Perkhabaran Yohanes Pembaptis
1.1 Inilah Berita Baik tentang Yesus Kristus, Anak Allah. 2 Berita Baik ini bermula seperti yang ditulis oleh Nabi Yesaya, "Allah berfirman, 'Inilah utusan-Ku. Aku akan mengutus dia terlebih dahulu daripada-Mu, supaya dia menyediakan jalan bagi-Mu.' 3 Seorang berseru di padang gurun, 'Sediakanlah jalan bagi Tuhan; luruskanlah jalan bagi-Nya!' " 4 Demikianlah Yohanes muncul di padang gurun. Dia membaptis orang dan mengisytiharkan berita daripada Allah. "Bertaubatlah daripada dosa kamu dan hendaklah kamu dibaptis, supaya Allah mengampunkan dosa kamu," kata Yohanes kepada orang ramai. 5 Banyak sekali orang yang datang dari negeri Yudea dan kota Yerusalem untuk mendengarkan Yohanes. Mereka mengakui dosa dan Yohanes membaptis mereka di Sungai Yordan. 6 Yohanes mengenakan pakaian yang dibuat daripada bulu unta dan tali pinggangnya dibuat daripada kulit. Dia makan belalang dan madu hutan. 7 Dia mengisytiharkan berita ini, "Dia yang lebih besar daripada aku akan datang kelak. Aku tidak layak membongkok untuk mengurai tali kasut-Nya. 8 Aku membaptis kamu dengan air, tetapi Dia akan membaptis kamu dengan Roh Allah."
Yesus Dibaptis oleh Yohanes
9 Kemudian Yesus datang dari Nasaret di negeri Galilea, lalu Yohanes membaptis Dia di Sungai Yordan. 10 Sebaik sahaja Yesus keluar dari sungai itu, Dia nampak langit terbuka dan Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas-Nya. 11 Lalu terdengarlah suara Allah, "Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku."
Yesus Dicubai oleh Iblis
12 Roh Allah segera memimpin Yesus ke padang gurun. 13 Selama empat puluh hari Yesus di situ, dan dicubai oleh Iblis. Binatang liar juga ada di situ, dan malaikat datang menolong Dia.
Yesus Memanggil Empat Orang Nelayan
14 Setelah Yohanes dipenjarakan, Yesus pergi ke Galilea dan mengisytiharkan Berita Baik daripada Allah. 15 Dia berkata, "Masanya sudah tiba; tidak lama lagi Allah akan memerintah. Bertaubatlah daripada dosa kamu dan percayalah kepada Berita Baik ini!" 16 Sementara Yesus berjalan di tepi Tasik Galilea, Dia nampak dua orang nelayan, Simon dan saudaranya, Andreas. Mereka sedang menjala ikan di tasik. 17 Yesus berkata kepada mereka, "Ikutlah Aku dan Aku akan mengajar kamu menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku." 18 Mereka segera meninggalkan jala lalu mengikut Yesus. 19 Yesus meneruskan perjalanan-Nya, lalu melihat dua orang adik-beradik yang lain: Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus. Mereka sedang mengemaskan jala di dalam perahu. 20 Sebaik sahaja Yesus nampak mereka, Dia memanggil mereka. Kedua-dua orang bersaudara itu meninggalkan bapa mereka dengan orang gajinya di dalam perahu, lalu mengikut Yesus.
Orang yang Dirasuk Roh Jahat
21 Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tiba di kota Kapernaum. Pada hari Sabat berikutnya, Yesus pergi ke rumah ibadat dan mula mengajar. 22 Semua orang yang mendengarkan Dia kagum dengan cara Dia mengajar, kerana Dia mengajar dengan kewibawaan, tidak seperti guru Taurat. 23 Pada waktu itu seorang yang dirasuk roh jahat masuk ke dalam rumah ibadat dan berseru, 24 "Engkau mahu buat apa dengan kami, hai Yesus, orang Nasaret? Adakah Engkau mahu membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau: Engkau utusan yang suci daripada Allah!" 25 Yesus menengking roh itu, "Diam! Keluarlah daripada orang ini!" 26 Roh jahat itu menggoncangkan badan orang itu kuat-kuat, lalu keluar dari orang itu sambil berteriak. 27 Semua orang sangat hairan sehingga mereka bercakap sesama sendiri, "Apakah ini suatu ajaran baru? Orang ini berkuasa memerintah roh jahat dan roh jahat taat kepada-Nya!" 28 Demikianlah berita tentang Yesus tersebar dengan cepat ke seluruh negeri Galilea.
Yesus Menyembuhkan Banyak Orang
29 Yesus dan pengikut-Nya, termasuk Yakobus dan Yohanes, meninggalkan rumah ibadat itu lalu terus pergi ke rumah Simon dan Andreas. 38 Ibu mentua Simon sedang terbaring di tempat tidur kerana demam. Apabila Yesus tiba di situ, Dia diberitahukan hal itu. 31 Yesus menghampiri ibu mentua Simon, memegang tangannya lalu menolong dia bangun. Demamnya hilang dan dia pun mula melayani mereka. 32 Pada petang hari, setelah matahari terbenam, orang membawa semua orang sakit dan orang yang dirasuk roh jahat kepada Yesus. 33 Semua penduduk kota itu berkumpul di hadapan rumah itu. 34 Yesus menyembuhkan banyak orang yang menderita berbagai-bagai penyakit, dan Dia juga mengusir roh-roh jahat. Yesus tidak membenarkan roh-roh jahat berkata apaapa, kerana roh-roh jahat tahu siapa Dia.
Yesus Berkhutbah di Galilea
35 Esok paginya, ketika masih subuh, Yesus bangun lalu meninggalkan rumah. Dia pergi ke luar kota, ke suatu tempat yang sunyi untuk berdoa. 36 Simon dan sahabat-sahabatnya pergi mencari Yesus. 37 Apabila mereka menemui Yesus, mereka berkata, "Semua orang sedang mencari Guru." 38 Tetapi Yesus menjawab, "Kita mesti meneruskan perjalanan ke pekanpekan lain di sekitar kawasan ini. Aku mesti menyampaikan perkhabaran itu di sana juga, kerana untuk tujuan itulah Aku datang." 39 Demikianlah Yesus menjelajah seluruh Galilea dan berkhutbah di rumah ibadat serta mengusir roh-roh jahat.
Yesus Menyembuhkan Seorang Berpenyakit Kulit
48 Seorang berpenyakit kulit yang mengerikan datang kepada Yesus. Orang itu berlutut dan memohon pertolongan-Nya. "Tuan, jika tuan sudi," katanya, "tuan dapat menyembuhkan saya." 41 Yesus mengasihaninya. Dia pun menghulurkan tangan-Nya, lalu menjamah orang itu sambil berkata, "Aku mahu, sembuhlah!" 42 Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi dan orang itu sembuh. 43 Lalu Yesus menyuruh dia pergi sambil memperingatkan dia, 44 "Dengarlah baik-baik, jangan beritahu sesiapa pun perkara ini. Tetapi pergilah kepada imam dan mintalah dia mengesahkan kesembuhanmu. Kemudian persembahkanlah korban seperti yang diperintahkan oleh Musa, sebagai bukti kepada semua orang bahawa kamu betul-betul sudah sembuh." 48 Tetapi orang itu pergi dan mula menyebarkan berita itu di mana-mana. Dia terus-menerus menceritakan hal itu sehingga Yesus tidak dapat masuk ke bandar secara terang-terangan. Yesus tinggal di luar bandar di tempat-tempat yang sunyi, tetapi orang dari berbagai-bagai tempat datang kepada-Nya.
Yesus Menyembuhkan Seorang Lumpuh
2.1 Beberapa hari kemudian Yesus kembali ke Kapernaum dan tersebarlah khabar bahawa Yesus di rumah. 2 Banyak sekali orang datang berkumpul di situ, sehingga tidak ada tempat. Bahkan di pintu pun penuh sesak dengan orang. Lalu Yesus memberitakan perkhabaran daripada Allah kepada mereka. 3 Sementara Yesus berkata-kata, datanglah empat orang yang mengusung seorang lumpuh. 4 Tetapi kerana terlalu banyak orang, mereka tidak dapat membawa dia kepada Yesus. Oleh itu mereka membuka bumbung rumah yang terletak tepat di atas tempat Yesus. Kemudian mereka menurunkan orang lumpuh yang terbaring di atas tikar. 5 Yesus melihat bahawa mereka sangat beriman. Oleh itu Dia berkata kepada orang lumpuh itu, "Anak-Ku, dosamu sudah diampunkan." 6 Beberapa orang guru Taurat yang duduk di situ berkata dalam hati, 7 "Alangkah beraninya dia mengkufuri Allah! Tidak seorang pun boleh mengampunkan dosa kecuali Allah!" 8 Pada ketika itu juga Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka, lalu Dia berkata kepada mereka, "Mengapa kamu berfikir demikian? 9 Manakah yang lebih mudah: mengatakan, 'Dosamu sudah diampunkan' atau 'Bangunlah, angkat tikarmu, dan berjalan'? 10 Tetapi kepada kamu Aku akan membuktikan bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa." 11 Lalu Yesus berkata kepada orang lumpuh itu, "Bangunlah, angkat tikarmu, dan pulanglah!" 12 Di hadapan mereka semua, orang lumpuh itu bangkit, mengangkat tikarnya, dan segera keluar. Semua orang di situ tercengang-cengang lalu memuji Allah. Mereka berkata, "Belum pernah kami lihat perkara seperti ini!"
Yesus Memanggil Lewi
13 Yesus balik semula ke pantai Tasik Galilea. Lalu orang ramai datang kepada-Nya dan Dia mula mengajar mereka. 14 Sementara Yesus berjalan di situ, Dia melihat seorang pemungut cukai bernama Lewi anak Alfeus sedang duduk di tempat memungut cukai. Yesus berkata kepadanya, "Ikutlah Aku." Lewi berdiri lalu mengikut Yesus. 15 Kemudian Yesus makan di rumah Lewi. Sebilangan besar pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat mengikut Yesus. Banyak antara mereka yang turut makan bersama-sama Yesus dan pengikut-Nya. 16 Beberapa orang guru Taurat daripada golongan Farisi nampak Yesus makan bersama dengan pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat. Oleh itu mereka bertanya kepada pengikut-pengikut Yesus, "Mengapa dia makan bersama-sama pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat?" 17 Yesus mendengar pertanyaan mereka, lalu menjawab, "Orang sihat tidak memerlukan doktor; hanya orang sakit memerlukannya. Aku tidak datang untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik, tetapi untuk orang yang dihina masyarakat."
Pertanyaan tentang Puasa
18 Pada suatu ketika, para pengikut Yohanes Pembaptis dan orang Farisi sedang berpuasa. Beberapa orang datang kepada Yesus dan bertanya, "Mengapa pengikut Yohanes Pembaptis dan pengikut orang Farisi berpuasa, tetapi pengikut guru tidak?" 19 Yesus menjawab, "Adakah tetamu di jamuan perkahwinan berpuasa? Tentu tidak! Selama pengantin lelaki masih bersama-sama mereka, mereka tidak berpuasa. 20 Tetapi akan tiba masanya apabila pengantin lelaki itu diambil daripada mereka. Pada masa itulah mereka berpuasa. 21 Tidak ada orang menggunakan kain yang baru untuk menampal pakaian lama, kerana kain penampal yang baru itu akan mengecut lalu menyebabkan pakaian lama itu semakin koyak. 22 Demikian juga tidak ada orang yang menuang wain baru ke dalam kirbat kulit lama. Jika dia berbuat demikian, wain itu akan memecahkan kirbat kulit itu dan kedua-duanya terbuang. Wain baru harus dituang ke dalam kirbat yang baru juga!"
Pertanyaan tentang Hari Sabat
23 Pada suatu hari Sabat ketika Yesus sedang melewati ladang gandum, para pengikut-Nya yang berjalan bersama dengan Dia mula memetik bulir gandum. 24 Lalu beberapa orang Farisi berkata kepada Yesus, "Lihatlah, para pengikutmu telah melanggar Taurat kita dengan melakukan perbuatan itu pada hari Sabat!" 25 Yesus menjawab, "Belum pernahkah kamu baca apa yang dilakukan oleh Daud ketika dia dan anak buahnya lapar? 26 Dia masuk ke Khemah Allah lalu makan roti yang sudah dipersembahkan kepada Allah. Hal itu berlaku tatkala Abiatar bertugas sebagai Imam Agung. Menurut Taurat kita, hanya imam yang boleh makan roti itu. Tetapi Daud memakannya, malahan dia juga memberikan roti itu kepada anak buahnya." 27 Yesus berkata lagi, "Hari Sabat ditetapkan untuk kepentingan manusia; manusia tidak dijadikan untuk hari Sabat. 28 Oleh itu Anak Manusia juga berkuasa atas hari Sabat."
Orang yang Tangannya Lumpuh Sebelah
3.1 Kemudian Yesus kembali ke rumah ibadat. Di situ ada seorang yang tangannya lumpuh sebelah. 2 Di situ pun ada beberapa orang yang hendak mencari kesalahan Yesus, supaya mereka dapat mengajukan tuduhan terhadap Dia. Oleh itu mereka mengawasi Dia dengan rapi sama ada Dia akan menyembuhkan orang itu pada hari Sabat. 3 Yesus berkata kepada orang yang tangannya lumpuh sebelah itu, "Marilah ke depan." 4 Lalu Dia bertanya kepada orang di situ, "Menu rut Taurat, apakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat? Berbuat baik atau berbuat jahat? Menyelamatkan orang atau membinasakan mereka?" Mereka diam sahaja. 5 Yesus marah ke tika memandang semua orang di situ, dan Dia juga sedih, kerana mereka terlalu keras kepala. Lalu Yesus berkata kepada orang itu, "Hulurkanlah tanganmu." Orang itu menghulurkan tangannya lalu tangannya pun sembuh. 6 Maka orang Farisi meninggalkan rumah ibadat itu, lalu segera berkomplot dengan beberapa orang anggota golongan Herodes untuk membunuh Yesus.
Orang Ramai di tepi Tasik
7 Yesus dan pengikut-Nya pergi ke Tasik Galilea. Banyak sekali orang dari Galilea mengikut Dia. Banyak juga yang datang dari Yudea, 8 dari Yerusalem, dari kawasan Idumea, dari kawasan di sebelah timur Sungai Yordan, dan dari sekitar kota Tirus dan Sidon. Orang ramai datang kepada Yesus, kerana mereka mendengar hal-hal yang telah dilakukan-Nya. 9 Orang begitu banyak sehingga Yesus menyuruh pengikut-Nya menyediakan perahu bagi-Nya, supaya Dia tidak terhimpit. 10 Dia telah menyembuhkan banyak orang. Oleh itu semua orang sakit berasak-asak hendak menyentuh Dia. 11 Setiap kali orang yang dirasuk roh jahat nampak Dia, mereka sujud di hadapan-Nya dan berseru, "Engkaulah Anak Allah!" 12 Dengan tegas Yesus melarang roh jahat mengatakan siapa Dia.
