yang menganiaya kamu. 29 Jika seseorang menampar pipi kamu yang sebelah, biarkan dia menampar pipi kamu yang sebelah lagi. Jika seseorang merampas jubah kamu, berikanlah baju kamu juga. 30 Jika seseorang meminta sesuatu daripada kamu, berikan apa yang dimintanya; jika seseorang merampas milik kamu, janganlah minta kembali barang itu. 31 Apa yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, lakukanlah hal itu untuk mereka. 32 Jika kamu hanya mengasihi orang yang mengasihi kamu, patutkah kamu menerima pujian?Tentu tidak! Orang berdosa pun mengasihi orangyang mengasihi mereka! 33 Jika kamu berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepada kamu, patutkah kamu menerima pujian? Orang berdosa pun berbuat demikian! 34 Jika kamu memberikan pinjaman kepada orang yang dapat mengembalikannya, patutkah kamu menerima pujian? Orang berdosa pun memberikan pinjaman kepada orang berdosa, lalu memintanya kembali! 35 Bukan demikian! Hendaklah kamu mengasihi musuh kamu dan berbuat baik kepada mereka. Berikan pinjaman dan jangan harap pinjaman itu dikembalikan. Lalu kamu akan mendapat pahala besar dan kamu akan menjadi anak-anak Allah Yang Maha Tinggi. Allah baik kepada orang yang tidak tahu berterima kasih dan orang jahat. 36 Hendaklah kamu berbelas kasihan seperti Bapa kamu berbelas kasihan juga!"
Menghakimi Orang
37 "Janganlah hakimi orang lain, supaya Allah tidak menghakimi kamu juga. Janganlah hukum orang lain, supaya Allah tidak menghukum kamu juga. Ampunilah orang lain, supaya Allah mengampuni kamu juga. 38 Apa yang kamu berikan kepada orang lain, Allah juga akan memberikannya kepada kamu. Allah akan mencurahi kamu pemberian yang berlimpah-limpah. Sukatan yang kamu gunakan untuk orang lain akan digunakan oleh Allah untuk kamu." 39 Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka, "Jika seorang buta memimpin seorang buta yang lain, maka kedua-duanya akan jatuh ke dalam longkang. 40 Tidak ada murid yang lebih besar daripada gurunya. Apabila murid itu selesai belajar, dia menjadi sama seperti gurunya. 41 Mengapakah kamu memperhatikan selumbar di dalam mata saudara kamu, tetapi tidak memperhatikan kayu balak di dalam mata kamu sendiri? 42 Bagaimana mungkin kamu berkata kepada saudara kamu, 'Maaf, saudara, biarlah saya keluarkan selumbar dari mata saudara,' sedangkan kayu balak di dalam mata kamu sendiri tidak kamu lihat? Hai munahk! Keluarkanlah dahulu kayu balak dari mata kamu sendiri. Barulah kamu dapat melihat dengan jelas dan mengeluarkan selumbar dari mata saudara kamu."
Pokok dan Buahnya
43 "Pokok yang subur tidak menghasilkan buah yang buruk. Demikian juga pokok yang tidak subur tidak akan menghasilkan buah yang baik. 44 Setiap pokok dikenal daripada buahnya. Kamu tidak memetik buah ara dari belukar berduri, ataupun buah anggur dari semak-semak. 45 Orang baik mengeluarkan perkara-perkara baik kerana hati mereka berlimpah-limpah dengan kebaikan. Tetapi orang jahat mengeluarkan perkara-perkara jahat, kerana hati mereka penuh kejahatan. Orang mengucapkan perkara yang terkandung di dalam hati."
Pembina Rumah yang Pandai dan yang Bodoh
46 "Mengapa kamu memanggil Aku, 'Tuhan, Tuhan,' tetapi tidak menurut kata-kata-Ku? 47 Beginilah keadaan setiap orang yang datang kepada-Ku dan mendengar kata-kata-Ku serta melakukannya. 48 Dia seperti pembina rumah yang menggali lubang dalam-dalam lalu meletakkan asas rumah pada batu. Air sungai melimpah dan melanda rumah itu, tetapi tidak dapat menggoncangkannya, kerana asas rumah itu dibina dengan teguh. 49 Tetapi orang yang mendengar kata-kata-Ku dan tidak melakukannya, seperti orang yang membina rumah tanpa asas. Ketika banjir melanda, rumah itu roboh. Alangkah dahsyatnya kerosakan itu!"
Yesus Menyembuhkan Seorang Hamba Ketua Askar Roma
7:1 Setelah Yesus mengatakan segala perkara itu kepada orang ramai, Dia pergi ke Kapernaum. 2 Di situ ada seorang ketua askar Roma yang mempunyai seorang hamba yang sangat dikasihinya. Hamba itu sakit dan hampir meninggal. 3 Ketika ketua askar itu mendengar tentang Yesus, dia menyuruh beberapa orang pemimpin masyarakat Yahudi pergi kepada Yesus untuk meminta Dia datang dan menyembuhkan hambanya. 4 Mereka pergi kepada Yesus lalu memohon dengan sungguh-sungguh, "Orang ini layak tuan tolong. 5 Dia mengasihi bangsa kita, dan bahkan membina rumah ibadat untuk kami." 6 Yesus pergi bersama-sama mereka. Ketika Dia hampir tiba di rumah itu, ketua askar itu mengutus sahabat-sahabatnya supaya berkata kepada Yesus, "Tuan, janganlah bersusah-susah ke rumah saya. Saya tidak layak menyambut tuan ke rumah saya. 7 Saya sendiri pun tidak layak menghadap tuan. Perintahkanlah sahaja, tentu hamba saya akan sembuh. 8 Saya pun di bawah perintah perwira atasan, dan di bawah saya juga ada askar-askar lain. Apabila saya menyuruh seorang askar, 'Pergi!' dia pun pergi; dan apabila saya menyuruh seorang askar lain, 'Ke mari!' dia pun datang. Apabila saya menyuruh hamba saya, 'Buatlah ini!' dia pun melakukannya." 9 Yesus hairan mendengar hal itu. Dia berpaling lalu berkata kepada orang ramai yang sedang mengikuti-Nya, "Belum pernah Aku jumpai orang yang beriman sebesar ini, bahkan di kalangan orang Israel pun tidak!" 10 Ketika orang yang disuruh itu kembali ke rumah ketua askar, mereka mendapati hamba itu sudah sembuh.
Yesus Membangkitkan Anak Seorang Balu daripada Kematian
11 Tidak lama kemudian,'' Yesus pergi ke kota Nain. Pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai pergi dengan Dia. 12 Ketika Dia tiba di pintu gerbang kota itu, penduduk kota sedang menghantar jenazah ke luar kota. Yang mati itu anak lelaki tunggal seorang balu. Banyak penduduk kota menyertai ibu itu. 13 Apabila Tuhan melihat wanita itu, Dia kasihan kepadanya lalu berkata, "Janganlah menangis." 14 Setelah itu Dia menghampiri dan menyentuh usungan itu, lalu para pengusung pun berhenti. Yesus berkata, "Hai anak muda, Aku menyuruh kamu bangun!" 15 Pemuda yang dihidupkan semula itu duduk dan mula betcakap. Lalu pemuda itu diserahkan oleh Yesus kepada ibunya. 16 Semua orang takut lalu memuji Allah. Mereka berkata, "Seorang nabi yang besar telah datang di kalangan kita! Allah sudah datang untuk menyelamatkanumat-Nya!" 17 Berita tentang Yesus tersebar di seluruh negeri dan di daerah sekitarnya.
Utusan daripada Yohanes Pembaptis
18 Pengikut Yohanes memberitahu Yohanes segala perkara ini. Yohanes memanggil dua orang pengikutnya 19 lalu menyuruh mereka bertanya kepada Tuhan Yesus, "Adakah tuan orang yang dikatakan akan datang menurut janji Allah atau adakah kami harus menantikan seorang lain?" 20 Apabila mereka bertemu dengan Yesus, mereka berkata, "Yohanes Pembaptis menyuruh kami bertanya kepada tuan, Adakah tuan orang yang dikatakan akan datang menurut janji Allah, atau adakah kami harus menantikan seorang lain?' " 21 Kebetulan pada masa itu, Yesus menyembuhkan banyak orang sakit. Dia mengusir roh-roh jahat dan mencelikkan mata orang buta. 22 Oleh itu Yesus menjawab utusan-utusan Yohanes, "Pulanglah, beritahu Yohanes apa yang telah kamu lihat dan dengar: orang buta melihat, oranglumpuh berjalan, orang berpenyakit kulit yang mengerikan menjadi sembuh,' orang tuli mendengar, orang mati dibangkitkan semula, dan Berita Baik daripada Allah dikhabarkan kepada orang miskin. 23 Berbahagialah orang yang tidak mempunyai keraguan terhadap Aku!" 24 Setelah utusan-utusan Yohanes pergi, Yesus mula bercakap tentang Yohanes kepada orang ramai. Dia berkata, "Apabila kamu pergi kepada Yohanes di padang gurun, apakah yang mahu kamu lihat? Sehelai rumput yang ditiup anginkah? 25 Kamu keluar mahu melihat apa? Seorang yang berpakaian indahkah? Orang yang berpakaian demikian dan yang hidup mewah tinggal di istana! 26 Katakanlah, kamu keluar mahu melihat apa? Seorang nabikah? Betul, bahkan lebih daripada seorang nabi. 27 Yohanes itulah yang dikatakan dalam ayat Alkitab, 'Allah berfirman: Inilah utusan-Ku. Aku akan mengutus dia terlebih dahulu daripada-Mu supaya menyediakan jalan bagi-Mu.' " 28 Yesus berkata pula, "Hendaklah kamu tahu bahawa di dunia ini tidak ada orang yang lebih besar daripada Yohanes Pembaptis. Tetapi orang terkecil antara mereka yang menikmati Pemerintahan Allah, lebih besar daripada Yohanes." 29 Orang ramai termasuk para pemungut cukai mendengar Yesus mengatakan hal itu. Merekalah yang mentaati perintah Allah dan mahu dibaptis oleh Yohanes. 30 Tetapi orang Farisi dan guru Taurat tidak mahu menerima apa yang dikehendaki oleh Allah bagi diri mereka, dan tidak mahu dibaptis oleh Yohanes. 31 Yesus berkata, "Dengan apakah dapat Aku bandingkan orang zaman ini? Seperti apakah mereka? 32 Mereka seperti anak-anak yang duduk di pasar. Kumpulan yang satu berseru kepada yang lain, 'Kami memainkan lagu perkahwinan untuk kamu, tetapi kamu tidak mahu menari! Kami meratap, tetapi kamu tidak mahu menangis!' 33 Yohanes Pembaptis datang, dia berpuasa dan tidak minum wain; lalu kamu berkata, 'Dia dirasuk syaitan!' 34 Anak Manusia datang, Dia makan dan minum, lalu kamu berkata, 'Lihatlah orang ini! Dia rakus, pemabuk, sahabat pemungut cukai, dan kawan orang yang dihina masyarakat!' 35 Walaupun demikian, kebijaksanaan Allah dibuktikan benar oleh perbuatan semua orang yang menerima kebijaksanaan itu."
Yesus di Rumah Simon
36 Seorang Farisi bernama Simon menjemput Yesus makan di rumahnya. Yesus pergi ke rumahnya lalu mulai makan. 37 Di kota itu ada pula seorang wanita yang hidup dalam dosa. Dia mendengar bahawa Yesus sedang makan di rumah orang Farisi itu, lalu dia pergi ke situ sambil membawa sebotol minyak wangi. 38 Dia berdiri di belakang Yesus dekat kaki-Nya; dia menangis dan membasahi kaki Yesus dengan air matanya. Kemudian kaki Yesus dikeringkan oleh wanita itu dengan rambutnya, lalu kaki Yesus diciumnya dan dituangi minyak wangi. 39 Apabila orang Farisi yang menjemput Yesus melihat kejadian ini, dia berkata dalam hati, "Jika dia ini benar-benar seorang nabi, tentu dia tahu bahawa wanita yang menyentuhnya itu hidup dalam dosa!" 40 Yesus berkata kepadanya, "Simon, ada yang hendak Aku katakan kepadamu." Simon menjawab, "Katakanlah guru." 41 Yesus berkata, "Ada dua orang lelaki berhutang kepada seorang peminjam wang. Yang seorang berhutang lima ratus keping wang perak dan yang seorang lagi lima puluh keping wang perak. 42 Kedua-duanya tidak dapat membayar hutang. Oleh itu orang yang meminjamkan wang menghapuskan hutang mereka. Yang manakah akan lebih mengasihi dia?" 43 Simon menjawab, "Pada pendapat saya orang yang berhutang lebih banyak!" "Pendapatmu benar," jawab Yesus. 44 Lalu Yesus berpaling kepada wamta itu dan berkata kepada Simon, "Kamu nampak perempuan ini? Aku datang ke rumahmu dan kamu tidak menyediakan air untuk membersihkan kaki-Ku. Tetapi wanita ini membasuh kaki-Ku dengan air matanya, dan mengeringkannya dengan rambutnya. 45 Kamu tidak menyambut Aku dengan ciuman, tetapi wanita ini tidak henti-henti mencium kaki-Ku sejak Aku tiba. 46 Kamu tidak menyediakan minyak untuk kepala-Ku, tetapi wanita ini telah menuang minyak wangi pada kaki-Ku. 47 Sesungguhnya, kasihnya yang besar itu menunjukkan bahawa dosanya yang banyak sudah diampunkan! Jika seseorangmenunjukkan kasih yang sedikit, hal itu bererti dia menerima pengampunan yang sedikit juga." 48 Lalu Yesus berkata kepada wanita itu, "Dosamu sudah diampunkan." 49 Mereka yang makan bersama-sama Yesus mula bertanya sesama sendiri, "Siapakah dia ini sehingga dapat mengampunkan dosa?" 50 Tetapi Yesus berkata kepada wanita itu, "Oleh sebab kamu percaya kepada-Ku, kamu diselamatkan. Pergilah dengan sejahtera!"
Wanita-Wanita yang Membantu Yesus
8:1 Tidak berapa lama kemudian, Yesus menjelajah kota dan pekan untuk mengkhabarkan Berita Baik bahawa Allah mula memerintah. Dua belas orang pengikut-Nya menyertai Dia, 2 dan juga beberapa orang wanita yang sudah disembuhkan daripada kerasukan roh jahat dan penyakit. Antara mereka termasuk Maria yang disebut Magdalena (tujuh roh jahat sudah diusir daripada dirinya); 3 Yohana, isteri Khuza, pegawai istana Herodes; Susana dan banyak lagi wanita lain. Mereka menggunakan harta mereka untuk membantu Yesus dan pengikut-pengikut-Nya.
Perumpamaan tentang Seorang Penabur
4 Orang terus-menerus datang kepada Yesus dari berbagai-bagai kota. Apabila orang yang berkumpul di situ banyak sekali, Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. 5 Dia berkata, "Seorang peladang pergi menabur benih. Ketika dia menabur benih, ada yang jatuh di jalan. Benih itu dipijak-pijak orang dan dimakan burung. 6 Ada juga yang jatuh di tempat berbatu. Apabila benih bertunas, tanaman itu segera layu kerana tanahnya kering. 7 Ada juga yang jatuh di tengah-tengah semak berduri. Apabila benih bertunas, semak berduri yang tumbuh bersama-samanya membantutkan tumbuhan itu. 8 Tetapi ada juga benih yang jatuh di tanah subur, lalu tumbuh dan menghasilkan buah seratus kali ganda." Setelah Yesus menceritakan perumpamaan itu, Dia berkata, "Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik!"
Maksud Yesus Menggunakan Perumpamaan
9 Pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya makna perumpamaan itu. 10 Yesus menjawab, "Kamu telah diberikan anugerah untuk mengetahui rahsia tentang bagaimana Allah memerintah. Tetapi yang lain diberitahukan hal itu melalui perumpamaan, supaya mereka melihat tetapi tidak nampak dan mereka mendengar tetapi tidak faham."
Yesus Menerangkan Perumpamaan tentang Seorang Penabur
11 "Inilah makna perumpamaan itu: Benih itu firman Allah. 12 Benih yang jatuh di jalan bagaikan orang yang mendengar perkhabaran Allah, tetapi Iblis datang dan mengambil perkhabaran itu dari hati mereka, supaya mereka tidak percaya ataupun diselamatkan. 13 Benih yang jatuh di tempat berbatu bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu dan menerimanya dengan sukacita. Tetapi perkhabaran itu tidak berakar di dalam hati. Mereka percaya sekejap sahaja dan ketika cubaan datang mereka tidak lagi percaya kepada perkhabaran itu. 14 Benih yang jatuh di tengah semak berduri bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu, tetapi kekhuatiran, kekayaan, dan kemewahan hidup membantutkan perkhabaran itu sehingga mereka tidak menghasilkan buah yang matang. 15 Benih yang jatuh di tanah subur bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu serta menyimpannya di dalam hati yang baik dan jujur. Mereka bertekun sehingga menghasilkan buah."
Pelita di bawah Pasu
16 "Tiada seorang pun memasang pelita lalu menaruhnya di bawah pasu, ataupun meletakkannya di bawah katil. Dia akan meletakkan pelita itu di atas kaki pelita, supaya orangyang masuk ke dalam rumah dapat melihat cahayanya. 17 Apa yang tersembunyi akan dinyatakan, dan apa yang dirahsiakan akan diketahui dan didedahkan. 18 Oleh itu perhatikanlah apa yang kamu dengar. Seseorang yang mempunyai sesuatu akan diberi lebih banyak lagi, tetapi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, sedikit yang disangka ada padanya akan diambil juga."
Ibu dan Saudara-Saudara Yesus
19 Ibu dan saudara-saudara Yesus datang kepada Yesus, tetapi mereka tidak dapat menghampiri Dia kerana orang di situ terlalu banyak. 20 Lalu seorang berkata kepada Yesus, "Tuan, ibu dan saudara-saudara tuan di luar. Mereka hendak berjumpa dengan tuan." 21 Tetapi Yesus berkata kepada mereka semua, "Orang yang mendengar firman Allah serta mentaatinya, merekalah ibu dan saudara-saudara-Ku."
Yesus Meneduhkan Angin Ribut
22 Pada suatu hari Yesus dengan pengikut-pengikut-Nya menaiki sebuah perahu. Dia berkata kepada mereka, "Marilah kita menyeberang tasik." Mereka pun bertolak. 23 Sedang mereka belayar, Yesus tidur. Tiba-tiba angin kencang melanda tasik itu. Air mula masuk ke dalam perahu sehingga membahayakan mereka semua. 24 Pengikut-pengikut Yesus pergi kepada Yesus lalu membangunkan Dia. Mereka berkata, "Guru, Guru, kita hampirtenggelam!" Yesus bangun lalu menengking angin dan ombak yang bergelora. Angin dan ombak pun teduh dan tasik menjadi tenang sekali. 25 Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Mengapa kamu tidak percaya kepada-Ku?" Tetapi mereka hairan dan takut serta bercakap sesama sendiri, "Siapakah orang ini, sehingga angin dan ombak taat kepada perintah-Nya?"