Yesus Memilih Dua Belas Orang Pengikut
13 Kemudian Yesus pergi ke kawasan berbukit. Dia memanggil semua orang yang dikehendaki-Nya. Mereka datang, 14 lalu Yesus memilih dua belas orang antara mereka. Dia berkata kepada mereka, "Aku telah memilih kamu supaya menyertai Aku. Aku juga mengutus kamu untuk mengisytiharkan Berita Baik daripada Allah. 15 Kamu akan mendapat kuasa untuk mengusir roh jahat." 16 Inilah dua belas orang yang dipilih-Nya: Simon (yang juga disebut-Nya Petrus); 17 Yakobus dan saudaranya, Yohanes iaitu anak-anak Zebedeus (dua orang adik-beradik ini diberikan-Nya nama Boanerges, yang bererti "anak guntur"); 19 Andreas, Filipus, Bartolomeus, Matius, Tomas, Yakobus anak Alfeus, Tadius, Simon Si Patriot, 19 dan juga Yudas Iskariot yang mengkhianati Yesus.
Yesus dan Beelzebul
29 Kemudian Yesus pulang. Tetapi orang ramai datang berkumpul lagi, sehingga Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tidak sempat makan. 21 Keluarga Yesus pergi mendapatkan Dia apabila mereka mendengar orang berkata, "Dia sudah gila!" 22 Beberapa orang guru Taurat yang datang dari Yerusalem berkata, "Dia dirasuk oleh Beelzebul! Dia diberikan kuasa oleh ketua roh jahat untuk mengusir roh jahat." 23 Oleh itu Yesus memanggil semua orang itu lalu menceritakan beberapa perumpamaan kepada mereka. Dia berkata, "Bagaimana Iblis boleh mengusir Iblis? 24 Negeri yang berpecah menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, akan runtuh. 25 Keluarga yang berpecah belah dan saling berlawanan, akan hancur. 26 Oleh itu, jika kerajaan Iblis mempunyai golongan yang saling berlawanan, kerajaan itu tidak tahan lama dan pasti akan lenyap. 27 Tidak seorang pun dapat masuk ke dalam rumah orang yang kuat dan merampas hartanya, kecuali dia terlebih dahulu mengikat orang kuat itu. Setelah itu, barulah dia dapat merampas hartanya. 28 Ingatlah! Segala dosa yang dilakukan orang dan semua kata kufur yang diucapkan mereka, dapat diampunkan. 29 Tetapi sesiapa yang mengkufuri Roh Allah, tidak dapat diampuni! Dia telah melakukan dosa yang kekal." (30 Yesus berkata demikian kerana ada orang berkata, "Dia dirasuk roh jahat.")
Ibu dan Saudara-Saudara Yesus
31 Kemudian ibu dan saudara-saudara Yesus datang dan menunggu di luar. Mereka menyuruh orang memanggil Yesus. 32 Ketika itu orang ramai sedang duduk di sekeliling Yesus dan mereka berkata kepada-Nya, "Guru, lihatlah! Ibu dan saudara-saudara guru ada di luar. Mereka memanggil guru." 33 Yesus menjawab, "Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?" 34 Dia memandang semua orang yang duduk di sekeliling-Nya lalu berkata, "Lihatlah, inilah ibu dan saudara-saudara-Ku! 35 Sesiapa melakukan kehendak Allah, dialah saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku."
Perumpamaan tentang Seorang Penabur
4.1 Yesus mula mengajar lagi di tepi Tasik Galilea. Orang yang mengerumuni-Nya begitu banyak sehingga Dia terpaksa duduk di sebuah perahu di tasik itu. Orang ramai berdiri di tepi tasik. 2 Yesus mengajar banyak perkara kepada mereka dengan menggunakan perumpamaan. Dia berkata, 3 "Dengarlah! Seorang peladang pergi menabur benih. 4 Semasa dia menabur benih, ada yang jatuh di jalan. Lalu burung datang dan makan habis benih itu. 5 Ada juga yang jatuh di tempat berbatu yang sedikit tanahnya. Benih-benih ini segera tumbuh kerana kurang tanah, 6 tetapi apabila matahari naik, tunas-tunas itu layu, lalu kering. Tumbuhan itu mati kerana akarnya tidak dalam. 7 Ada pula yang jatuh di tengah semak berduri. Semak berduri ini tumbuh dan membantutkan tumbuhan tersebut sehingga tidak berbuah. 8 Tetapi ada benih yang jatuh di tanah subur. Benih-benih itu bertunas, membesar, lalu berbuah. Ada yang tiga puluh kali ganda, ada yang enam puluh kali ganda, dan ada yang seratus kali ganda hasilnya." 9 Lalu Yesus berkata, "Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik!"
Maksud Yesus Menggunakan Perumpamaan
10 Apabila Yesus sendirian, beberapa orang yang telah mendengar ajaran-Nya datang kepada-Nya bersama dengan dua belas orang pengikut-Nya. Mereka meminta Yesus menerangkan erti perumpamaan itu. 11 Yesus berkata kepada mereka, "Kamu telah diberikan anugerah untuk mengetahui rahsia tentang bagaimana Allah memerintah. Tetapi orang luar akan mendengar segalanya melalui perumpamaan 12 supaya, 'Mereka akan melihat dan melihat, tetapi tidak nampak, mereka akan mendengar dan mendengar, tetapi tidak faham, kerana jika mereka memahaminya, mereka akan kembali kepada Allah dan Dia akan mengampuni mereka.' "
Yesus Menerangkan Perumpamaan tentang Seorang Penabur
13 Kemudian Yesus bertanya kepada mereka, "Jika kamu tidak memahami perumpamaan ini, bagaimanakah kamu dapat memahami perumpamaan yang lain? 14 Peladang itu menabur perkhabaran Allah. 15 Benih yang jatuh di jalan bagaikan orang yang mendengar perkhabaran Allah. Tetapi sebaik sahaja mereka mendengarnya, Iblis datang lalu mengambil perkhabaran yang sudah ditabur di dalam hati mereka. 16 Benih yang jatuh di tempat berbatu bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu dan menerimanya dengan sukacita. 17 Tetapi perkhabaran itu tidak berakar di dalam hati, sehingga mereka tidak tahan lama. Apabila mereka menderita kesusahan atau penganiayaan kerana perkhabaran itu, dengan segera mereka tidak lagi percaya kepada perkhabaran itu. 18 Benih yang jatuh di tengah semak berduri bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu. 19 Tetapi kekhuatiran tentang hidup, keinginan untuk hidup mewah, dan pelbagai keinginan lain memenuhi hati mereka dan membantutkan perkhabaran itu sehingga tidak berbuah. 20 Tetapi benih yang jatuh di tanah subur bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu dan menerimanya, lalu berbuah; ada yang tiga puluh, ada yang enam puluh, dan ada yang seratus kali ganda hasilnya."
Pelita di bawah Pasu
21 Selanjutnya Yesus berkata, "Pernahkah seseorang memasang pelita lalu meletakkannya di bawah pasu ataupun di bawah katil? Tentu pelita itu diletakkannya di atas kaki pelita. 22 Apa yang tersembunyi akan dinyatakan, dan apa yang dirahsiakan akan didedahkan. 23 Jika kamu bertelinga, dengarlah baikbaik." 24 Yesus juga berkata kepada mereka, "Perhatikanlah apa yang kamu dengar! Ukuran yang kamu gunakan untuk menghakimi orang akan digunakan oleh Allah juga untuk kamu — malahan lebih berat lagi! 25 Seseorang yang mempunyai sesuatu akan diberikan lebih banyak lagi; tetapi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, sedikit yang ada padanya akan diambil juga."
Perumpamaan tentang Benih yang Tumbuh
26 Yesus berkata lagi, "Apabila Allah memerintah, keadaannya dapat diumpamakan seperti seorang yang menabur benih di ladangnya. 27 Pada malam hari dia tidur; pada siang hari dia bekerja. Sementara itu, benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar. Orang itu tidak mengerti bagaimana hal itu berlaku. 28 Tanah itulah yang menumbuhkan tanaman sehingga berbuah: mula-mula pucuk, kemudian bulir dan akhirnya buah. 29 Manakala buahnya masak, orang itu pun mula menuainya kerana musim menuai sudah tiba."
Perumpamaan tentang Biji Sawi
30 "Bagaimanakah keadaannya apabila Allah memerintah?" tanya Yesus. "Perumpamaan apa yang dapat kita gunakan untuk menerangkannya? 31 Keadaannya seperti berikut. Biji sawi adalah benih yang terkecil di dunia. Seseorang mengambilnya lalu menanamnya di tanah. 32 Beberapa waktu kemudian benih itu tumbuh dan menjadi yang terbesar di antara segala tumbuh-tumbuhan. Cabangnya rimbun sehingga burung datang membuat sarang di bawah keteduhannya." 33 Demikianlah Yesus mengajar dengan menggunakan banyak perumpamaan seperti itu. Dia mengajarkan perkhabaran itu sejauh mana mereka dapat mengerti. 34 Dia sentiasa menggunakan perumpamaan apabila mengajar. Tetapi manakala Dia sendirian dengan pengikut-Nya, Dia menjelaskan segala-galanya.
Yesus Meneduhkan Angin Ribut
35 Pada petang hari itu juga, Yesus berkata kepada pengikut-Nya, "Marilah kita menyeberang tasik." 36 Sementara Yesus masih di dalam perahu, para pengikut-Nya meninggalkan orang ramai. Setelah itu pengikut-pengikut Yesus belayar bersama dengan Dia. Ada juga perahu-perahu lain yang belayar bersama-sama. 37 Lalu angin kencang bertiup dan ombak melanda perahu sehingga hampir penuh dengan air. 38 Tetapi Yesus sedang tidur di bahagian belakang perahu itu, dengan kepala-Nya beralaskan bantal. Pengikutpengikut-Nya membangunkan Dia dan berkata, "Guru, tidakkah Guru peduli? Kita hampir tenggelam!" 39 Yesus bangun lalu menengking angin, dan berkata kepada ombak, "Diam! Tenanglah!" Angin pun reda dan tasik menjadi tenang sekali. 40 Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Mengapakah kamu takut? Mengapa kamu masih belum percaya kepada-Ku?" 41 Mereka menjadi sangat takut sehingga mula bercakap sesama sendiri, "Siapakah orang ini? Angin dan ombak pun taat kepadanya!"
Yesus Menyembuhkan Orang yang Dirasuk Roh jahat
5.1 Kemudian Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tiba di seberang Tasik Galilea, di daerah Gerasa. 2 Sebaik sahaja Yesus turun dari perahu, Dia didatangi oleh seorang lelaki yang keluar dari gua kubur. 3 Orang itu dirasuk roh jahat dan tinggal di kawasan perkuburan. Tiada seorang pun dapat mengikat dia lagi, walaupun dengan rantai. 4 Banyak kali kaki dan tangannya dirantai, tetapi dia sentiasa memutuskan rantai itu dan mematahkan belenggu besi pada kakinya. Dia begitu kuat sehingga tiada seorang pun dapat menahaninya. 5 Siang malam dia berkeliaran di kuburan dan di bukit, sambil berteriak-teriak dan melukai tubuhnya dengan batu. 6 Dia masih jauh tatkala dia nampak Yesus. Segera dia lari mendekati Yesus lalu sujud di hadapan-Nya. 7 Dengan suara keras dia berseru, "Hai Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi! Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap aku? Demi Allah, aku memohon, janganlah seksa aku!" (8 Dia berkata demikian kerana Yesus berkata kepadanya, "Roh jahat, keluarlah daripada orang ini!") 9 Lalu Yesus bertanya kepadanya, "Siapa namamu?" Orang itu menjawab, "'Legiun' — kerana kami ini banyak sekali." 10 Dia memohon dengan sangat supaya Yesus tidak menyuruh roh-roh jahat itu keluar dari kawasan itu. 11 Dekat tempat itu ada kawanan babi yang sedang mencari makan di lereng bukit. 12 Roh-roh jahat itu memohon kepada Yesus, "Suruhlah kami masuk ke dalam babi-babi itu." 13 Yesus bersetuju. Kemudian roh-roh jahat itu keluar daripada orang itu lalu masuk ke dalam babibabi itu. Kesemua babi itu — lebih kurang dua ribu ekor — terjun dari pinggir jurang ke dalam tasik lalu tenggelam. 14 Penjaga-penjaga kawanan babi itu lari dan menyebarkan berita itu di Bandar dan di kampung. Lalu penduduk keluar hendak melihat apa yang sudah berlaku. 15 Mereka datang kepada Yesus dan nampak orang yang tadinya dirasuk roh jahat, duduk di situ. Dia sudah berpakaian dan fikirannya waras. Mereka semua ketakutan. 16 Semua orang yang telah menyaksikan perkara itu memberitahu mereka apa yang sudah berlaku kepada orang itu dan kawanan babi itu. 17 Oleh itu mereka meminta Yesus meninggalkan daerah itu. 18 Ketika Yesus menaiki perahu, orang yang tadinya dirasuk roh jahat memohon kepada-Nya, "Guru, benarkanlah saya mengikut guru." 19 Tetapi Yesus tidak membenarkan dia ikut. Sebaliknya Yesus berkata kepadanya, "Pulanglah kepada keluargamu dan beritahu mereka betapa besarnya pertolongan Tuhan dan betapa baiknya Dia kepadamu!" 20 Demikianlah orang itu pergi ke seluruh daerah Sepuluh Kota dan memberitakan apa yang telah dilakukan oleh Yesus untuknya. Semua orang yang mendengarnya kehairanan.