Yesus Menyembuhkan Or ang yang Dirasuk Roh Jahat
26 Mereka terus belayar ke daerah Gerasa di seberang Tasik Galilea. 27 Sedang Yesus naik ke darat, Dia didatangi seorang lelaki dari bandar. Orang itu dirasuk roh jahat. Sudahlama orangitu tidakberpakaian dan tidak mahu tinggal di ruman. Dia tinggal di gua kubur. 28 Apabila dia melihat Yesus, dia bertenak serta sujud di hadapan Yesus, dan berseru, "Hai Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi! Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap aku? Aku mohon, janganlah seksa aku!" 29 Orang itu berkata demikian kerana Yesus telah memerintah roh jahat itu keluardaripadanya. Banyakkali roh jahat itu menguasai orang itu. Walaupun dia dijaga dengan ketat dan kaki tangannya dirantai, dia dapat memutuskan rantai itu, lalu roh jahat membawa dia ke padanggurun. 30 Yesus bertanya kepadanya, "Siapa namamu?" Dia menjawab, "Legiun" kerana banyak roh jahat sudah masuk ke dalam dirinya. 31 Roh-roh jahat itu memohon supaya Yesus tidak menghalau roh-roh ltu ke Jurang Maut.' 32 Dekat tempat itu ada kawanan babi sedang mencari makan di lereng bukit. Roh-roh jahat itu memohon supaya Yesus membenarkan roh-roh itu masuk ke daIam kawanan babi itu. Yesus bersetuju. 33 Begitulah roh-roh jahat itu keluar daripada orang itu lalu masuk ke dalam kawanan babi. Kemudian kawanan babi itu lari ke tepi jurang dan terjun ke dalam tasik lalu tenggelam. 34 Penjaga-penjaga babi itu nampak apa yang sudah berlaku. Mereka lari dari situ lalu menyebarkan berita itu di bandar dan di kampung-kampung sekitarnya. 35 Lalu orang ramai keluar hendak melihat apa yang sudah berlaku. Mereka datang kepada Yesus dan mendapati orang yang telah dibebaskan daripada roh jahat duduk dekat kaki Yesus. Orang itu sudah berpakaian dan waras hkirannya. Mereka semua ketakutan. 36 Semua orang yang telah melihat kejadian itu memberitahu orang ramai bagaimana orang itu disembuhkan. 37 Lalu penduduk daerah Gerasa memohon supaya Yesus meninggalkan tempat itu, kerana mereka semua sangat takut. Oleh itu Yesus menaiki perahu lalu pergi dari situ. 38 Orang yang telah dibebaskan daripada roh jahat memohon kepada Yesus supaya dibenarkan mengikut Yesus. Tetapi Yesus menyuruh dia pergi, 39 "Pulanglah ke rumah, dan ceritakan apa yang telah dilakukan oleh Allah untukmu." Orang itu pergi ke seluruh pelosok bandar dan menceritakan apa yang telah dilakukan oleh Yesus untuknya.
Anak Yairus dan Wanita yang Menyentuh Jubah Yesus
40 Apabila Yesus kembali ke seberang tasik, orang ramai menyambut Dia kerana mereka sedang menanti-nantikan Dia. 41 Lalu datanglah seorang bernama Yairus. Dia ketua rumah ibadat tempatan. Dia sujud di hadapan Yesus dan memohon supaya Yesus datang ke rumahnya, 42 kerana anak perempuannya yang tunggal, yang berumur dua belas tahun, hampir meninggal. Sedang Yesus berjalan ke rumah Yairus, orang mengasak Dia dari semua sisi. 43 Di situ ada seorang wanita yang menderita penyakit pendarahan selama dua belas tahun. Dia telah menghabiskan segala miliknya untuk rawatan doktor, tetapi tiada seorang pun dapat menyembuhkan dia. 44 Wanita itu mendekati Yesus dari belakang, lalu menyentuh hujung jubah-Nya, dan dengan segera pendarahannya berhenti. 45 Yesus bertanya, "Siapa menyentuh Aku?" Tiada orang yang mahu mengaku. Petrus berkata, "Guru, orang di sini banyak sekali; mereka berasak-asakan!" 46 Tetapi Yesus berkata, "Ada orang yang menyentuh Aku. Aku tahu kerana kuasa telah keluardaripada-Ku." 47 Wanita itu sedar bahawa perbuatannya sudah diketahui oleh Yesus. Dia datang dengan gementar lalu sujud pada kaki Yesus. Di hadapan semua orang, dia memberitahu Yesus mengapa dia menyentuh Yesus dan bagaimana penyakitnya sembuh dengan sertamerta. 48 Yesus berkata kepadanya, "Anak-Ku, kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera." 49 Sedang Yesus berkata demikian, seorang pesuruh datang dari rumah Yairus. Dia berkata kepada Yairus, "Anak perempuan tuan sudah meninggal. Janganlah susahkan guru lagi." 50 Yesus mendengar kata-kata itu. Dia berkata kepada Yairus. "Jangan takut. Percayalah sahaja dan anakmu akan sembuh." 51 Apabila Yesus tiba di rumah itu, Dia tidak membenarkan sesiapa pun masuk dengan Dia kecuali Petrus, Yohanes, Yakobus, dan ibu bapa anak itu. 52 Semua orang sedang menangisi dan meratapi kematian anak itu. Yesus berkata, "Janganlah menangis. Anak ini tidak meninggal, dia hanya tidur!" 53 Semua orang mentertawakan Yesus, kerana mereka tahu bahawa anak itu sudah meninggal. 54 Tetapi Yesus memegang tangan anak itu, lalu berkata, "Bangunlah, nak!" 55 Nyawa anak itu kembali dan seketika itu juga dia bangun. Lalu Yesus menyuruh mereka memberikan makanan kepada anak itu. 56 Ibu bapa anak itu sangat hairan, tetapi Yesus melarang mereka memberitahu sesiapa pun apa yang sudah berlaku.
Yesus Mengutus Dua Belas Orang Pengikut-Nya
9:1 Yesus memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu Dia memberi mereka kuasa dan wibawa untuk mengusir roh jahat serta menyembuhkan penyakit. 2 Setelah itu Dia mengutus mereka pergi menyembuhkan orang sakit dan mengkhabarkan berita tentang bagaimana Allah memerintah. 3 Yesus berkata kepada mereka, "Janganlah bawa apa-apa untuk perjalanan kamu, baik tongkat, beg sedekah, makanan, wang, mahupun dua helai pakaian. 4 Di mana sahaja kamu disambut, tinggallah di rumah itu sehingga kamu meninggalkan kota itu. 5 Di tempat kamu tidak disambut orang, tinggalkan kota ltu dan kebaskanlah debu daripada telapak kaki kamu sebagai amaran kepada mereka." 6 Pengikut-pengikut-Nya berangkat, lalu pergi ke semua pekan untuk mengkhabarkan Berita Baik itu dan menyembuhkan orang sakit di mana-mana.
Herodes Bingung
7 Ketika Herodes yang memerintah Galilea, mendengar segala perkara yang sedang berlaku itu, dia bingung kerana ada yang berkata, "Yohanes Pembaptis hidup semula!" 8 Yang lain berkata bahawa Elia sudah kembali, sedangkan ada juga yang berkata bahawa seorang daripada nabi-nabi dahulu kala sudah hidup semula. 9 Herodes berkata, "Aku sudah menyuruh orang memancung kepala Yohanes. Tetapi siapakah orang ini? Banyak perkara tentang orang ini sudah aku dengar." Herodes tetap berusaha untuk berjumpa dengan Yesus.
Yesus Memberikan Makanan kepada Lima Ribu Orang
10 Rasul-rasul Yesus kembali kepada Yesus dan menceritakan segala yang sudah dilakukan oleh mereka. Lalu Yesus membawa mereka ke kota Betsaida. 11 Apabila orang ramai mengetahui hal itu, mereka mengikut Yesus. Yesus menyambut mereka, lalu mengajar mereka tentang Pemerintahan Allah, dan menyembuhkan orang yang minta disembuhkan. 12 Apabila hari mula senja, dua belas orang pengikut itu datang kepada Yesus dan berkata, "Suruhlah semua orang ini pulang, supaya mereka dapat pergi ke pekan dan kampung di sekitar tempat ini untuk mendapatkan makanan dan mencari tempat bermalam. Tempat ini terpencil." 13 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Sebaiknya kamu beri mereka makanan." Mereka menjawab, "Kami hanya mempunyai lima ketul roti dan dua ekor ikan. Adakah Guru mahu kami pergi membeli makanan untuk orang sebanyak ini?" 14 (Ada kira-kira lima ribu orang lelaki di situ.) Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Suruhlah mereka duduk dalam kelompok, kira-kira lima puluh orang sekelompok." 15 Pengikut-pengikut Yesus melakukan suruhan Yesus lalu semua orang pun duduk. 16 Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti dan ikan itu, lalu menyerahkannya kepada para pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu. 17 Semua orang makan sampai kenyang. Setelah itu pengikut-pengikut Yesus mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul.
Pengakuan Petrus tentang Yesus
18 Pada suatu hari, ketika Yesus sedang berdoa sendirian, pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya. Yesus bertanya kepada mereka, "Menurut orang ramai, siapakah Aku ini?" 19 Mereka menjawab, "Ada yang berkata Yohanes Pembaptis. Ada juga yang berkata Elia. Tetapi yang lain berkata salah seorang nabi dahulu kala yang sudah hidupsemula." 20 "Tetapi menurut kamu siapakah Aku ini?" tanya Yesus. Petrus menjawab, "Guru ialah Kristus, Penyelamat yang diutus oleh Allah."
Yesus Berkata-kata tentang Kesengsaraan dan Kematian-Nya
21 Dengan tegas Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Jangan ceritakan hal itu kepada sesiapa pun." 22 Dia berkata juga, "Anak Manusia mesti mengalami banyak penderitaan, serta ditentang oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga Dia akan dibangkitkan." 23 Setelah itu Dia berkata kepada orang ramai, "Sesiapa yang hendak mengikut Aku mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib tiap-tiap hari dan mengikut Aku. 24 Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati, tetapi sesiapa yang mengorbankan hidup untuk-Ku, akan mendapat hidup yang sejati. 25 Apa gunanya jika seorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati ataupun dihukum? 26 Jika seseorang malu mengakui Aku dan ajaran-Ku, maka Anak Manusia juga akan malu mengakui orang itu apabila Dia datang kelak dengan kemuliaan-Nya dan dengan kemuliaan Bapa serta kemuliaan malaikat-malaikat yang suci! 27 Ketahuilah, ada beberapa orang di sini yang tidak akan meninggal, sebelum melihat Allah memerintah."
Yesus Dipermuliakan
28 Kira-kira seminggu setelah Yesus mengatakan perkara-perkara itu, Dia membawa Petrus, Yohanes, dan Yakobus ke sebuah bukit untuk berdoa. 29 Sedang Yesus berdoa, wajah-Nya berubah dan pakaian-Nya menjadi putih berkilauan. 30 Tiba-tiba dua orang bercakap dengan Dia; mereka Musa dan Elia. 31 Mereka kelihatan bersinar-sinar dengan cahaya dari syurga. Mereka berkata-kata dengan Yesus tentang bagaimana Yesus akan segera memenuhi rancangan Allah dengan kematian-Nya di Yerusalem. 32 Pada waktu itu Petrus dan kawan-kawannya tidur nyenyak. Tetapi mereka terjaga dan nampak kemuliaan Yesus serta dua orang yang berdiri dengan-Nya. 33 Ketika dua orang itu hendak meninggalkan Yesus, Petrus berkata kepada-Nya, "Guru, sungguh baik kami di sini. Kami akan mendirikan tiga buah khemah: satu untuk Guru, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia." (Sebenarnya Petrus tidak mengetahui apa yang dikatakannya.) 34 Sementara Petrus berkata demikian, awan datang lalu meliputi mereka, sehingga mereka takut. 35 Dari awan itu terdengar suara berkata, "Inilah Anak-Ku yang telah Aku pilih. Dengarkan kata-kata-Nya!" 36 Apabila suara itu berhenti berkata-kata, mereka melihat Yesus seorang diri di situ. Pengikut-pengikut-Nya tidakberkata apa-apa tentang semuanya itu. Pada waktu itu mereka tidak memberitahu sesiapa pun apa yang telah dilihat oleh mereka.
Yesus Menyembuhkan Seorang Anak yang Dirasuk Roh Jahat
37 Keesokan harinya Yesus dan ketiga-tiga orang pengikut-Nya turun dari bukit dan orang ramai datang menjumpai Yesus. 38 Seorang lelaki dari tengah-tengah orang ramai itu berseru, "Guru, tolonglah lihat anak saya - anak tunggal saya! 39 Apabila roh jahat merasuknya, dia tiba-tiba berteriak dan menderita penyakit gila babi sehingga mulutnya berbuih. Roh jahat itu terus-menerus menyakiti dia dan tidak mahu melepaskannya! 40 Saya telah meminta pengikut-pengikut Guru mengusir roh jahat itu, tetapi mereka tidak dapat melakukannya." 41 Yesus menjawab, "Hai kamu yang sesat dan tidak percaya! Berapa lamakah harus Aku tinggal bersama-sama kamu dan bersabar terhadap kamu?" Lalu Yesus berkata kepada orang itu, "Bawalah anakmu ke mari." 42 Ketika anak itu menghampiri Yesus, roh jahat membanting anak itu ke tanah lalu tubuhnya berkejang-kejang. Yesus mengusir roh jahat itu dan menyembuhkan anak itu, lalu menyerahkannya kembali kepada bapanya. 43 Semua orang hairan melihat kuasa Allah yang begitu besar!
Yesus Berkata-kata Lagi tentang Kematian-Nya
Sementara mereka masih terhairan-hairan tentang segala perkara yang dilakukan-Nya, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, 44 "Janganlah lupa akan apa yang Aku katakan ini: Anak Manusia akan disetahkan ke dalam kekuasaan manusia." 45 Tetapi pengikut-pengikut-Nya tidak memahami maksud kata-kata itu. Allah metahsiakan hal itu daripada mereka sehingga mereka tidak dapat memahaminya. Tetapi mereka takut bertanya kepada Yesus tentang perkara itu.
Siapakah yang Terbesar?
46 Pertengkaran timbul antara pengikut-pengikut Yesus tentang siapa yang terbesar. 47 Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka. Oleh itu Dia menyuruh seorang kanak-kanak berdiri di sisi-Nya. 48 Lalu Dia berkata kepada mereka, "Sesiapa yang menyambut kanak-kanak ini kerana Aku, menyambut Aku. Dan sesiapa yang menyambut Aku, juga menyambut Dia yang mengutus Aku. Sesiapa yang terkecil antara kamu, dialah yang terbesar!"
Orang yang Tidak Melawan Kamu Berpihak kepada Kamu
49 Yohanes berkata, "Guru, kami nampak seorang mengusir roh jahat dengan nama Guru. Kami melarang dia, kerana dia tidak termasuk golongan kita." 50 Yesus berkata kepada Yohanes dan pengikut-Nya yang lain, "Jangan larang dia, kerana orang yang tidak melawan kamu berpihak kepada kamu."
Pekan di Samaria Tidak Mahu Menerima Yesus
51 Apabila sudah dekat masanya Yesus diangkat ke syurga, Dia mengambil keputusan untuk pergi ke Yerusalem. 52 Dia menyuruh orang pergi terlebih dahulu daripada Dia. Mereka berangkat dan pergi ke sebuah pekan di Samaria untuk menyediakan tempat bermalam bagi Yesus. 53 Tetapi penduduk pekan itu tidak mahu menerima Yesus, kerana nyata sekali bahawa Yesus sedang menuju ke Yerusalem. 54 Ketika Yakobus dan Yohanes, pengikut Yesus mengetahui hal itu, mereka berkata, "Tuhan, adakah Tuhan mahu kami meminta api turun dari syurga untuk membinasakan mereka?" 55 Yesus berpaling lalu memarahi mereka. 56 Setelah itu Dia dan pengikut-pengikut-Nya pergi ke pekan lain.
Orang yang Hendak Menjadi Pengikut Yesus
57 Sedang mereka meneruskan perjalanan, datanglah seseorang berkata kepada Yesus, "Saya bersedia mengikut tuan ke mana sahaja tuan pergi!" 58 Yesus menjawab, "Serigala mempunyai lubang dan burung mempunyai sarang, tetapi Anak Manusia tidak mempunyai tempat untuk berbaring dan berehat." 59 Lalu Dia berkata pula kepada seorang lain, "Ikutlah Aku." Tetapi orang itu berkata, "Tuan, benarkan saya balik untuk mengebumikan jenazah bapa saya dahulu." 60 Yesus menjawab, "Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka sendiri. Tetapi kamu, pergilah khabarkan berita bahawa Allah sudah mula memerintah."" 61 Seorang lain pula berkata, "Tuan, saya mahu mengikut tuan, tetapi benarkan saya balik dahulu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga saya." 62 Yesus berkata kepadanya, "Orang yang mula membajak, tetapi selalu menoleh ke belakang, tidak layak menikmati Pemerintahan Allah."
Yesus Mengutus Tujuh Puluh Dua Orang Pengikut
10:1 Kemudian Yesus memilih tujuh puluh dua' orang pengikut pula. Dia mengutus mereka berdua-dua, dan pergi mendahului Dia ke tiap-tiap kota dan tempat yang akan dikunjungi-Nya. 2 Yesus berkata kepada mereka, "Tuaian sungguh banyak, tetapi yang menuai hanya sedikit. Berdoalah kepada Pemilik tuaian supaya Dia menghantar orang untuk menuai tuaian-Nya. 3 PergiIah! Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala. 4 Jangan bawa dompet, atau beg sedekah, ataupun kasut. Jangan berhenti di tengah jalan untuk memberikan salam kepada sesiapa pun. 5 Apabila kamu masuk ke dalam sebuah rumah, lebih dahulu katakanlah, 'Semoga sejahteralah rumah ini.' 6 Jika orang yang tinggal di situ suka akan kedamaian, salam sejahtera kamu itu tetap padanya. Jika tidak, batallah salam sejahtera itu. 7 Tinggallah di rumah itu dan makan minum apa sahaja yang dihidangkan, kerana seorang pekerja layak menerima upah. Jangan pindah dari satu rumah ke rumah yang lain. 8 Apabila kamu masuk ke dalam sebuah kota lalu kamu disambut, makanlah apa yang dihidangkan. 9 Sembuhkanlah orang sakit di kota itu, dan kepada penduduk di situ katakanlah, 'Tidak lama lagi Allah akan memerintah' di tengah-tengah kamu.' 10 Tetapi jika kamu masuk ke dalam sebuah kota lalu di situ kamu tidak disambut, pergilah ke jalan raya dan berkata, 11 'Bahkan debu kota kamu yang melekat pada kaki, kami kebaskan sebagai amaran kepada kamu. Tetapi ketahuilah bahawa tidak lama lagi Allah akan memerintah di tengah-tengah kamu!' 12 Ingatlah bahawa pada Hari Pengadilan kelak, Allah akan lebih mengasihani penduduk kota Sodom daripada penduduk kota itu!"
Penduduk Kota-Kota yang Tidak Percaya
13 "Malanglah kamu, hai penduduk kota Korazin! Malanglah kamu, hai penduduk kota Betsaida! Jika semua mukjizat yang dilakukan di kalangan kamu itu telah dilakukan di Tirus dan Sidon, pasti penduduk di sana sudah lama mengenakan kain guni dan menaruh abu di atas kepala untuk membuktikan bahawa mereka sudah bertaubat daripada dosa! 14 Pada Hari Pengadilan kelak Allah akan lebih mengasihani penduduk kota Tirus dan Sidon daripada kamu! 15 Dan kamu, hai penduduk kota Kapernaum! Kamu fikir kamu akan ditinggikan sampai ke syurga? Tidak! Kamu akan dibuang ke neraka!" 16 Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Orang yang mendengar kata-kata kamu, mendengar kata-kata-Ku juga. Tetapi orang yang menolak kamu, menolak Aku juga. Orang yang menolak Aku, juga menolak Dia yang mengutus Aku."
Tujuh Puluh Dua Orang Pengikut Kembali
17 Tujuh puluh dua orang pengikut itu kembali dengan kegembiraan yang besar. "Tuhan," kata mereka, "roh-roh jahat pun taat kepada kami apabila kami memberikan perintah dengan nama Tuhan!" 18 Yesus berkata kepada mereka, "Aku nampak Iblis jatuh dari langit seperti kilat. 19 Dengarlah! Aku sudah memberikan kuasa kepada kamu supaya dapat memijak ular dan kala jengking serta mengalahkan segala kekuatan musuh. Tiada apa-apa pun dapat mencederakan kamu. 20 Tetapi janganlah bersukacita kerana roh-roh jahat taat kepada kamu, sebaliknya bersukacitalah kerana nama kamu tercatat di syurga."
Yesus Bersukacita
21 Pada waktu itu Yesus bersukacita kerana dipenuhi oleh Roh Allah, ' lalu berkata, "Ya Bapa, Tuhan langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu kerana kepada orang yang tidak terpelajar Engkau telah menunjukkan apa yang Engkau rahsiakan daripada orang yang bijak dan pandai. Ya Bapa, perkara itulah yang menyenangkan hati Bapa. 22 Bapa-Ku sudah menyerahkan segala sesuatu kepada-Ku. Tidak seorang pun mengenal Anak kecuali Bapa, dan tidak seorang pun mengenal Bapa kecuali Anak serta mereka yang diberitahukan oleh Anak tentang Bapa." 23 Lalu Yesus berpaling kepada pengikut-pengikut-Nya dan berkata kepada mereka, "Alangkah berbahagianya kamu kerana dapat melihat apa yang kamu lihat sekarang ini! 24 Ketahuilah bahawa banyak nabi dan raja mahu melihat apa yang kamu lihat sekarang ini tetapi tidak dapat, dan mahu mendengar apa yang kamu dengar sekarang ini tetapi juga tidak dapat."
Perumpamaan tentang Orang Samaria yang Baik Hati
25 Kemudian seorang guru Taurat datang untuk memerangkap Yesus. Dia bertanya, "Guru, apakah yang harus saya lakukan supaya mendapat hidup sejati dankekal?" 26 Yesus menjawab, "Apakah yang tertulis di dalam Alkitab? Bagaimana tafsiranmu?" 27 Orang itu menjawab, " 'Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan segala kekuatanmu, dan dengan seluruh akalmu'; dan 'Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.' " 28 Yesus berkata kepadanya, "Jawapanmu itu benar. Berbuatlah demikian, dan kamu akan mendapat hidup sejati dan kekal." 29 Tetapi guru Taurat itu hendak membela diri, lalu bertanya, "Siapakah sesama saya?" 30 Yesus menjawab, "Seorang lelaki turun dari Yerusalem dan pergi ke Yerikho. Di tengah perjalanan, dia diserang penyamun. Mereka merompak dan memukul dia setengah mati, Ialu meninggalkannya di tepi jalan. 31 Kebetulan pada masa itu seorang imam lalu di situ. Apabila dia melihat orang itu, dia menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan. 32 Demikian juga seorang Lewi lalu di situ. Dia mendekati orang itu untuk melihatnya, lalu menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan. 33 Tetapi seorang Samaria yang sedang lalu di situ, tiba di tempat orang itu terbaring. Ketika dia melihat orang itu, hatinya penuh belas kasihan. 34 Maka dia mendekatinya lalu membersihkan lukalukanya dengan wain dan mengubatinya dengan minyak. Selepas itu dia membalut lukalukanya dan menaikkan orang itu ke atas haiwan tunggangannya sendiri. Dia membawa orang itu ke rumah tumpangan dan merawat dia di situ. 35 Keesokan harinya orang Samaria itu memberikan dua keping wang perakkepada tuan rumah tumpangan itu dan berkata kepadanya, 'Rawatlah dia, dan sekiranya wang ini tidak cukup, saya akan membayarnya apabila saya kembali ke sini.' " 36 Lalu Yesus mengakhiri ceritanya dengan bertanya, "Menurut pendapatmu, di antara ketiga-tiga orang itu, siapakah yang menjadi sesama orang yang dirompak itu?" 37 Guru Taurat itu menjawab, "Orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya." Yesus berkata pula, "Pergilah dan berbuatlah demikian!"
Yesus Melawat Marta dan Maria
38 Kemudian Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meneruskan perjalanan, lalu tiba di sebuah pekan. Di situ seorang wanita bernama Marta menjemput Yesus ke rumahnya. 39 Marta mempunyai seorang saudara perempuan bernama Maria. Maria duduk dekat kaki Tuhan untuk mendengarkan ajaran-Nya. 40 Tetapi Marta gelisah kerana banyak kerja yang harus dilakukannya. Marta menghampiri Yesus dan berkata, "Ya Tuhan, tidakkah Tuhan peduli bahawa Maria membiarkan aku sibuk seorang diri? Suruhlah dia tolong aku!" 41 Tuhan menjawab, "Marta, Marta! Kamu sibuk serta khuatir akan banyak perkara, 42 tetapi hanya satu yang mustahak! Maria sudah memilih perkara baik, yang tidak akan diambil daripadanya."
Ajaran Yesus tentang Doa
11:1 Pada suatu hari, Yesus berdoa di suatu tempat. Setelah Dia berdoa, salah seorang pengikut-Nya berkata kepada-Nya, "Ya Tuhan, ajarlah kami berdoa sebagaimana Yohanes mengajar pengikutnya berdoa." 2 Yesus berkata kepada mereka, "Berdoalah demikian, 'Ya Bapa, Engkaulah Allah yang Esa. Semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi. 3 Berilah kami makanan yang kami perlukan setiap hari.! 4 Ampunkanlah dosa kami, kerana kami pun mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami. Dan janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai.' " 5 Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Seandainya seorang daripada kamu pergi ke rumah kawannya pada tengah malam, lalu berkata, 'Hai kawan, pinjami aku tiga ketul roti, 6 kerana sahabatku yang sedang dalam perjalanan singgah di rumah, dan aku tidak mempunyai makanan untuk dia!' 7 Seandainya kawanmu itu menjawab dari dalam, 'Janganlah susahkan aku! Pintu sudah dikunci dan aku dengan anak-anak sudah tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa kepada kamu.' " 8 Yesus berkata, "Lalu bagaimana? Ketahuilah, meskipun kamu kawannya, dia tidak mahu bangun dan memberikan roti kepada kamu. Tetapi kerana kamu tidak segan untuk terus-menerus meminta, dia akan bangun Ialu memberikan apa sahaja yang kamu perlukan. 9 Oleh itu Aku berkata kepada kamu: Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu. 10 Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya, dan Allah akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya. 11 Siapakah antara kamu selaku bapa akan memberikan ular kepada anaknya ketika dia meminta ikan? 12 Atau adakah kamu akan memberikan kala jengking ketika dia meminta telur? 13 Walaupun kamu jahat, kamu tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anak kamu, lebih-lebih lagi Bapa yang di syurga! Dia akan memberikan Roh-Nya kepada mereka yang meminta daripada Bapa!"
Yesus dan Beelzebul
14 Pada suatu hari Yesus mengusir roh jahat daripada seorang bisu. Setelah roh jahat itu keluar, orang itu mula bercakap. Orang ramai hairan, 15 tetapi ada beberapa orang yang berkata, "Beelzebul, ketua semua roh jahat telah memberikan kuasa kepada Yesus untuk mengusir roh jahat." 16 Ada juga orang lain yang hendak memerangkap Yesus. Mereka meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah. 17 Tetapi Yesus mengetahui apa yang dihkirkan mereka. Lalu Dia berkata kepada mereka, "Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, tidak akan tahan lama. Keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan akan hancur. 18 Jika kerajaan Iblis mempunyai golongan yang saling berlawanan, bagaimanakah kerajaan itu dapat bertahan? Kamu berkata Aku mengusir roh jahat kerana Aku diberi kuasa oleh Beelzebul. 19 Jika demikian, siapakah yang memberikan kuasa kepada pengikut kamu untuk mengusir roh jahat? Pengikut kamu sendiri membuktikan bahawa pendapat kamu itu salah! 20 Aku mengusir roh jahat dengan kuasa Allah dan hal ini membuktikan bahawa Allah sudah mula memerintah di tengah-tengah kamu. 21 Apabila seorang kuat yang bersenjata lengkap, menjaga rumahnya sendiri, semua miliknya akan selamat. 22 Tetapi jika seorang yang lebih kuat menyerang dan mengalahkan dia, orang itu akan merampas semua senjata yang digunakan pemilik itu, lalu membahagi-bahagikan apa yang dicurinya. 23 Orang yang tidak berpihak kepada-Ku sebenarnya melawan Aku, dan orang yang tidak menolong Aku, sebenarnya merosakkan pekerjaan-Ku!"
Kembalinya Roh Jahat
24 "Apabila roh jahat meninggalkan seseorang, roh itu menjelajah tempat yang kering untuk mencari tempat tinggal. Jika roh jahat itu tidak dapat menjumpai tempat tinggal, roh itu akan berkata, 'Aku akan balik ke rumah yang telah aku tinggalkan.' 25 Ketika roh itu kembali, roh itu mendapati rumah itu bersih dan teratur. 26 Lalu roh itu akan pergi memanggil tujuh roh jahat lain yang lebih jahat daripadanya. Kemudian semua roh itu akan memasuki orang itu lalu tinggal di situ. Akhirnya keadaan orang itu menjadi lebih buruk daripada dahulu."
Kebahagiaan yang Sejati
27 Setelah Yesus berkata demikian, seorang wanita antara orang ramai itu berkata kepada Yesus, "Alangkah bahagianya wanita yang melahirkan dan menyusui kamu!" 28 Tetapi Yesus menjawab, "Lebih bahagia lagi orang yang mendengar hrman Allah dan melakukannya!"
Orang Ramai Meminta Mukjizat
29 Ketika orang ramai mengerumuni Yesus, Dia berkata, "Alangkah jahatnya orang zaman ini! Mereka meminta mukjizat, tetapi tidak satu pun akan diberi kecuali mukjizat Nabi Yunus. 30 Sebagaimana Nabi Yunus menjadi satu tanda bagi penduduk kota Niniwe, demikian juga Anak Manusia akan menjadi satu tanda bagi orang zaman ini. 31 Pada Hari Pengadilan kelak, ratu dari Syeba akan bangkit lalu menuduh orang zaman ini. Ratu itu datang dari hujung bumi untuk mendengar ajaran yang bijak daripada Raja Salomo. Ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Raja Salomo! 32 Pada Hari Pengadilan kelak, penduduk Niniwe akan bangkit lalu menuduh kamu, kerana mereka bertaubat daripada dosa ketika mendengar Yunus menyampaikan perkhabaran. Ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Yunus!"
Terang dan Gelap
33 "Tidak ada orang yang memasang pelita lalu menyembunyikan atau menaruh pelita itu di bawah pasu.' Dia akan meletakkannya di atas kaki pelita, supaya orang yang masuk ke rumah dapat melihat cahayanya. 34 Mata bagaikan pelita bagi tubuh. Apabila matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi apabila matamu kabur, seluruh tubuhmu menjadi gelap gelita. 35 Oleh itu, berhati-hatilah, supaya cahaya pada dirimu tidak menjadi gelap. 36 Jika seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya dan tidak ada bahagian yang gelap, maka seluruh tubuhmu itu terang benderang seperti disinari cahaya."
Yesus Mencela Orang Farisi dan Guru Taurat
37 Setelah Yesus betkata demikian, seorang Parisi menjemput Yesus makan di rumahnya. Yesus pergi ke situ lalu mulai makan. 38 Orang Farisi itu hairan melihat Yesus makan dengan tidak membasuh tangan terlebih dahulu. 39 Oleh itu Tuhan berkata kepadanya, "Memangkamu orang Farisi biasanya membersihkan bahagian luar cawan dan pinggan, tetapi hati kamu penuh dengan kekerasan dan kejahatan. 40 Kamu bodoh! Bukankah Allah yang menjadikan bahagian luar, juga menjadikan bahagian dalam? 41 Berikan apa yang ada di dalam cawan dan pinggan kamu kepada orang miskin. Jika kamu berbuat demikian, kamu dan milik kamu akan menjadi bersih. 42 Malanglah kamu orang Farisi! Kamu memberikan sepersepuluh daripada selasih, inggu, dan herba lain kepada Allah, tetapi kamu mengabaikan keadilan, dan kasih kepada Allah. Perkara-perkara itulah yang seharusnya kamu lakukan tanpa mengabaikan kewajipan yang lain. 43 Malanglah kamu orang Farisi! Kamu suka akan tempat duduk khas di dalam rumah ibadat dan kamu suka dihormati di pasar. 44 Malanglah kamu! Kamu seperti kubur tidak bernisan, yang dipijak-pijak orang tanpa disedari." 45 Salah seorang guru Taurat berkata kepada Yesus, "Guru, apabila guru berkata begitu, guru menghina kami juga!" 46 Yesus menjawab, "Malanglah kamu guru Taurat! Kamu meletakkan beban yang berat ke atas bahu orang lain, tetapi kamu sendiri tidak mahu menghulurkan satu jari pun untuk menolong mereka memikul beban itu. 47 Malanglah kamu! Kamu membina kubur yang elok-elok untuk para nabi yang dibunuh oleh nenek moyang kamu. 48 Dengan tindakan itu, kamu menyetujui perbuatan nenek moyang kamu. Mereka membunuh nabi-nabi itu dan kamu membuat kubur bagi para nabi itu. 49 Itulah sebabnya Kebijaksanaan Allah berkata, Aku akan mengutus nabi dan utusan kepada mereka, tetapi ada yang akan dibunuh dan ada yang akan dianiaya!' 50 Demikianlah orang zaman ini akan dihukum kerana pembunuhan semua nabi sejak dunia ini diciptaka, 51 mulai daripada pembunuhan Habel sehingga pembunuhan Zakharia yang berlaku di antara mazbah dan Tempat Suci itu. Percayalah, orang zaman ini akan dihukum kerana pembunuhan semua nabi itu. 52 Malanglah kamu, guru Taurat! Kamu menyimpan kunci yang dapat membuka pintu pengetahuan tentang kehendak Allah, tetapi kamu tidak mahu masuk ke dalam. Sebaliknya kamu menghalangi orang yang mahu masuk!" 53 Apabila Yesus meninggalkan tempat itu, guru Taurat dan orang Farisi mula mengecam Yesus. Mereka menyoal Yesus tentang banyak hal 54 dengan maksud untuk memerangkap Dia. Mereka berusaha untuk mencari kesalahan Yesus ketika Dia berkata-kata.
Amaran untuk Orang MunaHk
12:1 Sedang beribu-ribu orang berasak-asak sehingga kaki mereka saling terpijak, mula-mula Yesus berkata kepada para pengikut-Nya, "Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi, maksud-Ku kemunahkan mereka. 2 Apa yang tersembunyi akan dinyatakan dan tiap-tiap rahsia akan didedahkan. 3 Apa yang kamu ucapkan pada waktu malam akan terdengar pada siang hari dan apa yang kamu bisikkan di telinga orang di dalam bilik yang tertutup akan diumumkan dari atas rumah."
Takutlah akan Allah
4 "Ingatlah, sahabat-sahabat-Ku! Janganlah takut akan mereka yang mengambil nyawa, tetapi kemudian tidak berkuasa berbuat apa-apa lagi. 5 Biarlah Aku tunjukkan siapa yang mesti kamu takuti. Takutlah akan Allah, kerana Dia berkuasa mengambil nyawa orang, dan Dia juga berkuasa membuang orang itu ke dalam neraka! Percayalah, Allah yang harus kamu takuti! 6 Bukankah lima ekor burung pipit dijual seharga dua sen? Meskipun demikian tidak seekor pun dilupakan oleh Allah. 7 Sebenarnya rambut di kepala kamu pun telah dihitung semuanya. Oleh itu, janganlah takut kerana bagi Allah kamu lebih berharga daripada burung pipit!"
Mengakui Kristus di Hadapan Khalayak Ramai
8 "Ingatlah bahawa sesiapa yang mengaku dirinya pengikut-Ku di hadapan umum, akan diakui juga oleh Anak Manusia di hadapan malaikat-malaikat Allah. 9 Tetapi sesiapa yang tidak mengaku dirinya pengikut-Ku di hadapan umum, akan tidak diakui juga oleh Anak Manusia di hadapan malaikat-malaikat Allah. 10 Sesiapa yang menentang Anak Manusia dengan kata-katanya, dapat diampuni; tetapi sesiapa yang mengkufuri Roh Allah tidak dapat diampuni. 11 Apabila kamu didakwa di rumah ibadat atau di hadapan gabenor atau penguasa, janganlah khuatir tentang bagaimana kamu harus membela diri atau apa yang harus kamu katakan. 12 Roh Allah akan mengajar kamu apa yang harus kamu katakan pada waktu itu."
Perumpamaan tentang Hartawan yang Bodoh
13 Seorang daripada orang ramai berkata kepada Yesus, "Guru, suruhlah saudara saya berikan sebahagian daripada harta peninggalan bapa kami kepada saya." 14 Yesus berkata kepadanya, "Saudara, siapa memberikan kuasa kepada-Ku untuk menjadi hakim, ataupun membahagikan harta antara kamu berdua?" 15 Seterusnya Yesus berkata kepada mereka semua, "Berjaga-jagalah dan berwaspadalah! Janganlah tamak! Hidup seseorang tidak terdiri daripada kekayaannya, walaupun hartanya banyak sekali." 16 Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, "Seorang hartawan mempunyai tanah yang menghasilkan tuaian yang banyak. 17 Dia mula berrikir dalam hati, Aku tidak mempunyai tempat untuk menyimpan segala hasil tanahku. Apakah yang harus aku lakukan?' 18 'Inilah yang akan aku lakukan,' katanya kepada dirinya sendiri, Aku akan merombak gudang-gudangku lalu mendirikan yang lebih besar. Dengan demikian aku dapat menyimpan hasil tanahku dan segala hartaku yang lain di situ. 19 Setelah itu barulah aku berkata kepada diriku sendiri, kamu sungguh bertuah! Kamu mempunyai segala yang baik bagi keperluanmu selama bertahun-tahun. Nikmatilah hidup! Makan, minum, dan bersukacitalah!' 20 Tetapi Allah berkata kepadanya, 'Hai bodoh! Malam ini juga engkau mesti menyerahkan nyawamu! Lalu siapakah yang akan mendapat segala harta yang telah engkau kumpulkan untuk dirimu sendiri itu?' " 21 Lalu Yesus mengakhiri cerita-Nya dengan berkata, "Demikianlah halnya dengan orang yang mengumpulkan harta untuk diri sendiri, padahal tidak kaya di sisi Allah."