Anak Perempuan Yairus dan Wanita yang Menyentuh Jubah Yesus
21 Yesus kembali ke seberang tasik. Di pantai tasik itu, banyak sekali orang datang berkumpul di sekeliling Yesus. 22 Yairus, ketua rumah ibadat tempatan, datang juga dan ketika dia melihat Yesus, dia sujud di hadapan Yesus. 23 Dia memohon dengan sungguh-sungguh, "Guru, anak perempuan saya sakit tenat. Tolonglah datang dan letakkanlah tangan guru padanya, supaya dia sembuh dan tidak mati!" 24 Yesus pun pergi bersama-sama Yairus. Orang yang mengikut Yesus amat banyak sehingga Dia diasak dari semua sisi. 25 Di situ ada seorang wanita yang menderita penyakit pendarahan teruk yang berkaitan dengan haidnya selama dua belas tahun. 26 Dia sudah menghabiskan segala hartanya untuk membayar rawatan doktor, tetapi dia tidak sembuh, malahan semakin parah keadaannya. 27 Wanita itu telah mendengar banyak hal tentang Yesus. Oleh itu dia datang ke tengah-tengah orang ramai dan mendekati Yesus dari belakang. 28 "Jika aku dapat menyentuh jubah-Nya," kata wanita itu dalam hati, "tentu aku akan sembuh." 29 Dia menyentuh jubah Yesus dan seketika itu juga pendarahannya berhenti. Wanita itu berasa dirinya sudah sembuh. 30 Pada saat itu juga Yesus menyedari ada kuasa yang telah keluar daripada-Nya. Yesus berpaling kepada orang ramai clan bertanya, "Siapa yang menyentuh jubah-Ku?" 31 Pengikut-pengikut-Nya berkata, "Lihatlah orang berasak-asak di sekeliling Guru. Mengapa Guru bertanya siapa yang menyentuh Guru?" 32 Tetapi Yesus memandang di sekeliling-Nya untuk mencari orang yang telah menyentuh-Nya. 33 Wanita itu tahu akan apa yang telah berlaku pada dirinya. Dia gementar kerana takut, lalu sujud di hadapan Yesus dan memberitahu Dia segala-galanya. 34 Yesus berkata kepada wanita itu, "Hai anak-Ku, kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera. Kamu sihat sekarang!" 35 Semasa Yesus berkata demikian, beberapa orang pesuruh datang dari rumah Yairus dan memberitahu Yairus, "Anak perempuan tuan sudah meninggal. Tak usah tuan susahkan guru lagi." 36 Yesus tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh mereka, tetapi Dia berkata kepada Yairus, "Jangan takut, percayalah kepada-Ku!" 37 Setelah itu Yesus tidak membenarkan sesiapa pun mengikut Dia kecuali Petrus, Yakobus, dan Yohanes, saudara Yakobus. Apabila mereka tiba di rumah Yairus, Yesus melihat keadaan yang kecoh serta mendengar tangisan dan ratapan yang kuat. 39 Lalu Yesus masuk dan berkata kepada mereka, "Mengapa sangat kecoh dan mengapa menangis? Anak itu tidak mati; dia hanya tidur!" 40 Mereka mula mentertawakan Yesus. Oleh itu Yesus menyuruh mereka semua keluar. Dia mengajak ibu bapa anak itu serta ketiga-tiga orang pengikut-Nya masuk ke dalam bilik tempat anak itu berbaring. 41 Yesus memegang tangan anak itu lalu berkata kepadanya, "Talitha kum," yang bererti, "Anak perempuan, Aku berkata kepadamu: Bangun!" 42 Anak perempuan itu segera bangun lalu berjalan. (Umurnya dua belas tahun.) Ketika peristiwa itu berlaku, mereka semua sangat kagum. 43 Tetapi dengan tegas Yesus melarang mereka memberitahukan hal itu kepada sesiapa pun. Lalu Dia berkata, "Berilah anak ini makanan."
Yesus Tidak Diterima di Nasaret
6.1 Yesus meninggalkan tempat itu, lalu pulang bersama dengan pengikut-pengikut-Nya ke kampung halaman-Nya. 2 Pada hari Sabat Dia mula menga jar di rumah ibadat. Orang di situ sangat banyak. Apabila mereka mendengar ajaran Yesus, mereka semua hairan. Mereka berkata, "Dari manakah dia memperoleh semuanya ini? Kebijaksanaan apakah yang ada padanya? Bagaimanakah dia dapat melakukan mukjizat? 3 Bukankah dia ini tukang kayu, anak Maria dan juga saudara Yakobus, Yoses, Yudas, dan Simon? Bukankah saudara-saudara perempuannya tinggal di sini?" Oleh itu mereka tidak mahu menerima Dia. 4 Yesus berkata kepada mereka, "Seorang nabi dihormati di mana-mana tempat, kecuali di kampung halamannya dan antara sanak saudaranya serta keluarganya sendiri." 5 Dia tidak dapat melakukan satu mukjizat pun di situ. Dia hanya menyembuhkan beberapa orang sakit dengan meletakkan tangan-Nya pada mereka. 6 Yesus sangat hairan kerana mereka tidak percaya kepada-Nya.
Yesus Mengutus Dua Belas Orang Pengikut-Nya
Kemudian Yesus pergi ke kampung-kampung di sekitar tempat itu dan mengajar orang. 7 Dia memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu mengutus mereka berdua-dua, dan memberi mereka kuasa untuk mengusir roh jahat. 8 Dia juga memberikan perintah ini kepada mereka, "Jangan bawa apa-a pa dalam perjalanan, kecuali sebatang tongkat. Jangan bawa makanan, atau beg sedekah, ataupun wang. 9 Tetapi pakailah kasut dan sehelai baju sahaja." lo Yesus juga berkata. "Di setiap tempat kamu disambut, tinggallah di rumah yang sama sehingga kamu meninggalkan kota itu. 11 Tetapi jika kamu tiba di suatu tempat lalu penduduk di situ tidak mahu menerima kamu atau mendengar kata-kata kamu, tinggalkanlah kota itu dan kebaskanlah debu daripada telapak kaki kamu sebagai amaran kepada mereka!" 12 Demikianlah dua betas orang pengikut Yesus pergi dan menyampaikan berita bahawa manusia harus bertaubat daripada dosa. 13 Mereka mengusir roh jahat, menyapukan minyak zaitun pada orang sakit, dan menyembuhkan mereka.
Kematian Yohanes Pembaptis
14 Raja Herodes mendengar segala kejadian itu, kerana nama Yesus sudah terkenal di semua tempat. Ada orang berkata, "Yohanes Pembaptis sudah hidup semula! Itulah sebabnya dia mempunyai kuasa untuk melakukan mukjizat." 15 Tetapi yang lain berkata, "Dia Elia." Ada pula yang berkata, "Dia itu nabi, seperti salah seorang nabi zaman dahulu." 16 Ketika mendengar hal itu, Raja Herodes bertitah, "Dialah Yohanes Pembaptis! Dengan perintah beta, kepalanya sudah dipancung, tetapi dia hidup semula!" 17 Dahulu Raja Herodes memberikan perintah supaya Yohanes ditangkap, diikat lalu dimasukkan ke dalam penjara. Raja Herodes berbuat demikian kerana Herodias, yang telah dikahwininya walau pun sebenarnya wanita itu isteri Filipus, saudara Raja Herodes. 18 Yohanes selalu menegur Raja Herodes, katanya, "Tuanku bersalah kerana berkahwin dengan isteri saudara tuanku!" 19 Itulah sebabnya Herodias menaruh dendam terhadap Yohanes dan ingin membunuh dia. Tetapi Herodias tidak dapat melakukan hal itu kerana dihalang oleh Raja Herodes. 20 Raja Herodes takut akan Yohanes kerana Raja Herodes tahu bahawa Yohanes seorang yang baik dan diutus oleh Allah. Oleh itu Raja Herodes menjaga keselamatan Yohanes. Raja Herodes suka mendengar kata-kata Yohanes, meskipun kata-katanya membuat Raja Herodes sangat gelisah. 21 Akhirnya Herodias mendapat peluang pada hari keputeraan Raja Herodes. Raja Herodes mengadakan jamuan untuk semua pegawai tinggi kerajaan, pegawai tentera, dan tokoh-tokoh masyarakat Galilea. 22 Anak perempuan Herodias menari dan menghiburkan hati Raja Herodes serta tetamunya. Oleh itu Raja Herodes bertitah kepada anak gadis itu, "Anakanda ingin apa? Ayahanda akan memberikan apa sahaja yang anakanda ingini!" 23 Lalu Raja Herodes berjanji kepada gadis itu dengan sumpah. Raja Herodes bertitah, "Ayahanda berjanji memberikan apa sahaja yang anakanda minta, bahkan separuh daripada kerajaan ayahanda sekalipun!" 24 Oleh itu gadis itu keluar dan bertanya kepada ibunya, "Apakah yang sebaiknya saya minta?" Ibunya men jawab, "Mintalah kepala Yohanes Pembaptis." 25 Gadis itu segera kembali kepada Raja Herodes dan berkata, "Anakanda minta ayahanda memberi anakanda kepala Yohanes Pembaptis di atas talam sekarang juga!" 26 Setelah mendengar permintaan itu, Raja Herodes sangat berdukacita. Tetapi Raja Herodes tidak dapat menolak permintaan itu kerana telah berjanji dengan sumpah di hadapan semua tetamunya. 27 Lalu Raja Herodes memberikan perintah kepada askarnya untuk mengambil kepala Yohanes Pembaptis. Askar itu meninggalkan istana, pergi ke penjara lalu memancung kepala Yohanes. 28 Kemudian kepala itu diletakkannya di atas talam, dibawanya ke istana, dan diserahkannya kepada gadis itu. Lalu gadis itu menyerahkan kepala Yohanes kepada ibunya. 29 Apabila pengikut Yohanes mendengar hal itu, mereka mengambil jenazah Yohanes dan mengebumikannya.
Yesus Memberikan Makanan kepada Lima Ribu Orang
39 Rasul-rasul yang diutus oleh Yesus kembali kepada Yesus, dan melaporkan segala yang sudah dilakukan dan diajarkan oleh mereka. 31 Orang yang datang dan pergi di tempat itu sedemikian banyak sehingga Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tidak sempat makan. Oleh itu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Marilah kita pergi ke tempat yang sunyi supaya kita dapat sendirian dan kamu pun boleh berehat sekejap." 32 Oleh itu mereka bertolak dengan perahu ke tempat yang sunyi. 33 Tetapi orang ramai nampak mereka meninggalkan tempat itu dan mengenal mereka. Lalu orang dari semua kota di kawasan itu berlari melalui jalan darat supaya mendahului Yesus dan pengikut-Nya ke tempat yang dituj ui mereka. 34 Apabila Yesus turun dari perahu, Dia nampak orang ramai di situ. Hati-Nya penuh betas kasihan kerana mereka seperti domba tanpa gembala. Dia pun mula mengajarkan banyak perkara kepada mereka. 35 Apabila hari sudah petang, pengikut-pengikut Yesus datang dan berkata kepada-Nya, "Hari sudah hampir malam dan tempat ini terpencil. 36 Suruhlah semua orang ini pergi. Biarlah mereka pergi ke pekan dan kampung di sekitar sini untuk membeli makanan." 37 Tetapi Yesus menjawab, "Sebaiknya kamu bed mereka makanan." Pengikut-pengikut-Nya bertanya, "Adakah Guru mahu kami pergi membeli roti seharga dua ratus keping wang perak supaya kami dapat memberikan makanan kepada mereka?" 38 Yesus berkata kepada mereka, " Pergilah lihat berapa banyak roti yang ada pada kamu." Setelah mereka pergi melihat, mereka berkata, "Lima ketul roti dan dua ekor ikan." 39 Lalu Yesus memberitahu pengikutpengikut-Nya supaya menyuruh semua orang di situ duduk berkelompok-kelompok di rumput yang hijau. 40 Mereka pun duduk dengan teratur dalam kelompok. Ada yang sera tus orang sekelompok dan ada pula yang lima puluh orang. 41 Setelah itu Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti itu lalu menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu. Dia juga membahagi-bahagikan dua ekor ikan itu kepada mereka semua. 42 Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. 43 Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul. 44 Jumlah orang lelaki yang makan roti itu kira-kira lima ribu orang.
Yesus Berjalan di atas Air
45 Yesus segera menyuruh pengikutpengikut-Nya pergi terlebih dahulu dengan perahu ke Betsaida di seberang tasik, sementara Dia menyuruh orang ramai pulang. 46 Setelah Yesus melihat orang ramai itu pergi, Dia pun pergi ke bukit untuk berdoa. 47 Apabila hari sudah malam, perahu pengikut-pengikut Yesus sudah ada di tengah-tengah tasik, sedangkan Yesus seorang din di darat. 48 Yesus nampak pengikut-pengikut-Nya bersusah payah mendayung perahu kerana angin bertiup dari arah yang berlawanan. Oleh itu, kira-kira antara pukul tiga dan enam pagi, Dia berjalan di atas air dan menghampiri mereka. Yesus hendak mendahului mereka, 49 tetapi mereka nampak Dia berjalan di atas air. "Hantu!" teriak mereka. 50 Mereka sangat ketakutan ketika melihat Yesus. Tetapi Yesus segera berkata kepada mereka, "Tabahkan hati kamu! Aku Yesus. Jangan takut!" 51 Lalu Dia menaiki perahu mereka dan angin pun teduh. Pengikutpengikut-Nya sangat hairan, 52 kerana masih belum faham akan apa yang telah berlaku dengan lima ketul roti itu; mereka tidak dapat memahaminya.
Yesus Menyembuhkan Orang Sakit di Genesaret
53 Mereka menyeberang tasik lalu tiba di Genesaret. Di situ mereka menambat perahu itu. 54 Ketika mereka meninggalkan perahu, orang ramai mengenal Yesus dengan serta-merta. 55 Lalu mereka berlari ke seluruh kawasan itu. Di mana-mana mereka tahu Yesus ada, mereka membawa semua orang sakit yang terbaring di atas tikar kepada-Nya. 56 Ke mana sahaja Yesus pergi, baik ke kampung, ke kota, ataupun ke pekan, penduduk di situ membawa semua orang sakit ke padang tempat orang berkumpul. Lalu mereka memohon supaya setidak-tidaknya Yesus membenarkan semua orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Maka semua orang yang menyentuhnya sembuh.
Adat Istiadat Nenek Moyang
7.1 Beberapa orang Farisi dan guru Taurat yang datang dari Yerusalem, berkumpul di sekeliling Yesus. 2 Mereka melihat beberapa orang pengikut Yesus makan dengan tangan yang tidak bersih menurut agama, iaitu tanpa terlebih dahulu membasuh tangan menurut peraturan agama Yahudi. 3 Baik orang Farisi mahu pun orang Yahudi lain, semuanya menurut adat istiadat nenek moyang. Mereka tidak akan makan sebelum membasuh tangan menurut cara-cara yang ditetapkan. 4 Makanan yang dibeli di pasar tidak akan dimakan, sebelum dibasuh terlebih dahulu. Banyak lagi peraturan lain yang diamalkan oleh mereka, seperti cara membasuh cawan, mangkuk, dan periuk tembaga. 5 Oleh itu semua orang Farisi dan guru Taurat di situ bertanya kepada Yesus, "Mengapakah pengikutmu tidak menurut adat istiadat nenek moyang kita? Mengapakah mereka makan dengan tangan yang tidak dibasuh?" 6 Yesus menjawab, "Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya, tatkala dia bernubuat tentang kamu! Kamu munafik, seperti yang dituliskan oleh Yesaya di dalam kitabnya, 'Demikianlah firman Allah: Semua orang ini menghormati Aku dengan kata-kata, tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripada-Ku. 7 Sia-sialah mereka menyembah Aku, kerana peraturan manusia diajarkan oleh mereka seolah-olah peraturan itu hukum Allah!' 8 Kamu tidak mempedulikan perintah Allah supaya kamu dapat menurut ajaran manusia." 9 Yesus berkata pula, "Cerdik sekali cara kamu menolak perintah Allah untuk mempertahankan ajaran kamu sendiri. 10 Musa memberikan perintah ini, 'Hormatilah ibu bapamu,' dan 'Orang yang mencaci ibu bapa mesti dihukum mati.' 11 Tetapi kamu memberikan ajaran berikut: Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, Alla yang seharusnya saya gunakan untuk menolong ayah dan emak, sudah saya jadikan Korban. Semuanya sudah saya persembahkan kepada Allah.' 12 Maka orang itu tidak payah menolong ibu bapanya. 13 Dengan jalan ini ajaran yang kamu sampaikan kepada orang lain, meniadakan firman Allah. Banyak lagi perkara seperti ini yang kamu lakukan."