Percayalah kepada Allah
22 Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Itulah sebabnya Aku berkata kepada kamu: Janganlah khuatir tentang hidup kamu, tentang apa yang akan kamu makan, atau apa yang akan kamu pakai. 23 Hidup itu lebih berharga daripada makanan, dan tubuh lebih berharga daripada pakaian. 24 Perhatikanlah burung gagak yang tidak menanam benih, tidak menuai tuaian dan tidak mempunyai gudang atau jelapang, tetapi dipelihara oleh Allah! Kamu jauh lebih berharga daripada burung! 25 Siapakah antara kamu yang dengan kekhuatiran dapat memanjangkan umur walaupun sedikit?" 26 Jika kamu tidak dapat menguasai perkara sekecil itu, mengapa kamu khuatir akan perkara-perkara lain? 27 Lihatlah bunga bakung yang tumbuh di padang; bunga itu tidak bekerja dan tidak menenun. Tetapi ketahuilah, Raja Salomo dengan segala kekayaannya tidak berpakaian seindah bunga itu! 28 Jika Allah menghiasi rumput di padangyang ada pada hari ini tetapi keesokan harinya dibakar di dapur, tidakkah Dia akan memastikan kamu berpakaian? Alangkah lemahnya iman kamu! 29 OIeh itu, janganlah khuatir dan janganlah selalu hkirkan apa yang hendak kamu makan dan minum. 30 (Orang yang tidak mengenal Allah selalu memikirkan hal-hal itu.) Bapa kamu tahu bahawa kamu memerlukan semua itu. 31 Sebaliknya, utamakanlah Pemerintahan Allah dengan melakukan apa yang dikehendaki oleh Allah, maka semua itu akan diberikan oleh Allah kepada kamu."
Harta di Syurga
32 "Janganlah takut, hai kamu yang kecil bilangan, kerana Bapa kamu berkenan membenarkan kamu menikmati Pemerintahan-Nya. 33 Juallah segala milik kamu, dan berikan wangnya kepada orang miskin. Bagi diri kamu, buatlah dompet yang tidak dapat rosak dan simpanlah harta kamu di syurga. Di situ harta kamu tidak akan berkurang, kerana pencuri tidak dapat masuk dan gegat tidak dapat merosakkannya. 34 Lakukanlah hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada harta kamu."
Hamba yang Berjaga-jaga
35 "Bersiap-siaplah untuk menghadapi apa sahaja. Kamu harus sentiasa siap sedia dengan pelita yang menyala. 36 Hendaklah kamu seperti hamba yang sedang menantikan tuan mereka balik daripada jamuan perkahwinan. Apabila tuan itu balik dan mengetuk pintu, dengan segera mereka akan membuka pintu. 37 Alangkah bahagianya hamba-hamba yang didapati berjaga dan siap sedia ketika tuan mereka kembali! Percayalah, tuan itu akan menanggalkan jubah, dan menyuruh hamba-hambanya duduk lalu melayani mereka. 38 Alangkah bahagianya hamba-hamba itu jika didapati bersiap sedia, meskipun tuan mereka balik pada tengah malam atau lebih lambat lagi! 39 Ingatlah! Jika tuan rumah mengetahui saatnya pencuri akan datang, dia tidak akan membiarkan pencuri masuk ke dalam rumahnya. 40 Kamu pun harus sentiasa bersiap sedia, kerana Anak Manusia akan datang pada saat yang tidakkamu sangka."
Hamba yang Setia dan Hamba yang Tidak Setia
41 Petrus bertanya, "Adakah Tuhan menujukan perumpamaan ini kepada kami atau kepada semua orang?" 42 Tuhan menjawab, "Siapakah hamba yang setia dan bijak? Dialah orang yang ditunjuk oleh tuannya menjadi pengurus rumah tangganya. Tuannya juga menyuruh dia memberikan makanan kepada hamba-hamba yang lain pada waktu yang ditentukan. 43 Alangkah bahagianya orang yang didapati sedang menjalankan tugas apabila tuannya kembali! 44 Ketahuilah bahawa tuan itu akan mempercayakan segala hartanya kepada hamba itu. 45 Tetapi jika hamba itu berkata dalam hati, 'Masih lama lagi tuan saya akan kembali.' Lalu dia mula memukul semua hamba yang lain, baik lelaki mahupun wanita, dan dia makan minum sehingga mabuk. 46 Pada hari dan masa yang tidak diduganya, tuannya kembali. Tuan itu akan mencencang hambanya' dan membiarkan dia merasai nasib orang yang tidak taat kepada Allah. 47 Hamba yang mengetahui kehendak tuannya, tetapi tidak bersiap sedia untuk melakukan kehendak tuannya, akan disebat dengan keras. 48 Tetapi hamba yang tidak mengetahui kehendak tuannya, lalu melakukan sesuatu yang salah sehingga dia mesti disebat, akan disebat dengan ringan sahaja. Kepada orang yang telah diberikan banyak, daripadanya akan dituntut banyak juga. Orang yang telah diberikan lebih banyak, daripadanya akan dituntut lebih banyak juga."
Yesus Menyebabkan Orang Berpihak-pihak
49 "Aku datang untuk membawa hukuman Allah yang seperti api akan membakar penduduk bumi. Alangkah baiknya jika api itu sudah menyala! 50 Masih ada penderitaan berat yang mesti Aku alami. Alangkah resahnya hati-Ku selagi perkara itu belum berakhir! 51 Adakah kamu menyangka Aku datang ke dunia ini untuk membawa kedamaian? Tidak, bukan kedamaian, tetapi perpecahan. 52 Mulai dari sekarang, keluarga yang terdiri daripada lima orang akan berlawanan: tiga lawan dua dan dua lawan tiga. 53 "Bapa akan melawan anak lelaki dan anak lelaki akan melawan bapa. Ibu akan melawan anak perempuan dan anak perempuan akan melawan ibu. Ibu mentua akan melawan menantu perempuan dan menantu perempuan akan melawan ibu mentua".
Mengenali Tanda Zaman
54 Yesus juga berkata kepada orang ramai, "Apabila kamu melihat awan naik di sebelah barat, dengan segera kamu berkata, 'Hari akan hujan,' dan benar-benar hari hujan. 55 Apabila kamu berasa angin selatan bertiup, kamu berkata, 'Hari akan panas,' dan benar-benar hari panas. 56 Hai orang munahk! Kamu dapat meramal cuaca dengan melihat tanda-tanda di langit dan di bumi, tetapi mengapakah kamu tidak dapat memahami tanda zaman ini?"
Berdamailah dengan Musuh
57 "Mengapakah kamu tidak membuat keputusan sendiri tentang apa yang benar? 58 Jika ada orang hendak mendakwa kamu di mahkamah, berusahalah sebaik-baiknya untuk menyelesaikan perkara itu sebelum kamu tiba di mahkamah. Jika tidak, orang itu akan menyeret kamu ke hadapan hakim, lalu hakim akan menyerahkan kamu kepada polis, dan polis akan memasukkan kamu ke dalam penjara. 59 Percayalah, kamu tidak akan keluar dari penjara sebelum kamu membayar denda kamu."
Bertaubat atau Binasa
13:1 Pada waktu itu beberapa orang di situ memberitahu Yesus perihal orang Galilea yang dibunuh oleh Pilatus ketika mereka mempersembahkan korban kepada Allah. 2 Yesus berkata kepada mereka, "Kerana beberapa orang Galilea dibunuh secara demikian, adakah hal itu membuktikan bahawa mereka lebih berdosa daripada orang Galilea lain? 3 Tidak! Tetapi ingatlah, kecuali kamu bertaubat daripada dosa, kamu semua akan binasa seperti mereka. 4 Bagaimanakah dengan lapan belas orang yang terbunuh di Siloam, ketika menara di sana menimpa mereka? Adakah hal itu membuktikan bahawa mereka lebih berdosa daripada semua orang lain yang tinggal di Yerusalem? 5 Tidak! Sekali lagi Aku berkata, kecuali kamu bertaubat daripada dosa, kamu semua akan binasa seperti mereka."
Perumpamaan tentang Pokok Ara yang Tidak Berbuah
6 Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, "Seorang mempunyai pokok ara di kebun anggurnya. Pada suatu hari dia mencari buah ara pada pokok itu, tetapi tidak menjumpai apa-apa. 7 Oleh itu dia berkata kepada pekebunnya, 'Lihatlah, selama tiga tahun aku datang mencari buah ara pada pokok ini, tetapi tidak mendapat sebiji pun. Tebanglah sahaja, kerana pokok ini hanya menghabiskan kesuburan tanah.' 8 Tetapi pekebun itu menjawab, 'Tuan, biarkanlah pokok ini tumbuh selama setahun lagi. Saya akan mencangkul tanah di sekelilingnya dan menaruh baja. 9 Jika pokok ini berbuah pada tahun depan, baiklah. Jika tidak, tuan boleh menyuruh orang menebangnya.' "
Yesus Menyembuhkan Seorang Wanita Bongkok pada Hari Sabat
10 Pada suatu hari Sabat Yesus mengajar di rumah ibadat. 11 Di situ ada seorang wanita yang sakit, kerana dirasuk roh jahat selama lapan belas tahun. Dia bongkok dan tidak dapat berdiri tegak. 12 Ketika Yesus melihat dia, Yesus memanggil dia dan berkata kepadanya, "Mulai sekarang kamu sembuh!" 13 Yesus meletakkan tangan-Nya pada wanita itu dan pada saat itu juga wanita itu berdiri tegak lalu memuji Allah. 14 Ketua rumah ibadat marah kerana Yesus menyembuhkan orang pada hari Sabat. Ketua rumah ibadat berkata kepada semua orang di situ, "Ada enam hari untukbekerja; datanglah pada masa itu untuk disembuhkan, tetapi jangan pada hari Sabat!" 15 Tuhan menjawab ketua itu, "Kamu munahk! Pada hari Sabat orang melepaskan lembu atau keldai dari kandang lalu membawa haiwan itu keluar untuk diberikan minuman. 16 LihatIah, di sini ada seorang wanita keturunan Abraham yang telah diikat oleh Iblis selama lapan belas tahun. Tidak patutkah dia dilepaskan daripada ikatannya pada hari Sabat?" 17 Jawapan Yesus memalukan semua musuh-Nya, tetapi semua orang lain bersukacita kerana segala perbuatan ajaib yang dilakukan oleh Yesus.
Perumpamaan tentang Biji Sawi
18 Yesus bertanya, "Bagaimanakah keadaannya apabila Allah memerintah? Dengan apakah dapat Aku bandingkan keadaannya? 19 Keadaannya seperti perumpamaan ini: Seorang mengambil sebiji benih sawi, lalu menanamnya di ladang. Benih itu tumbuh dan menjadi pokok, lalu burung membuat sarang pada cabang-cabangnya."
Perumpamaan tentang Ragi
20 Sekali lagi Yesus bertanya, "Dengan apakah dapat Aku bandingkan keadaannya apabila Allah memerintah? 21 Keadaannya seperti ini: Seorang wanita mengambil ragi lalu mencampurnya dengan empat puluh liter tepung sehingga adunan itunaik!"
Pintu yang Sempit
22 Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus melalui beberapa buah kota dan pekan sambil mengajar. 23 Seorang bertanya kepada-Nya, "Tuan, sedikit sahajakah orang yang akan diselamatkan?" Yesus menjawab, 24 "Berusahalah sebaik-baiknya untuk masuk melalui pintu yang sempit, kerana banyak orang yang mencuba masuk, tetapi tidak dapat. 25 Pada waktu tuan rumah bangun dan menutup pintu, kamu yang berdiri di luar mula mengetuk pintu dan berkata, 'Tuan, bukalah pintu untuk kami!' Tuan itu akan menjawab, 'Aku tidak tahu dari mana kamu datang!' 26 Kamu akan menjawab, 'Kami sudah makan dan minum bersama-sama tuan, dan tuan juga mengajar di kota kami!' 27 Tetapi tuan itu akan berkata lagi, 'Aku tidak tahu dari mana kamu datang. Pergilah dari sini, kamu semua yang melakukan kejahatan!' 28 Pada waktu kamu melihat Abraham, Ishak, dan Yakub serta semua nabi bersukacita di Dunia Baru Allah,K kamu akan menangis dan menderita kerana kamu diusir ke luar! 29 Orang akan datang dari timur dan barat, dari utara dan selatan, untuk menikmati jamuan di Dunia Baru Allah. 30 Sesungguhnya orang yang sekarang terakhir akan menjadi yang pertama dan orang yang sekarang pertama akan menjadi yang terakhir."
Kasih Yesus kepada Yerusalem
31 Pada masa itu juga, beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dan berkata kepada-Nya, "Tinggalkan tempat ini. Pergilah ke tempat lain, kerana Herodes hendak membunuh kamu." 32 Yesus menjawab, "Pergilah beritahu orang licik itu, 'Hari ini dan esok Aku mengusir roh jahat dan menyembuhkan orang sakit, lalu pada hari ketiga, Aku akan menyelesaikan pekerjaan-Ku.' 33 Meskipun demikian Aku harus meneruskan perjalanan hari ini, esok, dan lusa, kerana tidak semestinya seorang nabi dibunuh di tempat lain kecuali di Yerusalem. 34 Yerusalem, Yerusalem! Engkau membunuh nabi-nabi dan merejam para utusan Allah. Sudah beberapa kali Aku ingin memeluk semua pendudukmu seperti seekor induk ayam melindungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi engkau tidak mahu! 35 Yerusalem, engkau akan ditinggalkan oleh Allah dan engkau tidak akan melihat Aku lagi sehingga tiba masanya engkau berkata, 'Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan.' "
Yesus Menyembuhkan Seorang yang Sakit
14:1 Pada suatu hari Sabat, Yesus pergi makan di rumah seorang Farisi yang terkenal. Orang di situ memerhati Yesus. 2 Lalu seorang lelaki yang bengkak kaki dan lengannya datang kepada Yesus. 3 Yesus bertanya kepada semua guru Taurat dan orang Farisi di situ, "Adakah Taurat membenarkan kita menyembuhkan orang sakit pada hari Sabat?" 4 Mereka tidak mahu berkata apa-apa. Lalu Yesus memanggil orang itu dan menyembuhkan dia, kemudian menyuruh dia pergi. 5 Setelah itu Yesus betkata kepada mereka, "Jika seorang di antara kamu mempunyai anak lelaki atau lembu yang jatuh ke dalam perigi pada hari Sabat, tidakkah kamu akan menariknya keluar pada hariitu juga?" 6 Mereka tidak dapat menjawab Yesus tentang hal itu.
Rendah Hati dan Murah Hati
7 Yesus memperhatikan beberapa orang tetamu yang memilih tempat terbaik. Oleh itu Dia menceritakan perumpamaan ini kepada mereka semua. 8 Dia berkata, "Jika seseorang menjemput kamu ke majlis perkahwinan, janganlah duduk di tempat yang terbaik. Mungkin ada orang yang lebih penting daripada kamu telah dijemput juga. 9 Lalu tuan rumah yang telah menjemput kamu berdua datang kepadamu dan berkata, 'Maaf, tempat ini telah disediakan untuk dia.' Tidakkah kamu akan berasa malu, lalu terpaksa duduk di tempat yang paling belakang? 10 Oleh itu apabila kamu dijemput, pergilah duduk di tempat yang paling belakang, supaya tuan rumah akan datang dan berkata kepadamu, 'Marilah saudara, duduklah di tempat yang lebih baik.' Lalu kamu akan dihormati di hadapan semua tetamu lain. 11 Orang yang meninggikan diri akan direndahkan, tetapi orang yang merendahkan diri akan ditinggikan." 12 Kemudian Yesus berkata pula kepada tuan rumah, "Apabila kamu menjemput orang makan siang atau makan malam, janganlah jemput sahabat, atau saudara, atau sanak keluarga, ataupun jiranmu yang kaya. Kelak mereka akan menjemput kamu pula dan dengan demikian kamu menerima balasan perbuatanmu. 13 Tetapi apabila kamu menjamu orang, jemputlah orang miskin, orang lumpuh, orang tempang, dan orang buta. 14 Kamu akan diberkati kerana mereka tidak dapat membalas kebaikanmu. Kebaikanmu akan dibalas oleh Allah pada waktu orang baik dibangkitkan daripada kematian."
Perumpamaan tentang Perjamuan Besar
15 Salah seorang yang duduk bersama-sama Yesus mendengar kata-kata-Nya. Dia berkata kepada Yesus, "Alangkah bahagianya mereka yang akan dijamu oleh Allah di Dunia Baru Allah!" 16 Yesus berkata kepada orang itu, "Ada seorang yang sedang mengadakan jamuan besar. Dia menjemput banyak orang. 17 Apabila tiba masanya perjamuan itu dimulakan, dia mengutus hambanya kepada semua tetamu dengan jemputan, 'Marilah, semuanya sudah siap!' 18 Tetapi, seorang demi seorang mula memberikan alasan. Yang pertama berkata kepada hamba itu, 'Aku baru membeli sebidang tanah dan perlu memeriksanya. Maafkanlah aku.' 19 Yang lain berkata, Aku baru membeli lima pasang lembu dan hendak mencuba haiwan itu. Maafkanlah aku.' 20 Yang lain pula berkata, Aku baru sahaja berkahwin; itulah sebabnya aku tidak dapat datang.' 21 Hamba itu pulang dan memberitahu tuannya segala perkara itu. Tuan itu sangat marah, lalu berkata kepada hambanya, 'Cepatlah pergi ke jalan dan lorong di kota. Jemput orang miskin, orang lumpuh, orang buta, dan orang tempang.' 22 Kemudian hamba itu berkata, 'Tuan, perintah tuan sudah dijalankan, tetapi masih banyak tempat yang kosong.' 23 Lalu tuan itu berkata kepada hambanya, 'Pergilah ke jalan dan lorong di luar kota, dan suruh semua orang datang supaya rumahku penuh. 24 Ketahuilah, tidak seorang pun daripada tetamu yang aku jemput itu akan menikmati perjamuanku!' "
Pengorbanan Seorang Pengikut
25 Orang ramai berjalan bersama-sama Yesus; Dia berpaling dan berkata kepada mereka, 26 "Sesiapa yang datang kepada-Ku tetapi tidak dapat mengasihi Aku lebih daripada ibunya, bapanya, isterinya, anak-anaknya, saudara lelakinya, dan saudara perempuannya, bahkan dirinya sendiri, tidak dapat menjadi pengikut-Ku. 27 Sesiapa yang tidak mahu memikul salibnya sendiri dan mengikut Aku, tidak dapat menjadi pengikut-Ku. 28 Jika seorang daripada kamu hendak membina sebuah menara, dia akan duduk dahulu lalu mengira perbelanjaannya, supaya dia tahu sama ada wangnya cukup untuk menyudahkan pekerjaan itu. 29 Jika tidak, setelah meletakkan batu asasnya dia tidak dapat menyudahkan pekerjaan itu. Lalu semua orang yang melihat apa yang telah berlaku akan mentertawakan dia. 30 Mereka akan berkata, 'Lihatlah, orang ini memulakan kerja tetapi tidak dapat menyudahkannya!' 31 Jika seorang raja yang mempunyai sepuluh ribu orang askar hendak berperang dengan raja lain yang mempunyai dua puluh ribu orang askar, raja itu akan duduk terlebih dahulu lalu mempertimbangkan sama ada dia cukup kuat untuk melawan musuhnya. 32 Jika dia tahu bahawa dia tidak kuat, dia akan mengirim utusan untuk minta berdamai, semasa musuhnya masih jauh." 33 Akhirnya Yesus berkata, "Demikian juga dengan kamu. Tidak seorang pun daripada kamu dapat menjadi pengikut-Ku, kecuali dia meninggalkan segala miliknya."