Hal-Hal yang Menajiskan Orang
14 Lalu sekali lagi Yesus memanggil orang ramai itu dan berkata kepada mereka, "Dengarlah supaya kamu mengerti! 15 Tiada sesuatu pun dari luar yang masuk ke dalam seseorang, dapat menajiskan dia. Sebaliknya, apa yang keluar daripada seseorang menajiskan dia. 16 Oleh itu, jika kamu bertelinga, dengarlah! 17 Apabila Yesus meninggalkan orang ramai lalu masuk ke rumah, pengikutpengikut-Nya bertanya kepada-Nya tentang perumpamaan itu. 18 Yesus berkata kepada mereka, "Kamu ini sama dengan mereka. Tidakkah kamu mengerti? Tiada sesuatu pun dari luar yang masuk ke dalam seseorang dapat menajiskan dia, 19 kerana apa yang masuk itu tidak ke dalam hati, melainkan ke dalam perut, lalu keluar lagi." Dengan kata-kata ini Yesus menyatakan bahawa semua makanan boleh dimakan. 20 Yesus berkata lagi, "Apa yang keluar daripada seseorang menajiskan dia, 21 kerana dari hatilah timbul fikiran jahat yang menyebabkan orang berbuat cabul, merompak, membunuh, 22 berzina, tamak; melakukan segala perkara yang jahat, seperti menipu, berbuat yang tidak senonoh, cemburu, memfitnah, sombong, dan tidak berbudi pekerti. 23 Semua perkara jahat ini timbul dari dalam dan hal itulah yang menajiskan orang."
Iman Seorang Wanita
24 Kemudian Yesus meninggalkan tempat itu lalu pergi ke kawasan dekat kota Tirus. Dia masuk ke dalam sebuah rumah. Dia tidak mahu orang tahu bahawa Dia di situ, tetapi Dia tidak dapat menyembunyikan di6. 25 Seorang ibu, yang anak perempuannya dirasuk roh jahat mendengar perihal Yesus. Dia segera datang kepada-Nya lalu sujud di hadapan-Nya. 26 Wanita itu bukan orang Yahudi dan dia dilahirkan di daerah Fenisia di Siria. Dia memohon supaya Yesus mengusir roh jahat yang merasuk anaknya. 27 Tetapi Yesus menjawab, "Anakanak harus diberikan makanan terlebih dahulu, kerana tidak patut kita mengambil makanan mereka lalu elemparkannya kepada anjing." 28 "Tuan," jawab wanita itu, "anjing di bawah meja pun makan sisa yang dijatuhkan oleh anak-anak!" 29 Yesus berkata kepadanya, "Kerana jawapanmu itu, pulanglah; roh jahat sudah keluar daripada anak perempuanmu!" 30 Ketika ibu itu tiba di rumah, dia mendapati anaknya terbaring di katil, dan roh jahat benar-benar sudah keluar daripada anak itu.
Yesus Menyembuhkan Seorang Tuli yang ada Kecacatan Pertuturan
31 Kemudian Yesus meninggalkan daerah sekitar Tirus dan meneruskan perjalanan ke Tasik Galilea melalui Sidon. Dia melalui daerah Sepuluh Kota. 32 Di situ beberapa orang membawa seorang tuli yang ada kecacatan pertuturan, kepada-Nya. Mereka memohon supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada orang itu. 33 Yesus membawa dia ke tepi, jauh dari orang ramai, lalu memasukkan jari-Nya ke dalam kedua-dua belah telinga orang itu. Setelah itu Yesus meludah dan menjamah lidah orang itu. 34 Kemudian Yesus menengadah ke langit dan menarik nafas panjang. Lalu Dia berkata kepada orang itu, "Effata," yang bererti. "Terbukalah!" 35 Seketika itu juga telinga orang itu terbuka, lidahnya pulih, lalu dia mula bercakap dengan mudah. 36 Selepas itu Yesus melarang mereka menceritakan hal itu kepada sesiapa pun. Tetapi semakin Yesus melarang, semakin mereka menceritakannya. 37 Semua orang yang mendengar hal itu sangat hairan. Mereka berkata, "Sungguh baik perbuatannya! Dia pun dapat membuat orang tuli mendengar dan orang bisu bercakap!"
Yesus Memberikan Makanan kepada Empat Ribu Orang
8.1 Tidak lama kemudian, ada lagi orang ramai datang berkumpul. Apabila mereka kehabisan makanan, Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya dan berkata, 2 "Aku kasihan kepada orang ramai ini. Sudah tiga hari mereka bersama-sama Aku, dan sekarang mereka kehabisan makanan. 3 Jika Aku menyuruh mereka pulang dengan perut kosong, mereka akan pengsan di tengah jalan, kerana ada antara mereka yang datang dari jauh." 4 Pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya, "Di tempat terpencil ini, di manakah orang boleh mendapat cukup makanan untuk semua orang ini?" 5 Yesus bertanya kepada mereka, "Berapa banyak roti yang ada pada kamu?" "Tujuh ketul," jawab mereka. 6 Yesus menyuruh orang ramai duduk di atas tanah. Lalu Dia mengambil tujuh ketul roti itu dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti itu, lalu menyerahkannya kepada para pengikut-Nya untuk diberikan kepada orang ramai. Pengikut-Nya pun berbuat demikian. 7 Mereka juga mempunyai beberapa ekor ikan kecil. Yesus mengucap syukur kepada Allah bagi ikan itu, lalu menyuruh pengikut-Nya membahagi-bahagikan ikan itu juga. 8-9 Semua orang makan sehingga kenyang — ada kira-kira empat ribu orang di situ. Selepas itu pengikut-pengikut Yesus mengumpulkan lebihan roti dan ikan sebanyak tujuh buah bakul. Kemudian Yesus menyuruh orang ramai pulang. 10 Sesudah itu Dia segera menaiki perahu bersama-sama para pengikut-Nya, lalu pergi ke daerah Dalmanuta.
Orang Farisi Meminta Yesus Melakukan Mukjizat
11 Beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dan mula bersoal jawab dengan Dia. Mereka hendak memerangka p Dia. Mereka meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah. 12 Yesus mengeluh lalu menjawab, "Mengapakah orang zaman ini meminta Aku melakukan mukjizat? Tidak! Tanda semacam itu tidak akan diberikan kepada mereka!" 13 Yesus meninggalkan mereka, lalu kembali ke perahu dan mula menyeberangi tasik.
Ragi Orang Farisi dan Ragi Herodes
14 Pengikut Yesus lupa membawa roti yang cukup. Mereka hanya mempunyai seketul roti di perahu. 15 Yesus memperingatkan mereka, "Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan ragi Herodes." 16 Mereka mula mempersoalkan hal itu. Mereka berkata, "Dia berkata demikian kerana kita tidak membawa roti." 17 Yesus mengetahui apa yang dipersoalkan mereka. Oleh itu Dia bertanya kepada mereka, "Mengapa kamu mempersoalkan hal tidak membawa roti? Tidakkah kamu tahu dan faham juga? Adakah fikiran kamu sedemikian tumpul? 18 Kamu mempunyai mata, mengapa tidak dapat melihat? Kamu mempunyai telinga, mengapa tidak dapat mendengar? Tidakkah kamu ingat 19 bagaimana Aku membahagikan lima ketul roti untuk lima ribu orang? Berapa buah bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan?" Mereka menjawab, "Dua betas." 20 Yesus bertanya lagi, "Ketika Aku membahagikan tujuh ketul roti untuk empat ribu orang, berapa buah bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan?" Mereka menjawab, "Tujuh."
21 Yesus berkata, "Dan kamu masih belum faham juga?"
Yesus Menyembuhkan Seorang Buta di Betsaida
22 Mereka tiba di Betsaida. Di situ beberapa orang membawa seorang buta kepada Yesus, dan mereka memohon supaya Yesus menyentuh dia agar dia sembuh. 23 Yesus memegang tangan orang buta itu lalu memimpinnya keluar dari pekan itu. Setelah Yesus meludahi mata orang itu, Dia meletakkan tangan-Nya pada mata orang itu, lalu bertanya kepadanya, "Dapatkah kamu lihat sesuatu?" 24 Orang itu memandang ke hadapan lalu berkata, "Ya. Saya nampak orang, tetapi mereka seperti pokok yang berjaIan." 25 Sekali lagi Yesus meletakkan tangan-Nya pada mata orang itu. Kali ini orang itu memandang dengan sebolehbolehnya. Matanya sembuh, dan dia melihat segala-galanya dengan jelas sekali. 28 Lalu Yesus menyuruh dia pulang, dan berkata kepadanya, "Jangan masuk lagi ke pekan itu."
Pengakuan Petrus tentang Yesus
22 Kemudian Yesus dan pengikutpengikut-Nya pergi ke pekan-pekan di sekitar Kaisarea Filipi. Di tengah jalan Yesus bertanya kepada mereka, "Menurut kata orang, siapakah Aku ini?" 28 Mereka menjawab, "Ada yang berkata Yohanes Pembaptis; ada Pula yang berkata Elia, sedangkan yang lain berkata salah seorang nabi." 29 "Tetapi menurut kamu, siapakah Aku ini?" tanya Yesus. Petrus menjawab, "Guru ialah Kristus, Penyelamat yang diutus oleh Allah!" 39 Lalu Yesus memerintah mereka, "Jangan beritahu sesiapa pun perkara tentang diri-Ku."
Yesus Berkata-kata tentang Kesengsaraan dan Kematian-Nya
31 Kemudian Yesus mula mengajar pengikut-pengikut-Nya, "Anak Manusia mesti mengalami banyak penderitaan, dan tidak akan diterima oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi selepas tiga hari, Dia akan bangkit semula." 32 Yesus mengatakan hal ini kepada mereka dengan jelas sekali. Oleh itu Petrus menarik Yesus ke tepi dan mula menegur Dia. 33 Tetapi Yesus berpaling dan memandang pengikut-pengikut-Nya, lalu menegur Petrus, "Pergilah dari sini, hai Iblis! Fikiranmu itu fikiran manusia, bukan fikiran Allah!" 34 Kemudian Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai di situ. Dia berkata kepada mereka, "Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku. 35 Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidupnya untuk-Ku dan untuk Berita Baik daripada Allah, akan menyelamatkannya. 36 Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati? 37 Dapatkah hidup itu ditukar dengan sesuatu? Tentu tidak. 38 Jika seseorang malu mengakui Aku dan ajaran-Ku pada zaman yang derhaka dan jahat ini, Anak Manusia juga akan malu mengakui orang itu, apabila Dia datang kelak dengan kemuliaan Bapa-Nya berserta malaikat-malaikat-Nya yang suci." 9.1 Yesus berkata lagi, "Ketahuilah! Ada bebera pa orang di sini yang tidak akan meninggal, sebelum melihat Allah memerintah dengan penuh kuasa!"
Yesus Dipermuliakan
2 Enam hari kemudian Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes, pergi menyendiri ke sebuah gunung yang tinggi. Ketika mereka memandang Yesus, rupa Yesus berubah. 3 Pakaian-Nya menjadi putih bersinar-sinar. Tiada sesiapa pun di bumi dapat membasuh kain sehingga menjadi seputih itu. 4 Lalu ketiga-tiga orang pengikut itu nampak Elia dan Musa berkata-kata dengan Yesus. 5 Petrus berkata kepada Yesus, "Guru, sungguh baik kami di sini. Kami akan mendirikan tiga buah khemah: satu untuk Guru, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia." 6 Sebenarnya Petrus tidak mengetahui a pa yang harus dikatakannya, kerana dia dan kedua-dua orang kawannya sangat takut. 7 Lalu awan meliputi mereka dan terdengar suara dari awan berkata, "Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dengarkanlah Dia!" 8 Mereka melihat di sekeliling, tetapi tidak nampak sesiapa pun bersamasama mereka kecuali Yesus. 9 Ketika mereka turun dari gunung itu, Yesus memperingatkan mereka, "Jangan beritahu sesiapa pun apa yang telah kamu nampak, selagi Anak Manusia belum bangkit daripada kematian." 10 Mereka menurut perintah-Nya, tetapi mula mempersoalkan makna "bangkit daripada kematian". 11 Mereka bertanya kepada Yesus, "Mengapakah guru Taurat berkata bahawa Elia mesti datang terlebih dahulu?" 12 Yesus menjawab, "Elia memang datang terlebih dahulu untuk menyediakan segala-galanya. Tetapi, mengapa di dalam Alkitab tertulis bahawa Anak Manusia akan mengalami banyak penderitaan serta dihina orang? 13 Aku berkata kepada kamu: Elia sudah datang dan orang memperlakukan dia dengan sesuka hati mereka. Hal itu tepat seperti yang tertulis di dalam Alkitab tentang dirinya."