Garam yang Tawar
34 "Garam sangat berguna, tetapi jika garam sudah menjadi tawar, garam itu tidak dapat menjadi masin lagi. 35 Garam yang tawar tidak lagi berguna untuk menyuburkan tanah ataupun untuk dijadikan baja; sebaiknya dibuang sahaja. Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik!"
Domba yang Hilang
15:1 Pada suatu hari banyak pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat datang mendengar Yesus. 2 Lalu orang Farisi dan guru Taurat mula bersungut-sungut. Mereka berkata, "Lihatlah, orang ini menyambut orang yang dihina masyarakat, bahkan makan bersama-sama mereka!" 3 Oleh itu Yesus menceritakan perumpamaan ini, 4 "Andaikata seorang daripada kamu mempunyai seratus ekor domba, lalu kehilangan seekor, apakah yang akan dilakukannya? Tentu dia akan meninggalkan domba yang sembilan puluh sembilan ekor di padang rumput, lalu pergi mencari yang hilang itu sehingga dapat. 5 Apabila dia menjumpai domba itu, dia memikulnya pada bahu. 6 Dengan sukacita dia membawa domba itu pulang. Setelah itu dia memanggil kawan dan jirannya, lalu berkata kepada mereka, 'Marilah kita bergembira! Dombaku yang hilang sudah aku jumpai semula!' 7 Ketahuilah bahawa demikian juga di syurga ada kegembiraan yang lebih besar kerana seorang berdosa bertaubat, daripada kegembiraan kerana sembilan puluh sembilan orang berhormat yang berpendapat mereka tidak perlu bertaubat."
Mata Wang yang Hilang
8 "Atau andaikata seorang wanita mempunyai sepuluh keping wang perak, lalu kehilangan sekeping, apakah yang akan dilakukannya? Dia akan memasang pelita, menyapu rumah lalu mencari wang itu dengan teliti sehingga dapat. 9 Apabila dia menjumpai mata wang itu, dia memanggil kawan dan jirannya, lalu berkata kepada mereka, 'Mari kita bergembira! Wangku yang hilang sudah aku jumpai semula!' 10 Percayalah, malaikat Allah juga bersukacita apabila seorang berdosa bertaubat."
Anak yang Sesat
11 Yesus berkata lagi, "Ada seorang bapa mempunyai dua orang anak lelaki. 12 Yang bongsu berkata kepada bapanya, Ayah, berikanlah harta bahagian saya sekarang juga.' Lalu bapanya membahagi hartanya antara kedua-dua orang anaknya. 13 Beberapa hari kemudian, anak yang bongsu menjual bahagian hartanya, lalu meninggalkan rumah. Dia pergi ke negeri yang jauh, dan di sana dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya. 14 Dengan cepat wangnya nabis. Pada masa itu kebuluranyang teruk melanda seluruh negeri itu, lalu hidupnya melarat kerana dia tidak mempunyai apa-apa. 15 Oleh itu dia bekerja bagi seorang penduduk negeri itu, yang menyuruh dia menjaga babi di ladang. 16 Dia begitu lapar sehingga ingin mengisi perut dengan makanan babi, tetapi tidak seorang pun memberikan makanan kepadanya. 17 Akhirnya dia sedar dan berkata, 'Semua oranggaji ayahku mendapat makanan yang berlebihan tetapi di sini aku hampir mati kelaparan! 18 Aku akan berangkat dan pergi kepada ayahku lalu berkata begini: Ayah, saya sudah berdosa terhadap Allah dan terhadap ayah. 19 Tidak layak lagi saya disebut anak ayah. Anggaplah saya sebagai orang gaji ayah.' 20 Dia pun pulang kepada bapanya. Dia masih jauh dari rumah apabila bapanya nampak dia. Dengan penuh kasihan, bapanya lari menemui dia, lalu memeluk, dan menciumnya. 21 'Ayah,' kata anak itu, 'Saya sudah berdosa terhadap Allah dan terhadap ayah. Tidak layak lagi saya disebut anak ayah.' 22 Tetapi bapanya memanggil hamba-hambanya dan berkata, 'Cepat, bawalah jubah yang terbaik dan pakaikan pada dia. Kenakan cincin pada jarinya dan kasut pada kakinya. 23 Pilihlah anak lembu yang gemuk lalu sembelih. Marilah kita rayakan kepulangannya dengan perjamuan. 24 Anakku ini sudah mati, tetapi sekarang hidup pula; dia sesat, tetapi sekarang ditemui semula.' Lalu perjamuan itu dimulakan. 25 Sementara itu anaknya yang sulung di ladang. Dalam perjalanan pulang, apabila dekat rumah, dia mendengar muzik dan tari-tarian. 26 Dia memanggil salah seorang hambanya lalu bertanya, 'Apakah yang sedang berlaku?' 27 Hamba itu menjawab, Adiktuan sudah kembali! Bapa tuan menyembelih anak lembu yang gemuk, kerana bapa tuan sudah mendapat anaknya kembali dalam keadaan selamat.' 28 Anak sulung itu begitu marah sehingga dia tidak mahu masuk ke rumah. Lalu bapanya keluar dan memujuk dia. 29 Tetapi dia berkata kepada bapanya, 'Lihatlah, bertahun-tahun saya bekerja seperti seorang hamba untuk ayah. Tidak pernah saya membantah ayah. Tetapi apakah balasan ayah? Tidak seekor kambing pun disembelih, supaya saya boleh bersukaria dengan kawan-kawan saya! 30 Tetapi anak ayah ini telah memboroskan segala harta ayah dengan pelacur, dan apabila dia kembali ayah menyembelih anak lembu yang gemuk untuknya!' 31 Bapanya menjawab, Anakku, kamu sentiasa di sini dengan ayah. Segala yang ayah miliki juga milikmu. 32 Patutlah kita adakan perjamuan dan bersukacita, kerana adikmu sudah mati, tetapi sekarang hidup pula; dulu dia sesat, tetapi sekarang sudah ditemui semula.' "
Pengurus yang Cerdik
16:1 Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Ada seorang kaya mempunyai seorang pekerja yang mengurus harta bendanya. Orang kaya itu diberitahu bahawa pengurus itu memboroskan wang majikannya. 2 Lalu orang kaya itu memanggil pengurusnya dan berkata, 'Apakah yang aku dengar tentang dirimu? Serahkan kira-kiramu yang lengkap bagi semua hartaku, kerana mulai sekarang kamu berhenti menjadi pengurus.' 3 Pengurus itu berhkir, 'Apakah harus aku lakukan? Aku akan diberhentikan kerja. Aku tidak kuat mencangkul dan aku malu meminta sedekah. 4 Aku tahu akan apa yang harus aku lakukan, supaya apabila aku diberhentikan kerja, aku mempunyai banyak kawan yang mahu menyambut aku ke rumah mereka.' 5 Lalu dia memanggil semua orang yang berhutang kepada majikannya. Dia bertanya kepada orang yang pertama, 'Berapakah hutangmu kepada majikanku?' 6 Orang itu menjawab, 'Seratus buah tempayan minyak zaitun.' Pengurus itu berkata kepadanya, 'Inilah kira-kiramu; duduklah dan tulislah lima puluh.' 7 Kemudian dia berkata kepada orang yang kedua, 'Berapakah hutangmu?' Orang itu menjawab, 'Seribu pikul gandum.' Pengurus itu berkata kepadanya, 'Inilah kira-kiramu; tulislah lapan ratus.' 8 Majikan pengurus itu memuji kecerdikan pengurus yang tidak jujur ini, kerana orang dunia ini lebih bijak mengurus urusan mereka daripada orang yang hidup dalam terang." 9 Yesus berkata lagi, "Dengarlah! Gunakanlah kekayaan dunia ini untuk mendapat sahabat, supaya apabila kekayaan dunia ini lenyap, kamu akan disambut ke dalam tempat kediaman yang abadi. 10 Sesiapa yang setia dalam perkara kecil, akan setia juga dalam perkara besar. Tetapi sesiapa yang tidak jujur dalam perkara kecil, tidak akan jujur dalam perkara besar. 11 Jika kamu tidak menggunakan kekayaan dunia ini dengan setia, bagaimanakah kamu dapat menggunakan kekayaan sejati dengan baik? 12 Jika kamu tidak setia kepada milik orang lain, siapakah mahu memberi kamu apa yang menjadi milikkamu? 13 Tidak ada seorang hamba dapat melayani dua orang tuan. Dia akan memb.enci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau dia akan setia kepada yang seorang dan menghina yang lain. Demikianlah kamu tidak dapat bekerja untuk Allah dan untuk kekayaan juga."
Ajaran-Ajaran Yesus
14 Orang Farisi mendengar segala yang dikatakan oleh Yesus. Lalu mereka mencemuh Yesus kerana mereka suka akan wang. 15 Yesus berkata kepada mereka, "Kamulah orang yang berpura-pura benar di hadapan manusia, tetapi Allah mengetahui isi hati kamu. Apa yang dianggap berharga oleh manusia, dibenci oleh Allah. 16 Sebenarnya Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berlaku hanya sehingga masa Yohanes Pembaptis. Selepas itu, Berita Baik tentang bagaimana Allah memerintah dibentakan dan orang berasak-asak hendak menikmatinya. 17 Tetapi lebih mudah bagi langit dan bumi ini lenyap daripada satu titik pun dalam Taurat ditiadakan. 18 Sesiapa yang menceraikan isterinya lalu berkahwin dengan wanita lain, berzina. Demikian juga lelaki yang berkahwin dengan wanita yang telah diceraikan, berzina juga."
Orang Kaya dan Lazarus
19 "Ada seorang kaya; pakaiannya mahal-mahal dan hidupnya mewah setiap hari. 20 Ada pula seorang miskin bernama Lazarus. Tubuhnya penuh dengan kudis yang bernanah. Lazarus biasa dibawa ke hadapan pintu rumah orang kaya itu. 21 Dia berharap dapat mengisi perut dengan sisa-sisa yang dibuang dari meja orang kaya itu. Kadang-kadang anjing datang menjilat kudisnya. 22 Orang miskin itu meninggal lalu dibawa oleh malaikat ke sisi Abraham di syurga. Orang kaya itu pun meninggal dan dikebumikan. 23 Di alam mautA dia sangat menderita. Apabila dia memandang ke atas, dia nampak Abraham jauh di sana dengan Lazarus di sisinya. 24 'Bapa Abraham,' seru orang kaya itu, 'kasihanilah saya. Suruhlah Lazarus mencelupkan jarinya ke dalam air dan membasahkan lidah saya, kerana saya sengsara di dalam api ini!' 25 Tetapi Abraham menjawab, 'Ingatlah, anakku, seumur hidupmu kamu sudah mendapat segala yang baik, sedangkan Lazarus mendapat segala yang buruk. Tetapi sekarang Lazarus seronok di sini, sebaliknya kamu menderita sengsara. 26 Selain itu, ada pula jurang yang dalam di antara kamu dan kami, sehingga orang dari sini tidak dapat ke sana dan orang dari sana tidak dapat ke mari!' 27 'Jika demikian, Bapa Abraham,' kata orang kaya itu, 'saya memohon supaya bapa menyuruh Lazarus pergi ke rumah ayah saya. 28 Saya mempunyai lima orang saudara. Biarlah Lazarus pergi memberikan amaran kepada mereka, supaya setidak-tidaknya mereka tidak akan datang ke tempat penderitaan ini.' 29 Abraham berkata kepadanya, 'Tidakkah mereka mempunyai Kitab Musa dan Kitab Nabi-Nabi yang memberikan amaran kepada mereka? Sepatutnya mereka mendengarkan amaran kitab-kitab itu!' 30 Tetapi orang kaya itu menjawab, 'Hal itu tidak cukup, Bapa Abraham. Jika ada seorang bangkit daripada kematian lalu datang kepada mereka, tentu mereka akan bertaubat daripada dosa.' 31 Tetapi Abraham berkata kepadanya, 'Jika mereka tidak mendengarkan ajaran Musa dan nabi-nabi, mereka tidak akan percaya juga sekalipun ada orang bangkit daripada kematian.' "
Tentang Dosa
17:1 Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Hal-hal yang menyebabkan orang berbuat dosa pasti ada, tetapi malanglah orang yang menyebabkan hal-hal itu berlaku! 2 Lebih baik jika batu kisaran diikat pada lehernya, lalu dia dibuang ke dalam laut, daripada dia menyebabkan salah seorang yang lemah imannya berbuat dosa. 3 Berwaspadalah! Jika saudara kamu berdosa, tegurlah dia. Jika dia bertaubat, ampunilah dia. 4 Jika dia berdosa terhadap kamu tujuh kali dalam sehari dan tiap-tiap kali dia datang kepada kamu serta berkata, 'Saya minta ampun,' kamu harus mengampuninya."
Tentang Iman
5 Rasul-rasul Yesus berkata kepada Yesus, "Tuhan, teguhkanlah iman kami." 6 Tuhan menjawab, "Jika kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada pokok ara ini, 'Tercabutlah dan tertanamlah di laut.' Pasti pokok itu akan menurut perintah kamu."
Kewajipan Seorang Hamba
7 "Andaikan seorang daripada kamu mempunyai seorang hamba yang sedang membajak atau menggembalakan domba. Apabila hamba itu balik dari ladang, adakah kamu berkata kepadanya, 'Marilah dan makanlah'? 8 Tentu tidak! Sebaliknya kamu akan berkata kepadanya, 'Siapkanlah makananku. Kenakan pakaian yang bersih dan layanilah aku sementara aku makan dan minum, setelah itu barulah kamu makan.' 9 Seorang hamba tidak perlu dipuji apabila dia menurut perintah tuannya, bukan? 10 Demikian juga kamu. Apabila kamu sudah melakukan segala yang diperintahkan, berkatalah, 'Kami hanya hamba biasa; kami hanya melakukan kewajipan.' "
Yesus Menyembuhkan Sepuluh Orang Berpenyakit Kulit yang Mengerikan
11 Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus melalui sempadan Samaria dan Galilea. 12 Apabila Dia memasuki sebuah pekan, sepuluh orang berpenyakit kulit yang mengerikan datang menjumpai Dia. Mereka berdiri dari jauh 13 dan berseru, "Yesus! Tuan! Kasihanilah kami!" 14 Yesus melihat mereka lalu berkata, "Pergilah dan mintalah imam mengesahkan kesembuhan kamu." Dalam perjalanan ke sana mereka sembuh: 15 Ketika seorang daripada mereka sedar bahawa dia sudah sembuh, dia berpatah balik sambil memuji Allah dengan suara yang kuat. 16 Dia sujud di hadapan Yesus dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya. Orang itu orang Samaria. 17 Yesus berkata, "Bukankah sepuluh orang yang disembuhkan? Di manakah yang sembilan orang lagi? 18 Mengapakah orang bangsa asing ini sahaja yang kembali untuk bersyukur kepada Allah?" 19 Lalu Yesus berkata kepada orang itu, "Bangunlah dan pergilah; kamu sembuh kerana kamu percaya kepada-Ku."
Allah Datang untuk Memerintah
20 Beberapa orang Farisi bertanya kepada Yesus, "Bilakah Allah akan datang untuk memerintah?"' Yesus menjawab, "Pemerintahan Allah tidak bermula dengan tanda-tanda yang dapat dilihat, 21 sehingga orang dapat berkata, 'Lihatlah di sini!' atau 'Lihatlah di sana!'; kerana Allah sudah mula memerintah antara kamu." 22 Setelah itu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Masanya akan tiba apabila kamu berharap dapat melihat zaman Anak Manusia, tetapi kamu tidak dapat melihatnya. 23 Nanti orang akan berkata kepada kamu, 'Lihat, di situ!' atau, 'Lihat, di sini!' Jangan kamu keluar mencarinya. 24 Sebagaimana kilat memancardi langit lalu menerangi langit dari hujung ke hujung, demikian juga keadaan Anak Manusia pada masa itu. 25 Tetapi terlebih dahulu Dia mesti mengalami banyak penderitaan dan tidak diterima oleh orang zaman ini. 26 Seperti pada zaman Nabi Nuh dahulu, demikian juga halnya pada masa Anak Manusia kelak. 27 Orang makan dan minum; lelaki dan perempuan berkahwin sehingga pada hari Nabi Nuh masuk ke dalam bahtera. Lalu air bah datang dan membinasakan mereka semua. 28 Juga seperti pada zaman Lot; orang makan minum, berjual beli, bercucuk tanam, dan membina rumah. 29 Tetapi pada hari Lot meninggalkan Sodom, api dan belerang turun dari langit dan membinasakan mereka semua. 30 Demikianlah keadaannya pada hari Anak Manusia menampakkan diri. 31 Pada hari itu, orang yang di bumbung rumah, janganlah turun untuk mengambil barang di dalam rumah. Begitu juga orang yang di ladang, janganlah balik ke rumah. 32 Ingatlah akan apa yang sudah berlaku terhadap isteri Lot! 33 Sesiapa yang berusaha mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati, tetapi sesiapa yang mengorbankan hidupnya akan menyelamatkannya. 34 Percayalah, pada malam itu dua orang sedang tidur di atas sebuah katil; seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan. 35 Dua orang wanita sedang menggiling gandum; seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan. [36 Dua orang lelaki sedang di ladang; seorang akan dibawa dan seorang lagi ditinggalkan.]" 37 Pengikut-pengikut Yesus bertanya, "Di mana, ya Tuhan?" Yesus menjawab, "Di tempat ada bangkai, di situ ada burung pemakan bangkai."