Yesus Menyembuhkan Seorang Anak yang Dirasuk Roh Jahat
14 Apabila mereka kembali kepada pengikut-pengikut yang lain, mereka nampak orang ramai di situ. Beberapa orang guru Taurat sedang bersoal jawab dengan pengikut-pengikut Yesus. 15 Sebaik sahaja orang ramai melihat Yesus, mereka kehairanan, lalu berlari menyambut Dia. 16 Yesus bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, "Apa yang kamu persoalkan dengan mereka?" 17 Seorang daripada orang ramai itu menjawab, "Guru, saya membawa anak saya kepada pengikut-pengikut guru. Dia bisu kerana dirasuk roh jahat. 18 Apabila roh jahat menyerang dia, tubuhnya dibanting-banting ke tanah dan mulutnya berbuih. Giginya berkertak dan badannya menjadi kaku. Saya meminta pengikut-pengikut guru mengusir roh jahat itu, tetapi mereka tidak dapat melakukannya." 19 Yesus berkata kepada mereka, "Hai kamu orang yang tidak percaya! Berapa lamakah harus Aku tinggal bersama-sama kamu? Berapa lamakah harus Aku bersabar terhadap kamu? Bawa anak itu ke mari!" 20 Mereka pun membawa dia kepada Yesus. Sebaik sahaja roh jahat itu melihat Yesus, roh jahat itu membuat anak itu kena sawan sehingga anak itu jatuh terguling-guling ke tanah. Mulutnya berbuih. 21 Yesus bertanya kepada bapa anak itu, "Sudah berapa lamakah dia begini?" Bapanya menjawab, "Sejak dia masih kanak-kanak lagi! 22 Sering kali roh jahat itu cuba membunuhnya dengan membuang dia ke dalam api atau air. Kasihanilah kami dan tolonglah kami, sekiranya guru dapat menolong!" 23 "Apa katamu? Jika guru dapat?" jawab Yesus. "Orang yang percaya kepada Allah dapat melakukan segala sesuatu!" 24 Bapa itu segera berseru, "Saya percaya, tetapi iman saya kurang. Tolonglah saya supaya lebih percaya lagi!" 25 Yesus melihat bahawa orang ramai mula datang berkerumun. Oleh itu Dia memerintah roh jahat itu dengan berkata, "Roh tuli dan bisu, Aku memerintah kamu keluar daripada anak ini dan jangan sekali-kali masuk lagi!" 26 Roh jahat itu berteriak dan membuat anak itu berkejang-kejang, lalu keluar daripada anak itu. Anak itu kelihatan seperti mayat sehingga semua orang berkata, "Dia sudah mati!" 27 Tetapi Yesus memegang tangannya dan menolong dia bangun. Anak itu pun berdiri. 28 Kemudian Yesus masuk ke dalam rumah. Apabila tiada orang lain di situ, pengikut-pengikut Yesus bertanya kepada-Nya, "Mengapakah kami tidak dapat mengusir roh jahat itu?" 29 Yesus menjawab, "Tiada cara lain yang dapat mengusir roh jahat semacam ini, kecuali dengan doa."
Yesus Berkata-kata Lagi tentang Kematian-Nya
30 Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meninggalkan tempat itu lalu meneruskan perjalanan melalui Galilea. Yesus tidak mahu orang tahu di mana Dia, 31 kerana Dia sedang mengajar pengikutpengikut-Nya. Dia berkata, "Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia, lalu Dia akan dibunuh, tetapi tiga hari kemudian Dia akan bangkit semula!" 32 Mereka tidak memahami makna ajaran itu, tetapi mereka takut bertanya kepada Yesus.
Siapa yang Terbesar?
33 Mereka tiba di Kapernaum. Setelah mereka masuk ke rumah, Yesus bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, "Apakah yang kamu persoalkan di tengah jalan tadi?" 34 Mereka tidak menjawab, kerana sewaktu dalam perjalanan, mereka mempersoalkan siapa yang terbesar. 35 Yesus duduk, lalu memanggil dua belas orang pengikut-Nya. Dia berkata kepada mereka, "Sesiapa yang mahu menjadi pertama, mesti menjadi yang terakhir dan menjadi hamba semua orang." 36 Setelah itu Dia memanggil seorang kanak-kanak, lalu menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua. Yesus memeluk kanak-kanak itu sambil berkata kepada mereka, 37 "Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku, menyambut Aku. Sesiapa yang menyambut Aku, menyambut bukan Aku sahaja, tetapi juga Allah yang mengutus Aku."
Sesiapa yang Tidak Melawan Kita Berpihak kepada Kita
38 Yohanes berkata kepada Yesus, "Guru, kami nampak seorang mengusir roh jahat dengan nama Guru. Kami melarang dia, kerana dia tidak termasuk golongan kita." 39 Yesus berkata kepada mereka, "Jangan larang dia, kerana tiada seorang pun yang telah melakukan mukjizat dengan nama-Ku, akan segera memburukburukkan Aku. 40 Sesiapa yang tidak melawan kita, berpihak kepada kita. 41 Ingatlah! Sesiapa yang memberi kamu minuman kerana kamu pengikut Kristus, pasti akan menerima pahalanya."
Hal-Hal yang Menyebabkan Orang Berdosa
42 "Sesiapa menyebabkan salah seorang pengikut-Ku yang kecil ini tidak lagi percaya kepada-Ku, lebih baik jika batu kisaran diikatkan pada leher orang itu, lalu dia dibuang ke dalam laut. 43 Jika tanganmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah tangan itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah tangan daripada kamu dengan kedua-dua belah tangan masuk ke dalam neraka, ke dalam api yang kekal. 44 Di sana ulat tidak dapat mati dan api tidak pernah padam. 45 Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah kaki daripada kamu dengan kedua-dua belah kaki dibuang ke dalam neraka. 46 Di sana ulat tidak dapat mati dan api tidak pernah padam. 47 Jika matamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah mata itu! Lebih baik kamu menikmati Dunia Baru Allah dengan hanya sebelah mata, daripada kamu dengan kedua-dua belah mata dibuang ke dalam neraka. 48 Di sana lat tidak dapat mati dan api tidak pernah padam. 49 Setiap orang akan dimurnikan dengan api, sebagaimana persembahan korban dimurnikan dengan garam. 50 Garam itu baik, tetapi jika garam sudah menjadi tawar, garam itu tidak dapat menjadi masin lagi. Hendaklah kamu menjadi seperti garam serta hidup rukun."
Ajaran Yesus tentang Perceraian
10.1 Kemudian Yesus meninggalkan tempat itu. Dia pergi ke daerah Yudea dan daerah di seberang Sungai Yordan. Orang ramai berkumpul lagi di sekeliling Yesus, dan seperti biasa Yesus mula mengajar mereka. 2 Beberapa orang Farisi datang hendak memerangkap Dia. Mereka bertanya, "Menurut Taurat kita, bolehkah orang menceraikan isteri?" 3 Yesus menjawab dengan bertanya, "Apakah perintah yang diberikan oleh Musa kepada kamu?" 4 Mereka menjawab, "Musa membenarkan seseorang menceraikan isterinya asal menulis surat cerai." 5 Yesus berkata kepada mereka, "Musa menulis perintah itu kerana kamu terlalu sukar diajar. 6 Tetapi pada mula-mulanya, pada waktu Allah menciptakan manusia, ada dikatakan bahawa 'Allah menjadikan mereka lelaki dan perempuan. 7 Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya lalu bersatu dengan isterinya," 8 dan kedua-duanya menjadi satu. Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang tetapi satu. 9 Oleh itu mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia!" 10 Setelah mereka pulang ke rumah, pengikut-pengikut-Nya bertanya kepada Yesus tentang hal itu. 11 Yesus berkata kepada mereka, "Seorang lelaki yang menceraikan isterinya lalu berkahwin dengan wanita lain, berzina terhadap isterinya yang pertama. 12 Demikian juga seorang wanita yang menceraikan suaminya lalu berkahwin dengan lelaki lain, pun berzina."
Yesus Memberkati Kanak-Kanak
13 Beberapa orang membawa kanakkanak kepada Yesus supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada kanak-kanak itu dan memberkati mereka. Tetapi pengikut-pengikut-Nya memarahi mereka. 14 Ketika Yesus nampak hal ini, Dia marah lalu berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Biarlah kanak-kanak itu datang kepada-Ku! Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah. 15 Ingatlah! Orang yang tidak menyambut Pemerintahan Allah seperti seorang kanak-kanak, tidak dapat menikmati Pemerintahan Allah." 16 Lalu Yesus memeluk semua kanakkanak di situ, kemudian Dia meletakkan tangan-Nya pada tiap-tiap anak, dan memberkati mereka.
Orang Kaya
17 Ketika Yesus meneruskan perjalanan-Nya, seorang lelaki berlari ke arah Yesus. Dia sujud di hadapan Yesus lalu bertanya, "Guru yang baik, apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?" 18 "Mengapa kamu mengatakan Aku baik?" tanya Yesus. "Tiada seorang pun yang baik kecuali Allah. 19 Kamu tahu akan hukum Allah: 'Jangan membunuh; jangan berzina; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu; jangan menipu; hormatilah ibu bapamu.' 20 "Guru," kata orang itu, "sejak muda saya telah menurut semua hukum itu." 21 Dengan penuh kasih Yesus memandang orang itu lalu berkata, "Tinggal satu perkara sahaja yang perlu kamu lakukan. Pergilah jual segala yang kamu miliki; berikan wangnya kepada orang miskin, maka kamu akan beroleh harta di syurga. Kemudian marilah, ikutlah Aku." 22 Apabila orang itu mendengar kata-kata Yesus, mukanya muram. Dia terus meninggalkan tempat itu dengan susah hati kerana dia sangat kaya. 23 Yesus memandang pengikut-pengikut-Nya lalu berkata kepada mereka, "Alangkah susahnya bagi orang kaya menikmati Pemerintahan Allah!" 24 Pengikut-pengikut-Nya terperanjat mendengar kata-kata Yesus itu. Tetapi Yesus berkata pula, "Hai anak-anak-Ku, memang susah untuk menikmati Pemerintahan Allah! 25 Lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada seorang kaya menikmati Pemerintahan Allah." 26 Pengikut-pengikut Yesus hairan mendengar kata-kata itu, lalu mereka bertanya sesama sendiri, "Jika demikian, siapakah yang boleh diselamatkan?" 27 Yesus memandang mereka lalu menjawab, "Hal ini mustahil bagi manusia, tetapi tidak mustahil bagi Allah kerana Allah dapat melakukan segala perkara." 28 Lalu Petrus berkata, "Lihatlah, kami sudah meninggalkan segala-galanya lalu mengikut Guru." 29 "Betul!" kata Yesus, "Percayalah kepada-Ku: Sesiapa yang meninggalkan rumah tangganya, atau saudara lelakinya atau saudara perempuannya, atau ibunya, atau bapanya, atau anak-anaknya, atau ladangnya kerana Aku dan kerana Berita Baik itu, 30 akan menerima lebih banyak lagi pada zaman ini. Orang itu akan menerima seratus kali ganda rumah, saudara lelaki, saudara perempuan, ibu, anak-anak, ladang, dan juga penganiayaan. Pada zaman yang akan datang orang itu akan beroleh hidup sejati dan kekal. 31 Tetapi banyak orang yang sekarang ini terdahulu akan menjadi yang terakhir, dan yang sekarang ini terakhir akan menjadi yang terdahulu."
Kali Ketiga Yesus Berkata-kata tentang Kematian-Nya
32 Yesus dan pengikut-pengikut-Nya sedang dalam perjalanan ke Yerusalem. Yesus berjalan di hadapan, sementara pengikut-pengikut-Nya mengikuti-Nya dengan cemas. Orang ramai yang mengikut mereka pun takut. Sekali lagi Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya ke tepi, lalu berkata kepada mereka tentang apa yang akan berlaku terhadap diri-Nya. 33 "Dengarlah," kata-Nya. "Kita sekarang sedang menuju ke Yerusalem. Di situ Anak Manusia akan diserahkan kepada para ketua imam dan guru Taurat. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati kepada-Nya, lalu menyerahkan Dia kepada orang bukan Yahudi. 34 Mereka akan mengolok-olok Dia, meludahi Dia, menyesah Dia, dan membunuh Dia. Tetapi selepas tiga hari, Dia akan bangkit semula."
Permintaan Yakobus dan Yohanes
35 Lalu Yakobus dan Yohanes, anakanak Zebedeus datang kepada Yesus. "Guru," kata mereka, "ada satu perkara yang kami hendak Guru lakukan untuk kami." 36 "Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untuk kamu?" tanya Yesus. 37 Mereka menjawab, "Apabila Guru bertakhta dalam kemuliaan, benarkanlah kami duduk di sebelah kanan dan kin Guru." 38 Yesus berkata kepada mereka, "Kamu tidak mengetahui apa yang kamu minta. Sanggupkah kamu minum dari cawan penderitaan yang akan Aku minum? Sanggupkah kamu mengalami baptisan penderitaan yang akan Aku alami?" 39 "Sanggup," jawab mereka. Yesus berkata kepada mereka. "Memang kamu akan minum dari cawan penderitaan yang akan Aku minum dan kamu akan mengalami baptisan penderitaan seperti yang akan Aku alami. 40 Tetapi Aku tidak berhak menentukan orang yang akan duduk di sebelah kanan atau kiri-Ku. Allah yang menentukan siapa orangnya yang akan duduk di tempat itu." 41 Ketika sepuluh orang pengikut-Nya yang lain mendengar hal itu, mereka marah terhadap Yakobus dan Yohanes. 42 Yesus memanggil mereka semua lalu berkata, "Kamu tahu bahawa para penguasa bangsa yang tidak mengenal Allah menindas rakyat. Para pemimpin mereka selalu menekan rakyat. 43 Tetapi tidak demikian halnya dengan kamu. Jika seorang antara kamu hendak menjadi besar, dia harus melayani orang lain. 44 Jika seorang antara kamu hendak menjadi yang pertama, dia harus menjadi hamba kamu semua. 45 Anak Manusia tidak datang untuk dilayani; Dia datang untu melayani orang serta menyerahkan nyawa-Nya untuk membebaskan banya orang."
Yesus Menyembuhkan Bartimeus yang Buta
46 Mereka tiba di Yerikho. Ketika Yesus meninggalkan kota itu dengan pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai, ada seorang buta yang duduk minta sedekah di pinggir jalan. Namanya Bartimeus anak Timeus. 47 Apabila orang buta itu mendengar bahawa yang sedang lalu di situ adalah Yesus orang Nasaret. dia mula berseru, "Yesus, Anak Daud! Kasihanilah hamba!" 48 Orang ramai memarahi dia dan menyuruh dia diam. Tetapi lebih keras lagi dia berseru, "Anak Daud, kasihanilah saya!" 49 Yesus berhenti lalu berkata, "Pang gillah dia." Mereka memanggil orang buta itu. "Jangan kecil hati!" kata mereka. "Ba ngunlah, Yesus memanggil kamu." 50 Orang buta itu pun melempar jubahnya, lalu melompat dan pergi kepada Yesus. 51 Yesus bertanya kepadanya, "Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untukmu?" Orang buta itu menjawab, "Guru saya ingin melihat." 52 "Pergilah," kata Yesus, "kamu sembuh kerana kamu percaya kepada-Ku." Pada saat itu juga orang itu dapat me lihat, lalu dia mengikut Yesus di jalan.