Perumpamaan tentang Seorang Balu dengan Seorang Hakim
18:1 Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini untuk mengajar pengikut-pengikut-Nya supaya sentiasa berdoa dan tidak putus asa. 2 Yesus berkata, "Di sebuah kota ada seorang hakim yang tidak takut akan Allah dan tidak peduli akan sesiapa pun. 3 Di kota itu juga ada seorang balu yang selalu datang kepada hakim itu untuk memohon supaya perkaranya dibela. 'Tolonglah saya menghadapi lawan saya,' kata balu itu. 4 Sudah lama hakim itu tidak mahu menolong balu itu, tetapi akhirnya hakim itu berkata dalam hati, 'Sungguhpun aku tidak takut akan Allah dan tidak peduli akan sesiapa pun, 5 tetapi kerana balu ini terus mengganggu aku, biarlah aku membela perkaranya. Jika tidak, dia akan terus-menerus datang dan menyusahkan aku!' " 6 Lalu Tuhan berkata, "Dengarlah apa yang dikatakan oleh hakim yang jahat itu! 7 Tidakkah Allah akan membela umat-Nya yang berseru kepada-Nya siang malam? Adakah Dia akan berlambat-lambat untuk menolong mereka? 8 Percayalah, Allah akan membela mereka dengan segera! Tetapi, adakah Anak Manusia akan menjumpai orang yang percaya kepada-Nya di bumi ini, apabila Dia datang?"
Perumpamaan tentang Orang Parisi dan Pemungut Cukai
9 Yesus juga menceritakan perumpamaan ini kepada orang yang menghina orang lain, tetapi menganggap diri mereka baik. 10 Yesus berkata, "Dua orang pergi ke Rumah Tuhan untuk berdoa. Yang seorang orang Farisi dan yang seorang lagi pemungut cukai. 11 Orang Farisi itu berdiri sendirian dan berdoa, 'Aku bersyukur kepada-Mu, ya Allah, kerana aku tidak seperti orang lain yang tamak, suka menipu atau berzina. Aku bersyukur kerana aku tidak seperti pemungut cukai ini. 12 Aku berpuasa dua kali seminggu dan aku mempersembahkan sepersepuluh daripada segala pendapatanku.' 13 Tetapi pemungut cukai itu berdiri agak jauh dan tidak berani menengadah ke langit. Dia menebah dada kerana menyesal sambil berkata, 'Ya Allah, kasihanilah hamba, orang berdosa ini!' " 14 Yesus berkata kepada mereka, "Percayalah, apabila mereka pulang ke rumah, pemungut cukailah yang diterima oleh Allah dan bukan orang Farisi itu. Setiap orang yang meninggikan diri akan direndahkan dan setiap orang yang merendahkan diri akan ditinggikan."
Yesus Memberkati Anak-Anak
15 Beberapa orang membawa anak-anak kecil kepada Yesus supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada anak-anak itu dan memberkati mereka. Ketika pengikut Yesus nampak hal itu, mereka menegur orang di situ. 16 Tetapi Yesus memanggil anak-anak itu lalu berkata, "Biarlah anak-anak datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang semacam imlah yang akan menikmati Pemerintahan Allah. 17 Ingatlah! Orang yang tidak menyambut Pemerintahan Allah seperti seorang anak, tidak akan menikmati Pemerintahan-Nya."
Tentang Orang Kaya
18 Seorang pemimpin Yahudi bertanya kepada Yesus, "Ya Guru yang baik, apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?" 19 Yesus bertanya kepadanya, "Mengapa kamu mengatakan Aku baik? Tiada seorang pun yang baik kecuali Allah. 20 Kamu mengetahui hukum Allah: 'Jangan berzina; jangan membunuh; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu dan hormatilah ibu bapamu.' " 21 Orang itu menjawab, "Sejak muda saya menurut segala hukumitu." 22 ApabiIa Yesus mendengar hal itu, Dia berkata kepadanya, "Masih ada satu perkara yang harus kamu lakukan: Juallah segala hartamu lalu dermakan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian ikutlah Aku." 23 Tetapi apabila orang itu mendengar kata-kata Yesus, dia sedih kerana dia sangat kaya. 24 Yesus melihat bahawa dia sedih. Oleh itu Dia berkata, "Alangkah susahnya bagi seorang kaya menikmati Pemerintahan Allah! 25 Lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada seorang kaya menikmati Pemerintahan Allah." 26 Orang yang mendengar kata-kata Yesus bertanya, "Jika demikian, siapa yang dapat diselamatkan?" 27 Yesus menjawab, "Apa yang mustahil bagi manusia, tidak mustahil bagi Allah!" 28 Lalu Petrus berkata, "Lihatlah, kami sudah meninggalkan rumah tangga untuk mengikut Guru." 29 "BetuI!" kata Yesus. "Percayalah, sesiapa yang meninggalkan rumah, atau isteri, atau saudara, atau ibu bapa, atau anak-anak kerana mengabdikan diri kepada Allah, 30 akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda pada masa ini, dan pada zaman yang akan datang dia akan menerima hidup sejati dan kekal."
Kali Ketiga Yesus Berkata tentang Kematian-Nya
31 Yesus memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu berkata kepada mereka, "Dengarlah! Kita sekarang menuju ke Yerusalem. Di sana segala yang ditulis oleh nabi-nabi tentang Anak Manusia akan berlaku. 32 Dia akan diserahkan kepada orang bukan Yahudi lalu mereka akan mempermainkan, menghina, dan meludahi Dia. 33 Mereka akan menyesah dan membunuh Dia; tetapi pada hari ketiga, Dia akan bangkit semula.'' 34 Semuanya itu tidak difahami sedikit pun oleh pengikut Yesus. Makna ucapan itu dirahsiakan daripada mereka. Mereka tidak mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Yesus.
Yesus Menyembuhkan Seorang Buta
35 Yesus hampir tiba di Yerikho. Di situ ada seorang buta yang sedang duduk di pinggir jalan meminta sedekah. 36 Apabila orang buta itu mendengar orang ramai lalu di situ, dia bertanya, "Apa sedang berlaku?" 37 Mereka memberitahu dia, "Yesus, orang Nasaret itu, lalu." 38 Segera dia berseru, "Yesus, Anak Daud! Kasihanilah saya!" 39 Semua orang yang di hadapan memarahi dia dan menyuruh dia diam. Tetapi dia berseru lebih kuat lagi, "Anak Daud, kasihanilah saya!" 40 Yesus berhenti dan menyuruh orang membawa orang buta itu kepada-Nya. Apabila dia tiba, Yesus bertanya kepadanya, 41 "Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untukmu?" Orang buta itu menjawab, "Tuan, saya ingin melihat semula." 42 Yesus berkata kepadanya, "Jika demikian, lihatlah! Kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh." 43 Seketika itu juga dia dapat melihat, lalu dia mengikut Yesus, sambil memuliakan Allah. Apabila orang ramai nampak hal itu, mereka memuji Allah.
Yesus dan Zakheus
19:1 Yesus meneruskan perjalanan-Nya ke Yerikho dan melalui kota itu. 2 Di situ ada seorang ketua pemungut cukai yang kaya; namanya Zakheus. 3 Dia ingin melihat Yesus, tetapi kerana orang terlalu banyak, lagi pula dia pendek, dia tidak dapat melihat Yesus. 4 Dia lari mendahului orang ramai, lalu memanjat sebatang pokok ara, supaya dia dapat melihat Yesus yang akan lalu di situ. 5 Apabila Yesus tiba di situ, Dia memandang ke atas lalu berkata kepada Zakheus, "Zakheus, turunlah segera! Hari ini Aku mesti menumpang di rumahmu." 6 Zakheus turun dengan segera dan menyambut Yesus dengan kegembiraan. 7 Semua orang yang menyaksikan hal itu mula bersungut-sungut. Mereka berkata, "Orang ini menumpang di rumah seorang berdosa!" 8 Zakheus berdiri dan berkata kepada Yesus, "Guru, saya akan mendermakan separuh daripada harta saya kepada orang miskin. Sesiapa sahaja yang pernah saya tipu, akan saya bayar kembali empat kaliganda!" 9 Yesus berkata kepadanya, "Pada han mi Allah telah menyelamatkan kamu dan keluargamu, kerana kamu juga keturunan Abraham. 10 Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat."
Perumpamaan tentang Mata Wang Emas
11 Sementara orang masih mendengar Yesus berkata-kata, Yesus menceritakan perumpamaan berikut. Pada waktu itu Dia hampir tiba di Yerusalem dan orang ramai menyangka bahawa Allah segera akan memerintahN di bumi. 12 Oleh itu Yesus berkata kepada mereka, "Seorang bangsawan pergi ke negeri yang jauh untuk dilantik menjadi raja, dan kemudian dia akan kembali. 13 Tetapi sebelum dia berangkat, dia memanggil sepuluh orang hambanya lalu memberikan sekeping wang emas kepada setiap orang. Dia berkata, 'Berniagalah dengan wang ini semasa aku pergi.' 14 Tetapi penduduk negerinya membenci dia. Setelah dia berangkat, mereka mengirim utusan untuk mengatakan, 'Kami tidak mahu orang ini menjadi raja kami.' 15 Orang bangsawan itu dilantik menjadi raja, lalu pulangke negerinya. Dengan segera dia menyuruh semua hambanya yang sudah menerima wang emas supaya datang menghadap. Raja hendak mengetahui keuntungan yang diperoleh mereka. 16 Hamba pertama datang dan berkata, 'Tuanku, patik berhasil mendapat sepuluh keping wang emas dengan sekeping wang yang tuanku berikan itu.' 17 'Bagus, kamu hamba yang baik! Oleh sebab kamu dapat dipercayai dalam perkara yang kecil, beta akan menjadikan kamu penguasa sepuluh buah kota.' 18 Hamba kedua datang dan berkata, 'Tuanku, dengan sekeping wang emas yang tuanku berikan, patik berhasil mendapat lima keping wang emas.' 19 Kepada hamba itu raja berkata, 'Beta akan menjadikan kamu penguasa lima buah kota.' 20 Hamba yang lain datang dan berkata, 'Tuanku, inilah wang emas tuanku. Patik telah menyimpannya di dalam sapu tangan. 21 Patik takut akan tuanku, kerana patik tahu bahawa tuanku seorang yang keras. Tuanku mengambil apa yang bukan milik tuanku, dan tuanku menuai di tempat yang tidak tuanku semai.' 22 Raja itu berkata kepadanya, 'Hai hamba yang jahat! Beta akan menghukum kamu menurut kata-katamu sendiri. Kamu tahu bahawa beta seorang yang keras; beta mengambil apa yang bukan milik beta, dan menuai di tempat yang tidak beta semai. 23 Oleh itu kamu seharusnya menyimpan wang beta di bank supaya apabila beta kembali beta dapat menenma wang beta dengan laedahnya.' 24 Kemudian raja itu bertitah kepada mereka yang berdiri di situ, Ambillah wang emas itu daripadanya dan berikan kepada hamba yang mempunyai sepuluh keping.' 25 Mereka berkata kepada raja itu, 'Tuanku, dia mempunyai sepuluh keping!' 26 Raja itu menjawab, 'Ketahuilah, orangyang sudah mempunyai sesuatu, kepadanya akan diberikan lebih banyak lagi. Tetapi orang yang tidak mempunyai apa-apa, sedikit yang ada padanya akan diambil juga. 27 Sekarang bawa ke mari musuh beta yang tidak mahu beta menjadi raja mereka. Bunuhlah mereka semua di hadapan beta!' "
Yesus Masuk ke Yerusalem
28 Setelah Yesus berkata demikian, Dia berjalan di hadapan mereka lalu menuju ke Yerusalem. 29 Apabila Yesus tiba dekat Betfage dan Betania di Bukit Zaitun, Dia menyuruh dua orang pengikut-Nya berjalan terlebih dahulu. 30 Dia berkata kepada mereka, "Pergilah ke pekan yang di hadapan itu. Apabila kamu tiba di situ, kamu akan mendapati seekor anak keldai yang tertambat. Haiwan itu belum pernah ditunggang orang. Lepaskanlah dan bawalah keldai itu ke mari. 31 Jika orang bertanya, 'Mengapa kamu melepaskan keldai itu?' beritahu orang itu, 'Tuhan memerlukannya.' " 32 Kedua-dua orang pengikut itu pun pergi dan mendapati semuanya seperti yang dikatakan oleh Yesus. 33 Sedang mereka melepaskan anak keldai itu, pemiliknya berkata kepada mereka, "Mengapa kamu melepaskan keldai itu?" 34 Mereka menjawab, "Tuhan memerlukannya." 35 Lalu mereka membawa anak keldai itu kepada Yesus. Mereka menaruh jubah mereka pada punggung keldai itu lalu menolong Yesus naik ke atasnya. 36 Sementara Yesus lalu dengan menunggang keldai itu, orang ramai membentangkan jubah di jalan. 37 Apabila Yesus hampir sampai di Yerusalem, di jalan yang menurun dari Bukit Zaitun, semua pengikut-Nya mula bersyukur kepada Allah dan memuji Allah dengan suara keras kerana semua mukjizat yang sudah disaksikan oleh mereka. 38 "Diberkatilah Dia yang datang dengan kuasa Tuhan! Sejahtera di syurga dan kemuliaan bagi Allah!" 39 Lalu beberapa orang Farisi antara orang ramai itu berkata kepada Yesus, "Guru, suruhlah semua pengikut guru diam." 40 Yesus menjawab, "Percayalah, jika mereka diam, batu-batu ini akan mula berseru."
Yesus Menangisi Yerusalem
41 Yesus semakin dekat Yerusalem dan apabila Dia melihat kota itu, Dia menangisinya. 42 Dia berkata, "Alangkah baiknya jikakamu mengetahuiapayangdapat mendatangkan kedamaian! Tetapi sekarang kamu tidak dapat melihatnya. 43 Masanya akan tiba apabila musuh mengelilingimu dengan sekatan. Mereka akan mengepung dan mengasak kamu dari segala arah. 44 Mereka akan memusnahkan kamu dan semua pendudukmu. Tidak seketul batu pun akan tertinggal pada tempatnya, kerana kamu tidak tahu masanya Allah datang menyelamatkan kamu!"
Yesus Masuk ke Rumah Tuhan
45 Yesus masuk ke Rumah Tuhan dan mula mengusir semua pedagang di situ. 46 Yesus berkata, "Di dalam Alkitab tertulis bahawa Allah berhrman, 'Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa.' Tetapi kamu menjadikannya tempat persembunyian perompak!" 47 Setiap hari Yesus mengajar di dalam Rumah Tuhan. Para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin bangsa Yahudi hendak membunuh dia. 48 Tetapi mereka tidak mendapat peluang, kerana orang ramai sentiasa mendengarkan Dia dan tidak mahu terlepas sepatah kata pun.
Pertanyaan tentang Hak Yesus
20:1 Pada suatu hari, Yesus mengajar dan menyampaikan Berita Baik di dalam Rumah Tuhan. Para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi datang 2 dan berkata kepada Yesus, "Beritahulah kami, dengan hak siapa kamu melakukan perkara-perkara ini? Siapakah yang memberikan hak kepadamu untuk melakukannya?" 3 Yesus menjawab, "Aku juga ingin bertanya kepada kamu. Katakanlah, 4 dengan hak siapakah Yohanes membaptis orang? Dengan hak Allah atau manusia?" 5 Mereka mula membincangkan soalan itu, "Apakah yang akan kita katakan? Jika kita menjawab, 'Dengan hak Allah,' Dia akan berkata, 'Mengapa kamu tidak percaya kepada Yohanes?' 6 Tetapi jika kita berkata, 'Dengan hak manusia,' semua orang akan merejam kita, kerana mereka percaya bahawa Yohanes seorang nabi." 7 Lalu mereka menjawab, "Kami tidak tahu." 8 Yesus berkata kepada mereka, "Jika demikian Aku pun tidak mahu memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini."
Perumpamaan tentang Penyewa Ladang Anggur
9 Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada orang ramai. "Ada seorang yang menanami ladang anggur, lalu menyewakannya kepada beberapa orang. Setelah itu dia pergi ke negeri lain dan tinggal lama di sana. 10 Apabila tiba masanya untuk mengumpulkan buah anggur, pemilik ladang itu mengutus hambanya kepada penyewa-penyewa ladang itu untuk menerima hasil bahagiannya. Tetapi para penyewa ladang memukul hamba itu dan menyuruh dia pulang dengan tangan kosong. 11 Pemilik ladang itu mengutus seorang lagi hambanya. Tetapi para penyewa ladang itu juga memukul hamba ini, mempermalukan dia, lalu menyuruh dia pulang dengan tangan kosong. 12 Kemudian pemilik ladang itu mengutus hamba ketiga. Penyewa-penyewa ladang itu juga mencederakan hamba ini dan membuang dia ke luar ladang itu. 13 Pemilik ladang itu berkata, 'Apakah yang harus aku lakukan? Aku akan mengutus anakku yang aku kasihi. Tentu mereka akan menghormati dia!' 14 Tetapi apabila para penyewa ladang itu nampak dia, mereka bercakap sesama sendiri, 'Ini dia anak pemilik ladang. Mari kita bunuh dia, supaya kita dapat hartanya.' 15 Oleh itu mereka membuang dia ke luar ladang lalu membunuh dia." Lalu Yesus bertanya, "Apakah yang akan dilakukan oleh pemilik ladang itu terhadap para penyewa ladang anggur itu? 16 Dia akan datang dan membunuh semua penyewa ladang itu, lalu menyerahkan ladang itu kepada penyewa-penyewa lain." Apabila orang di situ mendengar hal itu, mereka berkata, "Janganlah perkara iniberlaku!" 17 Yesus memandang mereka lalu bertanya, "Jika demikian, apakah makna ayat Alkitab ini? 'Batu yang dibuang oleh pembina bangunan telah menjadi batu yang paling utama.' 18 Semua orang yang jatuh pada batu itu akan hancur; dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan tergilas menjadi debu."
Pertanyaan tentang Pembayaran Cukai
19 Semua guru Taurat dan ketua imam di situ cuba menangkap Yesus pada saat itu juga, kerana mereka tahu bahawa perumpamaan itu ditujukan kepada mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai. 20 Oleh itu mereka menunggu peluang yang baik. Mereka menyuap beberapa orang supaya berpura-pura, dan mengutus mereka untuk memerangkap Yesus dengan pertanyaan. Dengan demikian mereka dapat menyerahkan Yesus kepada kekuasaan gabenor. 21 Lalu beberapa orang itu berkata kepada Yesus, "Guru, kami tahu bahawa apa yangguru katakan dan ajarkan itu benar. Kami tahu bahawa guru tidak memandang kedudukan orang, tetapi guru mengajar kehendak Allah bagi manusia dengan terus terang. 22 Katakanlah, menurut Taurat bolehkah kita membayar cukai kepada KaisarRoma?" 23 Yesus mengetahui muslihat mereka. Dia berkata, 24 "Tunjukkan sekeping mata wang kepada-Ku. Gambar dan nama siapakah ini?" "Kaisar!" jawab mereka. 25 Oleh itu Yesus berkata, "Baiklah, jika demikian, berikan apa yang menjadi milik Kaisar kepada Kaisar dan berikan apa yang menjadi milik Allah kepada Allah." 26 Mereka tidak dapat mencari kesalahan Yesus di hadapan orang ramai. Mereka diam sahaja kerana hairan mendengar jawapan-Nya.
Pertanyaan tentang Kebangkitan daripada Kematian
27 Beberapa orang Saduki datang kepada Yesus. (Mereka berpendapat bahawa orang mati tidak akan bangkit semula.) Mereka bertanya kepada Yesus, 28 "Guru, Musa memberi kita hukum berikut: 'Jika seorang lelaki meninggal tanpa mempunyai anak, maka saudara lelakinya mesti berkahwin dengan balunya supaya orang yang sudah meninggal itu mendapat keturunan.' 29 Dahulu ada tujuh orang adik-beradik. Yang sulung berkahwin tetapi meninggal tanpa mempunyai anak. 30 Lalu saudara kedua berkahwin dengan balu itu tetapi dia pun meninggal tanpa mempunyai anak. 31 Hal yang sama berlaku kepada saudara ketiga dan seterusnya sehingga saudara ketujuh. Mereka semua meninggal tanpa mempunyai anak. 32 Akhirnya balu itu meninggal. 33 Pada hari kebangkitan orang mati, isteri siapakah wanita itu? Tujuh orang adik-beradik itu sudah berkahwin dengan dia." 34 Yesus menjawab, "Lelaki dan perempuan yang hidup sekarang ini berkahwin. 35 Tetapi lelaki dan perempuan yang layak dibangkitkan daripada kematian dan hidup pada zaman yang akan datang tidak berkahwin. 36 Mereka akan menjadi seperti malaikat; mereka tidak mati lagi. Mereka menjadi anak-anak Allah, kerana mereka sudah dibangkitkan daripada kematian. 37 Musa menjelaskan bahawa orang mati akan dibangkitkan. Tulisannya tentang belukar yang bernyala menyatakan Tuhan sebagai Allah yang disembah oleh Abraham, Ishak, dan Yakub.' 38 Hal ini bererti bahawa Allah itu Allah orang hidup, bukan Allah orang mati, kerana Allah menganggap mereka semua hidup." 39 Beberapa orang guru Taurat berkata, "Sungguh baik jawapan guru." 40 Mereka tidak lagi berani menanyakan apa-apa kepada Yesus.
Pertanyaan tentang Penyelamat
41 Yesus bertanya kepada mereka, "Bagaimanakah orang dapat mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud? 42 Daud berkata di dalam Kitab Mazmur, 'Tuhan berfirman kepada Tuhanku: Duduklah di sebelah kanan-Ku, 43 sehingga Aku menakluki musuh-Mu ke bawah kaki-Mu.' 44 Jika Daud memanggil Dia 'Tuhan', bagaimana mungkin Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?"
Nasihat supaya Berhati-hati dengan Guru Taurat
45 Sementara semua orang mendengarkan kata-kata-Nya, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, 46 "Berhati-hatilah dengan guru Taurat. Mereka suka berjalan-jalan dengan memakai jubah panjang, dan suka dihormati orang di pasar. Mereka memilih tempat terbaik di dalam rumah ibadat dan di majlis jamuan. 47 Mereka memperdaya balu dan merampas rumah mereka, kemudian berpura-pura berdoa dengan berpanjangan! Mereka akan menerima hukumanyang amat berat!"
Persembahan Seorang Balu
21:1 Yesus melihat di sekeliling-Nya dan nampak orang kaya memasukkan wang ke dalam peti persembahan di Rumah Tuhan. 2 Dia juga melihat seorang balu yang sangat miskin memasukkan dua keping mata wang tembaga. 3 Yesus berkata, "Ketahuilah, balu ini memberikan persembahan yang lebih besar nilainya daripada semua orang lain. 4 Orang lain memberikan persembahan daripada kelebihan kekayaan mereka. Tetapi balu ini, walaupun sangat miskin, mendermakan semua nalkahnya."
Yesus Berkata-kata tentang Keruntuhan Rumah Tuhan
5 Beberapa orang sedang bercakap tentang Rumah Tuhan. Mereka berkata betapa indahnya Rumah Tuhan yang dihias dengan batu yang indah-indah, serta semua barang yang dipersembahkan kepada Allah. Lalu Yesus berkata kepada mereka, 6 "Akan tiba masanya apabila semua yang kamu lihat ini akan dirobohkan. Tidak ada satu batu pun akan tinggal tersusun pada tempatnya!"
Kesusahan dan Penganiayaan
7 Mereka bertanya kepada Yesus, "Guru, bilakah perkara ini akan berlaku? Apakah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa masanya sudah tiba?" 8 Yesus berkata, "Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu. Orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, 'Akulah dia!' dan 'Masanya sudah tiba!' Jangan ikut mereka. 9 Jangan takut apabila kamu mendengar berita tentang peperangan dan pemberontakan. Semua perkara ini mesti berlaku terlebih dahulu, tetapi hal ini tidak bererti bahawa akhir zaman sudah tiba." 10 Yesus berkata lagi, "Bangsa yang satu akan berperang melawan bangsa yang lain dan kerajaan yang satu akan menyerang kerajaan yang lain. 11 Di pelbagai tempat akan berlaku gempa bumi yang dahsyat, kebuluran, dan wabak. Akan berlaku juga pelbagai perkara yang menakutkan dan luar biasa di langit. 12 Tetapi sebelum segala perkara ini berlaku, kamu akan ditangkap dan dianiaya. Kamu akan dibawa ke rumah ibadat untukdiadili, lalu dipenjarakan. Kamu akan dihadapkan kepada raja dan penguasa kerana kamu pengikut-Ku. 13 Inilah peluang kamu untuk mengkhabarkan Benta Baik. 14 Bertekadlah bahawa kamu tidak akan khuatir tentang bagaimana kamu harus membela diri. 15 Aku akan memberikan kata-kata dan kebijaksanaan kepada kamu, sehingga tiada seorang musuh pun dapat melawan atau menalikan kata-kata kamu. 16 Kamu akan dikhianati oleh ibu bapa, saudara, sanak keluarga, dan sahabat kamu. Mereka akan membunuh beberapa orang antara kamu. 17 Semua orang akan membenci kamu kerana Aku, 18 tetapi sehelai rambut pun di kepala kamu tidak akan hilang. 19 Hendaklah kamu teguh hati! Dengan jalan ini kamu akan mendapat hidup sejati."
Yesus Berkata-kata tentang Keruntuhan Yerusalem
20 "Apabila kamu nampak Yerusalem dikepung tentera, kamu akan tahu bahawa kota itu segera akan dimusnahkan. 21 Pada waktu itu orang di Yudea mesti lari ke pergunungan; orang yang di dalam kota mesti meninggalkan kota, dan orang yang di luar kota jangan masuk ke dalam kota. 22 Itulah yang harus kamu lakukan kerana masa itu 'Hari Hukuman', apabila semua yang telah tertulis di dalam Alkitab berlaku. 23 Alangkah dahsyatnya masa itu bagi wanita yang mengandung dan ibu yang menyusui bayi! Negeri ini akan mengalami kesusahan yang besar dan Tuhan akan menghukum bangsa ini. 24 Ada orang yang akan dibunuh dengan pedang, ada lagi orang yang akan dibawa sebagai tawanan ke negeri orang, dan bangsa yang tidak mengenal Allah akan menginjak-injak Yerusalem sehingga habis masa yang ditetapkan oleh Tuhan untuk mereka."
Kedatangan Anak Manusia
25 "Kelak tanda-tanda yang luar biasa akan kelihatan pada matahari, bulan, dan bintang. Semua negeri di seluruh bumi akan putus asa dan takut menghadapi deru dan gelora laut. 26 Orang akan pengsan kerana ketakutan sementara menantikan apa yang akan berlaku di seluruh bumi, kerana kuasa di angkasa lepas ditarik daripada peredarannya. 27 Barulah Anak Manusia akan kelihatan datang dikelilingi awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar. 28 ApabiIa perkara-perkara itu mula berlaku, bangkitlah dan dongaklah ke langit, kerana sekejap lagi kamu akan diselamatkan."
Pelajaran daripada Pokok Ara
29 Lalu Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, "Lihatlah pokok ara dan semua pokok yang lain. 30 Apabila kamu nampak pokok mula berdaun, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat. 31 Demikian juga apabila kamu nampak perkara-perkara ini berlaku, kamu tahu bahawa Allah akan segera memerintah. 32 Ingatlah! Segala perkara ini akan berlaku sebelum orang yang hidup sekarang ini mati semuanya. 33 Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya."
Perlu Berjaga-jaga
34 "Berjaga-jagalah! Janganlah kamu asyik berpesta dan minum minuman keras atau khuatir akan kehidupan kamu, sehingga kamu tidak bersedia apabila Hari itu datang dengan tiba-tiba. 35 Hari itu akan datang seperti perangkap bagi semua orang di bumi. 36 Berjaga-jagalah dan berdoalah sentiasa supaya kamu mempunyai kekuatan untuk mengatasi semua perkara yang akan berlaku, lalu kamu dapat menghadap Anak Manusia." 37 Setiap hari Yesus mengajar di Rumah Tuhan dan pada petang hari Dia pergi bermalam di Bukit Zaitun. 38 Tiap-tiap pagi semua orang datang ke Rumah Tuhan untuk mendengar ajaran Yesus.
Muslihat terhadap Yesus
22:1 Perayaan Roti Tidak Beragi yang disebut Paska sudah dekat. 2 Para ketua imam dan guru Taurat sedang mencari jalan untuk membunuh Yesus dengan diam-diam, kerana mereka takut akan orang ramai.
Yudas Bersetuju Mengkhianati Yesus
3 Kemudian Iblis memasuki Yudas yang disebut Iskariot, seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus. 4 Lalu Yudas pergi berunding dengan para ketua imam dan ketua pengawal Rumah Tuhan tentang bagaimana dia boleh menyerahkan Yesus kepada mereka. 5 Mereka gembira dan bersetuju memberikan wang kepadanya. 6 Yudas pun bersetuju dan mula mencari peluang untuk menyerahkan Yesus kepada mereka tanpa diketahui oleh orang ramai.
Persiapan Jamuan Paska
7 Semasa Perayaan Roti Tidak Beragi, tibalah harinya domba disembelih untuk jamuan Paska. 8 Yesus menyuruh Petrus dan Yohanes, "Pergilah sediakan jamuan Paska untukkita." 9 Mereka bertanya, "Di manakah Guru mahu kami menyiapkannya?" 10 Yesus berkata, "Apabila kamu masuk ke bandar, kamu akan berjumpa dengan seorang lelaki yang menjunjung buyung air. Ikutilah dia ke rumah yang dimasukinya, 11 lalu berkatalah kepada pemilik rumah itu, 'Guru bertanya, di manakah bilik tempat Dia dan pengikut-pengikut-Nya akan makan jamuan Paska?' 12 Tuan rumah itu akan menunjukkan sebuah bilik besar di tingkat atas yang lengkap dengan segala perabotnya. Siapkanlah segala-galanya di situ." 13 Mereka pergi dan mendapati semuanya seperti yang dikatakan oleh Yesus, lalu mereka menyediakan jamuan Paska.
Perjamuan Tuhan
14 Apabila tiba waktunya untuk makan jamuan Paska, Yesus makan bersama dengan rasul-rasul itu. 15 Dia berkata kepada mereka, "Aku ingin sekali makan jamuan Paska ini bersama-sama kamu sebelum kematian-Ku! 16 Percayalah, Aku tidak akan memakannya Iagi sehingga makna perjamuan ini dinyatakan di Dunia Baru Allah." 17 Setelah ltu Yesus mengambil sebuah cawan berisi wain. Dia mengucap syukur kepada Allah, lalu berkata, "Ambillah cawan ini, dan bahagikanlah antata kamu sendiri. 18 Ketahuilah, mulai sekarang Aku tidak akan minum wain ini lagi sehingga Allah memerintah dengan sepenuhnya." 19 Kemudian Yesus mengambil roti. Setelah Dia mengucap syukur kepada Allah, Dia membahagi roti itu lalu memberikannya kepada mereka sambil berkata, "Inilah tubuh-Ku, yang diberikan untuk kamu. Berbuatlah demikian untuk mengenang Aku." 20 Begitu juga setelah makan, Dia memberikan cawan itu kepada mereka sambil berkata, "Cawan wain ini perjanjian Allah yang baru, yang disahkan dengan darah-Ku, darah yang dicurahkan untuk kamu.' 21 Tetapi lihatlah! Orang yang mengkhianati Aku ada di sini bersama-sama Aku! 22 Anak Manusia akan mati sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah; tetapi malanglah orang yang mengkhianati Dia!" 23 Lalu mereka mula bertanya sesama sendiri, siapa antara mereka yang akan melakukan perkara itu.
Pertengkaran tentang Siapa yang Terbesar
24 Pengikut-pengikut Yesus bertengkar tentang siapa antara mereka yang harus dianggap terbesar. 25 Yesus berkata kepada mereka, "Raja bangsa yang tidak mengenal Allah menindas rakyat; para penguasanya disebut 'Pelindung Rakyat'. 26 Tetapi tidak demikian halnya dengan kamu. Sebaliknya, orang yang terbesar antara kamu mesti menjadi seperti yang terkecil dan pemimpin mesti menjadi seperti hamba. 27 Siapakah yang lebih mulia, orang yang duduk makan atau orang yang melayani dia? Tentu orang yang duduk makan. Tetapi Aku ada antara kamu sebagai orang yang melayan. 28 Kamu telah bersama-sama Aku dalam segala kesusahan-Ku. 29 Sebagaimana Bapa-Ku telah memberikan hak kepada-Ku untuk memerintah, Aku juga akan memberikan hak itu kepada kamu. 30 Kamu akan makan minum dengan Aku dan memerintah bersama-sama Aku pada waktu Aku menjadi raja. Kamu akan duduk di atas takhta untuk memerintah dua belas suku Israel."
Nubuat bahawa Petrus akan Menyangkal Yesus
31 "Simon, Simon, dengarlah! Iblis telah mendapat kebenaran untuk menguji kamu semua, seperti peladang memisahkan gandum daripada sekam. 32 Tetapi Aku telah berdoa untukmu supaya imanmu tidak goyah. Apabila engkau balik kepada-Ku, engkau mesti menguatkan saudara saudaramu." 33 Petrus menjawab, "Ya Tuhan, aku bersedia cipenjarakan dan mati bersama-sama Tuhan!" 34 Yesus berkata, "Ketahuilah, Petrus, sebelum ayam berkokok hari ini, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku."
Dompet, Beg, atau Pedang
35 Kemudian Yesus bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, "Apabila Aku mengutus kamu dahulu dengan tidak membawa dompet, beg, atau kasut, adakah kamu kekurangan apa-apa?" "Tidak!" jawab mereka. 36 "Tetapi sekarang," kata Yesus, "orang yang mempunyai dompet atau beg, mesti membawanya; dan orang yang tidak mempunyai pedang, mesti menjual jubah untuk membeli pedang. 37 Ketahuilah, ayat Alkitab ini mesti berlaku kepada diri-Ku: 'Dia dianggap sebagai penjahat'. Apa yang tertulis tentang diri-Ku sedang berlaku sekarang ini." 38 Semua pengikut-Nya berkata, "Tuhan, lihatlah, di sini ada dua bilah pedang." Yesus menjawab, "Cukuplah!"
Yesus Berdoa di Bukit Zaitun
39 Yesus meninggalkan kota itu. Seperti biasa Dia pergi ke Bukit Zaitun dan pengikut-pengikut-Nya menyertai Dia. 40 Apabila Yesus tiba di situ, Dia berkata kepada mereka, "Berdoalah agar kamu tidak berdosa ketika menghadapi cubaan. 41 Kemudian Dia pergi lebih jauh dari tempat mereka, kira-kira sejauh lemparan batu. 42 Dia berlutut dan berdoa, "Ya Bapa, jika boleh jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah." 43 Malaikat dari syurga datang kepada-Nya dan menguatkan Dia. 44 Kerana berat penderitaan-Nya, Yesus semakin tekun berdoa, sehingga peluh-Nya seperti darah menitikke tanah.' 45 Selepas berdoa, Yesus balik kepada pengikut-pengikut-Nya. Dia mendapati mereka tidur kerana penat dan terlalu sedih. 46 Yesus berkata kepada mereka, "Mengapa kamu tidur? Bangunlah! Berdoalah supaya kamu tidak berdosa ketika menghadapi cubaan."
Yesus Ditangkap
47 Sementara Yesus masih berkata-kata, datanglah sekumpulan orang. Mereka dipimpin oleh Yudas, seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus. Yudas mendekati Yesus untuk mencium Dia. 48 Tetapi Yesus berkata kepadanya, "Yudas, adakah dengan ciuman, kamu mengkhianati Anak Manusia?" 49 Apabila pengikut Yesus yang di situ nampak apa yang akan berlaku, mereka berkata, "Tuhan, biarlah kami menyerang dengan pedang!" 50 Seorang antara mereka memukul hamba Imam Agung serta mengerat telinga kanannya. 51 Yesus berkata, "Sudahlah!" Lalu Dia menjamah telinga orang itu dan menyembuhkannya. 52 Setelah itu Yesus berkata kepada semua ketua imam, ketua pengawal Rumah Tuhan, dan pemimpin masyarakat Yahudi yang datang ke situ untuk menangkap Dia, "Adakah Aku ini penjahat, sehingga kamu mesti datang dengan membawa pedang dan belantan untuk menangkap Aku? 53 Tiap-tiap hari Aku bersama-sama kamu di Rumah Tuhan, tetapi kamu tidak menangkap Aku. Tetapi inilah masanya kamu bertindak, kerana kuasa kegelapan sedang memerintah."
Petrus Menyangkal Yesus
54 Mereka menangkap Yesus dan membawa Dia ke rumah Imam Agung. Petrus mengikut dari jauh. 55 Api unggun telah dinyalakan di tengah-tengah halaman rumah itu dan Petrus pergi duduk dengan orang lain yang duduk di sekelilingnya. 56 Apabila salah seorang hamba wanita nampak Petrus duduk dekat api unggun, dia mengamati Petrus lalu berkata, "Orang im juga bersama-sama Yesus!" 57 Tetapi Petrus menahkannya, "Aku tidak mengenal orang itu!" 58 Sejurus kemudian, seorang lagi nampak Petrus dan berkata, "Kamu juga seorang daripada mereka!" Tetapi Petrus menjawab, "Bukan!" 59 Kira-kira sejam kemudian, seorang lain berulang kali berkata, "Pasti orang ini pengikut Yesus, kerana dia juga orang Galilea!" 60 Tetapi Petrus menjawab, "Aku tidak faham apa yangkamu katakan!" Seketika itu juga, sedang Petrus berkata-kata, ayam berkokok. 61 Tuhan pun berpaling dan memandang Petrus. Petrus teringat akan apa yang dikatakan oleh Tuhan kepadanya, "Sebelum ayam berkokok hari ini, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku." 62 Petrus keluar dari situ lalu menangis tersedu-sedu.