Yesus Masuk ke Yerusalem
11.1 Ketika mendekati Yerusalem, mereka sampai ke kota Betfage dan Betania, di Buick Zaitun. Di situ Yesus menyuruh dua orang pengikut-Nya pergi terlebih dahulu. 2 Yesus berkata kepada mereka, "Pergilah ke kampung yang di hadapan itu. Apabila kamu tiba di situ kamu akan nampak seekor anak keldai yang terikat, yang belum pernah ditunggangi orang. Lepaskanlah dan bawalah keldai itu ke sini. 3 Jika ada orang bertanya kepada kamu 'Mengapa kamu melepaskan keldai ini?' katakanlah, 'Guru memerlukannya dan segera akan mengembalikannya.' " 4 Pengikut-pengikut itu pergi dan mendapati seekor anak keldai yang terikat pada pintu sebuah rumah di pinggir jalan, lalu mereka melepaskannya. 5 Beberapa orang yang berdiri di situ bertanya kepada mereka, "Apa yang kamu lakukan? Mengapa kamu melepaskan keldai ini?" 6 Mereka menjawab seperti yang diarahkan oleh Yesus, lalu orang di situ pun membiarkan mereka pergi. 7 Mereka membawa anak keldai itu kepada Yesus, lalu mengalas punggung keldai itu dengan jubah mereka. Kemudian Yesus menungganginya. 8 Banyak orang membentangkan jubah di atas jalan, sementara yang lain mengerat dahan-dahan di ladang lalu menyelerakkannya di jalan. 9 Orang ramai yang berjalan di hadapan dan yang mengikut di belakang mula berseru-seru, "Pujilah Allah! Diberkatilah Dia yang datang dengan na ma Tuhan. 18 Diberkatilah pemerintahan-Nya yang akan datang — pemerintahan Daud nenek moyang kita! Pujilah Allah!" 11 Yesus masuk ke Yerusalem, lalu pergi ke Rumah Tuhan sambil memandang di sekeliling-Nya. Tetapi kerana hari sudah petang, Dia pergi bersamasama dua belas orang pengikut-Nya ke Betania.
Yesus Mengutuk Pokok Ara
12 Esoknya, ketika mereka balik dari Betania, Yesus lapar. 13 Dari jauh Dia nampak sebatang pokok ara yang lebat daunnya. Yesus mendekati pokok itu untuk melihat sama ada pokok itu berbuah. Tetapi a pabila Dia tiba di pokok itu, Dia mendapati daun-daun sahaja, kerana pada masa itu belum musim huah ara. 14 Yesus berkata kepada pokok ara itu, "Tiada sesiapa pun akan makan buah ara daripadamu lagi!" Pengikut-pengikut-Nya mendengar kata-kata Yesus itu.
Yesus Masuk ke Rumah Tuhan
15 Ketika mereka tiba di Yerusalem, Yesus pergi ke Rumah Tuhan lalu mula mengusir semua orang yang berjual beli di situ. Dia menunggangbalikkan meja para penukar wang dan bangku para penjual burung merpati. 16 Dia tidak membenarkan orang membawa apa-apa pun melalui halaman Rumah Tuhan. 17 Kemudian Dia mengajar orang ramai di situ. Dia berkata, "Di dalam Alkitab tertulis bahawa Allah berfirman, 'Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa untuk semua bangsa!' Tetapi kamu menjadikannya tempat persembunyian perompak!" 18 Para ketua imam dan guru Taurat mendengar kata-kata itu. Oleh itu mereka mula mencari jalan untuk membunuh Yesus. Mereka takut akan Dia, kerana semua orang kagum mendengar ajaran-Nya. 19 Menjelang malam, Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meninggalkan kota itu.
Pelajaran daripada Pokok Ara
20 Pada keesokan paginya, ketika mereka melewati pokok ara itu, mereka melihat pokok itu sudah mati sehingga ke akar-akarnya. 21 Petrus teringat akan apa yang telah berlaku. Dia berkata kepada Yesus, "Guru, lihatlah, pokok ara yang Guru kutuki sudah mati!" 22 Yesus menjawab, "Percayalah kepada Allah. 23 Maka kamu dapat berkata kepada bukit ini, 'Terangkatlah dan terbuanglah ke dalam laut!' Jika kamu tidak ragu-ragu, tetapi percaya bahawa apa yang kamu katakan itu akan berlaku, perkara itu pun akan dilakukan untuk kamu. 24 Oleh itu ingatlah: Apabila kamu berdoa dan minta sesuatu, percayalah bahawa kamu telah menerimanya, kerana apa sahaja yang kamu minta akan diberikan kepada kamu. 25 Apabila kamu berdiri untuk berdoa, ampunkanlah kesalahan sesiapa pun, supaya Bapa kamu yang di syurga juga akan mengampunkan dosa kamu. 26 Jika kamu tidak mengampuni orang lain, Ba pa kamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan dosa kamu.
Pertanyaan tentang Hak Yesus
27 Mereka kembali lagi ke Yerusalem. Ketika Yesus berjalan di dalam Rumah Tuhan, para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi datang kepada-Nya. 28 Mereka bertanya, "Dengan hak siapakah kamu melakukan perkaraperkara ini? Siapakah yang memberikan hak kepadamu untuk melakukannya?" 29 Yesus menjawab, "Aku akan bertanya satu soalan sahaja kepada kamu. Jawablah dan Aku akan memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini. 30 Katakanlah, dengan hak siapakah Yohanes membaptis orang? Dengan hak Allah atau manusia?" 31 Mereka mula berbincang sesama sendiri, "Apakah yang akan kita katakan? Jika kita menjawab, 'Dengan hak Allah,' Dia akan berkata, 'Mengapakah kamu tidak percaya kepada Yohanes?' 32 Tetapi jika kita berkata, Dengan hak manusia " (Mereka takut akan orang ramai, kerana semua orang berpendapat bahawa Yohanes seorang nabi.) 33 Oleh itu mereka menjawab, "Kami tidak tahu." Yesus berkata kepada mereka, "Jika demikian Aku pun tidak mahu memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini."
Perumpamaan tentang Penyewa-Penyewa Ladang Anggur
12.1 Kemudian Yesus berkata-kata kepada para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudidengan menggunakan perumpamaan. Dia berkata, "Ada seorang yang menanami ladang anggur. Dia memasang pagar di sekelilingnya, menggali lubang tempat memeras buah anggur, dan mendirikan menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggur itu kepadabeberapa orang, lalu dia berangkat ke negeri lain. 2 Apabila tiba masanya untukmengumpulkan buah anggur, pemilik ladang itu mengutus seorang hambanya kepada penyewa-penyewa ladang itu untuk menerima hasil bahagiannya. 3 Tetapi penyewa-penyewa ladang itu menangkap hamba itu, memukul dia lalu menyuruh dia pulang dengan tangan kosong. 4 Pemilik ladang itu mengutus seorang hamba lain, tetapi penyewa-penyewa ladang itu memukul kepala hamba itu dan mempermalukan dia. 5 Lalu pemilik ladang itu mengutus seorang lagi hambanya, tetapi mereka membunuh dia. Demikianlah mereka memperlakukan banyak lagi hamba yang lain: Ada yang dipukul dan ada juga yang dibunuh. 6 Hanya tinggal seorang yang dapat diutus, iaitu anaknya sendiri yang dikasihinya. Akhirnya pemilik ladang itu mengutus anaknya kepada penyewa-penyewa ladang itu. 'Tentu mereka akan menghormati anakku,' katanya. 7 Tetapi penyewa-penyewa ladang itu bercakap sesama sendiri, 'Ini dia anak pemilik ladang. Marilah kita bunuh dia, supaya kita dapat hartanya!' 8 Oleh itu mereka menangkap anak itu, membunuh dia, lalu membuang mayatnya ke luar ladang itu." 9 Lalu Yesus bertanya kepada mereka, "Apakah yang akan dilakukan oleh pemilik ladang itu? Tentu dia akan datang dan membunuh semua penyewa itu, lalu menyerahkan ladang anggur itu kepada penyewa-penyewa lain. 10 Tentu kamu sudah membaca ayat ini di dalam Alkitab, 'Batu yang dibuang oleh pembina bangunan telah menjadi batu yang paling utama. 11 Inilah perbuatan Tuhan; alangkah indahnya!' " 12 Para pemimpin Yahudi itu berusaha untuk menangkap Yesus, kerana mereka tahu bahawa Yesus menujukan perumpamaan itu kepada mereka. Tetapi mereka takut akan orang ramai. Oleh itu mereka meninggalkan Yesus.
Pertanyaan tentang Pembayaran Cukai
13 Beberapa orang Farisi dan anggota golongan Herodes diutus untuk memerangkap Yesus dengan beberapa pertanyaan. 14 Mereka datang kepada Yesus dan berkata, "Guru, kami tahu bahawa guru jujur dan tidak menghiraukan pendapat orang lain. Guru tidak memandang kedudukan orang, tetapi guru mengajar kehendak Allah bagi manusia dengan terus terang. Katakanlah, menurut Taurat bolehkah kita membayar cukai kepada Kaisar Roma? Haruskah kita membayarnya atau tidak?" 15 Yesus mengetahui kemunafikan mereka. Dia menjawab, "Mengapa kamu tuba memerangkap Aku? Cuba perlihatkan sekeping wang perak kepada-Ku." 16 Mereka memberikan sekeping wang perak kepada-Nya. Lalu Yesus bertanya, Gambar dan nama siapakah ini?" "Kaisar," jawab mereka. 17 "Jika demikian," kata Yesus, "berikan apa yang dimiliki oleh Kaisar kepada Kaisar, lalu berikan apa yang dimiliki oleh Allah kepada Allah." Mereka kagum mendengar kata-kata Yesus.
Pertanyaan tentang Kebangkitan daripada Kematian
18 Beberapa orang Saduki datang kepada Yesus. (Mereka berpendapat bahawa orang mati tidak akan bangkit semula.) 19 "Guru," kata mereka, "Musa memberikan hukum ini kepada kami: 'Jika seorang lelaki meninggal tanpa mempunyai anak, maka saudara lelakinya harus berkahwin dengan balunya supaya orang yang sudah meninggal itu mendapat keturunan. ' 28 Dahulu ada tujuh orang adik-beradik. Yang sulung berkahwin tetapi meninggal tanpa mempunyai anak. 21 Lalu yang kedua berkahwin dengan balunya, tetapi dia pun meninggal tanpa mempunyai anak. Hal yang sama berlaku kepada saudara yang ketiga, 22 dan seterusnya sehingga kepada yang ketujuh. Tujuh orang adikberadik itu berkahwin dengan wanita yang sama, lalu meninggal tanpa mempunyai anak. Akhirnya wanita itu sendiri meninggal. 23 Pada hari kebangkitan orang mati, isteri siapakah wanita itu? Tujuh orang adik-beradik itu sudah berkahwin dengan dia." 24 Yesus menjawab, "Pendapat kamu salah sekali! Tahukah kamu apa sebabnya? Kamu tidak memahami Alkitab ataupun kuasa Allah. 25 Apabila orang mati dibangkitkan, mereka akan menjadi seperti malaikat di syurga, mereka tidak berkahwin. 26 Tentang orang mati dibangkitkan semula, belum pernahkah kamu baca di dalam kitab Musa kisah tentang belukar yang bernyala itu? Di dalam kisah itu tertulis bahawa Allah berfirman kepada Musa, 'Akulah Allah yang disembah Abraham, Ishak, dan Yakub.' 22 Oleh itu, Dia Allah orang hidup, bukan Allah orang mati. Pendapat kamu salah sama sekali!"
Perintah yang Terutama
28 Di situ ada seorang guru Taurat yang mendengar perbincangan mereka. Dia melihat bahawa Yesus telah menjawab soalan orang Saduki dengan baik. Oleh itu dia bertanya kepada Yesus, “Perintah manakah yang paling utama di antara semua perintah?" 29 Yesus menjawab, "Inilah perintah yang paling utama, 'Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa.' 30 Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu.' 31 Perintah yang kedua ialah, 'Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.' Tiada lagi perintah lain yang lebih utama daripada kedua-dua perintah ini." 32 Guru Taurat itu berkata kepada Yesus, "Bagus, guru! Memang benar apa yang guru katakan: Tuhanlah Allah Yang Esa dan tidak ada yang lain. 33 Manusia harus mengasihi Allah dengan sepenuh hati, dengan seluruh akal, dan dengan segala kekuatannya. Dia juga harus mengasihi sesama manusia seperti dia mengasihi diri sendiri. Mematuhi kedua-dua perintah ini lebih mustahak daripada mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan dan korban-korban lain." 34 Yesus melihat bahawa guru Taurat itu menjawab dengan bijak. Lalu Yesus berkata kepadanya, "Kamu tidak jauh daripada Pemerintahan Allah." Selepas itu tidak seorang pun berani mengajukan pertanyaan kepada Yesus.
Pertanyaan tentang Penyelamat yang Diutus oleh Allah
35 Sewaktu Yesus mengajar di Rumah Tuhan, Dia bertanya, "Bagaimanakah guru Taurat boleh mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud? 36 Sedangkan Daud, ketika diilhami oleh Roh Allah, berkata, 'Tuhan telah berfirman kepada Tuhanku: duduklah di sebelah kanan-Ku sehingga Aku menakluki musuh-Mu ke bawah kaki-Mu.' 37 Daud menyebut Penyelamat yang diutus oleh Allah itu 'Tuhan'. Bagaimana mungkin Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?"
Amaran supaya Berhati-hati dengan Guru Taurat
Orang ramai di Rumah Tuhan suka mendengar ajaran Yesus. 38 Sewaktu Yesus mengajar mereka, Dia berkata, "Berhati-hatilah dengan guru Taurat. Mereka suka berjalan-jalan dengan memakai jubah panjang, dan suka dihormati orang di pasar. 39 Mereka memilih tempat terbaik di dalam rumah ibadat dan di majlis jamuan. 48 Mereka memperdaya balu serta merampas rumah mereka, kemudian pura-pura berdoa dengan berpanjangan. Mereka akan menerima hukuman yang amat berat!"
Persembahan Seorang Balu
41 Sewaktu Yesus duduk dekat peti persembahan di Rumah Tuhan, Dia memerhati orang memasukkan wang ke dalam peti itu. Sebilangan besar orang kaya memasukkan banyak wang. 42 Lalu seorang balu yang miskin datang dan memasukkan dua keping mata wang tembaga yang sangat kecil nilainya. 43 Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya lalu berkata kepada mereka, "Ketahuilah, balu yang miskin ini memberikan persembahan yang lebih besar nilainya daripada semua orang lain. 44 Semua orang lain memberikan persembahan daripada kelebihan kekayaan mereka, tetapi balu ini, walaupun dia sangat miskin, memberikan segala yang ada padanya — dia mendermakan semua nafkahnya."