Yesus Dipermainkan dan Dipukul
63 Semua orang yang mengawalYesus mempermainkan dan memukul Dia. 64 Mereka menutupi mata-Nya lalu bertanya kepada-Nya, "Tekalah, siapakah yang memukul kamu?" 65 Banyak lagi hinaan lain yang dilemparkan oleh mereka kepada Yesus.
Yesus di hadapan Majlis Agama
66 Pada pagi hari, para pemimpin masyarakat Yahudi, ketua imam, dan guru Taurat bermesyuarat, lalu Yesus dibawa ke hadapan Majlis Agama. 67 Mereka berkata, "Katakanlah, benarkah kamu ini Penyelamat yang diutus oleh Allah?" Yesus menjawab, "Jika Aku memberitahu kamu, kamu pun tidak mahu percaya. 68 Jika Aku bertanya apa-apa, kamu tidak mahu menjawab. 69 Tetapi mulai sekarang, Anak Manusia akan duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa." 70 Mereka semua bertanya, "Adakah kamu ini Anak Allah?" Yesus menjawab, "Begitulah yang kamu katakan." 71 Mereka berkata, "Kita tidak perlu saksi lagi! Kita telah mendengarapa yang dikatakannya!"
Yesus di hadapan Pilatus
23:1 Semua anggota majlis bangkit, lalu membawa Yesus ke hadapan Pilatus. 2 Di situ mereka mula menuduh Dia dan berkata, "Kami dapati orang ini menyesatkan rakyat. Dia menghasut orang ramai supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan dia mengaku diri sebagai Kristus, seorang raja." 3 Pilatus bertanya kepada Yesus, "Betulkah kamu raja orang Yahudi?" Yesus menjawab, "Begitulah yang tuan katakan." 4 Kemudian Pilatus berkata kepada para ketua imam dan orang ramai, "Aku tidak mendapati kesalahan apa-apa pun sehingga orangini patut dihukum." 5 Tetapi mereka berulang kali berkata, "Dengan ajarannya, orang ini menghasut orang di seluruh Yudea supaya memberontak; dia memulakannya di Galilea dan sekarang sudah sampai di sini pula."
Yesus di Hadapan Herodes
6 Ketika mendengar hal itu, Pilatus bertanya, "Adakah orang ini orang Galilea?" 7 Apabila Pilatus mengetahui bahawa Yesus berasal dari daerah yang diperintah oleh Herodes, dia menyuruh orang menghantar Yesus kepada Herodes. Ketika itu, Herodes juga di Yerusalem. 8 Herodes sangat gembira ketika nampak Yesus, kerana sudah lama dia mendengar perihal Yesus dan ingin melihat dia. Herodes berharap dapat menyaksikan Yesus melakukan mukjizat. 9 Oleh itu Herodes mengajukan banyak pertanyaan kepada Yesus, tetapi Yesus tidak menjawab sepatah pun. 10 Semua ketua imam dan guru Taurat yang di situ maju ke hadapan dan mendakwa Yesus dengan berbagai-bagai tuduhan yang berat. 11 Herodes dan askar-askarnya mempermainkan serta menghina Yesus. Mereka mengenakan jubah yang indah pada Yesus, lalu mengembalikan Yesus kepada Pilatus. 12 Mulai hari itu Herodes dan Pilatus bersahabat; dahulunya mereka bermusuhan.
Yesus Dijatuhi Hukuman Mati
13 Pilatus mengumpulkan para ketua imam, pemimpin, dan orang ramai. 14 Dia berkata kepada mereka, "Kamu membawa orang ini kepadaku dan berkata bahawa dia menyesatkan rakyat. Aku sudah menyoal dia di sini di hadapan kamu, dan tidak mendapati kesalahan apa-apa pun sebagaimana yang kamu tuduhkan kepadanya. 15 Herodes pun berpendapat demikian, kerana dia menghantar Yesus kembali kepada kami. Orang ini tidak melakukan sesuatu pun sehingga dia patut dijatuhi hukuman mati. 16 Oleh itu aku menyuruh orang mencambuk dia, lalu membebaskannya." [17 Pada tiap-tiap perayaan Paska, Pilatus harus membebaskan seorang tahanan untuk rakyat.] 18 Semua orang di situ berseru, "Bunuhlah dia! Bebaskan Barabas untuk kami!" (19 Barabas dipenjarakan kerana terbabit dalam pemberontakan yang berlaku di kota dan kerana pembunuhan.) 20 Pilatus hendak membebaskan Yesus. Oleh itu Pilatus berseru lagi kepada orang ramai. 21 Tetapi mereka berseru, "Salibkandia! Salibkandia!" 22 Lalu untuk kali ketiga Pilatus berkata kepada mereka, "Tetapi apakah kesalahannya? Aku tidak mendapati kesalahan apa-apa pun pada orang ini sehingga dia patut dijatuhi hukuman mati! Aku akan menyuruh orang mencambuk dia, kemudian membebaskannya." 23 Tetapi mereka terus-menerus berseru dengan sekuat tenaga bahawa Yesus harus disalibkan, dan akhimya mereka berjaya. 24 Pilatus menjatuhkan hukuman mati kepada Yesus sesuai dengan kehendak orang ramai. 25 Kemudian Pilatus membebaskan orang yang dikehendaki mereka, orang yang dipenjarakan kerana terbabit dalam pemberontakan dan pembunuhan. Setelah itu Pilatus menyerahkan Yesus kepada mereka untuk diperlakukan dengan sesuka hati.
Yesus Disalibkan
26 Askar-askar itu membawa Yesus pergi, lalu di tengah jalan mereka berjumpa dengan seorang bernama Simon, yang berasal dari Kirene. Dia sedang memasuki kota. Askar-askar itu menangkap dia, lalu memaksa dia memikul salib Yesus dan berjalan di belakang Yesus. 27 Banyak orang mengikut Yesus dan antara mereka ada beberapa orang wanita yang menangisi dan meratapi Yesus. 28 Yesus berpaling kepada mereka dan berkata, "Wanita-wanita Yerusalem, janganlah tangisi Aku. Tangisilah diri kamu sendiri dan anak-anak kamu. 29 Masanya akan tiba apabila orang berkata, Alangkah bertuahnya wanita yang tidak pernah mengandung, yang tidak pernah melahirkan dan menyusukan bayi!' 30 Itulah masanya apabila orang akan berkata kepada gunung, 'Timpalah kami!' dan kepada bukit, 'Sembunyikanlah kami!' 31 Jika demikian yang dilakukan mereka terhadap kayu yang masih hijau, apa pula yang akan dilakukan mereka terhadap kayu yang kering?" 32 Ada pula dua orang penjahat yang akan disalibkan bersama-sama Yesus. 33 Apabila tiba di tempat yang disebut "Tengkorak," mereka menyalibkan Yesus dan kedua-dua orang penjahat itu - seorang di sebelah kanan Yesus dan seorang lagi di sebelah kiri-Nya. 34 Yesus berkata, "Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka."'' Pakaian Yesus dibahagi-bahagikan antara mereka sendiri dengan membuang undi. 35 Semua orang yang berdiri di situ memandang sahaja, tetapi para pemimpin orang Yahudi mengejek Dia dengan berkata, "Dia telah menyelamatkan orang lain. Jika dia benar-benar Penyelamat yang dipilih oleh Allah," biarlah dia menyelamatkan dirinya sendiri!" 36 Askar-askar juga mengejek dia. Mereka mendekati Yesus lalu memberikan wain masam kepada-Nya. 37 Mereka berkata, "Jika kamu raja orang Yahudi, selamatkanlah dirimu sendiri!" 38 Pada sebelah atas kayu salib Yesus, tertulis kata-kata: "Inilah Raja Orang Yahudi." 39 Salah seorang penjahat yang disalibkan di situ menghina Yesus. Dia berkata, "Bukankah kamu Penyelamat yang diutus oleh Allah? Selamatkanlah dirimu sendiri dan juga kami!" 40 Tetapi penjahat yang seorang lagi menegur dia dan berkata, "Tidakkah kamu takut akan Allah? Kita semua sudah dihukum mati. 41 Hukuman kita berdua memang setimpal dengan perbuatan kita, tetapi orang ini tidak bersalah!" 42 Lalu dia berkata kepada Yesus, "Ya Yesus, ingatlah akan saya, apabila Tuan menjadi Raja!" 43 Yesus berkata kepadanya, "Percayalah, pada hari ini kamu akan bersama-sama Aku di Firdaus."
Kematian Yesus
44 Kira-kira pukul dua belas tengah hari, matahari tidak bersinar dan seluruh negeri itu diliputi kegelapan sehingga pukul tiga petang. 45 Pada waktu itu tirai yang tergantung di dalam Rumah Tuhan koyak menjadi dua helai. 46 Lalu Yesus berseru dengan suara lantang, "Ya Bapa, Aku serahkan diri-Ku ke dalam tangan-Mu!" Setelah berkata demikian, Dia pun meninggal. 47 Ketua askar nampak apa yang telah berlaku. Dia memuji Allah dan berkata, "MemangDia tidakbersalah!" 48 Apabila semua orang yang berkumpul di situ melihat apa yang telah berlaku, mereka semua pulang ke rumah sambil menebah dada kerana menyesal. 49 Semua sahabat Yesus, termasuk wanita-wanita yang telah mengikut Yesus dari Galilea, berdiri dari jauh dan menyaksikan semua perkaraitu.
Penguburan Yesus
50-51 Ada seorang bernama Yusuf; dia berasal dari kota Anmatea di negeri Yudea. Dia seorang baik yang dihormati orang. Dia sedang menantikan masanya Allah mula memerintah. Meskipun dia anggota Majlis Agama, dia tidak bersetuju dengan keputusan dan tindakan Majlis itu. 52 Dia menghadap Pilatus dan meminta jenazah Yesus. 53 Dia menurunkan jenazah Yesus dan salib, lalu membalutnya dengan kain linen. Setelah itu dia meletakkan jenazah Yesus di dalam kubur yang dipahat pada sebuah bukit batu. Kubur itu belum pernah digunakan. 54 Hari itu hari Jumaat dan hari Sabat hampir bermula. 55 Wanita-wanita dari Galilea yang datang dengan Yesus, mengikuti Yusuf. Mereka nampak kubur itu dan melihat bagaimana jenazah Yesus diletakkan di dalamnya. 56 Setelah itu mereka pulang, lalu menyediakan ramuan dan minyak wangi untuk jenazah Yesus. Pada hari Sabat mereka berhenti bekerja untuk mentaati penntah Taurat.
Kebangkitan Yesus
24:1 Pada hari Ahad, ketika hari masih subuh, wanita-wanita itu pergi ke kubur dan membawa ramuan yang sudah disediakan oleh mereka. 2 Mereka mendapati batu penutup pintu kubur sudah digulingkan. 3 Lalu mereka masuk ke dalam kubur itu, tetapi tidak mendapati jenazah Tuhan Yesus. 4 Sementara mereka berdiri di situ dan kehairanan memikirkan hal ini, tiba-tiba dua orang lelaki yang mengenakan pakaian yang berkilau-kilauan berdiri di sisi mereka. 5 Kerana ketakutan, wanita-wanita itu bersujud. Lalu kedua-dua orang itu berkata kepada mereka, "Mengapakah kamu mencari orang hidup antara orang mati? 6 Dia tidak ada di sini; Dia sudah bangkit! Ingatlah akan apa yang telah dikatakan-Nya kepada kamu sewaktu Dia di Galilea: 7 Anak Manusia mesti diserahkan kepada orang berdosa, lalu disalibkan, dan bangkit pada hari ketiga.' " 8 Barulah semua wanita itu ingat akan kata-kata Yesus. 9 Setelah mereka balik dari kubur itu, mereka memberitahukan segala perkara itu kepada sebelas orang rasul dan semua pengikut yang lain. 10 Kumpulan wanita itu terdiri daripada Maria Magdalena, Yohana, dan Maria ibu Yakobus. Bersama dengan wanita-wanita Iain, mereka memberitahukan perkara itu kepada rasul-rasul. 11 Tetapi rasul-rasul itu menyangka wanita-wanita itu mengatakan yang bukan-bukan. Mereka tidak percaya akan cerita itu. 12Tetapi Petrus bangun lalu lari ke kubur. Dia membongkok, lalu menengok ke dalam dan nampak hanya kain kalan di situ. Dia pulang ke rumah dengan kehairanan kerana memikirkan apa yang telah berlaku.''
Perjalanan ke Emaus
13 Pada hari itu juga, dua orang daripada pengikut Yesus sedang pergi ke pekan bernama Emaus, kira-kira sebelas kilometer jauhnya dari Yerusalem. 14 Mereka berbincang tentang peristiwa yang sudah berlaku. 15 Sedang mereka bercakap dan bertukar pendapat, Yesus datang menghampiri mereka dan berjalan bersama-sama mereka. 16 Mereka nampak Yesus, tetapi entah bagaimana mereka tidak mengenal Dia. 17 Yesus berkata kepada mereka, "Apakah yang kamu percakapkan dalam perjalanan kamu ini?" Mereka berhenti dengan muka yang sedih. 18 Lalu seorang daripada mereka yang bernama Kleopas bertanya kepada Yesus, "Adakah tuan satu-satunya orang di Yerusalem yang tidak mengetahui apa yang telah berlaku akhir-akhirini?" 19 "Apakah yang telah berlaku?" tanya Yesus. "Perkara-perkara yang berlaku kepada Yesus, orang Nasaret itu," jawab mereka. "Dia seorang nabi. Di sisi Allah dan pada pandangan semua orang, Dia berkuasa kerana kata-kata-Nya mahupun perbuatan-Nya. 20 Para ketua imam dan penguasa bangsa kita menyerahkan Dia supaya dihukum mati, lalu mereka menyalibkan Dia! 21 Kami berharap bahawa Dialah yang akan membebaskan Israel! Lagi pula hari ini hari ketiga sejak kejadian itu. 22 Beberapa orang wanita daripada golongan kami memeranjatkan kami. Pada waktu lajar mereka pergi ke kubur, 23 tetapi tidak mendapati jenazah Yesus. Lalu mereka kembali dan berkata bahawa mereka nampak malaikat-malaikat yang memberitahukan bahawa Yesus hidup. 24 Beberapa orang di kalangan kami pergi ke kubur dan mendapati keadaannya seperti apa yang dikatakan oleh wanita-wanita itu, tetapi mereka tidak nampak Yesus." 25 Lalu Yesus berkata kepada mereka, "Alangkah bodohnya kamu! Alangkah lambatnya kamu mempercayai semua yang dikatakan oleh nabi-nabi! 26 Bukankah Penyelamat yang diutus oleh Allah harus mengalami penderitaan itu bagi mencapai kemuliaan-Nya?" 27 Kemudian Yesus menerangkan apa yang tertulis tentang diri-Nya di dalam seluruh Alkitab kepada mereka, mulai dari Kitab-Kitab Musa dan tulisan para nabi. 28 Mereka hampir tiba di pekan yang ditujui. Yesus kelihatannya seolah-olah hendak meneruskan perjalanan. 29 Tetapi mereka menjemput Dia bermalam. Mereka berkata, "Tinggallah dengan kami. Hari hampir malam, lagi pun sudah mulai gelap." Oleh itu Yesus masuk ke rumah untuk bermalam dengan mereka. 30 Dia makan bersama-sama mereka. Kemudian Dia mengambil roti, mengucap syukur kepada Allah, lalu membahagi roti itu, dan memberikannya kepada mereka. 31 Maka sedarlah mereka bahawa orang itu Yesus. Tetapi Yesus lenyap daripada pandangan mereka. 32 Mereka bercakap sesama sendiri, "Tidakkah hati kita berasa seperti meluap, ketika Dia berkata-kata kepada kita di tengah jalan dan menerangkan isi Alkitab kepada kita?" 33 Mereka terus bangkit lalu balik ke Yerusalem. Di situ mereka mendapati sebelas orang rasul sedang berkumpul dengan pengikut yang lain. 34 Mereka berkata, "Memang benar Tuhan sudah bangkit! Dia sudah menampakkan diri kepada Simon!" 35 Lalu kedua-dua orang pengikut itu menerangkan apa yang berlaku di tengah jalan dan bagaimana mereka mengenali Tuhan pada masa Dia membahagi roti.
Yesus Menampakkan Diri kepada Pengikut-Nya
36 Sedang mereka bercerita tentang perkara itu, tiba-tiba Yesus berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata, "Sejahteralah kamu!"' 37 Mereka terkejut dan ketakutan, kerana menyangka mereka nampak hantu. 38 Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Mengapa kamu takut? Mengapa hati kamu ragu-ragu? 39 Lihatlah tangan-Ku dan kaki-Ku. Inilah Aku! Jamahlah Aku, maka kamu akan tahu bahawa Aku bukan hantu kerana hantu tidak mempunyai daging atau tulang, sedangkan Aku mempunyainya." 40 Yesus berkata demikian sambil menunjukkan tangan dan kaki-Nya kepada mereka. 41 Mereka masih tidak dapat percaya, kerana terlalu gembira dan hairan. Yesus bertanya kepada mereka, "Adakah kamu mempunyai makanan di sini?" 42 Mereka memberikan sepotong ikan yang sudah dimasak kepada-Nya. 43 Yesus mengambil ikan itu dan makan di hadapan mereka. 44 Kemudian Dia berkata kepada mereka, "Inilah perkara-perkara yang telah Aku beritahu kamu tatkala Aku masih bersama-sama kamu: Setiap perkara yang tertulis tentang diri-Ku di dalam Taurat Musa, Kitab Nabi-Nabi dan Mazmur mesti berlaku." 45 Kemudian Yesus membuka hkiran mereka supaya memahami maksud Alkitab. 46 Yesus berkata kepada mereka, "Sudah tertulis bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah mesti mengalami penderitaan dan mesti bangkit daripada kematian pada hari ketiga. 47 Demi nama-Nya, perkhabaran bahawa manusia mesti bertaubat daripada dosa dan bahawa Allah akan mengampunkan dosa, mesti diisytiharkan kepada semua bangsa mulai dari Yerusalem. 48 Kamulah saksi semua perkara ini. 49 Aku akan mengirim apa yang telah dijanjikan oleh Bapa kepada kamu. Tetapi kamu mesti menunggu di kota ini sehingga kuasa daripada Allah turun kepada kamu."
Yesus Diangkat ke Syurga
50 Kemudian Yesus membawa mereka ke luar kota sehingga ke Betania. Di situ Dia mengangkat tangan-Nya lalu memberkati mereka. 51 Sementara Yesus memberkati mereka, Dia terangkat ke syurga lalu meninggalkan mereka. 52 Mereka sujud menyembah Dia, lalu balik ke Yerusalem dengan penuh kegembiraan. 53 Mereka sentiasa di Rumah Tuhan dan memuji Allah.