Yesus Berkata-kata tentang Keruntuhan Rumah Tuhan
13.1 Ketika Yesus meninggalkan Rumah Tuhan, seorang daripada Para pengikut-Nya berkata, "Guru, lihatlah! Betapa indahnya batu-batu dan bangunan-bangunan ini!" 2 Yesus menjawab, "Kamu melihat bangunan-bangunan yang indah ini, bukan? Satu batu pun tidak akan tinggal tersusun pada tempatnya. Semuanya akan dirobohkan." Kesusahan dan Penganiayaan 3 Kemudian Yesus pergi ke Bukit Zaitun lalu duduk di tempat yang berhadapan dengan Rumah Tuhan. Petrus, Yakobus, Yohanes, dan Andreas datang kepada-Nya. 4 Mereka berkata kepada Yesus, "Guru, beritahulah kami; bilakah semua perkara ini akan berlaku? Apakah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa masanya sudah tiba?" 5 Yesus berkata kepada mereka, "Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu. 6 Banyak orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, Akulah dial' Mereka akan menipu banyak orang. 7 Janganlah risau apabila kamu mendengar riuh pertempuran dan berita peperangan. Semua perkara ini mesti berlaku, tetapi hal itu tidak bererti bahawa akhir zaman telah tiba. 8 Satu bangsa akan berperang melawan bangsa yang lain. Sebuah kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain. Di mana sahaja akan berlaku gempa bumi dan kebuluran. Semua ini hanya permulaan, sama seperti sakit yang dialami wanita yang akan bersalin. 9 Kamu sendiri mesti berhati-hati. Kamu akan ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Kamu akan dipukul di rumah ibadat. Kamu akan dihadapkan kepada penguasa dan raja kerana kamu pengikut-Ku, lalu kamu akan mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah kepada mereka. 10 Berita Baik itu mesti dikhabarkan terlebih dahulu kepada semua bangsa. 11 Apabila kamu ditangkap dan dibawa ke mahkamah, janganlah khuatir tentang apa yang harus kamu katakan. Apabila tiba masanya, katakanlah apa yang diberitahu kepada kamu pada waktu itu. Kata-kata yang kamu ucapkan itu bukan kata-kata kamu sendiri, tetapi datang daripada Roh Allah. 12 Orang akan mengkhianati saudara sendiri supaya dibunuh. Bapa juga akan berbuat demikian terhadap anak-anak. Anakanak akan melawan ibu bapa dan menyerahkan mereka supaya dibunuh. 13 Semua orang akan membenci kamu kerana kamu pengikut-Ku. Tetapi orang yang bertahan sehingga akhir akan diselamatkan."
Bencana yang Dahsyat
14 "Kamu akan melihat 'Bencana yang Dahsyat' di tempat yang terlarang baginya. (Catatan kepada pembaca: Hendaklah kamu faham apa maknanya!) Pada waktu itu mereka yang di Yudea mesti lari ke pergunungan. 18 Orang yang di bumbung rumah janganlah turun dan masuk ke dalam rumah untuk mengambil sesuatu. 16 Orang yang di ladang janganlah balik untuk mengambil jubah. 17 Alangkah dahsyatnya masa itu bagi wanita yang mengandung dan ibu yang menyusui bayi! 18 Berdoalah kepada Allah supaya perkara-perkara ini tidak berlaku pada musim sejuk! 19 Pada masa itu akan timbul suatu kesusahan yang belum pernah berlaku, sejak Allah menjadikan dunia hingga sekarang. Perkara itu pun tidak akan berlaku lagi. 20 Seandainya Allah tidak memendekkan masa itu, tidak seorang pun akan selamat. Tetapi kerana umat-Nya yang terpilih, Allah memendekkan masa itu. 21 Pada masa itu jika seseorang berkata kepada kamu, 'Lihat, Penyelamat yang diutus oleh Allah ada di sini!' atau 'Lihat, Dia di situ!' — janganlah percaya kepada orang itu. 22 Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. Mereka akan melakukan mukjizat dan keajaiban untuk menipu orang, jika mungkin umat pilihan Allah juga. 23 Berjaga-jagalah! Semua perkara itu telah Aku katakan kepada kamu sebelum semuanya berlaku."
Kedatangan Anak Manusia
24 "Selepas masa kesusahan itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak lagi bercahaya. 25 Bintang-bintang akan jatuh dari langit dan kuasa di angkasa lepas akan ditarik daripada peredarannya. 26 Barulah Anak Manusia akan kelihatan datang dikelilingi awan dengan kekuasaan besar dan kemuliaan. 27 Dia akan mengutus malaikat-malaikat ke empat penjuru bumi untuk mengumpulkan umat pilihan-Nya dari hujung bumi ke hujung langit."
Pelajaran daripada Pokok Ara
28 "Biarlah pokok ara memberikan pelajaran kepada kamu. Apabila dahandahannya hijau, lembut, dan mula bertunas, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat. 29 Demikian juga apabila kamu melihat perkara-perkara ini berlaku, kamu tahu bahawa waktunya sudah dekat dan akan bermula dengan segera.' 30 IngatIah! Segala perkara ini akan berlaku sebelum orang yang hidup sekarang ini mati semuanya. 31 Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya."
Tidak Seorang pun Mengetahui Hari dan Waktunya
32 "Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, baik malaikat-malaikat di syurga ataupun Anak; hanya Bapa yang tahu. 33 Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana kamu tidak mengetahui waktunya. 34 Keadaannya seperti seorang yang meninggalkan rumahnya lalu pergi ke tempat yang jauh. Dia menyuruh hambahambanya menjaga rumah, setelah dia memberikan tugas kepada mereka. Kepada penjaga pintu, dia berpesan supaya berjaga baik-baik. 35 Oleh itu, berjaga-jagalah, kerana kamu tidak mengetahui waktunya tuan rumah itu balik; mungkin pada petang hari, tengah malam, subuh, atau pada waktu matahari terbit. 36 Jika dia datang dengan tiba-tiba, janganlah kamu didapati tidur. 37 Apa yang Aku katakan kepada kamu, Aku katakan juga kepada semua orang: Berjaga-jagalah!"
Muslihat terhadap Yesus
14.1 Dua hari sebelum Perayaan Paska dan Perayaan Roti Tidak Beragi, ketua imam dan guru Taurat mencari jalan untuk menangkap Yesus dengan diam-diam. Mereka hendak membunuh dia. 2 Tetapi mereka berkata, "Kita tidak boleh melakukannya pada masa perayaan, kerana rakyat akan merusuh."
Yesus Dituangi Minyak Wangi
3 Yesus ada di Betania, di rumah Simon yang dahulu berpenyakit kulit yang mengerikan. Ketika Yesus sedang makan, seorang wanita datang kepada-Nya. Dia membawa sebuah botol marmar yang berisi minyak wangi mahal daripada akar wangi. Dia memecahkan botol itu lalu menuang minyak wangi itu ke atas kepala Yesus. 4 Beberapa orang di situ marah dan bercakap sesama sendiri, "Apa gunanya minyak wangi itu dibazirkan? 5 Minyak itu dapat dijual dengan harga lebih daripada tiga ratus keping wang perak, dan wangnya boleh diberikan kepada orang miskin!" Mereka mengecam wanita itu. 6 Tetapi Yesus berkata, "Biarkanlah dia! Mengapa kamu menyusahkan dia? Apa yang telah dilakukannya untuk-Ku itu baik dan terpuji. 7 Orang miskin sentiasa ada antara kamu. Jika kamu hendak menolong mereka, bila-bila pun boleh. Tetapi Aku tidak selamanya bersama-sama kamu. 8 Wanita ini melakukan apa yang dapat dilakukannya. Dia menuangi Aku dengan minyak wangi untuk menyediakan tubuh-Ku bagi penguburan-Ku sebelum waktunya. 9 Ingatlah! Di seluruh dunia, di mana sahaja Berita Baik dikhabarkan, perbuatan wanita ini akan diceritakan untuk mengenang dia."
Yudas Bersetuju Mengkhianati Yesus
10 Kemudian Yudas Iskariot, seorang daripada dua betas orang pengikut Yesus, pergi kepada para ketua imam dengan maksud untuk menyerahkan Yesus kepada mereka. 11 Mereka suka sekali mendengar tawaran Yudas, lalu berjanji memberikan wang kepadanya. Yudas pun mula mencari peluang untuk mengkhianati Yesus.
Yesus Makan Jamuan Paska dengan Pengikut-pengikut-Nya
12 Pada hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi, iaitu hari apabila orang menyembelih domba Paska, pengikutpengikut Yesus bertanya kepada-Nya, "Di manakah Guru ingin kami menyediakan jamuan Paska untuk Guru?" 13 Yesus menyuruh dua orang daripada mereka, "Pergilah ke bandar, lalu kamu akan berjumpa dengan seorang lelaki yang menjunjung buyung air. Ikutilah dia 14 ke rumah yang dimasukinya, lalu berkatalah kepada pemilik rumah itu, 'Guru bertanya, di mana bilik tempat Dia dan pengikut-pengikut-Nya akan makan jamuan Paska.' 15 Dia akan menunjukkan sebuah bilik besar di tingkat atas yang sudah teratur dan lengkap dengan perabot, kepada kamu. Siapkanlah segala-galanya untuk kita di situ." 16 Kedua-dua orang pengikut itu pergi ke bandar dan mendapati semuanya seperti yang telah dikatakan oleh Yesus, lalu mereka pun menyediakan jamuan Paska itu. 17 Pada malam harinya, Yesus datang dengan dua belas orang pengikut-Nya. 18 Sementara mereka makan, Yesus berkata, "Ketahuilah, seorang daripada kamu, yang sekarang ini makan bersama-sama Aku akan mengkhianati Aku." 19 Pengikut-pengikut-Nya menjadi sangat sedih. Seorang demi seorang mula bertanya kepada Yesus, "Tentu bukan saya yang Guru maksudkan?" 20 Yesus menjawab, "Dia salah seorang daripada kamu yang dua belas ini, yang ikut mencelup roti ke dalam mangkuk dengan Aku. 21 Memang Anak Manusia akan mati seperti yang tertulis di dalam Alkitab, tetapi malanglah orang yang mengkhianati Anak Manusia! Lebih baik bagi orang itu jika dia tidak pernah dilahirkan!"
Perjamuan Tuhan
22 Ketika mereka sedang makan, Yesus mengambil roti dan mengucap syukur kepada Allah, lalu membahagikan roti itu. Kemudian Dia memberikan roti itu kepada pengikut-pengikut-Nya sambil berkata, "Ambillah dan makanlah, ini tubuh-Ku." 23 Kemudian Dia mengambil sebuah cawan berisi wain. Dia mengucap syukur kepada Allah, lalu memberikan cawan itu kepada pengikut-pengikut-Nya. Kemudian mereka semua minum dari cawan itu. 24 Yesus berkata, "Inilah darah-Ku yang dicurahkan untuk banyak orang, darah yang mengesahkan perjanjian Allah. 25 Percayalah, Aku tidak akan minum wain ini lagi sehingga hari itu apabila Aku minum wain baru di Dunia Baru Bapa-Ku." 26 Setelah mereka menyanyikan sebuah nyanyian pujian, mereka pergi ke Bukit Zaitun.
Nubuat bahawa Petrus akan Menyangkal Yesus
27 Yesus berkata kepada mereka, "Kamu semua akan lari meninggalkan Aku, kerana di dalam Alkitab tertulis, 'Allah akan membunuh gembala itu, lalu kawanan dombanya akan tercerai-berai.' 28 Tetapi setelah Aku dibangkitkan semula, Aku akan pergi ke Galilea lebih dahulu daripada kamu." 29 Petrus menjawab, "Meskipun semua yang lain meninggalkan Guru, saya tidak akan berbuat begitu." 38 Yesus berkata kepadanya, "Ingatlah, sebelum ayam berkokok dua kali malam ini, tiga kali engkau akan berkata bahawa engkau tidak mengenal Aku." 31 Petrus menjawab dengan lebih tegas, "Tidak sekali-kali saya akan berkata saya tidak mengenal Guru, meskipun saya terpaksa mati bersama-sama Guru!" Semua pengikut yang lain pun berkata demikian.
Yesus Berdoa di Getsemani
32 Mereka tiba di satu tempat bernama Getsemani. Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Duduklah di sini sementara Aku berdoa." 33 Kemudian Dia mengajak Petrus, Yakobus, dan Yohanes pergi bersamasama Dia. Yesus sangat sedih dan gelisah. 34 Dia berkata kepada mereka, "Hati-Ku sedih sekali sehingga Aku hendak mati rasanya. Tinggallah di sini dan berjagalah!" 35 Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa supaya jika boleh Dia tidak usah mengalami saat penderitaan itu. 36 Dia berdoa, "Bapa, ya Bapa-Ku! Tidak ada satu perkara yang mustahil bagi Bapa. Jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja." 37 Selepas itu Yesus kembali dan mendapati tiga orang pengikut-Nya sedang tidur. Dia berkata kepada Petrus, "Simon, tidurkah engkau? Tidak dapatkah engkau berjaga selama satu jam?" 38 Lalu Dia berkata kepada mereka semua, "Berjagajagalah dan berdoalah supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang roh kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana kamu lemah." 39 Sekali lagi Yesus pergi berdoa dan mengucapkan kata-kata yang sama. 40 Ketika Dia kembali kepada pengikut-pengikut-Nya, Dia mendapati mereka masih tidur kerana terlalu mengantuk. Mereka tidak tahu akan apa yang harus dikatakan kepada Yesus. 41 Ketika Yesus kembali untuk kali ketiga, Dia berkata kepada mereka, "Masihkah kamu tidur dan berehat? Cukuplah! Saatnya sudah tiba. Lihatlah, Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan orang berdosa. 42 Bangunlah, marilah kita pergi. Lihatlah, orang yang mengkhianati Aku sudah datang!"
Yesus Ditangkap
43 Yesus masih berkata-kata apabila Yudas, seorang daripada dua belas orang pengikut-Nya tiba. Bersama dengan dia datang juga sekumpulan orang yang membawa pedang dan belantan. Mereka diutus oleh para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi. 44 Pengkhianat itu telah menentukan suatu tanda bagi mereka. Dia berkata, "Orang yang saya cium, itulah Dia. Tangkaplah Dia dan bawalah Dia dengan kawalan yang ketat!" 45 Sebaik sahaja Yudas tiba, dia menghampiri Yesus lalu berkata, "Guru!" seraya mencium Dia. 46 Lalu mereka menangkap Yesus dan memegang Dia dengan kuat. Tetapi salah seorang di situ menghunus pedangnya lalu memukul hamba Imam Agung serta mengerat telinganya. 48 Yesus berkata kepada mereka, "Mestikah kamu datang dengan pedang dan belantan untuk menangkap Aku, seolah-olah Aku ini penjahat? 49 Berhari-hari Aku mengajar di Rumah Tuhan, tetapi kamu tidak menangkap Aku. Memang apa yang tertulis di dalam Alkitab mesti berlaku." 50 Ketika itu semua pengikut Yesus lari meninggalkan Dia. 51 Seorang lelaki muda yang memakai sehelai kain linen untuk menutupi badan. mengikuti Yesus. Apabila orang tuba menangkap lelaki itu, 52 dia melepaskan kainnya lalu lari bertelanjang.
Yesus di hadapan Majlis Agama
53 Kemudian mereka membawa Yesus ke rumah Imam Agung. Di situ semua ketua imam, pemimpin masyarakat orang Yahudi, dan guru Taurat sedang berkumpul. 54 Petrus mengikut dari jauh lalu masuk ke halaman rumah Imam Agung itu. Dia duduk berdiang dengan pengawal-pengawal. 55 Para ketua imam dan seluruh Majlis Agama berusaha mencari bukti-bukti untuk menyalahkan Yesus, supaya mereka dapat menjatuhkan hukuman mati kepada-Nya. Tetapi mereka tidak mendapat satu bukti pun. 56 Banyak saksi memberikan kesaksian palsu terhadap Yesus, tetapi kesaksian mereka saling bertentangan. 57 Kemudian beberapa orang berdiri dan memberikan kesaksian palsu tentang Yesus. 58 Mereka berkata, "Kami mendengar orang ini berkata, 'Aku akan merobohkan Rumah Tuhan yang dibina oleh manusia, lalu selepas tiga hari Aku akan membina yang lain yang bukan buatan manusia.' " 59 Tetapi kesaksian mereka pun saling bertentangan. 68 Setelah itu Imam Agung berdiri di hadapan mereka semua dan bertanya kepada Yesus, "Tidakkah kamu mahu menjawab tuduhan yang ditujukan kepadamu?" 61 Yesus diam sahaja dan tidak mahu berkata sepatah pun. Sekali lagi Imam Agung bertanya kepada-Nya, "Kamukah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Maha Suci?" 62 Yesus menjawab, "Ya! Kamu semua akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa, serta datang dikelilingi awan dari langit!" 63 Imam Agung mengoyakkan pakaiannya dan berkata, "Kita tidak memerlukan saksi lagi! 64 Kamu sudah mendengar dia mengkufuri Allah! Apakah keputusan kamu?" Mereka semua mengambil keputusan bahawa Yesus memang bersalah dan mesti dihukum mati. 65 Beberapa orang mula meludahi Yesus. Mereka menutupi mata-Nya dan memukul Dia. "Tekalah," kata mereka, "siapa yang memukul kamu?" Pengawalpengawal di situ pun menampar Dia.
Petrus Menyangkal Yesus
66 Petrus masih di halaman apabila salah seorang hamba perempuan Imam Agung datang. 67 Apabila dia nampak Petrus berdiang, dia mengamati Petrus dan berkata, "Kamu juga bersama-sama Yesus orang Nasaret itu." 68 Tetapi Petrus menafikannya. Dia berkata, "Aku tidak tahu dan tidak faham akan apa yang kamu katakan." Lalu dia pergi ke pintu masuk halaman itu. Pada ketika itu, ayam berkokok. 69 Hamba perempuan tadi nampak Petrus di situ. Dia berkata pula kepada semua orang di situ, "Orang ini seorang daripada mereka!" 70 Tetapi Petrus menafikannya lagi. Tidak lama kemudian, semua orang di situ menuduh Petrus lagi, "Kamu tidak dapat menafikannya bahawa kamu salah seorang daripada mereka, kerana kamu pun dari Galilea!" 71 Petrus bersumpah, "Biarlah Allah menghukum aku jika aku berdusta! Aku tidak mengenal orang yang kamu sebutkan itu!" 72 Ketika itu juga ayam berkokok untuk kali kedua. Maka Petrus teringat bahawa Yesus sudah berkata kepadanya, "Sebelum ayam berkokok dua kali, engkau akan menyangkal Aku tiga kali." Lalu dia menangis tersedu-sedu.
Yesus di hadapan Pilatus
15.1 Pada pagi-pagi sekali, para ketua imam, pemimpin masyarakat Yahudi, guru Taurat, dan anggota-anggota lain daripada Majlis Agama bermesyuarat untuk membuat beberapa rancangan. Mereka mengikat Yesus, lalu membawa Dia pergi untuk diserahkan kepada Pilatus. 2 Pilatus bertanya kepada Yesus, "Betulkah kamu raja orang Yahudi?" Yesus menjawab, "Begitulah yang tuan katakan." 3 Ketua-ketua imam melemparkan banyak tuduhan terhadap Yesus. 4 Lalu Pilatus bertanya lagi kepada Yesus, "Tidak mahukah kamu menjawab? Lihatlah betapa banyaknya tuduhan yang dilemparkan oleh mereka terhadapmu!" 5 Sekali lagi Yesus tidak mahu men jawab sepatah pun, sehingga Pilatus merasa hairan.
Yesus Dijatuhi Hukuman Mati
6 Pada tiap-tiap Perayaan Paska, Pilatus biasanya membebaskan seorang tahanan yang dikehendaki orang ramai. 7 Pada masa itu, seorang bernama Barabas ada di dalam penjara bersama dengan semua pemberontak lain yang telah melakukan pembunuhan pada masa kerusuhan. 8 Ketika orang ramai berkumpul dan seperti biasa mula meminta Pilatus membebaskan seorang tahanan, 9 Pilatus bertanya kepada mereka, "Adakah kamu mahu aku membebaskan raja orang Yahudi ini?" 10 Pilatus tahu betul bahawa ketua-ketua imam telah menyerahkan Yesus kepadanya kerana iri hati. 11 Tetapi para ketua imam menghasut orang ramai supaya meminta Pilatus membebaskan Barabas. 12 Pilatus berkata lagi kepada orang ramai itu, "Jika demikian, apakah yang kamu ingin aku lakukan terhadap orang yang kamu sebut raja orang Yahudi?" 13 Mereka berteriak, "Salibkan dia!" 14 Pilatus bertanya, "Tetapi kejahatan apa yang sudah dilakukannya?" Mereka berteriak lebih kuat lagi, "Salibkan dia!" 15 Pilatus hendak menyenangkan hati orang ramai, maka dia membebaskan Barabas untuk mereka. Kemudian dia menyuruh orang mencambuk Yesus dan menyerahkan Dia kepada askar supaya disalib.
Askar-askar Mempermainkan Yesus
16 Askar-Askar membawa Yesus ke balai istana gabenor dan mengumpulkan semua askar yang lain. 17 Mereka memakaikan jubah ungu pada Yesus, serta membuat mahkota daripada ranting-ranting berduri lalu meletakkannya pada kepala Yesus. 18 Setelah itu mereka memberikan hormat kepada-Nya, "Daulat raja orang Yahudi!" 18 Mereka memukul kepala-Nya dengan kayu, meludahi-Nya serta sujud di hadapan-Nya. 20 Setelah mereka mempermainkan Yesus, mereka menanggalkan jubah ungu itu lalu mengenakan pakaian-Nya semula. Kemudian mereka membawa Yesus ke luar untuk disalib.
Yesus Disalibkan
21 Di tengah jalan mereka berjumpa dengan seorang bernama Simon. Dia bare datang dari kampung dan sedang memasuki bandar. Askar-askar memaksa dia memikul salib Yesus. (Simon berasal dari Kirene; dia bapa Aleksander dan Rufus.) 22 Mereka membawa Yesus ke tempat bernama Golgota, yang bermakna "Tempat Tengkorak." 23 Di situ mereka cuba memberikan wain yang bercampur mur kepada Yesus, tetapi Dia tidak mahu meminumnya. 24 Kemudian mereka menyalibkan Dia, lalu membahagi-bahagikan pakaian-Nya di kalangan mereka dengan membuang undi untuk menentukan bahagian masing-masing. 25 Mereka menyalibkan Dia pada pukul sembilan pagi. 26 Pada salib itu dipasang tulisan tentang tuduhan terhadap Yesus: "Raja Orang Yahudi." 27 Mereka juga menyalibkan dua orang penjahat bersama-sama Yesus, seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri-Nya. 28 Dengan demikian apa yang tertulis di dalam Alkitab dipenuhi, "Dia dianggap sebagai penjahat." 29 Semua orang yang lalu di situ menggeleng-gelengkan kepala sambil mengejek Yesus. Mereka berkata, "Cis! Kamu mahu merobohkan Rumah Tuhan lalu membinanya semula dalam tiga hari! 30 Sekarang turunlah dari salib itu dan selamatkanlah dirimu!" 31 Para ketua imam dan guru Taurat juga memperolokkan Yesus. Mereka bercakap sesama sendiri, "Dia menyelamatkan orang lain, tetapi tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri! 32 Jika dia raja Israel, Penyelamat yang diutus oleh Allah, biarlah dia turun dari salib, supaya kami melihat dan percaya kepadanya!" Kedua-dua orang yang disalibkan bersama-sama Yesus pun menghina Dia.
Kematian Yesus
33 Pada tengah hari, selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap. 34 Pada pukul tiga petang, Yesus berseru dengan suara lantang, "Eloi, Eloi, lama sabakhtani?" yang bererti, "Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?" 35 Beberapa orang di situ mendengar seruan itu lalu berkata, "Dengarlah, Dia memanggil Elia!" 36 Seorang daripada mereka lari mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian bunga karang itu dicucukkannya pada hujung sebatang kayu lalu dihulurkannya ke mulut Yesus sambil berkata, "Tunggu! Mari kita lihat kalau-kalau Elia datang menurunkan dia dari salib." 37 Lalu Yesus berteriak dan menghembuskan nafas yang terakhir. 38 Tirai yang tergantung di dalam Rumah Tuhan koyak dari atas sampai ke bawah, sehingga menjadi dua helai. 39 Ketua askar yang berdiri di hadapan salib itu, melihat bagaimana Yesus meninggal. Oleh itu dia berkata, "Memang benar orang ini Anak Allah!" 40 Di situ juga ada beberapa orang wanita yang menyaksikan semuanya dari jauh. Antara mereka ialah Salome, Maria Magdalena, serta Maria, ibu Yakobus yang muda dan Yoses. 41 Merekalah wanita yang mengikut dan menolong Yesus pada waktu Dia di Galilea. Di situ juga ada banyak wanita lain yang telah datang ke Yerusalem bersama-sama Yesus.
Penguburan Yesus
42-43 Hari sudah senja ketika Yusuf dari Arimatea tiba. Dia seorang ahli Majlis Agama yang dihormati orang. Dia menunggu-nunggu masanya Allah memerintah. Hari itu hari Persiapan (iaitu hari sebelum hari Sabat). Oleh itu dengan berani Yusuf menghadap Pilatus dan memohon jenazah Yesus. 44 Pilatus hairan mendengar bahawa Yesus sudah meninggal. Lalu dia memanggil ketua askar dan bertanya sama ada Yesus sudah lama meninggal. 45 Setelah mendengar laporan ketua askar itu, Pilatus membenarkan Yusuf mengambil jenazah Yesus. 46 Lalu Yusuf membeli kain linen. Setelah dia menurunkan jenazah Yesus, dia membalut jenazah itu dengan kain linen, lalu meletakkan jenazah itu di dalam sebuah kubur baru yang dipahat di bukit batu. Selepas itu dia menggulingkan sebuah batu besar untuk menutup pintu kubur itu. 47 Maria Magdalena dan Maria, ibu Yoses memperhatikan tempat jenazah Yesus diletakkan.
Kebangkitan Yesus
16.1 Setelah hari Sabat berlalu, Maria Magdalena, Salome, dan Maria ibu Yakobus pergi membeli ramuan untuk melumuri jenazah Yesus. 2 Pada hari Ahad, pagi-pagi sekali, ketika matahari terbit, mereka pergi ke kubur. 3-4 Di tengah jalan mereka bercakap sesama sendiri, "Siapakah yang boleh menolong kita menggulingkan batu penutup pintu kubur?" (Batu itu sangat besar.) Tetapi apabila mereka tiba di situ, mereka melihat bahawa batu itu sudah digulingkan. 5 Mereka masuk ke dalam kubur itu dan di sebelah kanan mereka nampak seorang lelaki muda memakai jubah putih duduk di situ. Mereka terkejut. 6 Lelaki muda itu berkata, "Janganlah takut! Aku tahu bahawa kamu mencari Yesus orang Nasaret yang telah disalibkan. Dia tidak ada di sini. Dia sudah dibangkitkan! Lihatlah, inilah tempat mereka meletakkan Dia. 7 Sekarang pergilah dan sampaikan khabar ini kepada pengikut-pengikut-Nya termasuk Petrus. Katakan, 'Dia pergi terlebih dahulu daripada kamu ke Galilea. Di situ kamu akan melihat Dia, sebagaimana yang telah dikatakan-Nya kepada kamu.' " 8 Mereka keluar lalu lari dari kubur itu kerana terkejut dan takut. Mereka tidak berkata apa-apa kepada sesiapa pun, kerana mereka takut.
Yesus Menampakkan Diri kepada Maria Magdalena
9 Setelah Yesus bangkit daripada kematian pada pagi-pagi hari Ahad, mulamula Dia menampakkan diri kepada Maria Magdalena. (Tujuh roh jahat pernah diusir daripada diri Maria.) 10 Maria Magdalena pergi menyampaikan khabar itu kepada sahabat-sahabat Yesus, yang sedang berkabung dan menangis. 11 Tetapi apabila mereka mendengar Maria berkata bahawa Yesus hidup dan bahawa Maria sudah nampak Yesus, mereka tidak percaya.
Yesus Menampakkan Diri kepada Dua Orang Pengikut-Nya
12 Sesudah itu Yesus menampakkan diri kepada dua orang pengikut-Nya dengan cara lain. Hal itu berlaku ketika mereka sedang dalam perjalanan ke sebuah kampung. 13 Kemudian pengikut-pengikut ini balik dan memberitahukan hal itu kepada pengikut yang lain, tetapi mereka tidak percaya.
Yesus Menampakkan Dini kepada Sebelas Orang Pengikut-Nya
14 Akhirnya, Yesus menampakkan diri kepada sebelas orang pengikut-Nya ketika mereka sedang makan. Dia menegur mereka kerana mereka kurang beriman dan terlalu degil, sehingga tidak percaya kepada kesaksian orang yang sudah melihat sendiri bahawa Dia hidup. 15 Yesus berkata kepada mereka, "Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Allah kepada seluruh umat manusia. 16 Orang yang percaya dan dibaptis akan selamat, tetapi orang yang tidak percaya akan dihukum. 17 Kepada mereka yang percaya akan diberikan tanda-tanda ini: Mereka akan mengusir roh jahat demi nama-Ku; mereka akan berkata-kata dalam bahasa yang tidak diketahui. 18 Jika mereka memegang ular atau meminum racun, mereka tidak akan mendapat celaka. Jika mereka meletakkan tangan pada orang sakit, orang sakit akan sembuh."
Yesus Diangkat ke Syurga
19 Setelah Tuhan Yesus berkata-kata dengan mereka, Dia diangkat ke syurga lalu duduk di sebelah kanan Allah. 20 Pengikut-pengikut Yesus pergi mengkhabarkan Berita daripada Allah di serata tempat. Tuhan bekerja bersamasama mereka dan melalui tanda-tanda itu, Dia membuktikan bahawa perkhabaran mereka benar.